LIMA

Other Series 3280

"Awak ni kenapa sejak dua menjak ni asyik diam je?" suara Karmila memecahkan kesunyian malam ketika Hairi sedang memandu kereta Honda Civicnya.

"Takde apa lah." Hairi menjawab sepatah. Kemudian dia melemparkan senyum pada tunangannya.

"Kalau takde apa-apa, kenapa selalu senyap je? Awak kalau ada masalah bagitahulah saya.." Karmila cuba memujuk.

"Betul awak..takde apa-apa. Saya okay."

Karmila mengeluh perlahan. Entah apa yang bermain di fikiran Hairi. Dia ingin tahu. Hairi adalah tunangan pilihan keluarganya. Walaupun dia tidak mahu pada mulanya, tetapi setelah mengenali Hairi, dia selesa dan mereka mula berkawan.

Hairi seorang yang baran, tetapi pada tempatnya. Setakat ini dia tidak pernah ada masalah dengan sifat itu. Tapi dia pernah melihat kemarahan Hairi pada adik-adiknya apabila ada yang berbuat silap.

Tapi itu tidak mengapa kerana dia tahu Hairi merupakan anak sulung lelaki dan sudah menjadi tanggungjawabnya mendidik adik-adiknya yang lain. Kakak Hairi sudah berumahtangga dan segala tanggungjawab menjaga kebajikan adik-adiknya adalah pada Hairi.

Dia sayangkan Hairi. Sebelum mengambil keputusan untuk bertunang, dia cuba mengenali Hairi hampir tiga tahun. Kini, usia pertunangannya sudah mencecah 6 bulan. Kalau tiada aral, mereka akan berkahwin tiga bulan lagi.

Karmila seorang yang manis dan lemah lembut. Itu antara faktor tarikan bagi Hairi. Dia suka wanita yang lembut dan rendah diri. Sepanjang mengenali Karmila, tidak pernah sekalipun Karmila meninggi suara padanya. Setiap kata-katanya menyejukkan hati.

'Astaghfirullahal adzim...' hati Hairi berdetik perlahan. Dia beristghfar lalu mengucapkan syukur dalam hatinya kerana diberi peluang mengenali dan bakal memiliki Karmila.

Sebenarnya, sejak melihat Iman Daniela beberapa minggu yang lepas, fikirannya bercelaru. Hatinya tidak tenang. Daniela adalah kenalan ketika mereka sama-sama bekerja di kilang elektronik dahulu.

Dalam diam dia sebenarnya meminati Daniela kerana kesederhanaan gadis itu di matanya. Tetapi, dia juga baru ingin memulakan hidup sebagai orang bekerjaya, maka dia langsung tidak cuba untuk memikat Iman Daniela. Tapi antara sebab-sebab tertentu, dia kadang-kala sengaja pulang lewat atau buat-buat sibuk di ruangan kerja di mana Iman Daniela di tempatkan.

Dia juga tahu Iman Daniela menyukainya dalam diam kerana diberitahu oleh Athirah tanpa sengaja. Akan tetapi, dia hanya berdiam diri dan mengaku sudah berpunya.

Memang benar, ketika itu dia sudah mengenali Karmila. Tetapi mereka masih dalam proses mengenali. Memandangkan dia anak sulung lelaki dan berusia 24 tahun ketika itu, ibunya ingin melihat dia berkawin dengan anak sahabat lamanya.

"Nak order apa?" pertanyaan Karmila menyedarkan Hairi daripada lamunan.

Dia melihat wajah Karmila yang kelihatan muram. Dia tahu salahnya. Terlalu memikirkan orang yang tidak sepatutnya.

"Okay, awak nak makan apa?" Hairi melakarkan riak wajah yang ceria.

Dalam hatinya dia bertekad Iman Daniela mesti dilupakan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience