Rate

Bab 56 Orang Tua Ikwan Datang Membantu

Drama Completed 203288

Haziq baru saja sampai di tempat kerja. Baru saja Haziq meneliti kertas kerja yang telah di buat oleh orang bawahannya tiba-tiba sahaja telefon pintarnya berbunyi. Haziq melihat di skrin telefonnya itu tertera nama isterinya. Haziq agak hairan kenapa pagi-pagi begini Izara membuat pangilan video padanya. Haziq menjawab pangilan itu.Tetapi tidak ada wajah isterinya itu di skrin yang ada hanyalah pakaian yang berada di dalam biliknya.

Pada mulanya Haziq ingin bersuara tetapi ia terdengar suara isterinya itu menyebut Pak Cik Ikwan. Haziq dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya itu. Haziq segera mengambil telefon lain lalu ia menelefon ibunya dan memberitahu Ikwan ada di dalam bilik di mana Izara berapa.

Samsiah agak terkejut bila mengetahui Ikwan ada di dalam rumah. Segera Samsiah mengajak bibik menuju ke bilik Izara berada.Baru saja Samsiah ingin menaiki anak tangga,Samsiah melihat Ikwan dan Izara sedang menuruni anak tangga.

Samsiah cuba untuk menenangkan Ikwan supaya tidak terjadi sesuatu pada menantunya itu.Samsiah sengaja membuat Ikwan mahu berbual dengannya supaya dapat menenangkan Ikwan. Dan niat Samsiah juga adalah untuk melengah-lengah Ikwan keluar dari rumahnya. Kerana permintaan Haziq supaya melengahkan Ikwan keluar dari rumah supaya Haziq dan polis sempat datang.

Samsiah juga merasa simpati pada anak saudaranya itu. Bila ia tahu Ikwan tidak boleh move on di atas kematian adiknya Maisarah. Kerana rasa bersalah pada adiknya itu.

"Sudah la tu,Ikwan kena lalui hidup ni. Apa yang terjadi telah pun terjadi. Sekarang Ikwan kena teruskan hidup dan mulakan hidup baru. Untuk hilangkan rasa bersalah selalu dekat diri dengan Allah. Dan selalu doa yang baik-baik untuk arwah Maisarah," kata Samsiah cuba memberi pendapatnya.

"Ikwan tak boleh terima semua orang seolah-olah telah melupakan apa yang terjadi pada arwah Haikal dan Maisarah. Kenapa hanya Ikwan saja yang tak pernah lupakan apa yang terjadi pada Maisarah dan Haikal," kata Ikwan sambil tangannya perlahan-lahan melepaskan tangan Izara.

"Ikwan semua ni bukan salah Ikwan atau Haziq. Ini semua sudah ketentuan dari Allah. Ikwan kena terima dan mulakan hidup baru Ikwan,buangkan rasa bersalah Ikwan tu jauh-jauh", kata Samsiah lagi masih cuba memujuk Ikwan.

Samsiah merasakan Ikwan terlalu memendam perasaannya. Sebab itu ia sampai mengalami tekanan perasaan yang agak teruk. Melihat keadaan Ikwan, Samsiah menyedari Ikwan sepertinya tidak pergi bertemu pakar psikiatri seperti sepatutnya.

Tanpa Ikwan sedari Haziq telah sampai bersama sebuah kereta polis di luar pagar. Haziq juga telah menelefon orang tua Ikwan.Pagar di buka dan Haziq pun masuk ke dalam rumah bersama dua angota polis.

Merasakan tangan Ikwan sudah tidak lagi memengang tangannya,Izara segera berjalan menuju ke arah mentuanya. Ikwan membiarkan sahaja Izara pergi ke arah mak saudaranya itu.

Tiba-tiba ke dengaran suara orang yang meminta Ikwan jangan bergerak. Ikwan agak terkejut bila melihat Haziq datang bersama 2 angota polis.

"Jangan bergerak" kata salah seorang angota polis tersebut.

Ikwan agak terkejut dan menyedari Samsiah sengaja melengahkan masanya untuk keluar dari rumah ini bersama Izara. Kerana ingin Haziq datang bersama polis. Bila melihat polis sudah dekat dengan dirinya.Tiba-tiba Ikwan menarik kembali tangan Izara yang sudah melangkah kakinya menuju ke arah Samsiah. Izara terkejut bila menyedari tangannya mula di pengang oleh Ikwan kembali.

"Tolong lepaskan Zara sekarang juga!" jerit Haziq yang agak risau melihat Ikwan memengang agak kasar pada tangan isterinya itu.

"Tak! aku tak akan lepas Zara. Zara kena ikut aku juga" kata Ikwan sambil matanya memadang pada Haziq.

"Lepaskan Zara, dia isteri aku. Kau tak dak hak untuk bawa dia", kata Haziq lagi.

Tak lama kemudian kedua orang tua Ikwan datang untuk memujuk Ikwan.

" Ikwan sudah la tu, jangan degil sangat. Lepaskan lah isteri Haziq tu. Ikwan tak sayang dekat mak dan ayah ke? Hanya kamu saja anak kami yang tinggal. Tolong jangan buat tindakan yang merugikan diri Ikwan sendiri,"kata mak Ikwan dengan air mata membasahi pipinya.

"Mak maafkan Ikwan. Ikwan sudah banyak buat mak susah hati", kata Ikwan agak lemah melihat kedua orang tuanya ada di depannya sekarang ini.

Ikwan perlahan-lahan melepaskan pengangan tangannya pada tangan Izara. Bila merasakan tangannya tidak lagi di pengang oleh Ikwan,Izara tanpa berlengah terus berjalan ke arah Haziq suaminya.Haziq juga berjalan menuju ke arah isterinya. Haziq memeluk tubuh Izara isterinya itu.

Sementara itu Ikwan telah di peluk oleh ibu dan ayahnya. Melihat Ikwan sudah mulai tenang barulah 2 angota polis tersebut menghampiri Ikwan dan mengari tangan Ikwan. Lalu Ikwan di bawa masuk ke dalam kereta polis. Kedua orang tua Ikwan mengikuti kereta polis tersebut dengan mengunakan kereta mereka.

"Sayang ada rasa sakit dekat mana-mana tak?" tanya Haziq pada isterinya itu.

"Jangan risau sayangkan kuat. Tapi tangan sayang sakit sikit sebab Ikwan pengang kuat sangat tadi",kata Izara pada suaminya.

"Kalau macam tu abang akan urutkan tangan sayang tu. Hari ni abang akan manjakan sayang sepuas hati,"kata Haziq sambil tangannya mula mendukung isterinya itu.

" Abang dah kenapa dukung sayang ni,bahaya la. Sayang ni bukan budak kecil lagi",kata Izara agak malu.

"Bagi abang,sayang tetap budak yang tak berapa matang lagi" kata Haziq sambil mengukir senyuman pada isterinya itu.

"Ala,nanti kalau kandungan sayang dah sarat tak daknya abang mampu nak dukung sayang dah," kata Izara sambil mencium pipi suaminya dan tangannya memengang erat pada tubuh suaminya itu.

"Siapa kata abang tak mampu nak dukung sayang bila perut sayang dah besar. Setakat nak angkat sayang ni sampai kandungan sayang sembilan bulan pun abang mampu lagi nak angkat tau,"kata Haziq tak mahu mengalah.

" Nanti bila perut saya ni dah sembilan bulan sayang akan minta abang dukung sayang. Nak tengok larat ke tak?"kata Izara.

-------------

Lagi seminggu majlis resepsi Haziq dan Izara akan diadakan. Izara sudah pun menjemput dua orang kawan rapatnya Ardiana dan Darwisya. Ayah,ibu tiri Izara serta dua adiknya juga akan datang di majlis tu nanti.

Majlis akan diadakan di rumah Haziq sahaja. Wan dan Mak Su juga akan datang pada majlis tersebut. Samsiah juga telah menjemput saudara mara sebelahnya.

Pakaian pengatin pun sudah siap di tempah. Walau pun Izara agak sedikit sedih kerana perutnya sudah agak kelihatan.

"Abang rasa perut sayang nampak tak pakai baju pengantin ni?" tanya Izara pada suaminya itu.

"Jangan risaulah tak nampak sangat pun perut sayang tu. Lagi pun baju jubah tu agak longar,mana nampak perut sayang tu. Lain la kalau sayang pakai kebaya ketat,memang nampak la perut tu", kata Haziq sambil menghampiri isterinya itu.

"Abang, terima kasih sudi jadikan sayang isteri abang" kata Izara agak malu-malu.

"Abang sudi sebab sayang orang pertama yang melamar abang untuk jadi kekasih dan ajak abang kahwin", kata Haziq sambil memadang wajah isterinya itu.

" Maafkan abang ya,sebab kita terpaksa naik pelamin bertiga minggu depan",kata Haziq.

"Apa maksud abang bertiga ni! Abang ada kahwin lain ke?Abang madukan sayang senyap-senyap ya. Enta-entah madu sayang tu kak Nadirah bekas tunang abang tu. Sayang benci abang!" kata Izara agak sedikit emosi dan matanya berair menahan sebak.

"Sayang, maksud abang lain la. Isteri abang hanya sayang seorang je," kata Haziq sambil tangannya mula mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dah abang kata kita naik pelamin bertiga, tentu la ada seorang lagi" kata Izara agak sedih.

"Yalah,seorang lagi tu baby dalam perut sayang ni" kata Haziq sambil tangannya mula menyetuh perut isterinya yang sudah kelihatan sedikit.

"Abang ni memang selalu nak kena sayangkan. Sia-sia je air mata sayang ni,"kata Izara.

" Sayang yang salah faham,abang juga yang salah,"kata Haziq sambil mengukir senyuman di bibirnya.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience