Chapter 4

Romance Completed 35261

Hai semua ;) Kikki minta maaf sebab update lambat sikit harini. I’m having migraine since yesterday. Kikki minta maaf kalau ada kekurangan dalam bab harini. I hope everyone will enjoy reading. Do comment after reading. Your comments are welcomed :) Semua comment anda akan motivate Kikki untuk sambung menulis. Enjoy ^=^


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Sedapnya umi. Perut along ni kenyang dah. Dah tak boleh bergerak. Kenyang Ya Allah. Tak ada sesiapa pun boleh masak sedap macam umi.” Iskandar Faiz memuji uminya. Makanan malamnya dinikmati bersama dengan ahli keluarga selepas solat Maghrib.

“Ye lah tu along. Lepas dah kahwin nanti lupa pulak masakan umi. Masa itu puji pulak masakan isteri along.” mencebik Tasha.

“Tak ada sesiapa pun boleh masak sedap macam umi.” menjawab Iskandar Faiz sambil memicit bahunya. Bahunya sakit sangat. Badan pun berasa penat akibat perjalanan ambil masa yang agak lama.

“Wahidah pun apa kurangnya along? Umi tengok Wahidah tu pandai je masak.”

“Macam mana umi tahu Wahidah pandai masak? Dia pandai buat kek lapis Sarawak je umi.”

“Siapa cakap along? Tak tahu pasal girlfriend sendiri ke? Kak Wahidah selalu buat live dekat Instagram. Dari situ lah kami tahu kak Wahidah pandai masak.” Tasha menunjukkan semua IGTV Wahidah kepada Iskandar Faiz. Muka Iskandar Faiz berubah apabila adiknya mengutuk yang dia tak tahu pasal kekasihnya.

“Apa Tasha cakap macam tu kat along! Tak baik kutuk along yang dia tak tahu pasal kekasih dia.” Fatimah menegur anak perempuannya. Fatimah perasan perubahan muka anak lelakinya. Iskandar Faiz bukan seorang yang suka menggunakan telefon. Akaun sosial pun dibuat boleh Wahidah Tiara. Iskandar kurang minat menggunakan akaun media sosial. Baginya ia hanya membazirkan masa.

“Kenapa umi nak marah Tasha? Betul kan apa Tasha cakap. Sepatutnya along kena tahu pasal kak Wahidah.” Tasha tidak puas hati apabila Fatimah menegurnya.

“Dah. Ni abi nak tanya along. Bila along nak bertunang dengan Wahidah? Tak elok kamu berdua bercinta tanpa ada ikatan sah lama-lama. Kamu dua darah manis. Abi ingat along faham maksud abi.” menyampuk Ismail setelah lama berdiam. Wahidah Tiara dan Iskandar Faiz sudah bercinta selama 3 tahun.

“Along faham abi. Semester ini semester terakhir. Kalau Wahidah setuju, kami bertunang. Kita perlukan persetujuan Wahidah juga abi.” Iskandar Faiz memberitahu pandangannya.

“Ye lah. Nanti along bincang elok-elok dengan Wahidah. Kalau boleh abi nak along bertunang dengan Wahidah dulu. Mungkin lepas empat atau lima bulan, kamu berdua nikah.” berkata Ismail.

“Baik abi. Nanti along berbincang dengan Wahidah.” senyum Iskandar Faiz.

“Tia akan setuju ke? Kalau dia tak setuju macam mana?” berfikir Iskandar Faiz. Dia teringat kejadian dua bulan lepas.

“Tia, apa kata kita bertunang dulu?” Iskandar Faiz bertanya kepada Wahidah Tiara.

“Kenapa tiba-tiba Is?” menyoal Wahidah Tiara apabila mendengar permintaan persetujuan dirinya untuk bertunang dengan Iskandar Faiz.

Wahidah Tiara sangat mencintai lelaki bernama Iskandar Faiz. Namun apabila hendak bertunang dan berkahwin, dirinya meragu-ragu. Mampukah dia menjadi isteri yang baik sedangkan diri sendiri mempunyai cita-cita yang tinggi?

“Is, awak sendiri tahu kan, saya ada komitmen-komitmen lain? Saya ada cita-cita saya sendiri? I have my own family to feed. I have to think about my family. Walaupun saya ada ayah, kami ini umpama tak ada ayah. Selama ini mak Tia yang bersusah-payah menguruskan kehendak Tia dan adik-beradik Tia. Tia kena bekerja dan menolong mak. I don’t want to marry now. Lagipun kita masih muda lagi Is. We are just 23. Kita ada masa lagi. Kita settled down first. Lepas beberapa tahun, kita fikir pasal perkahwinan Is.” Wahidah Tiara menjawab serba-salah. Wahidah Tiara bukan tak nak kahwin masa muda, tapi dia perlu menolong ibunya yang bekerja sendiri untuk sara hidup. Ayah pula tidak tahu kat mana. Ayah Wahidah Tiara meninggalkan mereka sejak 8 tahun lepas. Sejak itu, ibu Wahidah Tiara yang mengambil alih tugas ayahnya untuk menjaga keluarganya.

“Tak lama lagi Tasha akan dapat kakak ipar.” Iskandar Faiz menyedar saat mendengar suara adiknya.

“Harap-harap Tia akan setuju. Ya Allah, kau lembutkan lah hati Wahidah Tiara.” Iskandar Faiz mampu berdoa dalam hatinya. Iskandar Faiz tidak mahu ahli keluarganya tahu pasal kekasihnya. Dia tak nak orang tuanya berasa sedih.


*******************

Kicauan burung dapat didengari. Mataharinya mula terbit. Cahaya matahari pagi itu menerobosi langsir berwarna kuning langsat. Matanya dibuka perlahan. Otaknya ligat berfikir tentang anak tunggalnya yang hilang semalam. Dato’ Johari tidak mampu tidur malam tadi. Keberadaan anaknya kerap difikir dalam mindanya. Bagaimanakah keadaan anaknya sekarang, adakah anaknya makan, anaknya dengan siapa sekarang, di mana anaknya sekarang, adakah dia selamat? Banyak persoalaan bermain di fikiran Dato’ Johari.

Telefon bimbit di sebelah diambil. Terus menekan butang “on”. Gambar Sofia Amelia bersama dengan arwah isteri terpapar di dada telefon bimbit. Rindu terhadap kedua-dua insan dalam gambar itu tidak dapat digambarkan. Seorang dah pergi buat selama-lamanya. Satu lagi wanita pula tidak tahu pergi mana.

Dato’ Johari menekan nombor James untuk bertanya tentang Sofia Amelia. Panggilannya dijawab oleh James.

“Hello Dato’. I thought to call you just now.” James berkata saat menjawab panggilan Dato’ Johari. Terdapat info penting tentang Sofia Amelia.

“Yes James? What is the new update?”

“I have traced the location of cik Sofi, Dato’.”

“Where is she now?” terus Dato’ Johari menegakkan perbaringan.

“She is in Bali, Dato’.”

“What? Bali?” Dato’ Johari terkejut mendengar keberadaan Sofia Amelia.

“What is she doing there? With who she is?” Dato’ Johari meneruskan pertanyaan mengenai Sofia Amelia.

“I don’t know Dato’. Saya dah cuba call cik Sofi banyak kali, tapi tak dijawab.”

“Then how do you know her location?” musykil Dato’ Johari. Ingatkan Sofia Amelia menjawab panggilan James.

“I tracked using her Apple Id. I used Find My app.” jelas James.

“Alright James. Ada berita lain?” suara Dato’ Johari merendah. Harapannya mula menipis apabila tahu yang Sofia tidak menghubungi sesiapa.

“So far no updates, Dato’. I think we should go to Bali, if we didn’t get any news or calls from cik Sofi.”

“Okay James. Kalau itu je jalan, kita pergi sana. Terima kasih sebab sudi tolong saya.”

“No problem Dato’.” James berkhidmat dengan Dato’Johari lebih kurang 20 tahun. Hampir semua suka duga Dato’ Johari James tahu.


****************

“Mana handphone aku ni? Mana aku letak?” Sofia Amelia kelam kabut mencari telefon bimbitnya di katil.

“Semalam aku tak guna pun handphone aku. Aku tak sentuh pun. Mana eh?” Sofia Amelia duduk di atas katil dan memikir tentang telefon bimbit. Terdengar bunyi ketuk pintu dari luar.

“Hish, apa kingkong tu nak? Menyusahkan orang!” pintunya masih diketuk dari luar.

“Nak apa? Masuk je lah! Kau nak pintu tu rebah ke apa uh?” Sofia Amelia jerit dari dalamnya.

“Assalamualaikum.” Amir memberi salam. Senyuman di bibirnya mula hilang apabila tengok keadaan bilik Sofia Amelia.

“Astaghfirullahalazim. Apa dah jadi ni Sofi? Kenapa bilik kau bersepah?” Amir bingung dengan keadaan bilik Sofia Amelia. Bajunya berseloroh di atas lantai, bantal pulak dicampak di atas sofa, makanan ringan yang dibeli semalam berterabur di atas meja.

Sofia Amelia tetap berdiam. Dia tidak mengendahkan kehadiran Amir di situ. Hanya fikiran mengenai telefon bimbit bermain di otak.

“Aku tanya kau Sofia Amelia!” jerkah Amir. Dah beberapa minit dia menunggu jawapan dari Sofia Amelia, tetapi gadis itu pula boleh tidak layan dirinya.

“Bilik aku, suka hati aku lah!” suara Sofia Amelia naik seoktaf. Dah lah dia pening memikirkan tentang telefon bimbitnya. Dia perlu menghubungi ayahnya untuk memberitahu apa yang telah berlaku.

“Aku tanya kau baik-baik Sofi. Jangan uji kesabaran aku.” Amir mengheret lengan kanan Sofia Amelia. Badan Sofia Amelia dipusingkan untuk menghadap dirinya.

“Aku cari handphone aku, cukup? Lepaskan aku! Sakit lah!” memberontak Sofia Amelia. Cuba untuk lepaskan pegangan Amir.

“Ini ke handphone kau?” Amir mengeluarkan Iphone milik Sofia Amelia.

“Bagi aku!” Sofia menjengketkan kaki untuk mencapai telefon bimbitnya.

“No! No! No! Sofia darling! Aku tahu. Kenapa kau cari telefon kau! Don’t think I’m fool Sofi!” Amir senyum mengejek dan memasukkan telefon bimbit ke dalam kocek seluar semula.

“Cis! Dia ni!” mengumam Sofia Amelia dalam hati. Dia tidak sabar untuk tinggalkan Amir dan pulang ke rumahnya.

“This is all because of you old lady! Kalau kau tak paksa aku untuk makan haritu, aku tak akan bertindak sebegitu! Daddy pun tak akan tampar aku! I will be there at this time!” ratusan sumpah diberikan dalam hatinya untuk Mak Ziah.

“Dah! Jom! Pergi sarapan. Aku lapar!” Amir bersuara. Ada juga rasa kasihan timbul dalam hati Amir.

“Aku tahu lah kita ni akan kahwin tak lama lagi. Tapi tak payah lah kau buat macam ni.” tiba-tiba Amir bersuara sambil menyandar di pintunya.

“Aku buat apa?” soal Sofia Amelia bengang.

“Itu!” bibirnya muncung ke arah sesuatu bagi menunjukkan apa yang telah dimaksudkan.

“Aduh Sofi! Kau buat malu je lah!” mukanya menjadi merah. Terasa panas. Berasa malu sangat.

“Kau ni tak payah lah tayangkan pakaian dalam kau. Dah lah warna-warni pulak tu. Kau ni suka pakai colourful ke? Ada warna merah, hitam, putih. But the red one is hot.” Amir berbisik dekat telinga Sofia Amelia.

“MIANG! PERVERT!” jerit Sofia Amelia. Cepat-cepat tangan bertindak mengemaskan baju-baju yang berseloroh di atas lantai.


*****************

“Aku perlu inform daddy. Macam mana ni?” fikir Sofia Amelia sepanjang perjalanan ke lobi hotel bersama Amir. Nampak sebagai pasangan honeymoon.

“Aku nak pergi tandas kejap.”

“Kau boleh pergi sendiri ke?” soal Amir. Bimbang kalau Sofia Amelia sesat nanti.

“Kau nak ikut ke?”

“Kalau kau tak kisah, aku okay je.” Amir menyengih.

Satu penumbuk singgah di perut Amir.

“Aduh!”

“Jangan main dengan aku!” Sofia Amelia memberi amaran dan meninggalkan Amir yang menahan sakit.

Mata Sofia Amelia tertancap satu pasangan orang putih. Menghampirinya untuk meminta telefon untuk menelefon Dato’ Johari. Matanya meliar memerhatikan persekitarannya. Takut dengan kemunculan Amir di situ.

“Excuse me sir.”

“Yes?” lelaki putih yang segak itu menjawab.

“Can I borrow your phone? I need to contact my daddy. I missed my phone.” minta Sofia. Riak mukanya sedih.

“Sure.”

“Daddy, Sofi ni. Sofi kena culik. Sofi kat Bali. I will come back tomorrow.” Sofia Amelia cepat-cepat menaip.

“Ahhhh!!! Sakit! Lepas lah!” jerit Sofia Amelia mengerang kesakitan.

“Man, what are you doing? Leave her!” orang putih itu cuba menolong Sofia Amelia.

“Don’t dare to help her!” jerkah Amir.

Telefon bimbit dalam pegangan Sofia Amelia ditarik dengan kasar dan diberikan kepada orang putih itu.

“Siap kau!” Amir mengheret Sofia Amelia dan meninggalkan tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience