Hakimi memerhatikan gadis yang baru datang ke rumah mereka dari jauh. Hatinya tiba-tiba diterpa satu perasaan aneh tatkala wajah itu dipandang. Wajah gadis itu mengingat kan dia akan peristiwa lima tahun yang lalu.
Hakimi pernah mempunyai teman wanita yang bernama Anna Syifa. Mereka berkawan sejak sekolah lagi hinggalah masing-masing melanjutkan pelajaran ke menara gading. Namun Hakimi terpaksa berhenti kerana masalah keluarga dan kewangan.
Selepas Hakimi mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan mencari kerja, ketika itulah Anna Syifa memutuskan perhubungan mereka.
“Maafkan Anna Syifa Hakimi. Perhubungan kita perlu dihentikan setakat ini saja.” Anna Syifa membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan mereka dengan tiba-tiba.
“Atas alasan apa Anna Syifa ? Kau minta aku setia. In Sha Allah, aku akan setia selagi nyawa dikandung badan. Aku sayangkan kau Anna Syifa ! Takkan, takkan kau sanggup nak putuskan macam tu saja?” Hakimi sedaya upaya cuba mengawal sebak yang mula hadir. Hatinya sakit, kerana dia turut pada segala permintaan Anna Syifa, malahan Anna Syifa lah satu-satunya gadis yang dia sayang dan dia cinta sepenuh hati.
“Maafkan Anna Syifa Hakimi. Anna Syifa tak mampu nak teruskan lagi. Anna Syifa...Anna Syifa...” kata-kata Anna Syifa terputus di situ. Dia sudah tertunduk merenung bumi yang sedang dipijaknya kini.
“Ad!...” dari jauh terdengar suara seorang lelaki. Anna Syifa dan Hakimi menoleh ke arah suara itu serentak. Bibir Anna Syifa sudah mengukirkan senyuman sedangkan hati Hakimi sudah tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu.
“Hakimi, ini suami Anna Syifa. Anna Syifa dah kahwin Hakimi dan sekarang Anna Syifa sedang mengandungkan anak kami. Sebab itu Anna Syifa dalam keadaan tak sihat macam ni. Takkan Hakimi tak perasan?” Anna Syifa bersuara ceria sambil memegang erat tangan lelaki yang sudah ada di tepinya.
Share this novel