Fazura mendongak kepala untuk melihat jam di dinding,
"Dah pukul 6,"
bisik hati Fazura dengan senyuman lebar, suami tercinta akan sampai tak lama lagi, dia lanjutkan kerja membersihkan dapur
Sebelum Ibu dan adiknya pulang, dia dengan ibunya sempat memasak lauk untuk makan malam, sekarang ini dia keseorangan membiarkan lauk pauk di dalam kuali dan periuk di atas dapur gas senang jika suaminya pulang dia hanya perlu memanaskan saja
Fazura berjalan ke arah ruang tamu, duduk di atas Sofa, merenung ke arah tingkap menunggu suami tercinta pulang, dia mengeluh resah, hatinya gusar bila teringatkan usikan dari Datin Hadibah menanyakan tentang anak, sudah hampir empat bulan dia melayari bahtera perkahwinan bersama Farid Husin dan satu-satu impian dalam hidupnya sekarang mempunyai cahaya mata bersama suami tercinta
Beberapa detik ketika Fazura asyik mengelamun bunyi Hon kereta kedengaran di luar rumah membuatkan bahu Fazura terangkat, tergesa-gesa fazura bangun dari sofa untuk mendapatkan suaminya
Kereta di pandu Farid Husin memarkir di halaman hadapan rumah, Fazura tersenyum lebar sambil berdiri tegak di balik pintu pemandu
"Tengah datang bulan mana boleh senyum-senyum kat abang, bahaya tahu,"
Usik Farid Husin bila keluar dari kereta
Hilang terus senyuman Fazura, walaupun dia tahu suaminya sekadar bergurau tapi hatinya tetap terasa
"Tak akanlah Zura nak masam bila abang balik,"
Balas Fazura menunduk kepalanya, merajuk
"Abang gurau jelah,"
Jawab Farid Husin terus memeluk isterinya namun Fazura seakan mengelak
"Abang bawa balik tak semua periuk dengan bekas?,"
Tanya Fazura lembut sengaja tidak melihat wajah bingung suaminya
Farid Husin mengangguk
"Ada kat belakang, tapi biar jelah dulu, nanti lepas abang mandi abang bawa masuk,"
"Eh takpelah biar Zura keluarkan,"
"Zura...,"
Fazura memandangkan muka suaminya, serius seperti menyuruh dia mendengar kata
Fazura mengangguk lemah
Farid Husin segera menarik tangan isterinya supaya masuk ke dalam rumah bersamanya
"Bagi sini kunci kereta, biar zura tolong gantungkan, abang pergilah mandi dulu,"
Farid Husin menghulur kunci kereta
"Abang naik atas dulunya,"
Fazura tersenyum ketika mengangguk
Farid Husin melangkah naik ke atas tingkat dua, di saat dia berdiri di depan pintu bilik Kedengaran bunyi alarm kereta di buka
"Kenapa dengan Zura nie?,"
getus hati Farid Husin dapat mengagak jika Fazura ingin mengeluarkan barang-barang dari bonet keretanya
Keluh di lepaskan perlahan, Farid Husin melangkah semula ke arah tangga, matanya terbeliak bila melihat fazura mengankat periuk besar dan di atas penutup periuk di taruh beberapa bekas sehingga menutup pandangan isterinya
Farid Husin mengetap gigi, geram dengan sikap isterinya, dia bergegas turun ke bawah, satu patah perkataan tidak di luahkan, betapa kecewa hatinya, periuk besar di tangan isterinya pantas di ambil secara paksa
"Abang?,"
Farid Husin terus melangkah membawa periuk besar berserta bekas-bekas di atas periuk ke dapur, Fazura melangkah lemah, wajahnya ketakutan bila melihat suaminya berdiri mencekak pinggang
"Abang nak tanya, zura ada masalah ke?,"
Soal farid Husin masih mencekak pinggang
Fazura mengeleng kepala
"Kan abang dah cakap Zura, lepas abang mandi, abang akan keluarkan barang-barang tu semua, Zura dengar kan?,"
Fazura menahan air matanya dari gugur
"Zura nak bantu abang je, lagi pun itu tugas Zura, cuma angkat barang je, tak akan Zura nak biarkan abang yang buat,"
"Ya Allah Zura, ada sebab abang larang, kalau Zura terjatuh macam mana, Zura tu isteri abang bukannya orang gaji dalam rumah nie,"
Ujar Farid Husin berkerut keningnya memandang muka isterinya
"Zura tahu, Zura minta maaf,"
Sebak suara Fazura bila menjawab, terus menjatuhkan muka tidak berani memandang muka suaminya
Farid Husin segera memeluk Fazura, dia hairan dengan sikap isterinya mudah betul sentap
"Kenapa nie sayang, ada yang tak kena ke? sakit sangat ke datang bulan, nak abang bawakan ke klinik?,"
Fazura mengeleng dalam dakapan suaminya, hatinya tenang bila tangan suaminya mengosok belakangnya,
"Abang, boleh Zura tanya?,"
"Tanya je sayang,"
"Abang kecewa tak Zura masih tak mengandung lagi?,"
Lembut Farid Husin melerai pelukkannya
"Abang tak kisah pun kalau Zura tak mengandung,"
Berkerut muka Fazura memandang suaminya
"Jangan cakap macam tu Bang, Zura nak sangat mengandungkan anak abang,"
Farid Husin tersenyum
"Kitakan baru kahwin, Zura kenalah banyak bersabar, banyak berdoa, insyaallah ada juga rezeki kita nanti,"
Fazura mengangguk, muka tampan suaminya di renung penuh kasih
"Bila Zura punya period habis?,"
Tanya Farid Husin
"Apa tu Bang?,"
Farid Husin hampir tergelak namun Fazura tetap bersahaja
"Bila Zura punya haid nak habis?,"
Bola mata Fazura melirik-lirik kiri ke kanan seakan sedang memikir
"Rasanya hari jumaat,"
"Ha, elok sangatlah tu, tinggal dua hari je lagi, lepas hari jumaat kita buat anak hari-hari ya,"
"Umm,"
Fazura bersungguh-sungguh mengangguk,
"Hari-hari tau,"
Jawab Fazura penuh bersemangat membuatkan farid Husin tergelak terkekeh-kekeh dengan sikap lurus bendul isterinya lantas memeluk tubuh isterinya yang tercinta
**
Awaisha Laila duduk di sudut bilik berasa sungguh kesunyian setelah Said bohkari pulang, Fikirannya runsing saat itu, memikirkan hari esok dia harus mengikut Said bohkari pergi ke Teguh holding bertemu dengan Dato sri Hassan kamarudin
"Ingat Awaisha banyak-banyaklah berdoa semoga yang maha Esa mempemudahkan segala urusan kamu di sini, jangan lupa semua tu,"
Masih tergiang-ngiang nasihat dari Said bohkari di telinganya
Awaisha Laila terus bangun melangkah ke arah bilik air, dia ingin membersihkan diri sebelum mengerjakan solat maghrib
Selepas menunaikan solat maghrid, hati Awaisha Laila menjadi tenang, sebaik sahaja dia membuka telekung Kedengaran bunyi nada dering Telefon pintarnya di atas katil, Awaisha Laila segera mengambil telefon pintarnya melihat pada Skrin
"Makcik?,"
Bisik Awaisha Laila sebelum menjawab panggilan itu
"Assalamualaikum Sha,"
"Waalaikummusalam makcik,"
"Sha dah sampai KL ke?,"
"Sudah makcik,"
"Sha tinggal kat mana?,"
"Kat Apartment pakcik Said,"
"Sha tak nak balik sini ke?, Farhan rindu sangat kat Sha, dia asyik tanya je pasal kamu Sha,"
Awaisha Laila diam agak lama, selepas dua minggu bersalin dia menyerahkan anaknya kepada makciknya sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia atas bantuan Said bohkari hanya sekali sahaja dia berjumpa dengan anaknya, itu pun setahun yang lepas bila makciknya datang melawatnya di jakarta
"Insyaallah makcik kalau Sha ada masa Sha akan balik ke sana,"
"Sha, Farhan nie anak kamu Sha, usia dia dah lima tahun, dia asyik tanya je mana ibu dia, mana ayah dia, Makcik nak jawab apa Sha, ada ibu pun macam takde, kalau Sha tak nak jaga dia mengapa Sha tak serahkan saja Farhan nie pada Ayah dia?,"
"Dia akan bunuh Farhan makcik!! dia akan bunuh Farhan!, Sha tak boleh serahkan pada dia makcik..,"
Jerit Awaisha Laila sehingga terduduk di lantai, dia menangis teresak-esak, dadanya di tumbuk berkali-kali
"Ya Allah, Sabar Sha,"
"Dia akan bunuh Farhan Makcik,"
Awaisha Laila terus menangis jiwanya sarat dengan penderitaan hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana dia menderita
**
2018
Malam, di sebuah balkoni hotel tingkat 20 di saat hujan turun dengan lebat bunyi dentuman kuat berselang seli dengan cahaya kilat mampu membuatkan semua mahkluk ketakutan
"Awaisha, kita tak boleh hidup lagi, kita dah buat dosa besar,"
Awaisha menyapu air hujan di mukanya, gadis itu duduk di hujung balkoni sambil tangan kanannya memaut kuat tiang balkoni
"Aku tak nak mati Farid, tolonglah, aku merayu!!,"
"Awaisha aku sayang kau, tapi ini dah salah, kau tak sepatutnya mengandung, semua nie salah kau!,"
"Bukan salah aku Farid, tolonglah! aku tak nak mati,"
"Jangan takut Awaisha, lepas kau lompat ke bawah aku akan ikut kau, sekarang bangun Awaisha,"
"Tak nak Farid!! tolong Farid aku tak nak mati!!,"
"Aku cakap bangun bangsat!!,"
Awaisha meronta-ronta minta di lepaskan bila farid Husin cuba melepaskan tangannya dari tiang balkoni
"Farid!! jangan bunuh aku, aku tak nak mati,"
"Abang..?,"
"Abang..?,"
"Astaghfirullahalazim,"
Ucap Farid Husin bila tersedar dari tidurnya
"Kenapa bang?,"
Tanya Fazura, hairan bila suaminya menjerit ketika tidur
Farid Husin bangun perlahan-lahan, tangannya meraup mukanya
"Abang cuma mimpi buruk je,"
"Zura tak pernah tengok abang mimpi sampai menjerit, terkejut betul Zura,"
Farid Husin menarik nafas panjang, dia juga merasa hairan mengapa dia boleh bermimpi kisah silamnya yang sudah lama dia lupakan
"Zura jangan risau, mimpi je, dahlah mari sambung tidur,"
Share this novel