Bab 1

Romance Completed 979594

Bab 1

MIA memegang perutnya yang sakit akibat senggugut yang tiba-tiba menyerangnya. Berkerut-kerut dia menahan kesakitan sambil membuka pintu biliknya untuk ke dapur. 

“Aduh... Celaka betul! Dahlah aku kena keluar malam ni!” Mia membuka almari dapur untuk mencari Panadol. Tetapi yang banyak pun Durex! Sial! 

“Kau dah kenapa?” soal Janna yang baru keluar dari bilik air. Dia membelit tuala di atas kepala. Terkejut juga lihat rakan serumahnya itu yang sedang menyelongkar laci almari. 

“Period painlah. Aku ada date malam ni. Panadol pun dah habis.”

“Aduh... Tangguh ajelah. Tak apa aku suruh Fahmi pergi beli. Nanti dia hantar.” 

“Weh... Tolong aku kali ni!” Mia mempamerkan wajah merayu. 

Janna menggeleng laju. “Esok pagi aku ada test. Satu haram aku tak baca lagi. Kau try pergi tanya Fieya macam mana.”

Bunyi ketukan di biliknya membuatkan Fieya sedikit tersentak. Dia berhenti menulis dan memandang ke pintu. 

“Fieya...” panggil Mia dengan lembut di muka pintu. Wajahnya juga berkerut menahan sakit. 

“Kau kenapa? Orang mati laki pun tak muka macam tu!” kata Fieya. Mereka sudah biasa bergurau kasar. 

“Aku senggugutlah. Malam ni aku ada date. Please Fieya... Kali ni je. Kau tahu kan Tuan Lukman macm mana. Kalau aku tak keluar bila dia nak jumpa. Habislah allowance aku nanti!

“So?” Fieya memusingkan seluruh badannya menghadap Mia. 

“Aku ada cakap dengan dia. Aku bagi pengganti.”

Berkerut dahi Fieya ketika mendengar kata-kata Mia itu. 

“Kau tahu kan. Aku tak keluar dengan orang lain?”

 “Alah... Daddy kau bukannya tahu. Dia tak ada di sini kan! Please... Aku pernah tolong kau dulu. Takkan macam ni pun tak boleh.” Mia mengungkit. 

Fieya melepaskan keluhan. “Beritahu aku apa dia suka dan tak suka.”

SEBUAH Mercedes-Benz GLC300 berhenti di hadapan Fieya. Seorang lelaki berlari anak keluar dari pintu pemandu dan membuka pintu belakang untuk Fieya. Fieya mengucapkan terima kasih sebelum melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu. 

“Hai...” tegur lelaki yang berada di sebelah Fieya itu. 

Fieya menoleh dan tersenyum. “Hi... I'm Fieya...” 

Dalam samar-samar Fieya dapat melihat lelaki berusia 40-an itu agak kacak dan bergaya. Sudah pastilah... Duit berkepuk nak pergi mana? Muka pecah rumah pun boleh jadi Prince Charming. Heh! 

Kenderaan mewah itu bergerak meninggalkan rumah yang di diami oleh tiga orang pelajar. Rumah semi D empat bilik di tengah bandar raya Kuala Lumpur! Pensyarah muda pun belum mampu nak sewa! 

“So, baby...” Lukman memulakan bicara. 

“I'm not your baby, sir.” Fieya membuat penolakan panggilan itu dengan senyuman yang manis. 

Lukman mengangkat sebelah keningnya. 

“Well. I don't think. Mia hantar yang bukan baby kepada I.”

“When I say I'm not your baby. It doesn't mean I'am not a sugar baby.”

“Okay...” Lukman ketawa. Gadis ini lebih licik daripada Mia.

“So, you are loyal sugar baby. I see.” Lukman melepaskan tawanya. Dia terhibur dengan kerenah sugar baby bermata galak itu. Hilang segala kepenatannya hari ini. Tekanan itu seperti terbang ke langit. 

“If you think so...”

“Mia ada orang lain selain I... I tak kisah selagi dia sentiasa datang kalau I panggil,” kata Lukman. 

“Kalau masa tu dia ada dengan someone else... Dan dia tak datang. Apa you buat?” soal Fieya yang ingin tahu juga sikap lelaki ini. 

“I'll cut her allowance...”

Fieya mengangkat kening sebelah. 

“Okey...” Fieya tersengih. Jadi, dia perlu buat yang terbaik pada malam ini supaya dia tidak pulang dengan tangan kosong! Lelaki ini agak berkira! Cis... 

“Jadi, ke mana kita ya...” Lukman seperti berfikir. 

“How about karaoke?” Fieya pantas memberi idea supaya dia mendominasi date pada malam ini. Supaya dia tidak terjerat lebih jauh. Dia cuma pengganti! 

“Nampaknya Mia dah beritahu you apa yang I suka...” Lukman tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. Pemandu Lukman di hadapan terus membuat pusingan U untuk menuju ke destinasi yang diarahkan oleh bosnya.

LUKMAN agak tertarik melihat gadis cantik dan bertubuh persis model itu begitu pandai menyanyi dan bersuara lunak. Selalunya Mia hanya menjadi penyanyi latar di belakangnya sahaja. Lukman bangun dan mencapai mikrofon untuk menyanyi berduet apabila lagu duet pilihannya muncul pada skrin TV. Bilik VVIP itu boleh memuatkan 10 orang tetapi hanya mereka berdua sahaja di dalamnya. 

Fieya memulakan nyanyian merdunya dan Lukman tersengih nakal. Fieya benar-benar menarik. 

“May I...” pinta Lukman dengan budiman sekali sambil tangannya berada di belakang pinggang Fieya tetapi masih belum bersentuhan. Dia meminta kebenaran! Fieya menjeling tangan Lukman dan mengangguk sekali sahaja. Cukup untuk Lukman faham batas-batasnya. 

Lukman pantas menyentuh belakang pinggang langsing itu tanpa cubaan untuk memeluk. Dia sedar dia tidak mengikat kontrak dengan sugar baby pengganti ini. Kemudiaan mereka sama-sama berduet beberapa buah lagu. 

Fieya meminta diri untuk ke tandas semasa Lukman sedang membuat pembayaran di kaunter. Selepas ini dia akan terus dihantar pulang. 

Ketika Fieya sedang membelek wajahnya di cermin, telefonnya tiba-tiba berbunyi. Pantas dia menyelongkar beg tangan Coach itu. 

Terbuntang matanya apabila satu nama naik pada skrin telefon. Dia perlu menjawab panggilan itu. 

“Where are you, baby?!”

“Daddy...” Peluh sejuk terus membasahi dahi Fieya. Jantungnya mahu sahaja tergolek melantun ke dalam lubang tandas! Sial! Kenapa mesti waktu ini dia mendapat panggilan itu! 

Share this novel

Berrus Unsain
2022-12-27 16:52:07 


NovelPlus Premium

The best ads free experience