BAB 11

Romantic Comedy Completed 16913

Aliya berbaring malas di atas sofa. Rasanya sejak kebelakangan ini dia kerap melepak di rumah Suraya. Alaa, kawan baik suami dia, maknanya kawan baik dia jugaklah tu. Hehe..

“Kau datang sini, Haziq tau tak?” soal Suraya sambil tangan kirinya menyerahkan segelas air kepada Aliya. Aliya mengangguk laju, sedangkan di dalam hati dia hanya mampu memohon maaf di atas pembohongannya. Sejujurnya, dia sendiri tidak tahu ke mana perginya Haziq. Sejak petang tadi, Haziq langsung tidak pulang ke rumah.

“Betul ke korang pergi Genting Highlands sebelum ni?” Suraya bertanya soalan yang sememangnya bermain di fikirannya sejak dulu. Dia sendiri terkejut bila Haziq menyerahkan oleh-oleh dari Genting Highlands. Aliya hanya mengiyakan dengan anggukan. Tiba-tiba Suraya menepuk bahunya dengan kuat.

“Cayalah! Macam mana korang boleh pergi, weh?” Eh eh, terlebih teruja pulak si Suraya ni apsal? Desis hati Aliya. Dia membetulkan duduknya, tepat-tepat bertentangan dengan Suraya. Rakannya itu terus menyambung bicaranya.

“Korang berdua ni hebatlah.. Mula-mula gaduh, lepas tu kahwin. Yang aku peliknya tu, kahwin atas dasar rela! Weh, cuba kau bagitau kat aku.. Macam mana kau pujuk si Haziq tu pergi sana ?” tanya Suraya. Aliya cuba mengingati perkara tersebut. Rasa-rasanya, dia bukannya memujuk Haziq, sebaliknya dia memaksa Haziq untuk membawanya bersiar-siar di Genting Highlands. Punyalah payah nak memaksa, hanya Allah yang tahu..

“Aku cakap je la yang aku nak pergi, lepas tu dia ikutkan je.. Okaylah tu, kot..” Sekali lagi tercatit dosa baru di bukunya. Walhal dia masih ingat lagi bagaimana riak Haziq sewaktu mereka berada di Genting Highlands. Haziq sentiasa berpeluh dan adakalanya Haziq seperti takut-takut. Cakapnya juga kadang-kadang gagap.

Terbuntang mata Suraya, seakan tidak percaya dengan kata-kata Aliya. “Wahhh! Kalau macam tu, maknanya dia betul-betul sayangkan kau la! Eleh, Haziq tu.. Aku dah agak dah.. Dia mesti sayang kau punya, kalau tak, memang dia tak jejak kaki kat Genting Highlands tu..” ceria suara Suraya, menggambarkan rasa gembiranya kerana akhirnya Haziq menemui cinta hatinya.

Aliya jadi tertanya-tanya. Apa maksud Suraya? “Err, apa maksud kau ni ? Kenapa dia takkan jejak kaki kat Genting Highlands tu ?”

Suraya terdiam seketika, sebelum dia membuka mulutnya untuk menceritakan sejarah hitam Haziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience