BAB 15

Romantic Comedy Completed 26126

IBU mana yang tak sedih bila dapat tahu anak sendiri diceraikan dalam keadaan diri keguguran.Kiranya dua kisah sedih yang terjadi dalam hidup Iris Malaeka dalam satu masa.Tak terdaya kalau diri sendiri di tempat Iris.Silap percaturan boleh gila di buatnya.
Nahuzubilahminzalik!Minta simpang malaikat 44.

Selama ini,mereka ingat Iris hidup bahagia bersama suami dan mertua.Tapi sebaliknya.Luluh hati melihat keadaan Iris ketika baru sampai di halaman rumah petang semalam.Nampak kurus dan tidak bermaya.Muka pun pucat sahaja.

Dua tahun lama nya Iris tidak pernah pulang ke kampung.Ayah Iris pula tersandar di dinding sambil mengeluh panjang.Tak sangka nasib anak sulungnya begini.Kalau Harith dah tak suka kan Iris kenapa tak dipulangkan kembali.Ambil dengan cara baik pulangkan pun dengan cara baik.Tapi apa kan daya ajal maut jodoh pertemuan sudah tertulis.Siapa kita hendak melawan kehendak takdir?

Harith bukannya tidak baik pada keluarga nya malah menghormatinya sebagai bapa mertua.Tak pernah Harith berkasar dengannya.Dari awal pernikahan Iris dan Harith lagi mereka sudah tahu yang Puan Yasmin tidak suka akan mereka.Tambahan dengan keadaan dia yang tempang kaki sebelah membuatkan Puan Yasmin jelek mahu memandang mereka.Mungkin takut terkena badi dia.

"Sudah lah Iris..tak usah menangis lagi.Apa yang terjadi biarkan lah.Anggap saja jodoh Iris sampai di sini saja."pujuk ibunya.Pilu di hati mengenangkan nasib Iris.

"Iris yang bersalah pada ibu dan ayah.Iris tak dengar cakap ayah.Banyak sangat dosa Iris pada ibu dan ayah sebab tu jadi macam ni.."ngongoinya hiba.

Rasa menyesal kerana tidak mendengar nasihat dari kedua orang tua nya.Memang mereka berasa terkilan dengan layanan dari Puan Yasmin.Tetapi mereka diamkan saja kerana Iris dan Harith saling mencintai antara satu sama lain.Dan mereka terpaksa redha dengan pilihan hati Iris.

"Bukan salah Iris pun.Dah jodoh Iris..Ayah tak marah.Cuma ayah rasa terkilan sangat, bekas mertua Iris tak pernah terima kami sebagai besan nya.Dia malu kami miskin dan ayah tak sempurna macam orang lain.."mendatar saja suara ayah berbaur kecewa.Mungkin hati ayah masih terluka dengan sikap Pyan Yasmin.

"Maafkan Iris,ibu ayah..."Iris memeluk keduanya sambil menangis teresak.Dia tahu pasti ibu dan ayah berasa sangat sedih dan kecewa sama sekali.Dua tahun juga mereka merindui Iris.Dua tahun juga mereka berendam airmata.
Iris rasa bersyukur kerana ayah dan ibu masih boleh menerima nya.Dalam keadaan Iris yang kini terumbang-ambing seorang diri dan amat memerlukan sokongn penuh dari keluarga.Tak terhitung salah dan silap nya pada ayah dan ibu.Tetapi mereka tidak pernah membuang Iris dari hidup mereka.

Genap seminggu Iris berada di kampung.Esok dia akan pulang ke KL dan kembali bekerja seperti biasa.

"Betul ker Iris nak kerja dekat sana lagi?"gusar juga hati ibu mahu melepaskan Iris kembali ke KL.Dalam hati tetap terselit kebimbangan.

"Ya..Ibu jangan risau.Iris duduk dengan kak Nida."ujar Iris berkali-kali.

Walaupun ibu tidak kenal Nida sepenuhnya tetapi dia dapat tahu Nida lah yang menjaga dan menumpangkan Iris.Kalau tiada Nida tak tahu lah bagaimana nasib anaknya.

"Ibu nak pesan ni.Duduk sana elok-elok.Jaga diri.Iris dah besar panjang.Dah tahu mana baik mana buruk kan."

"Iris faham ibu.Iris janda, pergi mana pun orang tetap akan mengata."Baru jadi janda dah heboh satu kampung.

Macam sekarang ni.Orang kampung sibuk-sibuk bercakap pasal Iris.Kesian ibu dengan ayah terkena tempias.Sebab tu Iris tak nak duduk lama di kampung.Jadi janda pun susah.Ada saja yang tidak kena pada pandangan mata masyarakat.Seolah jadi janda ini satu kesalahan yang besar.Tak siapa minta mahu menjadi janda.Tetapi apa kan daya masing-masing punya kisah tersendiri.Jadi janda hati kena kental tambahan nak menghadap mulut masyarakat.Jadi jangan pandang serong pada yang memegang status janda.

"Biarlah orang nak cakap apa pun.Yang penting,Iris jangan malu kan ibu dan ayah."pesan ibu lagi.Mulut manusia bukan boleh ditutup macam mulut tempayan.Sekejap saja sudah tersebar.Ada lah tu yang menjadi penyampai tak berbayar.Astro bergerak lah kata kan.Macam-macam ada.

"Iris faham,ibu.Iris tak akan buat benda yang memalukan ibu dan ayah.Tadi ibu cakap nak hantar kuih dekat Mak Cik Hawa kan.Meh sini Iris hantarkan."


Jarak rumah Mak Cik Hawa dengan rumah ibu Iris tidak lah jauh mana pun.Dah lama Iris tidak ke rumah Mak cik Hawa.Dulu masa kecil Iris dan adik-adiknya kerap bermain di kawasan rumah Mak Cik Hawa.Halaman rumah Mak Cik Hawa sangat luas senang nak main apa pun.

Sampai di rumah Mak Cik Hawa,terpakir sebuah kereta putih.Mungkin anak Mak cik Hawa,kak Adawiyah atau pun abang Attar yang balik.Dah lama juga Iris tidak bertemu dengan mereka.Ehh!lupa pula Iris.Hari tu kan terserempak dengan abang Attar.Ntah dia balik kampung juga agak nya.

"Assalamualaikum.." seru Iris dua kali.Rumah batu bercat hijau itu nampak sunyi dari luar dengan pintu hadapan terbuka luas.

Sambil menunggu Iris meninjau keadaan sekeliling.Halaman rumah masih macam dulu cuma di penuhi dengan pokok-pokok bunga.Rajin juga Mak Cik Hawa menanam pokok bunga.

Suara orang berdehem di belakang membuatkan Iris berpaling laju.Terpaku Iris melihat Attar yang berdiri di muka pintu.Dia juga agak terkejut dengan kehadiran Iris di situ.

Iris pandang dia.Dia pandang Iris.Buat orang gerun saja.Mata tu kalau tak tengok orang tak boleh agak nya.Tak berkedip pula tu.Sempat lagi Iris mengomel.

"Iris rupanya..Mak Cik kat belakang tadi."kata Mak Cik Hawa yang muncul dari belakang Attar.

"Patut lah.."Iris gugup.Ntah kenapa tiba-tiba dia rasa kekok pula bila bertentangan mata dengan Attar.Ker dia saja yang perasan.

"Mari lah masuk dulu,Iris.Dah lama Mak Cik tak tengok Iris.Makin cantik pula sekarang ni."kata Mak Cik Hawa bersahaja.

"Mana ada Mak Cik ni.Ada saja..Iris masih macam dulu."Iris agak tersipu.Cantik tang mana nya.Muka pun cengkung dan pucat saja.

"Tak apa Mak Cik.Ni ibu bagi lepat pisang.Tadi baru buat."Iris hulurkan bekas plastik berisi lepat pisang di dalamnya.

"Laa tak nak masuk dulu ker.Terima kasih lah.."Mak Cik Hawa menyambut huluran dari Iris.

Attar masih berdiri di situ mendengar Iris dan maknya berbual.Mata masih terpaku pada Iris.

"Abang Attar apa khabar?"taya Iris mahu menghilang kegugupan di hati.Sebenarnya dia nak terus balik.Tapi rasa tidak manis pula jika tidak bertegur sapa dengan Attar.

"Alhamdulillah baik.Iris cuti berapa lama?"soal Attar kembali.

"Err.. dah seminggu balik sini.Esok nak balik KL dah."jawab Iris.

"Cepatnya nak balik.Tak sempat nak jumpa lama sikit.Bagi nombor henfon Iris.Nanti balik KL boleh kita jumpa dekat sana."Attar sudah mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya.

Kad nama yang dia bagi dulu,entah Iris simpan atau buang.Dia ternanti-nanti juga Iris menghubunginya namun hampa.

Nak tak nak Iris terpaksa bagi juga bila Attar masih menanti.Mak Cik Hawa hanya tersenyum.Tak pula dia menegur atau membantah.

"Tunggu sekejap abang buat miss call.Boleh save terus nombor abang."

Tak sempat nak minta diri.Attar lagi cekap.Takut Iris bagi nombor orang lain.Terus dia buat miss call masa tu jugak.Henfon ditangan Iris berbunyi.Attar tarik nafa lega kerana dia sudah dapat nombor Iris.Iris dah tak boleh elak lagi.

"Save tau nombor abang.Nanti abang cari Iris dekat KL."pesan Attar berulang kali.

"Bagus juga,Iris simpan nombor Attar.Ada hal apa nanti, Attar boleh tolong."sokong Mak Cik Hawa buatkan Attar tersengih.
Iris hanya senyum kecil sebelum meminta diri.

"Iris minta diri dulu ya Mak Cik,abang Attar.Assalamualaikum.."

Iris segera beredar.Attar masih berdiri di muka pintu.Memerhati Iris berjalan pulang hingga hilang dari pandangan mata.Satu perasaan yang dia pernah rasa dulu kini menjelma kembali.Hanya dia yang tahu apa kah perasaan itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience