Chapter 15

Drama Completed 9601

" Mama! Papa! " jerit Tengku Afief apabila papa dan mamanya datang.

" Afief! Tidur ngan siapa malam tadi? " tanya Tengku Afiq.

" Afief tidur dengan Uncle Riz ngan Paksu. Uncle Riz asyik buat lawak je. Penat Afief ketawa " jawab Tengku Afief.

" Iyee. Amboi seronoknya " ujar Tengku Haniez.

" Mama. Jom masuk. Nenda buat biskut macarone. Sedap. Jomlah mama "ajak Tengku Afief.

" Ha ye ye. Jom jom " Tengku Haniez mengikut langkah Tengku Afief menuju ke dapur.

" Kak Haniez! Bila sampai? " tegur Tengku Iezkandar sambil menyalam tangan Tengku Haniez.

" Baru je. Nak pergi mana ni? " jawab Tengku Haniez lalu bertanya semula.

" Pergi jumpa Fahmee jap " jawab Tengku Iezkandar.

" Melepak? " tanya Tengku Haniez lagi.

" Taklah. Nak ambik hadiah kak Miera kat dia. Online je " jawab Tengku Iezkandar.

" Ouh. Ha yelah. Jangan lambat sangat. Orang tengah sibuk ni " pesan Tengku Haniez.

" Ye kak. Kejap je. Tak lama pun " balas Tengku Iezkandar lalu mengambil kunci motornya. Tengku Iezkandar kini bekerja di syarikat Tan Sri Azhar. Bapa kepada Tengku Ainnul. Tengku Iezkandar tidak mahu kerja dalam keluarga. Dia mahu kerja di bawah orang. Lagipun di syarikat Tan Sri Razali, Tengku Iez Amin sedang mengambil alih. Jadi Tengku Iezkandar bekerja di bawah naungan orang luar. Tengku Rizwan pula bekerja sebagai seorang saintis. Manakala Tengku Amriena bekerja sebagai pensyarah. Kesemua ahli keluarga Tan Sri Razali memilih kerja yang berwawasan.

" Bonda, Miera pergi dulu " beritahu Tengku Amiera yang kini bekerja sebagai doktor pakar bedah.

" Ha yelah. Hati hati " pesan Puan Sri Zariana.

" Baik bonda " balas Tengku Amiera.

" Miera pergi mana bonda? " tanya Tengku Haniez.

" Pergi ambil baju nikah " jawab Puan Sri Zariana.

" Ouh " balas Tengku Haniez. Mereka berbual panjang hingga ke petang.

*** Laki Aku Yang Kau Sibuk Pahal! ***

Hari ini Tengku Amiera akan bernikah dengan Tengku Amir.

" Tengku Muhammad Amir bin Tan Sri Zulkipli " panggil Tan Sri Razali.

" Saya " jawab Tengku Amir.

" Saya nikahkan atau kahwinkan dikau dengan anakku Tengku Hanies Amiera binti Tan Sri Razali dengan mas kahwinnya RM2024 beserta cincin dibayar tunai " lafaz ijab Tan Sri Razali.

" Aku terima nikahnya Tengku Hanies Amiera binti Tan Sri Razali dengan mas kahwinnya RM2024 beserta cincin dibayar tunai " lafaz qabul Tengku Amir.

" Saksi sah? " tanya Tan Sri Razali.

" Sah " jawab saksi.

" Alhamdulilah " ucap Imam Ilham yang berada di sebelah Tan Sri Razali dan beliau membacakan doa. Tengku Haniez memeluk Tengku Amiera. Begitu juga Tengku Ainnul. Tengku Amir menyarungkan cincin di jari manis Tengku Amiera. Tengku Amiera menyalam dan mencium tangan Tengku Amir. Tengku Amir mencium dahi Tengku Amiera.

" Wooooo " usik Tengku Rizwan dan Tengku Izzat. Mereka bergambar bersama keluarga dan sahabat. Pada pukul 2.00 petang mereka bersanding di atas pelamin. Tengku Ainnul dan Tengku Izzat ditugaskan untuk menjadi photographer mereka. Tiba di meja makan pengantin, mereka memotong kek lalu menyanyikan lagu happy birthday buat Tengku Afiq. Rupa rupanya hari itu ialah hari lahir Tengku Afiq.

" Happy Birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Afiq! Happy birthday to you! " mereka menyanyi bersama dan bertepuk tangan. Tengku Afiq meniup lilin dan memotong kek hari jadinya. Ianya sememang hari yang indah buat mereka semua.

*** Laki Aku Yang Kau Sibuk Pahal! ***

" Awak, bestlah hari jadi awak tadi " ujar Tengku Haniez sambil baring di atas tangan Tengku Afiq.

" Yeke? Hmm. Saya pun terkejut. Tiba tiba nyanyi lagu birthday untuk saya. Pergh terharu gila " jawab Tengku Afiq.

" Hari yang indah untuk kita kan? " soal Tengku Haniez.

" Haah. Hari yang paling indah untuk kita walaupun wedding Amir dengan Amiera " jawab Tengku Afiq.

" Ok now. Jom tidur " ajak Tengku Haniez.

" Jom " ikut Tengku Afiq lalu menutup lampu bilik.


~ TAMAT ~

*maaf ada terkasar bahasa
*maaf kalau tersilap type
*salam maaf dari saya
*Terima kasih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience