Bab 72

Romance Completed 78329

Manila, Philippines.

Gia menghampiri Luqman dengan tiket flightnya ke Cebu. Untung saja masih ada lagi tiket flight nak ke Cebu. Kalau tak, kena tunggu esok pulak nak dapat tiket flight ke Cebu. Pengumuman masuk ke balai perlepasan untuk pesawat Cebu Pacific Airlines mula kedengaran.

“So, have a safe flight. Jaga diri dekat sana.” Pesan Gia. Dah macam laki bini nak berpisah pergi kerja pulak.

“You too. Aku pergi dulu…” Gia mengangguk kecil. Dia menghantar pemergian Luqman ke balai perlepasan dengan matanya. Sejujurnya dia tak berapa nak sedap hati biar Luqman pergi ke Cebu seorang diri.

Bukan aku nak cakap yang aku ni bawak luck ataupun Luqman akan bernasib baik bila aku ada dengan dia tapi tak tahulah…bila teringatkan perangai pelik Danial tu buatkan dia jadi susah hati. Akal panjang Danial tak boleh dibawak main.

Tak apalah Gia. Jangan fikir yang bukan-bukan. Anggap je Luqman selalu selamat di bawah lindungan Tuhan. Jangan terlalu negative thinking. Apa-apa pun aku tahu Luqman boleh lawan Danial.

Gia melangkah keluar menuju ke arah parking ambil penumpang. Dia masuk ke dalam kereta selepas begnya disimpan ke dalam kereta. Maya pula memandang wajah Gia yang seperti risaukan sesuatu.

“Luqman dah masuk balai perlepasan?”

“Dah…”

“Habis tu? Kenapa muka kau ni resah semacam je? Risaukan Luqman?”

“Bohonglah kalau aku tak risaukan dia. Aku…aku tak nak kehilangan dia Maya. Aku takut kalau Danial bertindak bodoh, aku akan kehilangan Luqman.”

Maya mengusap lembut bahu Gia. Memberi sokongan.
“Kau jangan risau Gia. Aku yakin Luqman pandai jaga diri dia. Kau sendiri kan cakap Luqman tu bukan calang-calang orang?”

“Ya aku tahu tapi still aku rasa tak best Maya. Aku tak kira, lusa aku kena fly ke Cebu jugak. Sumpah tak best macam ni.”

“Yayaya…aku faham perasaan kau. Dah…jangan fikir yang bukan-bukan. Fasten your seatbelt. Tak pasal-pasal nanti kena saman pulak,” Maya meletakkan gear pada D dan memandu kereta keluar dari kawasan lapangan terbang.

VITALIKA melangkah masuk ke dalam operation theatre. Siap dengan PPE (Personal Protective Equipment) yang sudah pun tersarung pada badannya. Mukanya ditutupi dengan mask. Memandangkan dia sekarang berada dalam final year dan menjalani praktikal, jadi final year untuk kejururawatan akan didedahkan dengan pengalaman melibatkan operation theatre dengan accident and emergency selain dari menghidangkan makan minum pesakit, mengurus dan menjaga kebersihan pesakit, dan lain-lain lagi.

Gugup jugak Vitalika dibuatnya. Bukan dia tak pernah masuk operation theatre. Pernah tapi rasa aura dia bila masuk tu lain macam. Seram pun ada, excited pun ada. Ini bukan operation olok-olok tapi operation yang sebenar.

Dia dapat info sebelum masuk ke bilik pembedahan, pesakit ni kena serangan apendiks ataupun dikenali sebagai acute appendicitis beberapa jam yang lalu. Kalau tak melakukan pembedahan dengan kadar yang segera, ia boleh menyebabkan risiko besar kepada apendiks pecah. Apendiks pecah boleh menyebabkan jangkitan kuman dalam darah kalau tak diberikan rawatan dengan kadar yang segera dan ia juga boleh menyebabkan kematian.

Untuk mengenal pasti apendiks, ia akan jadi kesakitan di bahagian kanan bawah abdomen. Selain dari rasa sakit di bahagian kanan bawah abdomen, ada jugak pesakit yang mengalami demam, muntah, loya, dan cirit-birit.
Jadi, untuk membuang apendiks, pesakit perlu menjalani pembedahan appendectomy sama ada pembedahan itu secara konvensional, laparoskopik (pembedahan tebuk lubang) dan laparotomy (pembedahan besar kalau apendiks pecah).

Demam, heart rate, blood pressure semuanya dicatat oleh nurse yang ada disitu. Setiap apa yang dilakukan oleh doktor dan nurse di dalam bilik pembedahan ini, dia cuba fahami dengan sebaik mungkin memandangkan ini dah final year.

Pesakit mula tidak sedarkan diri buat sementara selepas cecair anaesthetic disuntik di spinal. Pembedahan mula dijalankan. Pembedahan laparoskopik. Pembedahan laparoskopik memberi peluang untuk sembuh dengan cepat dan tanda parut yang kurang.

Laparoskop (tiub senipis pensil dengan lampu dan kamera video kecil dimasukkan ke dalam abdomen melalui tiub lompang so that doktor dapat buat pembedahan dengan mudah. Doktor yang handle pembedahan ni ialah Doktor Ariff.

“Heart rate 107. Breathing rate 24 per minute. Blood pressure 140/60.” Ujar salah seorang nurse di situ.

Doktor Ariff memandang ke arah monitor. Bacaan blood pressure masih lagi 140/60. Kalau blood pressure pesakit kurang dari 90, pesakit kemungkinan besar akan shock. Walaupun pembedahan laporoskopik dikatakan pembedahan yang selamat dan pembedahan terbuka, tapi langkah-langkah berjaga mesti dititik berat jugak.

Apendiks berjaya dikeluarkan. Kidney dish diberikan kepada Doktor Ariff. Rasa lega bila pembedahan apendiks berjaya dilakukan dan matanya terarah ke monitor. Heart rate 105, breathing rate 22 per minute, pulse rate 90 per minute dan blood pressure remain 140/60.

Vitalika turut dapat menarik nafas lega setelah pembedahan apendiks berjaya. Takut jugak dia tadi kalau tiba-tiba blood pressure pesakit turun, nanti ada masalah lain pulak yang timbul.

“SO, macam mana dekat bilik pembedahan tadi? Ok? Tak rasa pening, mual tengok darah?” Tanya Ariff ketika mereka berdua berjalan menuju ke kafeteria. Banyak juga mata yang memandang ke arah mereka sambil
tersenyum-senyum.

“Ok je doktor. Dah biasa tengok benda-benda macam tu. Tak rasa apa dah.”

“Good for you. So, you dapat belajar macam-macam kan dari bilik pembedahan tadi?”

“Ya…sama macam apa yang saya belajar dekat Filipina dulu.”

Mereka tiba di kafeteria. Macam biasa, order yang sama kalau mereka makan di kafeteria. Vitalika dengan menu bihun sup dia dan Ariff dengan menu nasi bujangnya. Walaupun menu simple tapi sangat membuka selera.
Ketika mereka duduk di meja makan, telefon bimbit Vitalika berbunyi. Panggilan dari Kristine. Alamak!!! Macam mana aku boleh lupa yang Kristine akan hantar makanan dekat aku tiap-tiap hari time aku free? Aduh!!! Panggilan bersambung.

“Vi, kau dekat mana? Aku bawakkan kau makanan ni.”

“Aku dekat kafeteria. Dah order makanan. Sorry Kris…”

“Lah kau ni. Lupalah tu.”

“Ya…aku lupa. Tak apa, kau datang je sini. Jangan risau!
Aku akan habiskan makanan yang kau bawak untuk aku.”

“Oklah…tunggu sana kejap. Aku datang.”

“Orait.”

Panggilan diputuskan. Vitalika meletakkan telefonnya kembali ke dalam poket baju.

“Siapa call? Pakwe?”

“Hesy doktor ni! Bukan pakwe lah. Kawan saya call.”

“Ye ke? Mustahil orang cantik macam you ni tak ada yang berkenan?”

“Hahaha…sapalah yang nak berkenan dengan saya ni doktor?”

“Ada je.”

“Sapa? Doktor?” Tersedak terus Ariff dibuatnya. Nasi bujang yang dikunyah tadi tersembur sikit.

“Sorry…” Vitalika mengambil tisu dan diserahkan kepada Ariff. “Tak sangka doktor tersembur macam tu sekali.”

“Tak apa. I anggap you buat lawak je tadi,” Ariff tersengih sambil mengelap nasi yang tersembur tadi.

Kristine menghampiri mereka berdua. Sempat matanya scan ke arah Ariff yang duduk berhadapan Vitalika.

“Ang iyong boyfriend (boyfriend kau ke)?” Tanya Kristine sambil punggungnya dilabuhkan di sebelah Vitalika. Sesekali matanya memandang Ariff yang ralit menyuap nasi ke dalam mulutnya.

“Hindi boyfriend ko (bukan boyfriend aku). Siya ay isang doctor (dia ni doktor).”

“Ohhh…I see. Akala ko boyfriend mo siya (aku ingatkan dia boyfriend kau).”

“You both kutuk apa pasal I?”

Vitalika memandang Ariff dengan sengihannya. “Tak ada apa-apa. Kawan saya ni suka cakap pelik-pelik.” Pipi Kristine ditampar kecil.

“Boleh percaya ke? Mentang-mentanglah I tak faham bahasa you, you berpakat dengan kawan you untuk kenakan I?”

“Eh! Tak doktor! Tak! Lahat yun kasalanan mo (ni semua salah kau)!” Vitalika menarik kuat rambut Kristine.

“Dah-dah…jangan nak bergaduh dekat sini. Makan lunch tu…” Tersenum Ariff melihat gelagat Vitalika dan kawannya. Macam-macam kerenah.

“Kau masak apa hari ni?”

Kristine membawa keluar bekal yang dimasaknya. “Hari ni aku cuma masak beef kaldereta. Aku malas nak masak ayam adobo. Takut kau bosan pulak makan yang sama je. Macam mana? Ok?”

“Aku ok je apa yang kau masak. Tapi, bagi aku habiskan bihun sup ni dulu ok?”

“Ok…”

“Specialnya you sampai kawan you ni bawakkan you makanan?”

“Sejak saya gastrik haritu doktor. Terus kawan saya bawakkan saya bekal hari-hari. Plus, pakej kena bebel dengan kaka sendiri.”

“Praktikal, praktikal jugak tapi makan kena jaga. Jangan skip ikut suka sedangkan diri tu ada gastrik. You kena jaga pemakanan you.”

“Aip aip doktor!”

“Ada-ada je you ni. I ni doktor bukannya kapten lanun.”

“Tak kisahlah apa pun. Doktor tetap macam kapten bagi saya.”

“Maksud you?”

“Tak ada maksud. Saya pun tak tahu apa yang saya cakap sebenarnya. Heee…” Vitalika senyum menampakkan baris giginya yang putih.

Sekali lagi dia tersenyum dengan tindakan spontan Vitalika. Nampak comel je di matanya. Haish Ariff! Stop! Stop! Kau ni dah kenapa? Fall in love dengan Vitalika? Errr…tak kot.

Alah…apa salahnya kan? Kau tu dah 32 wahai Doktor Ariff! Sikit lagi kau jadi bujang terlajak.

Tak apa…bujang terlajak yang hensem. Ahaks!
Perasannya lahai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience