Teaser 3

Romance Series 6628

Selepas Danial mandi tadi, giliran aku pula membersihkan diri di dalam ruangan ini. Siap syampoo rambut sekali. Ahh..segarnya! Bathrobe separas lutut di badan kukemaskan ikatannya . Bagus jugak guesthouse ni. Bukan sahaja tuala yang disediakan tetapi juga dengan bathrobe sekali. Bayangkan seharian aku berada di Hanok Village dan kemudiannya travel selama hampir dua jam untuk sampai ke sini. Memang sangat melesukan badan. Nasib baiklah ada guesthouse ini di tengah-tengah hutan! Dapat juga aku mandi dan rehatkan diri.  Namun di dalam rasa selesa yang tak bertepi, terselit juga rasa bersalah.

Jujur, aku hampir-hampir mahu berkongsi bilik dengan Danial gara-gara kasihankan dia namun mana mungkin aku mengajaknya semula setelah aku gatal-gatal cakap yang aku tak selesa untuk berkongsi bilik dengannya tadi. Lagipun aku taknaklah nampak seperti perigi mencari timba walaupun tidak dinafikan, aku sangat-sangat rindukan lelaki itu.
Rambut yang masih basah aku lap dengan bersungguh-sungguh. Aku memandang wajah di dalam cermin.

?

“Agak-agak berdosa tak aku halau suami keluar dari bilik ni? Baru tadi kau janji dengan dia..kononnya dia priority kau selepas Allah dan Rasul..sekarang apa dah jadi?”

Lama aku merenung ke arah diri sendiri. Nafas kutarik dalam-dalam saat ini. Akhirnya, aku hanya mampu menjungkitkan bahu aje dan setelah membalut rambut dengan tuala, aku terus melangkah keluar dari bilik mandi.

Berkerut seribu wajahku saat ini. Mata berlari ke arah ipod di atas meja solek di bahagian kiri bilik. Bila pulak aku pasang lagu Inggeris ni? Yang aku tahu, tadi sebelum mandi, aku ada pasang list lagu korea. Ah, sah ipod aku dah mereng! Sedap juga sesekali mendengar lagu romantik seperti ini. Layan je laaa!

Sambil bernyanyi kecil, aku mengatur langkah menuju ke arah meja solek yang tersedia di penjuru bilik. Bagus jugak guesthouse ni. Walaupun berkonsepkan hanok dan tidaklah bertaraf hotel banyak bintang, ada jugalah menyediakan losyen untuk penginap. Terus sahaja aku menyapu losyen pada kedua-dua belah lengan. Aroma lavender menguasai ruang bilik saat ini. Kemudian ikatan tuala pada rambut kuleraikan. Anak mata kini berlari ke arah cermin namun bukan wajah sendiri yang sedang aku pandang saat ini, tetapi wajah seorang lelaki yang sangat kacak yang sedang terpaku merenungku di sini. Hampir gugur  jantung!

?Speechless Danial

“Danial!” Terjerit kecil aku jadinya.

Dapat kurasakan berliter-liter darah menyerbu ke wajah saat ini. Mataku tepat merenung ke arah lelaki  itu di dalam cermin. Sumpah aku tak berani menoleh ke belakang. Debaran di dada yang menggila semakin menjadi-jadi apabila aku lihat lelaki itu sedang melangkah ke arahku dengan sangat tenang. Wajah yang serius itu masih merenungku dengan pandangan yang sangat aneh. Seperti kena pukau pun ada! Kelam-kabut aku membetulkan bahagian atas bathrobe paras lutut ini supaya kelihatan sopan.

Ini kali kedua aku melihat reaksi wajah seperti itu. Kali pertama, ketika dia ternampak aku di kondo omma. Ketika aku hanya memakai bathrobe di badan juga, seperti sekarang. Denyutan jantung semakin melaju saat ini.

“Ma..ma..macam mana a..a..awak bo..boleh ma..ma..masuk ke si..sini?” Soalku dengan tergagap-gagap.

Anak mata memandang ke arahnya yang dapat kulihat dengan jelas di dalam cermin meja solek ini. Tanpa sebarang kata, dia menyelukkan tangan di dalam poket seluar dan kunci bilik ditunjukkan kepadaku.  Ye lahh..memang kebanyakan hotel berikan dua anak kunci kepada pengunjung kerana 1 bilik hotel selalunya untuk dua orang!

“Bu..bukan a..awak nak ti..tidur dalam ke..kereta ke?” Bulat mataku menikam wajahnya. 

Danial kulihat dengan wajah yang tenang menghentikan langkah saat ini. Ada senyuman yang sangat mempesonakan beraja di wajahnya. Semakin cemas aku jadinya apabila dia betul-betul berada di belakangku. Tidak ada lagi ruang untukku melangkah.

Dapat kurasa dan dapat kulihat melalui cermin tangan sasanya sudah pun memeluk pinggangku dari belakang dengan sangat kemas. Semakin tidak keruan aku jadinya.

“It’s raining so heavily outside..pekerja guesthouse takde umbrella..” Bisiknya di telinga kananku. Dapat kurasa deru nafasnya menampar lembut cuping telinga. Aku cuba melarikan kepala sedikit saat ini. 

“I thought I can rest here for awhile..waiting for the rain to stop but…”

 Kata-katanya hanya terhenti di situ. Sumpah jantungku sudah rasa hendak terhenti. Aku memberanikan diri melihat wajahnya melalui cermin. Lelaki itu memejamkan matanya saat ini dan terasa sebuah kucupan hangat singgah di cuping telinga kananku. Lama. Ada perasaan aneh di dalam hati. 

“Sayang..I didn’t expect to see you like this..”

 Ada nada nakal dapat kukesan dalam suaranya membuatkan aku semakin gusar.Terasa darah menyerbu ke wajah saat ini. Danial tersenyum nakal namun entah kenapa aku rasa lelaki ini sangat mempesonakan jiwa apabila tersenyum begitu. 

“Sorry..but..but..saya nak keringkan rambut kat dalam bathroom.” 

Gara-gara terlalu kalut dan tidak menyangka aku akan terperangkap di dalam situasi ini, aku terus meloloskan diri dari pelukan Danial dan melarikan diri ke arah bilik mandi. Mahu menenangkan diri untuk seketika. Namun entah di mana silapnya, gara-gara lantai yang licin dan kakiku yang masih basah aku hampir hendak terjatuh ke belakang saat ini namun Danial dengan pantas menangkap tubuhku dari terjatuh. Tanganku pula automatic memegang pinggang Danial. Anak mata kami kini berpandangan. 

 “Why do you need to dry your hair? I personally think you look so damn sexy with this wet hair look.”  Bisiknya.

 Senyuman yang sangat mempesonakan jiwa dihadiahkan kepadaku. Anak matanya mula berlari ke serata wajah dan kemudiannya kulihat bergerak ke arah kawasan leher yang terdedah. Terus sahaja aku mencuba sehabis daya untuk berdiri tegak saat ini. Berjaya! Setelah dilihatnya aku sudah mampu berdiri, lelaki ini melepaskan pegangannya di tubuhku.Tanpa aku duga dia kemudiannya terus melutut membuatkan aku semakin resah. Tangan kanannya dihulurkan kepadaku.

“Princess, would you dance with me tonight?” Soalan lelaki yang berhidung mancung ini benar-benar membuatkan aku  gugup. 

“Sa..saya tak pandai menari..” Ucapku. 

Sabar Bella..jangan pengsan!

“Please..”

Rayuan lelaki yang mempunyai wajah yang menggetarkan jiwa ini benar-benar buat aku hilang akal. Tanpa sedar tanganku menyambut huluran tangannya. Tubuhku ditarik rapat ke tubuh sasanya dan kedua-dua belah lengannya melingkar di belakang bahagian tubuhku yang dilapisi bathrobe. Aku cuba mengikut rentak kakinya dengan perlahan. Alunan lagu romantik inggeris Crazy Over You nyanyian 112 yang bergema dengan perlahan melalui ipod menambahkan lagi getaran di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience