Rate

BLACK ROSE (broken inside) 24

Drama Completed 921571

Malam itu, Mawar bersantai seorang diri di ruang tamu rumahnya. Dia termenung sejak dari tadi. Television yang terpasang langsung tidak menarik perhatian Mawar. Matanya seakan menembusi skrin television. Keluhan dilepaskan perlahan. Terngiang-ngiang rayuan Maira pada Syakir sewaktu di restoran siang tadi. Mawar tidak mahu menjadi punca pergaduhan antara pasangan itu.

Dia tahu, Maira sudah lama menyimpan perasaan pada Syakir sejak dia bersama lelaki itu lagi. Terlalu lama wanita itu menunggu Syakir. Mawar kasihankan Maira yang menagih cinta Syakir. Lama dia berfikir. Dia harus lakukan sesuatu agar Syakir berhenti mengharap pada cintanya.

Tiba-tiba suatu suara seakan menjerit-jerit memanggil nama Mawar di hadapan rumah. Mawar bangun dari duduknya. Dia menjengah ke celahan tingkap melihat susuk tubuh yang terpekik-pekik itu.

Johari dan Zaryn!!!

Mawar tarik nafas dalam. Cuba menenangkan hatinya yang dilanda kemarahan tika ini. Penumbuk dikepal.

'Tak serik ke mamat ni kena pukul dengan aku?' getus hati Mawar. Geram dengan sikap acah-acah berani Johari itu.

"Kiera!!! Keluar!!! Aku nak cakap dengan kau ni!!!" jerit Zaryn dengan suara yang nyaring. Mahu tidak mahu, Mawar terpaksa keluar berjumpa mereka kerana dia tidak mahu jeritan seperti orang gila itu menganggu jiran tertangga.

Sweater hitam berhodiee di capai. Tali hoodie ditarik menutupi lehernya. Dia lantas keuar dari rumah. Langkah di hayun perlahan menghampiri pagar.

"Kau sengaja nak cabar aku kan?? Dasar pelacur!! Takde maruah!!" pekik Zaryn tanpa mempedulikan jiran sekeliling yang sudah mula keluar melihat pergaduhan itu. Mawar tersenyum sinis. Dia pamer wajah tenang kepada pasangan itu.

"Kau nak serahkan syer kau pada Qistina? Hei!!! Kau dengan kakak kau tu tak layak langsung dalam syarikat papa!!!" pekik Zaryn lagi. Sekali lagi Mawar tersenyum sinis tanpa membalas kata-kata dari mereka. Dia menguap sambil menekup mulut dengan tapak tangan kanan. Manakala tangan kiri diseluk ke dalam poket sweater. Kemudian, muka bosan di hadiahkan kepada mereka berdua.

"Aku ingat beruk mana tadi terjerit-jerit depan rumah aku. So, dah habis cakap? Aku tak layan manusia low class macam korang berdua. I'm classy okay," balas Mawar dengan tenang. Matanya mencerlung tajam ke arah Zaryn. Kemudian, beralih ke arah Johari yang berdiri di belakang Zaryn.

Dasar lelaki takut bini!!

Zaryn ketap bibir. Geram mendengar percakapan Mawar itu. Dadanya berombak kencang menahan amarah yang berbuku di hati sejak dari tadi.

"Kau Kiera, jangan cabar aku!! Jangan sampai aku sebar siapa kau yang sebenarnya!! Biar semua orang tahu!!" ugut Zaryn dengan tangan terketar-ketar menahan marah. Mawar senyum lagi. Kedua-dua kening di angkat seolah mengejek kata-kata wanita itu.

"Lagi kau ugut aku, lagi jauh kau dari harta Dato' Khalid. Sepatutnya, kau datang sini pujuk aku, supaya serahkan bahagian aku pada korang berdua," satu persatu kata tersebut diucap oleh Mawar. Wajah Zaryn berubah riak selepas mendengar kata-kata Mawar.

"Kalau kau pujuk aku, aku boleh pujuk Qiss sekali supaya serahkan semua syer dia pada korang berdua," sengaja Mawar memancing Zaryn dan Johari. Mereka berdua saling berpandangan seolah berfikir.

'Bodoh!' getus hati Mawar. Dia ketawa dalam hati melihat kebodohan pasangan itu.

"Okay, look Kiera. Kami datang sini bukan nak buat kecoh. Aku cuma nak kau sign je surat persetujuan. Itu sahaja. Kalau kau sign, aku dengan Zaryn tak kan ganggu kau lagi," tiba-tiba Johari bersuara setelah mendiamkan diri sejak dari tadi. Dia cuba memujuk dan berbincang dengan Mawar. Meledak tawa Mawar melihat kebodohan lelaki itu.

"Boleh, bro. Takde hal. But.... in your dreams," balas Mawar sambil ketawa besar. Riak wajah Johari dan Zaryn berubah. Mereka geram kerana dipermainkan Mawar.

"Aku tak kan serahkan syer aku pada korang berdua. Simpan dalam kepala otak korang sampai bila-bila," keras suara Mawar memberi peringatan. Jari telunjuk kiri di tunjuk-tunjuk ke arah kepalanya. Wajah Mawar mula berubah tegang. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menumbuk kedua-dua manusia yang berada di hadapannya itu.

"Celaka!!!" jerit Zaryn sambil menggoyang pagar rumah Mawar menggila. Johari cuba menenangkan isterinya. Namun, wanita itu semakin mengamuk dan tidak terkawal.

Mawar ketawa besar. Kepala digeleng perlahan. Gembira kerana berjaya memperbodohkan pasangan itu.

"Kalau kau sebar gambar aku, aku juga akan buat report polis tentang kegiatan kau Johari. Dan kau Zaryn, akan terima nasib yang sama," tambah Mawar lagi sambil jari telunjuk di hala ke arah mereka berdua. Bibirnya menyungging senyum sinis. Tawa masih bersisa.

Dada Zaryn berombak laju menahan amarah di hati. Kalau dahulunya Mawar tidak berani melawan, kini wanita itu sungguh berbeza. Wajah Mawar juga kelihatan tidak pedulikan ugutan mereka. Seolah segalanya tidak menjadi kudis di hati wanita itu lagi.

"Don't play with me, because you're playing with fire," keras suara Mawar memberi amaran. Wajahnya sekali lagi berubah riak. Matanya kembali mencerlung ke arah dua susuk tubuh itu.

Telefon bimbit di keluarkan.

"Korang nak blah sendiri, atau nak polis jemput korang di sini?" soal Mawar sinis. Keningnya di angkat sebelah. Senyuman Mawar seakan seorang wanita psyco. Zaryn dan Johari masih merenung Mawar dengan rasa sakit hati yang masih menebal.

"Aku akan buat, sampai kau sign dan melutut pada aku Kiera!!" balas Zaryn dengan suara yang masih meninggi. Meledak tawa Mawar yang sengaja dibuat-buat.

"Uuuuu... takutnyaaa.. Alright, Zaryn. We'll see.. Bring it on!" jawab Mawar bersahaja. Senyuman psyco masih dipamerkan ke arah mereka. Makin berbuku rasa sakit dihati Zaryn apabila melihat Mawar mengejeknya.

"Oh, one more thing. If kau berdua ambil syer aku dengan cara salah, aku akan hire peguam dan saman korang berdua, termasuk Dato' Khalid," tambah Mawar dengan yakin. Senyuman sinis masih kekal di wajahnya tika ini.

"Aku dah habis cakap. Shuh!! Shuh!! Pergi balik mengadu dekat mak kau," ejek Mawar lagi. Johari terus menarik tangan Zaryn masuk ke dalam perut kereta. Meledak tawa Mawar saat melihat kedua-duanya masuk ke dalam perut kereta.

"Laki bini bodoh!" gumam Mawar sendiri. Dia kemudian, kembali masuk ke dalam rumah.

Punggungnya dihenyak ke sofa. Wajah diraup kasar. Otaknya ligat berfikir perancangan yang harus dia buat untuk mengenakan Johari, Zaryn dan mak tirinya, Zahlia.

"Think.. think.. think.. Mawar..," jarinya jari telunjuk kanan mengetuk perlahan kepalanya. Dia harus memastikan bahagiannya di miliki Qistina. Tubuh di rebah ke sofa. Matanya merenung siling yang berwarna putih itu.

"Aku kena buat sesuatu," gumam Mawar lagi. Mata dipejam rapat. Otaknya penat memikirkan masalah yang dihadapi sejak akhir-akhir ini. Seakan segalanya datang sekaligus dan menganggu keharmonian dia selama ini.

Akhirnya, Mawar terlelap di sofa tersebut.

KAKINYA dihayun laju masuk ke dalam pusat latihan Kickboxing Art itu. Beg gym diletak ke tepi. Seperti biasa, pemanasan badan dilakukan sebelum latihan bermula. Mata Mawar meliar mencari kelibat jurulatihnya, Haikal. Selalunya lelaki itu sampai lebih awal darinya. Tetapi, pagi ini kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan.

Sedang membuat pemanasan badan, tiba-tiba muncul susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya. Mawar menoleh ke arah susuk tubuh yang baru sahaja melabuhkan punggung ke lantai dengan bibir yang terukir senyuman manis.

"Buat apa sini?" soal Mawar dingin. Dia meneruskan aktiviti pemanasan badan tanpa berhenti. Aydean masih senyum.

"Saja," jawab Aydean ringkas. Wajah Mawar direnung. Kemudian, pandangannya dilemparkan ke arah beberapa ahli yang sedang tekun berlatih di tengah-tengah gelangang.

“So, you dengan Shark macam mana?” soal Aydean tanpa memandang ke arah Mawar. Mawar berhenti dari aktivitinya dan punggung dilabuhkan ke sebelah Aydean. Nafas ditarik dalam. Entah bagaimana mahu diceritakan pada lelaki itu, dia sendiri tidak tahu. Akhirnya, Mawar membisu tanpa menjawab persoalan Aydean.

Mawar bangun dari duduknya apabila ternampak kelibat Haikal yang sedang menghampiri mereka. Aydean hanya memerhatikan gelagat Mawar. Dia tahu pasti Mawar tidak mahu menceritakan tentang apa yang berlaku antara dia dan Syakir.

“Aydean Asyraff!!!” Haikal seolah teruja melihat susuk tubuh Aydean di situ. Aydean tersenyum sambil mengangkat kedua belah keningnya. Kemudian, dia bangun dari duduknya. Aydean berdiri di hadapan Haikal, mereka bersalaman dan berpelukan. Mawar hanya memerhatikan gelagat dua lelaki itu.

“Long time no see, bro!!! Kau buat apa dekat sini?” soal Haikal agak pelik melihat Aydean berada di pusat Latihan itu.

Dan Aydean Bersama Mawar??

Aydean kerut dahi. Dia dapat mengagak yang Haikal tidak tahu wanita di hadapannya itu adalah Kie. Haikal yang masih sabar menanti jawapan Aydean memandang ke arah Mawar. Kemudian, matanya kembali kepada Aydean.

“Don’t tell me yang fighter aku ni, girlfriend kau..,” Haikal sungging senyum curiga. Mawar pamer wajah dingin. Kesian si Haikal ni, sampai ke sudah tak kenal Kie. Aydean ketawa kecil. Wajah Mawar dipandang sekilas.

Kalau Mawar girlfriend aku, tujuh hari tujuh malam aku buat kenduri!!

“Seriuslah you. You jadi fighter si Haikal ni dah berapa lama? Dia langsung tak perasan you?’” soal Aydean kepada Mawar. Mawar angkat bahu. Malas mahu campur walaupun perkara itu tentang dirinya sendiri. Haikal makin keliru. Wajah Mawar dan Aydean dipandang silih berganti seolah mahukan jawapan yang lebih tepat dari mereka berdua.

"Kau ni, Haikal. She's Kie. Girlfriend Shark. Tak Kan kau tak recognize langsung??" bersungguh Aydean memberitahu Haikal tentang Mawar. Mulut Haikal ternganga saat mendengar kata-kata dari Aydean itu. Matanya terus melihat ke arah Mawar. Mawar masih dengan wajah dinginnya.

"Serious?? Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau Kie? Lama kot aku ajar kau,"
kata Haikal dengan nada sedikit kesal. Sungguh, dia langsung tidak mengenali diri Mawar yang sebenarnya.

"Apa beza beritahu dengan tak?" soal Mawar dengan wajah selamba. Padanya perkara itu tidak penting kerana Kie sudah lama tiada dalam kamus hidupnya. Jadi, tidak perlu dia memberitahu sesiapa tentang dirinya.

"Apa benda kau ni, Kie. Dah setahun aku ajar kau, kau tak anggap aku kawan kau ke?" marah benar Haikal terhadap wanita itu. Mawar melepas keluhan kecil. Bibirnya mengukir senyum nipis.

"Rilek aarr..," balas Mawar. Dia merasa serba Salah apabila melihat wajah Haikal yang benar-benar kelihatan kesal dengan tindakannya. Aydean ketawa kecil melihat reaksi Mawar.

"Takut juga you dengan Haikal ek?" usik Aydean dengan senyuman mengejek. Mata Mawar mengecil sambil memandang geram ke arah Aydean.

Dia lah ni punca!!!

"Kejap, habis selama ni kau tahu lah yang aku ni Haikal?" soal Haikal masih tidak berpuas hati. Mawar terkedu. Matanya melekat ke arah Haikal yang sudah mula emosi. Air liur ditelan terasa berpasir. Mawar ketap bibir.

"Iisshh.. Iissshh.. Iishhh... Apa la you ni. Haikal coach you kot. Tak kan dengan coach sendiri nak berahsia. Tak patutlah you ni," sengaja Aydean menyimbah minyak ke dalam api. Dia seronok melihat wajah cuak Mawar.

"Kau jawab sekarang Mawar. Aku nak dengar," tegas suara Haikal saat itu. Mawar menjeling tajam ke arah Aydean yang tidak habis-habis mengusiknya sejak dari tadi.

"Kenal," perlahan sahaja perkataan itu keluar dari Mulut Mawar. Dia Hanya menanti mulut Haikal meledak dengan bebelan saat itu. Haikal geleng kepala. Wajahnya diraup kasar.

"Nasib baik kau fighter paling aku sayang. Kalau tidak, aku suruh Zack Cari coach baru je untuk kau," balas Haikal menahan geram. Mana tidaknya, hampir setahun Mawar menjadi anak muridnya. Namun, langsung wanita itu tidak buka mulut memberitahu tentang dirinya.

"So, boleh start berlatih sekarang?" soal Mawar malas mahu memanjangkan isu. Handwrap dililit ke tangan. Boxing glove dikeluarkan dari beg gym miliknya. Aydean dan Haikal saling berpandangan antara satu sama lain. Aydean hanya tersenyum ke arah Haikal. Haikal pula, masih dengan riak tidak puas hati.

Kemudian, Mawar dan Haikal berjalan menuju ke tempat latihan. Latihan diteruskan. Aydean pula masih menanti di situ sambil melihat Mawar berlatih. Matanya dipasakkan ke susuk tubuh Mawar. Sungguh, sangat sukar membuang perasaan yang telah sekian lama menghuni di hatinya.

MATA Aydean mencuri pandang pada Mawar yang sedang menyedut air jus oren yang dipesan tadi. Suasana direstoran itu agak sunyi. Hanya ada beberapa pelanggan sahaja. Mujur wanita itu mahu mengikutnya. Jika tidak, pasti Aydean ke restoran itu seorang diri.

"Tak nak makan ke?" soal Aydean dengan mata yang masih melekat ke arah Mawar. Mawar geleng kepala. Memang di jarang makan selepas berlatih.

"You masih belum jawab soalan I. Macam mana you dengan Shark? Dah boleh declare girlfriend boyfriend?" sengaja Aydean mengulang semula soalan yang masih tidak berjawab. Mawar tarik nafas dalam. Kalau ikutkan, malas dia mahu bercerita tentang perkara itu. Tetapi, lelaki di depannya ini, seakan mahu benar tahu apa yang berlaku.

Mata Mawar merenung Aydean. Otaknya ligat memikirkan jawapan yang terbaik untuk dijawab pada Aydean, agar selepas ini lelaki itu tidak bertanya lagi soalan yang sama.

"Saya dengan Shark tak mungkin akan bersama. Shark ada Maira. Maira yang dah lama tagih cinta Shark. Saya tak layak untuk dia," tutur Mawar perlahan. Aydean diam masih sabar menanti kata-kata seterusnya dari Mawar.

"Lagipun, saya bekas penagih dadah. Pernah menghuni pusat serenti," tambah Mawar tenang. Aydean tersentak. Alis keningnya berkerut sedikit. Matanya merenung ke arah mata Mawar yang mula berkaca.

"Kenapa saya jauhkan diri dari Shark? Sebab kami dah... Dah terlanjur... Tapi, bukan salah dia sorang. Kami mabuk. Tak sedar apa berlaku...," Mawar cuba bertutur dengan tenang. Wajah Aydean tidak dipandang. Aydean bungkam seribu bahasa.

"Dan saya gugurkan anak dia," tambah Mawar lagi. Aydean tersentak. Dadanya berombak kencang. Wajah Mawar direnung dalam. Mawar ukir senyum pahit. Dia tahu pasti Aydean terkejut dengan segala cerita yang di dengarinya. Tentu lelaki itu seakan tidak percaya. Tetapi, itulah hakikat yang harus Aydean terima. Mawar pasti selepas ini, Aydean tidak akan bertanya lagi tentang dia dan Syakir.

"Jadi, saya minta awak jangan tanya lagi tentang saya dan Shark. Semuanya dah berakhir. Saya tak nak jadi pemusnah hubungan orang lain. Dan tolong nasihatkan Shark, supaya dia hargai Maira," kata Mawar sambil bangun dari duduknya. Wajah Aydean yang masih terkejut itu dipandang. Beg gym yang berada di atas lantai, digalas ke bahu.

"Saya akan cuba keluar dari restoran awak dan Shark. Bagi saya masa," mata Mawar masih memandang Aydean. Aydean juga begitu. Masih belum hilang terkejutnya setelah mendengar penjelasan Mawar itu tadi.

Kemudian, Mawar melangkah kakinya keluar dari restoran meninggalkan Aydean. Mawar pasti, Aydean juga akan mula hilang rasa cintanya pada Mawar. Mawar tidak kisah akan semua itu lagi. Apa yang penting, dia dapat keluar dari segala kemelut yang melanda di sebabkan dirinya.

And all I loved, I loved alone - Mawar Kirana

bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience