BAB 3 DICP

Romance Completed 255987

Pintu rumah Ryn aku ketuk bertalu talu bagai nak pecah rumah pangsapuri itu...jiran-jiran lain langsung tidak aku hiraukan

Tokkkktokkkkktokkkkkkkkkktokkk!

Tidak lama selepas itu pun pintu lalu dibuka ,tanpa bernada basi lagi terus sahaja aku melangkahkan kaki masuk tidak menghiraukan Ryn yang berada di hadapan pintu

Tubuhnya aku tolak sehingga sedikit terdorong ke belakang

Ryn yang baru sahaja ingin menyanggul rambut lalu mencekak pinggang ,anak matanya mengikuti langkahku menuju ke arah dapur

Terbeliak mata Ryn dengan kelakuan aku ketika ituarhhhh lantak ahh kau nak marah ke nak maki aku tak kisah ,

"We need to talk now"jerit aku sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas sofa

Dengan masih terpinga-pinga Ryn mengatur langkah duduk di sebelah aku bersama dengan wajah blur

"Kau asal "tanya Ryn

"Aku takknak teruskan benda ni kau faham tak "

"Tapi kenapa ,bukan ke kita dah capai kata sepakat lagipun tinggal satu langkah jer lagi tau"

Aku lalu berpaling ke arah Ryn dengan wajah masam mencuka,rambut aku lalu disanggul untuk mengurangkan rasa panas yang sedang berbara luar dan dalam ketika ini

"Kau asal pandang aku macamtu ada masalah"tanya Ryn kepada aku tanpa rasa bersalah

"Kau ni kan memang takde rasa bersalah ke lepas buat aku rasa bersalah dengan kau"kata Aku walaupun ayatku rasa sedikit pelik tapi dah memang itu yang aku ingin cakapkan

"Hah ,apa aku buat "dengan wajah blur Ryn dia kembali bertanya

Aku lalu menghela nafas , kepala aku lalu diletakkan di atas pehanya lalu aku berbaring ,dan juga secara spontan tangan Ryn mengusap lembut rambut aku

Bukan lesbian tapi inilah kami ,terlalu rapat sehinggakan sakit dia sakit aku ,sakit aku sakit dia

"Kenapa ni cakaplah"tanya Ryn lagi

"Aku jumpa dia balik"kata aku sedikit sebanyak air mata aku mula bertakung suaraku menjadi terketar-ketar menahan sebak di dada

"Hah siapa ,kau jumpa siapa ?apa kena mengena dengan rancangan kita ni ?"

Mata aku didongak memandang dirinya dan mata dia menunduk memandang aku disebabkan sekarang ini kepalaku diletakkan di atas ribanya

"Fateh Uwais "kata aku air mata yang bertakung sudah mula mengalir tanpa disedari

Terlopong Ryn pada ketika ini ,matanya terbuntang luas seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata aku ini ,

Yer memang sukar untuk dipercayai ,aku sudah berjumpa semula dengan Fateh Uwais lelaki yang telah mengugurkan hati aku dengan begitu luruh

"Seriously ,korang jumpa dekat mana ?"

Aku lalu bangun duduk secara menegak ,

"Itulah yang aku nak bagitau sekarang ni ,kau tahu tak dia yang kita cari selama ni "kata aku tanpa berdalih lagi ,puas mereka cari selama ini tapi tak jumpa rupanya Fateh la orang itu ,mengapa dunia ini begitu kecil sekali

Ryn menelan air liur sendiri ,kenapa mesti dia?apa aku nak buat ni ? gumam Ryn segala apa yang telah dia rancangkan akan menjadi lebih sukar sedangkan dia dah tak boleh tunggu lagi

"Maksud kau dialah "tanya Ryn lagi masih kurang percaya

Aku hanya menganggukkan kepala tanda mengiakan

"Habistu apa aku nak buat ni ,Esya kau kena tolong aku "rayu Ryn

Aku sudah menggaru kepala yang tidak gatal

"Please "

"Yer lah "akhirnya aku terpaksa mengalah

"Yess tq Esya kau lah sahabat aku dunia akhirat "

Sambil itu jugalah Ryn telah memeluk tubuh aku kerana terlalu gembira aku akan tetap menolongnya untuk memiliki apa yang dia telah kehilangan

^°°°°°°°°°°°°°°°^°°°°°°°°°°°°°°^

Di dalam sebuah bilik yang akan sentiasa dimasuki oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun ,Aurora

Kanak-kanak itu akan masuk ke dalam bilik itu untuk melepaskan segala kerinduan yang bersarang di hati

Sejak tahun lepas segala kerinduannya itu bermula dia sangat merindui seorang insan yang bergelar ibu kepadanya iaitu Miranda

Rindu terhadap ibunya itu sangat sukar untuk dia gambarkan kerana kerinduan itu ialah kerinduan yang tidak berpenghujung tanpa noktah

Dalam menatapi semua gambar -gambar kenangan bersama arwah sudah pasti linangan air mata ratapi turun menyinggah

Dia memeluk frame gambar itu seeratnya

"Ibu ,Aurora rindu dengan ibu"bisik Aurora dalam linangan air mata

Tiba -tiba pintu bilik itu dikuak dari luar

"Papa "sebut Aurora apabila melihat susuk tubuh figura yang sedang berjalan masuk ke dalam bilik ini seterusnya melabuhkan punggung di sebelahnya

"Sayang Papa ,kenapa nangis ni?"tanya Fateh lalu memeluk erat anak perempuannya itu ,diusap lembut rambut kanak-kanak itu

"Papa ,Aurora rindu ibu"kata Aurora tersedu-sedu dalam tangis

Tanpa sedar dada Fateh turut terasa sebak dengan pengakuan kanak-kanak ini

"Shhhhh dah jangan nangis kalau ibu tahu Aurora nangis mesti ibu sedih ,ibu kan tak suka tengok Aurora nangis ingat tak apa pesan ibu "pujuk Fateh lagi sedangkan suaranya jugak sudah terketar-ketar ,dia juga turut menyayangi arwah walaupun bukan cinta

Air mata mula deras mengalir apabila dia teringat detik-detik terakhir arwah menghembuskan nafas yang terakhir begitu juga dengan Aurora yang mula mengimbas detik terakhir arwah ibunya Miranda

(Flash back start ~•~^°^

Setahun yang lepas

Jam menunjukkan pukul 8 :45 minit malam ,mereka sekeluarga baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak

"Abang ,Ira rasa penat la nak baring atas katil jap ,abang bawak la Aurora turun bawah dia cakap nak makan pizza tadi ,abang temankan dia makan "kata Miranda sedikit perlahan suaranya dan lemah ,ia bukanlah suatu yang pelik buat Miranda perkara ini sudah terlalu normal buatnya
"Okay Ira rehat dulu k ,kalau ada apa-apa tekan benda ni tau"kata Fateh lalu memperbetulkan sedikit tubuh isterinya itu supaya lebih selesa

"Okay abang kalau ada apa-apa Ira panggil "kata Miranda lagi

Fateh baru sahaja ingin berdiri tapi Miranda menarik tangannya semula

"Kenapa ni Ira"tanya Fateh pelik"

"Abang Ira nak cakap sesuatu dengan abang"kata Miranda dengan lemah

"Apa dia cakaplah"

"First Ira nak ucap terima kasih dekat abang atas segala pengorbanan abang selama ini untuk Ira ,maafkan segala kekurangan Ira selama Ira jadi isteri abang ,terlalu banyak kekurangan Ira dan tanggungjawab yang Ira tak dapat laksanakan dengan sempurna untuk Abang Ira rasa bersalah sangat -sangat dekat abang , ampunkan Ira sekiranya Ira ada terguriskan hati abang selama ni ,Ira jugak nak minta maaf sebab Ira abang hilang Esya ,Ira tahu Abang tak cintakan Ira tapi abang sayang kan Ira sebabtu abang buat semua ni ,Ira bersyukur sangat abang ,dan tolong sampaikan permohonan maaf Ira kepada Esya ,cakap dekat dia Ira betul-betul minta ampun sebab dan sekat segala yang korang rancang "kata Miranda dengan nada sebak

Tanpa sedar air mata yang sedari tadi ditahan oleh Fateh bertakung jua

"Ira jangan cakap macamtu,Abang ikhlas buat semua ni untuk Ira sebab Ira adik abang takkan la abang nak lepas tangan macam tu"kata Fateh lagi

"Terima kasih abang"kata Miranda sambil tersenyum

"Sama-sama dah tidur dulu nanti abang naik balik"kata Fateh

"Ibu ,papa "jerit Aurora yang sudah mula berlari mendapatkan ibu bapanya

Miranda dan Fateh tersenyum ke arah Aurora ,tubuh genit kanak-kanak itu lalu diangkat oleh Fateh

"Papa jom makan Pizza"ajak Aurora

"Okay jomm"

"Ibu takknak ikut ke"tanya Aurora kepada ibunya Miranda

Aurora kini sudah duduk di sebelah ibunya Miranda,

"Aurora pergilah dengan Papa, ibu takknak ibu dah kenyang"kata Miranda lagi sambil tersenyum
"Ouuu ,okay ibu"

"Okayy good girl "kata Miranda

Aurora hanya tersengih

"Sayang ibu ,ibu nak cakap sikit boleh"tanya Miranda sebelum anaknya ingin turun dari atas katil

"Apa dia ibu cakaplah "

"Nanti tolong ceriakan hari papa tau ,jangan nakal-nakal ,jangan sedih-sedih jadi anak baik tau"kata Miranda lagi

Fateh mula berasa aneh dengan sikap isterinya itu

"Okay ibu ,nanti kita sama-sama buat okay"kata Aurora dengan ceria

"Kalau ibu tak pergi lagi insyaallah Sayang"kata Miranda

Fateh sudah tercenggang ,paling dia tak suka apabila bercakap soal ini

"Hah ibu nak pergi mana"tanya Aurora masih tidak mengerti

"Nanti Aurora besar mesti Aurora akan faham "

"Ouuuu"

"Ira apa cakap macam ni tak elok"kata Fateh

"Ira cakap benda yang mungkin terjadi dekat Ira abang"

"Dah la bawak dia turun makan dulu"kata Miranda

Fateh hanya akur ,tubuh genit Aurora diangkat oleh tangan kekarnya

Anak mata Miranda mengekori kelibat kedua insan tersayangnya itu hilang dari pandangan,matanya lalu terkatup rapat bersama senyuman menghiasi bibirnya

Lafaz syahadah meniti di bibir mulutnya sambil tersenyum lebar

Siapa sangka pada malam itu juga Miranda menghembus nafas yang terakhir

Sebaik sahaja Fateh dan Aurora selesai makan pizza mereka berdua lalu menapak semula ke atas
Tiba di bilik Fateh lalu menapak ke arah Miranda , Isterinya yang kelihatan sangat lena lalu didekati

Dia merenung wajah yang pucat itu dengan debaran tiba menggoncang di dada....tubuh Aurora perlahan-lahan diletakkan ke bawah sedang dirinya menyeret kaki mendekat dengan Miranda

Dia terduduk apabila melihat tubuh itu hanya kaku tanpa sebarang deruan nafas dan pergerakan .. perlahan-lahan hatinya bagai direntap

"Ir-aa"
Sebutnya tergagap-gagap ....dia berharap semua ini hanyalah mimpi

Tubuh isterinya digoncang sedikit tapi tiada tindak balas ...dia semakin menggeletar jari dibawa menacri nadi tapi tidak dijumpai

"Allahuakbar .... Innalillahiwainnalillahirajiun Iraaaa"
Jeritnya kuat dengan tangisan yang sudah tidak dapat dibendung lagi
Tubuh Aurora dipeluk lalu"Ibu dah takde sayang"
Bisiknya di telinga Aurora

Flash back End^°^

Fateh lalu melihat ke arah Aurora kanak-kanak itu sudah tertidur di situ

Perlahan-lahan frame gambar itu dipisahkan dari tangan Aurora lalu tubuh genit itu dicempung masuk ke dalam bilik tidurnya yang dihiasi warna pink bertemakan HELLOKITTY

"Good night sweety"

Fateh lalu keluar semula dari bilik yang menempatkan Aurora ,lalu langkahnya diatur menuju ke beranda rumah

Angin malam memang betul-betul menyentuh k
perasaan pada malam ini

Memang betul rindu pada arwah ialah rindu yang tidak berpenghujung

Follow IG ainshuhada_02 So how sedih tak chapter kali ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience