Bab 105 End

Romance Completed 207871

"Amboi.. ketawa sampai atas boleh dengar. Apa yang seronok sangat ni?" soal Intan yang baru turun dari tingkat atas bersama susu dalam botol yang baru dipam tadi. Murah rezeki Raiyan, banyak susu Intan. Sehari empat botol dapat disimpan dan semua ada dilabel tarikh dan masa susu dipam supaya mudah untuk diambil untuk dipanaskan sebelum disuap pada Raiyan.

"Diaorang ni ha.. semua mengaku Raiyan ni handsome ikut diaorang" kata Shira.

"Hm.. ye lah. Raiyan handsome sebab tahi lalat macam mummy dia tu.." kata Intan pula.

"Ha! Eloklah.. kau pun sama" balas Shira. Riuh petang tu dengan gelagat masing-masing. Semua tak nak kalah.

Setelah Intan ke dapur menyimpan susu, kaki melangkah ke ruang tamu dan duduk dilabuhkan di sisi Caden. Tersenyum Caden lalu memaut bahu Intan agar rapat padanya.

"Thanks sayang" ucap Caden pada Intan. Intan sudah berkerut dahi tidak faham.

"For what?" soal Intan sambil menoleh pandang pada Caden.

"Brings this moment to my life" kata Caden lalu dilabuhkan ciuman pada pipi Intan. Terlupa pada tetamu yang ada.

"Hm.. tak lama Raiyan dapat adik la.." tegur Tuan Rahman. Memerah wajah Intan. Caden la ni, tak beragak nak romantik pun.

"Why not" balas Caden sambil ketawa.

"Kalau macam tu, jomlah kita balik sayang" ajak Carlos pada Shira. Shira yang mendengar sudah pelik, dah kenapa nak balik.

"Kenapa nak balik?" soal Shira pada Carlos sambil membuang pandang pada Carlos di depannya.

"Buat anak" balas Carlos sepatah.

"Abang!" jerit Shira lalu membaling bantal kecil yang ada di atas sofa pada Carlos. Pecah ketawa dari semua yang ada. Begitulah selalunya, pasti Shira yang jadi bahan tapi kalau tak dia, Intan la. Siapa lagi.

"Wa...." kuat Raiyan menangis.

"Oit, korang ni.. mengangis dah Raiyan. Sini anak mummy, kesian dia terkejut ya.. Auntie Shira ni jerit kuat sangat" kata Intan yang sudah mengambil Raiyan dari dukungan Tuan Rahman lalu kaki melangkah mahu meninggalkan ruang tamu dan ke tingkat atas.

"Nak bawa cucu atuk ke mana tu?" soal Tuan Rahman.

"Nak susukan la ayah, lapar sama ni. Lama dah tidurnya" kata Intan lalu melangkah naik ke tingkat atas dan waktu itu Caden juga turut bangun mahu mengikut Intan.

"Eh.. eh.. kau nak ke mana pulak?" soal Carlos pada Caden.

"Naik atas la" jawab Caden ringkas.

"Nak buat apa, yang nak disusukan Raiyan, bukan daddy Raiyan. Dah, sini. Kalau daddy nak susu, tunggu malam nanti" usik Carlos lalu menarik lengan Caden supaya duduk kembali. Masam wajah Caden tidak puas hati. Kuat Caden diketawakan petang itu. Hahaha.. kan dah kena, biasa dia yang kenakan orang..

+++

"Hai sayang" tegur Caden lalu melabuhkan cium pada dahi Intan yang sedang berehat di gazebo.

"Sayang dah mohon cuti?" soal Caden pada Intan sambil mengusap perut Intan yang sudah besar, tidak lama akan bertambah lagi ahli keluarga di rumah itu.

"Dah lulus pun. Isnin ni sayang mula cuti" balas Intan pada Caden.

"Hari ni anak-anak daddy nakal tak?" soal Caden lalu mencium perut Intan yang besar. Begitulah Caden tiap kali pulang dari kerja, pasti dia berbual dengan anak-anak yang dikandung Intan. Tak sangka kali ini Intan mengandung kembar cuma jantina tidak diketahui. Pandai pulak dia menyorok walau bagaimana pun, Caden bersyukur sangat dengan apa yang dia ada sekarang.

Kesihatan papa semakin pulih dan sudah pulang ke Malaysia sejak setahun yang lalu. Papanya juga baru pulang semalam setelah tinggal di rumahnya hampir dua minggu. Nak bermain dengan cucu katanya, Tuan Rahman pula memang selalu bertandang ke rumahnya tambahan pula dia sudah berpencen. Apa lagi yang nak dibuat kalau bukan bermain dengan cucu.

"Mummy.. bila adik nak keluar?" soal Raiyan pada Intan sambil memegang perut Intan yang sudah besar itu. Ketawa Intan dan Caden dengan pertanyaan Raiyan. Caden kemudian mengangkat Raiyan lalu dibawa ke ribanya.

"Raiyan sayang adik?" soal Caden.

Raiyan mengangguk dan berkata.

"Raiyan tak sabar nak main dengan adik, nak ajar adik lawan-lawan" kata Raiyan. Bulat mata Intan dan Caden bila dengar Raiyan berkata begitu.

"Kenapa nak ajar lawan-lawan pula?" soal Intan. Hai la, tau la anak lelaki. Belum apa-apa itu dulu yang difikirnya.

"Kena lah ajar lawan-lawan mummy biar tak ada orang berani buli adik-adik perempuan Raiyan ni" petah Raiyan berkata.

"Buli? adik perempuan?" serentak Intan dan Caden bertanya.

"Raiyan kena buli ke?" soal Caden.

"Mana Raiyan tahu ni adik perempuan?" soal Intan pula.

Raiyan dah ketawa.

"Mummy, daddy.. soal la satu-satu. Macam mana Raiyan nak jawab.." balas Raiyan. Terdiam Intan dan Caden. Payah pulak bila anak terlebih cerdik ni.

"Okay.. daddy ask first" kata Caden.

"Did you get bullied at school?" soal Caden serius.

"Not me, but my friend's, Ika" balas Caden sambil kepala digeleng sambil kedua tangan kecil naik menggawang-gawangkan di depan.

Lega Caden. Sangkanya Raiyan yang dibuli tapi berani ke diaorang nak buli Raiyan, boleh tahan garang ni macam mummy dia..

"When she got bullied, I always helped her" jawab Raiyan. Intan yang mendengar sudah toleh pada Caden. Tajam sahaja pandangannya.

"What?" soal Caden.

"Hm.. ikut perangai siapa la ni.." kata Intan. Caden yang mendengar sudah tersenyum.

"Raiyan tak nak adik-adik kena buli, biar jadi kuat macam daddy. Sekarang ni, kat sekolah dah tak ada yang berani buli" cerita Raiyan. Patutlah kadang-kadang tu pakaian Raiyan kotor. Bila ditanya, jawabnya jatuh ketika bermain. Hai la anak.. baru lima tahun dah pandai melindungi..

"Why daddy? and not mummy?" soal Intan tidak puas hati.

"Of course la daddy.. daddy kan lelaki sejati" balas Raiyan. Intan yang mendengar sudah terkebil-kebil mata dengan kepala tergeleng. Cakap macam orang tua. Yang si Caden sudah tersenyum bangga. Menyampah!

"Okay. Now my turn" kata Intan pula. Rambut Raiyan yang hitam pekat itu diusap.

"Mana tau Raiyan nak dapat adik-adik perempuan?" soal Intan pada Raiyan yang berada di ribaan Caden.

Raiyan tidak menjawab hanya ketawa dan kemudian terus melompat turun dari ribaan Caden yang terus berlari di taman mini.

"I know because they talk to me" jerit Raiyan dari jauh.

Ternganga mulut Intan dan Caden lalu saling memandang.

"Apa maksud Raiyan?" soal Intan pada Caden dengan wajah yang cuak.

"Budak-budak.. his joke right" balas Caden nak sedapkan hati.

"Tuan, Puan" panggil Kak Sal.

"Ye Kak Sal" Intan dan Caden serentak menoleh ke belakang.

"Makan malam dah siap. Tak nak masuk dalam lagi ke, dah nak senja ni" kata Kak Sal sambil memerhatikan sekeliling.

"Oh. Ya lah. Seronok sangat berbual, tak sedar" balas Intan.

"Raiyan, sini kita masuk. Daddy mandikan, cepat" panggil Intan dan waktu yang sama Caden melangkah menghampiri Raiyan yang ralit bermain ikan di dalam kolam.

"Okay mummy" balas Raiyan lalu berlari mendapatkan Caden lalu melompat ke dalam dukungan Caden. Ketawa suka dia bila didukung begitu.

+++

"Tahniah Intan, Caden. Dapat baby girls. Twin pulak tu. Bestnya.." kata Shira sewaktu datang melawat Intan di rumahnya.

"Kau bila due?" soal Intan pada Shira yang dilihat sudah agak sarat.

"Hujung bulan ni kot" kata Shira sambil mengusap kepala anak sulongnya yang sudah terlena di sisi. Penat bermain dengan Raiyan.

"Anak apa pula kali ni?" soal Intan.

"Girl" balas Shira sepatah.

"Elok dah sepasang" balas Intan.

"Eh, kau perasan tak, kita ni kan macam janji-janji pulakkan. Kau, aku dengan Tuan Aniq, anak sulong semua lelaki, anak kedua pulak semua perempuan kecuali kau, dapat double" kata Shira.

"Iya lah. Kau tak ingat masa buat birthday party untuk Raiyan hari tu, kecoh diaorang ni bermain tapi pandai melayan anak perempuan Tuan Aniq tu" tambah Intan pula.

"Haah kan. Di layan macam puteri, untunglah.. kecik-kecik dah ada bodyguard" kata Shira pula. Tersenyum duaorang rakan baik itu.

"Kau happy?" soal Intan pada Shira yang ralit mengusap rambut anaknya yang sedang terlena itu.

"Happy sangat Intan. Thanks" ucap Shira dengan wajah yang penuh bahagia.

"Dah kenapa nak terima kasih pulak.." soal Intan tidak faham.

"Sebab kau, aku ditemukan dengan Carlos" balas Shira, bergenang tubir matanya..

"Lah.. kau ni. Itu namanya jodoh. Aku ni sebagai asbab pertemuan kau dan Carlos je. Dah-dah, jangan nak buat drama air mata pulak" kata Intan lalu bangun dan bergerak menuju ke arah Shira. Duduk dilabuhkan di sisi dan tubuh sahabatnya itu dipeluk erat.

"Ehem!" dengan suara dari belakang.

"Eh abang, lambat balik, cakap tadi keluar sekejap je?" soal Intan pada Caden lalu bangun dan mendapatkan Caden yang berdiri di sisinya.

Carlos yang ada bersama Caden pula terus mendapatkan Shira dan duduk dilabuhkan di situ.

"Why? dah rindu ke?" bisik Caden di telinga Intan lalu dilabuhkan cium di pipi. Suka di menyakat Intan.

"Ish, abang.. malu la diaorang nampak" kata Intan. Memerah wajahnya. Perangai tak ubah, dah tiga orang anak pun masih sama macam tu. Alah.. kau pun sama je Intan.. manja tak hilang-hilang walaupun anak dah tiga.. tak payah nak mengata orang sangat.

Caden sudah ketawa di sisi lalu ditarik Intan untuk turut melabuhkan duduk di sofa ruang tamu itu.

Sungguh tidak diduga, dia di kelilingi bahagia. Ada isteri yang sentiasa memahami dan sentiasa menyokong, ada anak-anak yang comel, keluarga serta rakan-rakan.

Gembira dia apabila melihat Carlos yang juga bahagia bersama keluarganya.. seperti memahami Caden dan Carlos berbalas pandang sambil tersenyum dengan pandangan mata yang berbicara. Banyak sudah keperitan dan kesusahan yang mereka lalui bersama dan kini bahagia menjelma. Itulah yang dinamakan takdir. Takdir Kita..

**Tamat**

Terima kasih saya ucapkan pada semua pembaca yang mengikuti cerita saya ini. Terima kasih tidak terhingga dia atas sokongan anda semua. Saya amat terharu kerana cerita saya ini mendapat perhatian dari anda semua. Thank you so much.. Muahh..

Sayang semua..

Fifi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience