Chapter 32

Romance Completed 35261

“Apa semua ni Tia?” suara lantang mengejutkan Wahidah Tiara yang sibuk melatihkan diri untuk persembahan majlis perpisahan. Majlis perpisahan akan berlangsung minggu depan. Semua yang terlibat dalam majlis perpisahan sibuk dengan latihan mereka.

“What Is?”

“Awak tanya apa kat saya Tia? Awak betul-betul tak faham apa yang saya tanya or buat-buat tak faham?” mata Iskandar Faiz mencerlung anak mata Wahidah Tiara.

“I really don’t understand what you are talking about, Is. Can you get straight to the point?”

Iskandar Faiz mengeluarkan telefon bimbit dan memainkan video lemparan telur ke muka Sofia Amelia. Wahidah Tiara terkejut apabila video itu ditunjuk oleh Iskandar Faiz.

“Patutlah pagi tadi semua pandang aku semacam je. Siapa yang berani upload video ni?” gumam Wahidah Tiara.

“Answer me Wahidah Tiara!”

“Chill Is. Itu balasan untuk betina murahan macam Sofia Amelia. Next time dia memang tak akan kacau hak saya.” balas Wahidah Tiara bersahaja.

“Excuse me? Siapa hak awak?” menyoal Iskandar Faiz dalam nada sinis.

“Of course you Iskandar Faiz.” jawab Wahidah Tiara dengan bangga.

“Dengar sini baik-baik Tia. Kita bertunang sahaja. Kita bukan nikah pun. Aku bukan hak awak sepenuhnya. Get it into your mind first. Anything can happen at anytime. Do remember that.”

“Apa maksud awak Is?” Wahidah Tiara rasa ada maksud tersirat di ayat akhir Iskandar Faiz.

“Saya tak maksudkan apa-apa. Saya ingatkan awak je.” kali ini Iskandar Faiz pula jawab tenang.

“Tak awak maksudkan sesuatu. Better talk openly Is.”

“Awak tafsirkan maksud ayat saya tadi. Saya jumpa dengan awak sebab saya nak awak minta maaf kepada Sofi.”

“Apa? Tak mungkin saya nak minta maaf pada perempuan murah itu.” hati Wahidah Tiara berasa geli apabila Iskandar Faiz suruh meminta maaf.

“Macam mana awak tahu dia perempuan murah?”

“Memanglah saya tahu. Dia itu kacau lelaki orang lain. Bukan ke itu perempuan murah namanya?”

“Saya dah cerita pada awak malam hari itu Tia. Tapi awak masih marah dan sanggup lempar telur kat Sofi. Awak sedar tak apa awak buat itu gejala membuli?”

“Saya tak kisah. Dia kacau hak saya, jadi saya bagilah balasan yang dia tidak akan lupa seumur dia. Dan satu lagi saya tak akan minta maaf pada betina itu. Apa yang saya buat adalah betul.”

Jawapan Wahidah Tiara menyakitkan hati Iskandar Faiz. Iskandar Faiz hanya menggelengkan kepala.

“Saya nak awak minta maaf pada Sofi sekarang!” arah Iskandar Faiz tegas.

“Tak boleh Is. Awak ni dah kenapa Is? Suruh saya minta maaf pada dia? Kenapa awak backup dia? Sepatutnya awak kena sokong saya tahu tak? Saya ini bakal isteri awak Iskandar Faiz.” Wahidah Tiara hilang sabar. Tangannya memukul dada Iskandar Faiz.

“Awak ini bakal isteri sahaja bukan sudah jadi isteri yang sah.” Iskandar Faiz membalas. Tangan Wahidah Tiara digenggam kemas.

“Whatever. You are mine!”

“Awak akan minta maaf pada Sofi ke tak?”

“Tak boleh!” degil Wahidah Tiara. Perasaan benci terhadap Sofia Amelia semakin bertambah.

“Baik. There is no point talking with you. But remember, anything. can. happen. anytime!” Iskandar Faiz tutur ayat terakhir itu dengan menekankan setiap patah perkataan.

“Awak nak putus tunang ke?” entah kenapa bibir Wahidah Tiara berasa ringan untuk tanya soalan itu.

Iskandar Faiz meninggalkan Wahidah Tiara tanpa mempedulikan persoalan tadi. Wahidah Tiara berdiri seolah-olah seperti anak patung. Otaknya fikir apa yang dimaksudkan oleh Iskandar Faiz.

“Awak hak saya seorang sahaja Iskandar Faiz!” laung Wahidah Tiara. Namun, Iskandar Faiz berjalan tanpa menoleh ke arah belakang.

“Sofia Amelia! Kau memang malapetaka dalam hidup aku! Aku tak akan biarkan Is jatuh ke tangan kau! Kau tunggu sial!”


**************************

“Sofi, kau okay tak?”

“Aku okay.” balas Sofia Amelia sambil senyum.

“Kita masuk dancing hall. The master is here.” kata Christina.

“Kepala botak tu dah masuk ke?” soal Rohani terkejut. Bukan apa, pelatih mereka itu seorang yang garang dan suka marah orang. Yang paling pantang dengan orang yang datang latihan lambat. Lewat 5 minit pun kena denda.

“Awal pula dia masuk harini. Dah lah kepala dia tu shining kalau kena cahaya.” berseloroh Sofia Amelia.

“Sofi!”

Mata Sofia Amelia lantas menghala ke arah pemanggilnya.

“Is?”

“Boleh saya cakap dengan awak?”

“Awak nak cakap apa Is? Tak payah lah awak cakap dengan saya. Saya tak nak kena dengan bakal isteri awak.” Sofia Amelia cuba mengelak dari bersembang dengan Iskandar Faiz.

“Awak takut dengan Tia ke?” soal Iskandar Faiz. Sahaja nak menduga Sofia Amelia.

“Saya tak takut dia. Saya boleh buat lagi teruk dari apa yang dia buat pada saya semalam. Tapi saya tak nak. Saya nak berubah. Sebab itulah saya hanya berdiam. Berdiam bukan bermaksud saya takut. Jangan salah faham.” terang Sofia Amelia dengan nada tenang.

“Alhamdulillah. Akhirnya awak berubah juga Sofi.” gumam Iskandar Faiz. Hatinya berasa tenang dan gembira apabila Sofia Amelia mengaku yang dia tengah cuba untuk berubah.

“Saya pergi dulu.” suara Sofia Amelia mematikan lamunan Iskandar Faiz.

“Saya minta maaf bagi pihak Tia, Sofi.”

“It’s okay. Saya maafkan.” kata Sofia Amelia. Tidak ingin untuk membesarkan isu semalam.

“Thank you Sofi.”

“I have to go now,Is. Bye.”

Iskandar Faiz hanya memandang Sofia Amelia sehingga bayangnya hilang.

“Tergamak awak buat Sofi macam itu Tia.”


***********************

“Assalamualaikum along.”

“Waalaikumusalam umi.”

“Along sibuk ke?” dengan perlahan Fatimah menyoal.

“Tak umi. Kenapa ni?”

“Tadi Tasha ada tunjuk umi satu video.” tanpa melengahkan masa Fatimah berterus-terang kepada tujuan memanggil anak sulung itu. Iskandar Faiz sudah tahu apa yang akan bertanya oleh ibunya.

“Video apa umi?” sengaja Iskandar Faiz menyoal bagi kepastian juga. Entah-entah video lain yang dimaksudkan oleh ibunya.

“Video Tiara.”

“Kenapa umi?” tanya Iskandar Faiz. Tiada sebarang reaksi di mukanya.

“Kenapa Tiara buat macam itu? Dia ada apa-apa masalah ke? Dia ada bagitahu along tak?” Fatimah begitu risau dengan bakal menantunya.

“Kasihan umi. Kalaulah umi tahu masalahnya Wahidah Tiara itu sendiri, mampu ke umi sanggup terima?” fikir Iskandar Faiz. Dia tahu betapa sayangnya ibu terhadap Wahidah Tiara.

“Along? Dalam line ke?”

“Ye umi.”

“Umi tanya, tak jawab pun.”

“Umi, pasal Tiara…” Iskandar Faiz serba salah untuk menceritakan kepada ibunya. Namun, tanpa pilihan Iskandar Faiz memberitahu semuanya.

“Along kena ingat, walaupun salah Tiara, Tiara tu tunang kamu. Akan jadi isteri kamu tak lama lagi. Along kena didik dia. Kalau Tiara buat salah, tegur cara elok-elok.” nasihat Fatimah.

“Masalahnya nak ke Tiara dengar cakap Is umi?”

“Teguran itu biar ikut cara yang sesuai. Yang berkesan. Setakat Is tinggikan suara, memang tentu Tiara tak akan dengar. Makin marahlah dia. Cuba along tegur Tiara cara lembut, mana tahu dia dengar.” Iskandar Faiz fikir mengenai cara teguran tadi.

“Apa-apa pun kita buat, kalau kena dengan cara sesuai, maka adalah hasilnya. Kalau tak kena dengan cara, jangan harap dapat hasil.” tambah Fatimah lagi.

“Yelah umi. Nanti along cuba bercakap dengan Tiara.” Iskandar Faiz mengalah.

“Lagi satu jangan bertindak ikut emosi. Jangan ambil keputusan terburu-buru. Kalau ada apa-apa call umi ye.” pesan Fatimah.

“Baik umi.” taliannya dimatikan.

“Tia ada mengadu pasal aku ke? Kenapa tiba-tiba umi pesan macam itu?”


********************

“Hello. May I speak to Mr Hakim?”

“Yes. May I know who's on the line?”

“I’m Inspector Kimmy. Calling from Balai Polis Shah Alam.”

“Balai? Kenapa encik?” terkejut encik Hakim.

“Tolong datang ke balai segera. Kita urus secara bersemuka.” pesan Inspektor Kimmy dan memutuskan panggilan.

“Siapa yang call sayang?”

“Call dari balai. Suruh datang segera. Pergi lah bersiap. Kita pergi sekejap lagi.” memberitahu encik Hakimi kepada isterinya. Pintu almari dibuka dan keluarkan kemeja untuk memakai pada waktu malam itu.

*Harini dapatlah update awal sikit :P. Follow ig miz.kikki_novelplus untuk tengok watak-watak :) Jangan lupa untuk komen and rate, tau :) Enjoy reading ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience