BAB 5

Humor Completed 7396

“Sarah, sorry lah aku tak jemput kau tadi. Aku ada hal sikit.”ujar Arin ketika Sarah melangkah masuk ke dalam kelas.

“Dah tu, tak reti-reti nak mesej or call aku? Tak pasal-pasal tangan aku ni dipaksa bertugas. Kalau tangan aku mintak gaji, kau yang kena bayar.”balas Sarah. Sejujurnya dia tidak marah. Malah dia terhutang budi kepada Arin yang sanggup mengambilnya setiap pagi dan menghantarnya pulang sejurus selepas kelas Muzik tamat. Sarah dan Arin sudah berkawan sejak mereka kecil lagi. Di mana ada Sarah, disitu ada Arin. Dan begitu juga sebaliknya. Perasaan cinta Sarah kepada Arin mekar sejak dirinya meningkat dewasa. Tetapi perasaan itu hanya dipendamkan sahaja. Dia tidak berani untuk meluahkannya kerana takut Arin akan menolaknya.

“Sorry okay. Nanti balik aku hantar kau. Oh ye, lunch nanti sama-sama tau”Arin mengenyitkan matanya. Sarah tersenyum manis. Danny yang sedang memerhatikan mereka dipagut rasa cemburu.

^^^^^^^^^^^^^

“Sarah, sorrylah. Aku tak dapat nak lunch dengan kau. Aku ada hal sikit. Tapi aku janji, balik nanti aku hantar kau.”ujar Arin. Sarah memandangnya.

“Hal?Hal apa?Nenek kau nak kahwin lagi ke?”soal Sarah. Arin bercekak pinggang.

“Amboi-amboi. Aku tempeling kang, senget kepala kau nanti. Mama suruh aku balik, makan sama-sama.”ujar Arin. Sarah hanya tersengih. Eh, jangan sengih lebih-lebih,. Nanti Arin sumpah jadi moyang kerang terbusuk sedunia.

“Hmm, yelah.”ujar Sarah ringkas. Arin terus berlalu pergi. Sarah memasukkan gitar ke dalam sarungnya. Gitar itu pun disilangkan ke belakang seperti selalu. Kakinya sudah bersedia untuk melangkah keluar kelas.

“Opss, Sarah. Nak pergi mana ni?”Danny menghentikan langkah Sarah.

“Aku nak pergi berak. Kau nak berak jugak ke? Kalau macam tu, jom berak sama-sama.”Sarah menjelingnya.

“Awak ni, saya tanya elok-elok, jawablah elok-elok.”nasihat Danny.

“Suka hati mak bapak tiri belah nenek buyut aku arr.”balas Sarah.

“Malas saya nak gaduh dengan awak. Jom kita lunch.”ajak Danny.

“Tak nak aku pergi dengan kau.Dahlah sana. Aku nak lunch ni.”Sarah menolak badan Danny. Tetapi Danny mengeraskan badannya.

“Jomlah awak. Saya boringlah sorang-sorang. Saya belanja awak makan. Awak cakap jelah nak makan apa, saya belanja.”Hmm, belanja?Aku ni, kalau dengar je ada orang nak belanja, no 1..Yelah makan free, siapa yang tak nak. Orang yang bengap je yang sanggup tolak. Kalau aku tolak, maksudnya aku ni bengap lah kan..ish, ish, ish..baik aku terima.

“Hmm, okay then. Jom”ajak Sarah. Fuhh!!!Lepas juga. Danny lega. Stage pertama dah selesai. And now, stage kedua pulak. Lepas tu, stage ketiga, keempat dan kelima. Lepas tu, eh, berapa banyak stage daaaa…hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience