BAB 20

Drama Completed 44039

Nabilla membetulkan tudung sarungnya.Kerjanya yang membela orang kini bertukar menjadi peminta bela pada hari ini.Dia menunduk.Dia juga tidak mahukan ini tetapi kekurangannya dan masalah keluarga menyebabkan mereka memutuskan untuk melakukan ini.

(seminggu lepas)

Thaqif memeluk Nabilla rapat.Dia tidak mahu melepaskannya.Nabilla hanya tersenyum tawar dan membalas pelukan suaminya buat kali terakhir.Pertama kalinya,air matanya jatuh untuk seorang wanita.Seorang wanita yang mungkin tiada gantinya di luar sana.

"Nabilla,Thaqif taknak buat semua ni tapi mama.."

"Takpek.Nabilla faham,"katanya,menahan sebak sambil menggosok-gosok belakang suaminya.Mak Wasila tidak mahu menantunya berpoligami.Memandangkan Wasila mengandungkan anaknya dan dia tidak,jadi siapakah yang layak untuk dilepaskan?Tambahan pula,emak mertuanya juga tidak mahu dia menjadi menantunya,jadi apa gunanya kewujudannya di keluarga tersebut?

"Tak!Nabilla tak faham!I still miss you Nabilla.Even Nabilla ada dekat depan Thaqif sekalipun,perasaan rindu tu tetap membuak-buak.I dont want anyone else,"

Fikirannya tersentak apabila mendengar bunyi hon kereta di hadapan rumahnya.Entah siapa yang mengehon dia sendiri tidak tahu.

Cermin tingkap diturunkan perlahan-lahan.Dapat dia melihat kehadiran Irwan dan Irdina yang sedang melambai-lambai ke arahnya.Dia pun tersenyum ke arah mereka lalu menaiki kereta putih yang dipandu oleh Iskandar.

"Kak bell dah makan?Paksu ada belikan roti tisu untuk kak bell,"kata Irdina,menghulurkan seplastik roti tisu kepada Nabilla.Nabilla hanya tersenyum."Susah susah je,"kata Nabilla,ringkas.Seperti tiada semangat untuk hidup lagi.

"Tak susahlah kak bell.Pak uda ada beli coklat untuk kak bell.Ambillah,"sambung Irwan.

"Ya Allah.Susah susah jee,"kata Nabilla.Dia pun memandang ke arah Iskandar yang duduk di bahagian pemandu."Eh,ada Ikbal?"kata Nabilla,teruja apabila dia menyedari Ikbal sedang dibaringkan di dalam kerusi bayi di bahagian duduk hadapan."Ikbal kena ikut,siapa pulak nak jaga dia nanti?"kata Irwan.

"Alaa.Tengoklah,nanti,paksu mesti dapat maksu yang betul-betul boleh jaga Ikbal dan jaga paksu dan dapat jadi maksu yang terbaik dan lagi terhebat dan lagi menarik dan lagi cantik!Dan yang paling penting,kedua-duanya tidak bertepuk sebelah tangan,"balas Irdina,mengangkat keningnya ke arah Irwan.Irwan tersenyum sinis.

"Siapa ni?Paksu dah ada calon dah ka?"tanya Nabilla,ternanti-nanti."Ada.Tapi tak taulah kalau calon tu setuju ke tak.Lagi satu,dia kena tunggu 3 bulan,"balas Iskandar,tersenyum.

"Aik,haiwat?"Nabilla tertanya-tanya.Iskandar tersenyum sinis dan mengangkat bahunya.

"Aku tak yakinlah kalau dia pun cintakan aku.Aku ni apalah sangat,"

"Mesti dia terima punyalah.Come on lah,Inspektor Iskandar bin Ismail kot.Kalau dia tak terima,takdak taste lah orang tuu,"kata Nabilla,semangat.

"Nanti kalau aku tunjukkan dia kat hang,hanv paksa dia na?"

"Eh mesti.Duda terhangat di pasaran ni!"Iskandar tersenyum.Yang lain menahan tawa.Nabilla cukup naif.

(di mahkamah)

Nabilla menghembus nafas beratnya.Dia cuba untuk menahan kesedihannya.Dia tidak mahu menunjukkan dia lemah tapi cintanya sudah tidak bermakna lagi.

Dia mengambil tempat di kerusi panjang yang disediakan di sebelah bangunan mahkamah tersebut.Tiba-tiba,dia terperasan ada seseorang di sebelahnya.Laju dia mengesat air matanya dan dia sedar bahawa orang itu menawarkannya sapu tangan.Dia tersenyum.Lihat tangan pun dah tahu itu dia.

"Thank you,"kata Nabilla dan mengambil sapu tangan tersebut.Thaqif hanya tersenyum tawar.

"Nabilla,"

"Hermm?"

"If we meet again in another life,can i be your groom again?"Nabilla tersenyum.

"You can ask me,"

"And your answer?"

"Its always a yes,"kata Nabilla.Thaqif hanya tersenyum.

"We don't need to say goodbye if we want to meet again right?"kata Thaqif,memandang Nabilla.Kini,dapatlah dia melihat kecantikan Nabilla yang cukup terserlah.

"Goodbye Thaqif,"senyuman Thaqif perlahan-lahan pudar.Sungguh hatinya kecewa yang amat.

"Goodbye,Nabilla,"tersangkut-sangkut ayat itu keluar daripada mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience