BAB 9

Adventure Completed 1114

“Max Alexander, sila ke ruang peperangan sebentar lagi,” arah Kapten Andrew. Semua memandang ke arahku. Newt memegang bahuku. Mungkin dia dapat mengagak bahawa aku terkejut. Tody turut berbuat begitu. Peserta di akademi A yang lain hanya memandang ke arahku dan berkata buat yang terbaik. Aku sangat takut namun aku tetap perlu melakukan yang terbaik seperti apa yang abahku telah pesan. ‘Ya, aku akan buat yang terbaik sepertimana yang abah inginkan,’ kata hatiku.

Aku dibawa oleh Ketua Heli ke bilik mesyuarat para ketua. Inilah kali pertama kau masuk ke sini. Ramai yang datang ke arahku apabila aku memasuki bilik itu.

“Inilah dia Max Alexander itu,” kata Ketua Heli. Lalu aku bersalaman dengan para ketua.

“Tidak sangka bahawa dengan umur begini awak dapat mengetuai sebuah kumpulan,” kata ketua Akademi C lalu memegang bahuku lalu mengangkat tangannya yang telah dikepal dan menggoncangnya yang bermaksud ‘Awak boleh’. Aku hanya tersenyum. Aku turut bersalaman dengan Jeneral Latin. Rupa-rupanya dia tidak setangkas dulu menyebabkan dia tidak dapat mengetuai peperangan yang mungkin berlaku itu. Tiba-tiba siren berbunyi.

“Apa yang telah terjadi?” tanyaku. Mereka tidak menjawab tetapi mereka segera menuju ke bilik kawalan di atas. Oleh kerana bilik itu hanya berdindingkan cermin, jadi aku dapat melihat betapa cemasnya keadaan di dalam bilik itu. Tiba-tiba skrin gergasi yang lebih besar daripada sebelumnya terpasang di tengah-tengah bilik itu. Dan di situ terpapar berjuta-juta kapal perang yang sedang menghala ke mari. Tiba-tiba,

“Maaf, Max. Nampaknya latihan peperangan awak telah tamat. Sekarang bersiap sedia untuk peperangan yang sebenar!” kata Kapten Andrew melalui mikrofon lalu memandang ke arahku daripada bilik itu. Aku terkejut. ‘Mengapa jadi begini!’ rintih hatiku.

“Awak hanya ada masa kurang dari lima minit untuk melakukan persediaan strategi, tapi apa-apapun tolong cepat,” arah Ketua Heli.

“Jangan risau, walaupun ini merupakan peperangan yang sebenar, namun askar kita merupakan robot. Jika robot kita semuanya telah musnah, kita terpaksa mengerahkan askar manusia. Sudah tiada pilihan lain. Mereka benar-benar ingin merampas bumi kerana sumber mineralnya. Jadi, tolonglah jika awak ada peluang untuk musnahkan planet mereka, maka lakukannya,” arah Ketua Heli lagi. Ketua Heli beredar. Aku berjalan dan berdiri di tengah-tengah bilik yang sepatutnya menjadi tempat latihan namun kini telah bertukar sebagai tempat untuk berperang. Tempat biasa aku berdiri ketika melakukan latihan cuma bezanya ini bukan lagi latihan. Pasukanku memandang ke arahku seraya melakukan tabik hormat. Aku turut berbuat demikian. Setelah itu, mereka kembali menghadap ke skrin computer masing-masing. Aku turut memandang ke skrin komputerku yang memaparkan segala maklumat yang akan diberi oleh ahli kumpulanku nanti kemudian ke skrin gergasi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience