BAB 23

Family Series 2595

“Mamat yang tumbuk aku semalam tu Fadzil bos. Dia ni abang kepada si Farhad. Dulu dia join geng mana entah. Tu yang dia hebat sangat tuh” kata Fahmi kepada Halim Tokan yang sedang duduk di atas sofa.

“Mana kau tahu semua nih. Macam mana aku nak percaya cakap kau ?” kata Halim Tokan.

“Bos. Aku dah kenal si Farhad tu kejap je. Tapi aku tahu semua yang ada pada dia. Family dia duduk di mana, siapa adik beradik dia. Farhad dengan kawan-kawan dia yang cerita” kata Fahmi.

“Kau tahu ke rumah family dia ?” tanya Halim Tokan.

“Hm ni yang susah. Aku tak tahu rumah dia. Yang aku tahu dia duduk Damansara area Seksyen 4. Tapi aku dah suruh Jali dengan Khai cari dia sampai jumpa” kata Fahmi.

“Cari je dia !!! Aku nak ajar dia dengan keluarga dia sekali. Dia dah main kasar dengan aku” kata Halim Tokan sambil menumbuk mejanya.

“Okay bos. Diorang tengah cari tuh. Nanti kalau dah jumpa kelibat dia, diorang akan call aku punya. Kau sabar je dulu bos” kata Fahmi.

.

Faridah bersiap-siap di hadapan cerminnya dengan segala mekap dan perhiasan. Mukanya ceria kerana tidak bersabar untuk beraya di kampung lagi pada tahun ini. Dia cuba mengambil gambar selfie untuk memastikan tudung dan wajahnya kelihatan elok dan sempurna.

“Faridah !!! Cepatlah turun bawak beg kau semua. Ayah dah tunggu dekat kereta nih” jerit Puan Yusnita dari tingkat bawah.

“Ya mama kejap lah dah siap nih” kata Faridah.

Faridah segera mengambil beg pakaian dan segala barang penting yang perlu dibawa oleh Faridah sendiri, termasuklah barang-barang mekapnya. Kemudian barulah dia turun ke bawah dan memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta.

“Amboi lawa kemain lagi anak mama. Patutlah lama sangt dalam bilik. Kita dah lewat ni dah nak pukul 11. Takut jammed pulak kat highway nanti ramai nak balik kampung tu” kata Puan Yusnita.

“Sorry mama. Ida memang bersiap. Kalau dah perempuan memang la lama bersiap kan mama. Hihihi” kata Faridah sambil tersengih.

“Dah dah banyak cakap kau nih. Keluar cepat mama nak kunci pintu apa semua. Takde barang tertinggal lagi eh Ida?” tanya Puan Yusnita kepada anaknya. Faridah menggelengkan kepalanya.

Apabila Faridah dan Puan Yusnita keluar dari rumah, dia ternampak jirannya Puan Noorul sedang menyapu lantai rumahnya.

“Assalamualaikum Noorul. Ni aku nak balik kampung. Kau tak balik kampung ke nanti” kaa Puan Yusnita kepada Puan Noorul.

“Waalaikumussalam..lah kau Nita. Aku memang nak balik kampung sebenarnya. Nih laki aku tak balik lagi. Kerja lagi. Janji nak balik harini tapi lambat pulak jadinya. Takperla aku sapu-sapu la sikit sementara ni” kata Puan Noorul lalu bersembang sedikit dengan Puan Yusnita sebelum bergerak.

Syira yang kebetulan keluar dari rumah ternampak Faridah sedang berdiri di luar kereta.

“Eh Syira, aku dah nak balik rumah nenek nih. Family kau bila nak balik kampung ?” tanya Faridah kepada Syira.

“Tak tahu lah. Ayah aku nih kerja banyak kat office. So lambatlah nak balik kampung. Tunggu lah ayah call mama aku barulah aku dengan mama siap-siap” kata Syira.

“Syira...aku mintak maaf lah pasal yang kita ponteng kelas tambahan hari tuh. Tak pasal-pasal kau lak yang kena terjebak sekali jumpa cikgu bebel kat kita semua” kata Faridah.

“Lah takperlah Ida. Lagipun kita kan best friend forever. Susah senang aku selalu ada dengan kau. Kau kawan baik aku sepanjang hidup aku” kata Syira.

“Lepas raya mama aku nak aku join kelas tuisyen Aunty Khalira tuh. Memang la nampak mahal tapi tu lah. Aku kena belajar kaw-kaw bila habis raya nanti” kata Faridah.

“Hmm mama aku pun sama cakap suruh aku join kelas tuisyen tu dengan kau. Kita sama-sama gagal result memang patut pun hantar pergi kelas tuisyen. Takperlah SPM masih lagi ada” kata Syira.

“Ida...jom kita dah lambat nih. Ayah dah nak tertidur tunggu kita tadi. Hmm” kata Puan Yusnita.

“Okay mama. Syira...erm kita jumpa lepas raya tau. Selamat hari raya Syira maaf zahir batin. Maaf kalau ada segala silap salah aku dekat kau” kat Faridah sambil bersalaman dengan Syira.

“Aku pun Ida. Selamat hari raya. Kau jaga baik-baik dekat sana. Jangan nakal-nakal” kata Syira.

“Okay Syira. Bye Syira bye Aunty Noorul” kata Faridah sambil melambaikan tangan kepada Puan Noorul dan Syira.

“Noorul...aku mintak maaf sangat-sangat kalau aku buat salah ke dekat kau. Kalau aku marah kau ke buat benda tak elok dekat kau aku harap kau maafkan aku lah. Halalkan makan dan minum yang aku bagi dekat kau” kata Puan Yusnita.

“Yaa Nita aku maafkan kau. Aku pun sama Nita. Aku selalu buat hal dengan kau dulu. Tapi tu dulu sekarang kita ni dah macam adik beradik. Hahaha. Kau jaga diri kau baik-baik lah. Nanti balik kita buat open house” kata Puan Noorul sambil tersengih.

“Insyaallah kalau aku tak sibuk sangat. Kalau sibuk sangat sorry lah” kata Puan Yusnita sambil menepuk bahu Puan Noorul.

“Alaaa jangan la macam tuh. Kita masak sama-sama nanti hihihi. Okay lah laki kau dah lama sangat tunggu. Nampak dah dia tertidur dalam kereta hahahah” kata Puan Noorul.

Puan Yusnita memandang suaminya di dalam kereta dan terkejut kerana suaminya tertidur di dalam kereta kerana terlalu lama menunggu.

“Ya Allah macam mana lah aku tak perasan. Okay lah Noorul aku pergi dulu tau. Kirim salam laki kau. Assalamualaikum” kata Puan Yusnita dan melambai ke arah Puan Noorul.

Puan Yusnita dan Faridah masuk ke dalam kereta. Encik Shuhaimi memandang sinis kepada isterinya dan anak bongsunya itu. Matanya merah kerana baru sedar dari tidur.

“Lambatnya korang nih. Abang nak tertido dah tadi. Dah jom gerak. Abang takut jammed je bila nak masuk highway nih” kata Encik Shuhaimi.

“Sorry abang. Ida nih siap lambat sangat. Lepastu berbual dengan jiran sebelah jap” kata Puan Yusnita.

“Ya mama semua salah Ida. Hmmm” kata Faridah.

“Alololololo anak mama nih merajuk je. Takde apa lah mama gurau je. Cantik anak mama nih” kata Puan Yusnita mengusap kepala anaknya.

“Yelah mama. Mama saje je nak kenakan Ida” kata Faridah. Puan Yusnita tersengih sahaja.

Encik Shuhaimi mengambil telefon dan menelefon Fadzil.

“Abang call siapa ?” tanya Puan Yusnita kepada suaminya.

“Fadzil...kejap mana tahu dia kerja lagi ke. Nanti abang share location kalau kita dah sampai la” kata Encik Shuhaimi kepada isterinya. Puan Yusnita mengangguk tanda faham.

“Hello assalamualaikum. Kau kerja kerja lagi ke” kata Encik Shuhaimi.

“Ya ayah nanti lepas zuhur barulah habis kerja. Ayah dah gerak ke tuh” kata Fadzil.

“Haah ayah baru gerak. Nanti kalau ayah dah sampai rumah nenek nanti, ayah share location. Baik-baik kau. Jangan lambat sangat. Takut kau terperangkap nanti kat tengah highway pulak”pesan Encik Shuhaimi.

“Okay ayah insyaallah assalamualaikum” kata Fadzil menamatkan perbualannya.

“Harap-harap jangan la sesak nanti. Tengah hari ni waktu puncak memang selalu banyak kereta” kata Encik Shuhaimi.

“Nak buat macam mana bang. Ramai yang nak balik kampung kan. Kereta memang akan makin bertambah. Takperla bang janji kita sampai rumah mak” kata Puan Yusnita.

“Tapi abang kalau boleh tak nak la sangkut kat tengah highway nih. Membazir masa je nanti. Dekat rumah mak tak buat apa-apa persiapan lagi tau. Empat hari ni mungkin sempat kot” kata Encik Shuhaimi.

“Yelah harap-harap sempat. Rindu dengan masakan mak pulak tuh” kata Puan Yusnita.

Encik Shuhaimi meneruskan perjalanannya dan masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke utara. Kenderaan di atas lebuh raya mula meningkat. Dia memandu dengan berhati-hati.

.

Sementara itu di Klang, Farhad telah sampai di hadapan rumah milik Fahmi yang telah disewakan oleh Farhad pada minggu lepas namun satu peristiwa pada minggu lepas telah membongkarkan niat jahat Fahmi kepada Farhad dan rakan-rakannya. Rumah itu telah dikelilingi dengan garisan pita polis yang berwarna kuning.

“Rumah ni dah kosong. Dah lah jadi tempat penyiasatan polis. Tapi macam mana kalau aku serah diri ? Aku nak ke sanggup mengaku salah aku kat polis nih” kata Farhad dalam hati.

Jika Farhad menyerah diri, mungkin dia akan menghadapi hukuman penjara ataupun yang lebih menakutkan...hukuman mati mandatori. Farhad berasa gelisah dan cuba menenangkan dirinya.

“Ya Allah...aku takut nak hadapi hukuman nih. Tapi aku kena cerita kebenaran aku dekat polis” kata Farhad seorang diri.

“Apa yang kau buat kat sini Ad ? Nak serah diri dekat polis ke” satu suara mengejutkan lamunan Farhad. Rupa-rupanya Haikal dan Zul datang menuju ke arah Farhad.

“Haikal...aku...aku mintak maaf. Zul aku pun sama...aku tak sedar sampai kawan-kawan kita dah meninggal. Aku tak sangka diorang cari korang sampai sini. Aku mintak maaf sebabkan aku korang jadi mangsa” kata Farhad.

Haikal menggeleng-geleng kepalanya sahaja.

“Kau memang sial kan Ad. Shah dengan Fariz mati kau tak pernah pun datang nak tolong diorang. Kalau kau mati dengan diorang kan senang. Kau punya pasal habis mampus kawan-kawan aku tahu tak !!!” kata Zul.

“Zul aku sebenarnya takut gila. Aku takut nanti semua orang akan cari aku. Sebab tu aku larikan diri daripada semua nih. Aku tak sangka semua ni akan jadi. Fahmi tu dalang semua nih. Dia dah permainkan kita sampai si Halim tu tahu kita dekat sini. Aku betul-betul tak tahu benda ni akan jadi Zul....” kata Farhad sambil menepuk bahu Zul.

Zul menumbuk muka Farhad dan ingin menumbuknya sekali lagi kerana terlalu marah tetapi dihalang oleh Haikal.

“Dah dah Zul !! Kau nak tumbuk dia takde guna. Baik kau serah diri dekat polis Ad. Aku tak nak polis cari kau sampai ke hujung dunia nanti. Kau lari sampai ke sempadan Siam sekalipun polis akan cari kau. Baik kau serah diri je senang. Kau cerita je dekat polis apa yang berlaku sebenarnya” kata Haikal.

“Haikal...aku takut nak serah diri dekat polis. Dah la aku suspek yang bawak barang tu dulu. Takkan lah kau dah lupa. Kau nak ke aku kene tali gantung Haikal” kata Farhad sambil mengelap darah yang keluar dari hidungnya.

“Aku faham. Aku faham yang kau tengah fikir benda ni sekarang nih. Tapi cuba kau fikir, masa kau kene kejar tuh, polis ada ke dapat cam muka kau ke bukti apa semua ke. Kalau polis dapat semua tuh, kau kena buru dengan polis tau sekarang nih. Sekarang yang kau kena risaukan kau diburu oleh bos kau tau. Kau kena cerita segalanya dekat polis kalau kau nak selamat. Semua orang petik nama kau sebab kau duduk sekali dengan kita semua nih. Cuma aku dengan Zul je yang dah balik masa tuh” kata Haikal.

“Apa yang kau cerita dengan polis?” tanya Farhad.

“Macam yang aku dengan Zul cakap lah dengan polis dulu. Aku jawap aku tak tahu apa-apa sebab kitorang balik kampung hari tuh kan. Polis takde lah nak syak kitorang. Kau kena jumpa polis ceritakan perkara yang sebenar” kata Haikal.

“Ermm okay Haikal. Nanti lah aku jumpa. Aku macam tak bersedia lagi lah” kata Farhad kelihatan seperti gusar.

“Kau tak payah nak nanti lah. Nanti nanti kat luar kepala kau bersepai dengan Halim nanti kau nak ke” kata Haikal.

“Haikal...kau teman aku boleh. Kau boleh je jadi saksi aku nanti. Ajak la Zul sekali. Kalau dia tak nak takper lah” kata Farhad.

“Kau tak payah nak perlukan saksi la sesiapa pun lah. Kau kena cerita kat polis apa yang sebenarnya jadi. Tapi kalau polis tu nak reman kau aku tak boleh nak buat apa lah” kata Haikal.

“Haikal kau jangan lah macam nih. Hm aku macam tak sedap hati lah” kata Farhad.

“Dah kau pergi balai sana. Kau cerita jelah. Dah pergi je sana. Aku tak nak kau mati macam tu je. Dah nak raya ni Ad. Kau tak fikir ke family kau dekat rumah sana” kata Haikal.

Farhad pergi ke motosikal miliknya dan menghidupkannya lalu pergi ke balai polis. Sekarang jam di tangan Farhad menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari.

“Haikal, apasal kau beria sangat nak kesiankan Farhad tuh. Dia tulah penyebab member-member kita tuh mati. Patutnya dia yang mati kena tembak sebenarnya. Sekarang ni kau kesiankan pulak dengan dia?” kata Zul.

“Aku memang kesiankan dia Zul. Aku malas nak berdendam dengan dia. Tapi kau ingatlah dia sikit, dia banyak tolong kita masa kat sini. Kalau tak kita tak duduk kat rumah ni tau. Kalau kau tak suka dia ikut kau lah” kata Haikal.

“Memang pun aku tak suka dia. Pergi mampus lah dengan apa yang dia dah buat dulu. Dah la jom aku nak balik rumah. Aku nak keluar japgi” kata Zul. Haikal mengikut Zul menaiki kereta Zul.

.

Sampai di balai polis, dia melapor diri dan berjumpa dengan pegawai polis yang bertugas.

“Ya encik ada apa nak jumpa dengan saya” kata polis tersebut.

“Tuan, saya nak serah diri dekat tuan. Kes yang pembunuhan kawan saya yang namanya Shah dengan Fariz tu” kata Farhad. Polis itu terdiam.

“Ikut kitorang. Kami nak siasat awak” kata polis itu. Dua orang pegawai polis membawa Farhad masuk ke dalam bilik siasatan.

“Okay saya nak perkenalkan diri. Saya Inspektor Zainal dan kawan saya Inspektor Hakim. Kami nak siasat awak pasal kes bunuh arwah Shah dengan Fariz dekat rumah sewa kamu tuh” kata Inspektor Zainal.

“Awak Farhad Danish bin Shuhaimi kan ?” soal Inspektor Hakim.

“Ya saya cik” Farhad terkedu apabila namanya disebut penuh.

“Ramai orang suspek awak bunuh kawan-kawan awak. Sebab awak sahaja yang takde kat rumah masa Fariz dengan Shah dekat rumah” kata Inspektor Hakim.

“Tuan sumpah demi Allah saya tak bunuh kawan-kawan saya. Kalau tuan nak suruh saya ceritakan saya boleh ceritakan. And saya tahu siapa yang buat semua nih” kata Farhad.

“Okay kalau macam tuh saya nak dengar pengakuan awak. Saya nak masukkan dalam kertas siasatan kes nih. Kami harap pengakuan awak dapat membantu kes ini” kata Inspektor Zainal.

Farhad menghela nafasnya dan menceritakan apa yang sebenarnya terjadi dalam kes Fariz dan Shah.....

“Betul kamu tak bunuh Shah dengan Fariz ? Susah nak cari bukti sebab takde kesan cap jari apa semua. Kenapa kamu tak cerita terus dekat polis masa kau dah nak sampai rumah kamu minggu lepas ?” tanya Inspektor Zainal.

“Takde tuan betul tuan. Saya cuma takut sebab saya penyebab semua nih. Diorang semua akan cari saya” kata Farhad.

“Okay awak rasa siapa yang buat semua nih ?” kata Inspektor Hakim. Farhad senyap sahaja.

“Farhad ? Boleh bagitau saya ?” tanya Inspektor Zainal. Farhad menarik nafas dalam-dalam dan memberitahu dua orang polis itu.

“Fahmi dengan Halim Tokan. Saya kenal sebab saya pernah berhutang dengan dia. Bila diorang tak dapat saya...kawan-kawan saya jadi mangsa. Saya rasa saya diorang masih ikut saya tuan” kata Farhad.

“Halim Tokan...Hakim orang tu dalam buruan kita kan. Kenapa kita baru tahu yang Halim dengan geng-geng dia ada dekat sini” kata Inspektor Zainal.

“Aku ingat. Last dia larikan diri masa serbuan tiga tahun lepas. Sekarang baru dia munculkan diri” kata Inspektor Hakim.

“Tuan jangan tahan saya. Saya nak sangat jumpa family saya. Saya dah berbulan-bulan tak jumpa mak ayah saya. Tapi kalau tuan nak mintak tolong saya, saya sanggup ikut” kata Farhad merayu.

Inspektor Zainal dan Inspektor Hakim terdiam sebentar memikirkan apa yang akan dilakukan kepada Farhad sama ada menahan ataupun tidak. Farhad berasa dahinya berpeluh dan timbul keresahan pada Farhad.

“Habislah aku. Kena lokap lah aku. Aku nak balik kampung hari ni” kata Farhad dalam hati.

“Okay Farhad. Kalau awak sanggup tolong kitorang, boleh bagi kerjasama kat kami ? Kami bukan mahu menahan awak. Bukan awak yang melakukan semua ni kan ?” tanya Inspektor Hakim.

“Okay tuan saya sanggup bagi kerjasama dengan tuan semua. Bukan saya yang buat semua nih. Apa yang saya kena buat ?” tanya Farhad.

“Macam nih Farhad. Kami akan bebaskan awak dan awak akan bantu kitorang cari Halim Tokan. Dia dalam buruan polis sebab dia buat rumah dia sebagai makmal proses dadah. Dadah yang dibuat tu lah yang dia bagi dekat seluruh Lembah Klang ni Farhad. Kalau awak dapat bagitau semua sekali tentang Halim Tokan, awak akan bebas dari tuduhan dan awak takkan dikenakan hukuman penjara” terang Inspektor Zainal dengan panjang lebar.

“Kalau awak nak selamat, lebih baik awak segera pergi dari sini. Kalau awak dapat tahu tentang kegiatan Halim Tokan, telefon kitorang. Ni number card saya” kata Inspektor Hakim sambil menyerahkan kad nombor telefonnya kepada Farhad.

“Nih number card saya. Awak boleh keluar. Apa-apa yang awak rasa dapat bukti tentang Halim Tokan awak boleh call kami” kata Inspektor Zainal.

“Erm boleh tuan. Terima kasih sangat tuan. Assalamualaikum” kata Farhad bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari balai polis.

“Alhamdulillah ya Allah nasib baik aku dapat lepas. Diorang tak tahu pasal dadah yang aku bawak dulu lah sampai lah aku berhutang dengan dia. Terima kasih ya Allah” kata Farhad dalam hati sambil menekup mukanya.

Farhad menelefon abang sulungnya Fadzil.

“Hello assalamualaikum” kata Farhad.

“Waalaikumussalam. Haa kau Ad kat mana nih. Aku japgi dah nak habis kerja. Lepastu aku nak balik rumah mandi solat baru gerak balik kampung. Kau nak gerak sekali tak dengan aku ?” tanya Fadzil.

“Ouh okay. Kau ada call mama dengan ayah tak tadi. Diorang dah gerak belum ?” tanya Farhad kepada Fadzil.

“Dah diorang baru call katanya dah bertolak dekat pukul 11 tadi. Kau kat mana nih ?” kata Fadzil.

“Aku dekat Klang lagi. Erm Fadzil aku nak tumpang mandi dekat rumah kau boleh. Lepastu aku nak tinggal motor aku dekat rumah kau. Aku nak tumpang kereta kau balik kampung boleh tak” kata Farhad.

“Ad kau naik jela aku. Memang aku nak suruh tinggalkan motor kau dekat rumah aku senang. Kau balik jela tumpang mandi dekat rumah aku. Nanti lepas zuhur kita gerak sama-sama. Aku baru nak gerak balik nih” kata Fadzil.

“Okay Fadzil thank you sangat-sangat. Assalamualaikum” kata Farhad sambil menutup panggilannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience