BAB 12

Humor Completed 22641

Dia mengangkat wajahnya. Tanpa disangka, air matanya bergenang di kelopak mata. Sepanjang persahabatan mereka, semuanya telah mereka kongsi bersama tetapi Haris tidak pernah menitiskan air matanya di hadapan mereka.

Namun, malam ini, air mata lelaki itu tumpah jua, kerana isterinya yang bernama Syuhada. Dan buat pertama kalinya juga Mira melihat lelaki itu menangis. Lelaki playboy itu menitiskan airmatanya kerana Syuhada, gadis waiter yang dikenalinya bekerja di café tempat mereka selalu berkumpul.

Dan buat pertama kalinya juga, Mira yakin yang Haris ini masih mempunyai hati dan naluri selayaknya seorang manusia.

“Aku bersalah dekat Syuhada…”air mata yang bergenang itu akhirnya tumpah jua.

“Cukuplah bro. Kitaorang tahu benda ni berat bagi kau. Tak payahlah cerita lagi” pujuk Joe.

Kali ini, Joe dan Arsyad memapah Haris pulang ke biliknya. Apabila sampai di bilik chalet Haris, tubuhnya dibaringkan di katil. Lelaki itu masih lagi meracau memanggil nama Syuhada dan tidak henti-henti meminta maaf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience