Fea mengukir senyuman lebar.
"Belum pun cukup 10 hari kita tak berjumpa, takkan awak dah rindukan saya?"
Ed rasa terhenyak saat Fea mengatakan itu kepada Taylor.
Taylor tersengih.
"Ini lebih memadai dari awak tinggalkan saya selama 5 tahun" sambut Taylor tanpa melepaskan sikit pun tatapannya ke wajah Fea. Helaian rambut yang jatuh berjuntaian dihadapan wajah Fea, disekanya lalu diselitkan dibelakang telinga dengan lembut.
"Ark!" Fea meringis sakit sambil menekan perutnya.
"Fea, kenapa ni?" Taylor mula risau. Begitu juga dengan Ed. Riaksi Ed itu telah menarik perhatian Fiona yang sedang berdiri disisinya.
"Ed, panggilkan doktor" arah Taylor pantas.
Ed mengangguk dan mahu segera keluar.
"Tak perlu" tahan Fea.
Langkah Ed mati disitu. Dia kemudian menoleh memandang ke arah Fea. Dia turut bimbangkan keadaan Fea.
"Fea cuma lapar" rengek Fea manja.
Taylor menarik nafas lega. Dia ingatkan Fea betul-betul sakit tadi.
"Sudah empat hari Fea tak makan. Jadi hari ni Fea nak makan banyak-banyak sebab doktor cakap tadi, kalau Fea dah makan dan minum, esok Fea boleh pulang" ceritanya dengan riak wajah gembira.
"Empat hari tak makan? Fea biar betul" Taylor seolah-olah tidak percaya.
"Erm" Fea mengangguk mengiakan yang dia tidak berbohong.
Ed tambah rasa bersalah.
"Fea nak makan apa, biar saya belikan" Taylor pantas bangun. Dia tidak tahu yang Fea tidak makan selama itu. Patutlah Fea dirawat di hospital. Fikirnya.
Fea menggeleng dan menatap manja ke arah Taylor.
"Kenapa? Dah tak rasa nak makan ke, nak tinggal disini lebih lama?" seloroh Taylor disambut dengan sengihan oleh Fea.
"Fea nak awak stay disini temankan Fea." luah Fea sambil berbisik lembut di telinga Taylor. Namun, bisikkannya itu juga dapat didengari oleh Fiona dan Ed.
Ed tambah cemburu melihat kemesraan mereka berdua.
"Tak mengapa, biar saya dan Fi yang belikan makanan" Ed mempelawa dirinya sendiri untuk belikan makanan buat Fea.
Fea jadi begini pun disebabkan dirinya. Kalau dia tidak menculik dan mengurung Fea, mungkin semua ini tidak akan berlaku.
"Tak menyusahkan ke?" Tanya Taylor sungkan.
"Tak mengapa. Kami lebih tahu kedai mana yang menjual makanan kegemaran Fea. Lebih baik kami yang pergi" Celah Fiona pantas.
Fiona menatap Ed tajam. Banyak perkara yang hendak dia soalkan kepada lelaki itu.
"Erm, baiklah. Terima kasih " ujar Taylor sambil tersenyum.
Kedua mereka keluar. Melalui dinding cermin, dia dapat melihat Ed dan Fiona sudah berlalu pergi.
Fea menarik nafas lega. Dia kemudian berbaring semula.
"Apa sebenarnya yang berlaku. Saya tahu, awak sedang sembunyikan sesuatu dari pengetahuan saya. Sikap awak juga aneh." Taylor mengeluh perlahan.
"Saya tahu, apa yang Fea katakan tadi hanya untuk sakitkan hati Ed kan?" Taylor sangat mengenali Fea. Fea bukan wanita seperti itu.
Mereka berdua tidak punya hubungan special pun. Fea sendiri tidak pernah meluahkan perasaan suka terhadapnya. Selagi Fea tidak menyatakan apa-apa, bermakna hanya dia seorang saja yang mempunyai perasaan terhadap Fea.
"Taklah. Mana ada" omel Fea sambil memuncungkan bibirnya.
"Tu, bibir tu. Rasanya dah boleh diikat dan ditarik" usik Taylor sambil terkekeh ketawa.
"Awak" marah Fea manja.
Taylor lega bila dapat tahu Fea selamat. Dia risau jikalau Fea diculik orang. Yelah, Fea bukan tahu sangat jalan disini, sudah pasti dia akan tersesat.
Sebenarnya, apa yang dibimbangkan oleh Taylor sudah pun berlaku. Cuma Fea yang tidak menceritakan hal yang sebenar.
"Taylor, please jangan beritahu papa tentang hal ni. Fea taknak papa risau." pintanya dengan suara yang lembut dan perlahan.
"Fea diam selama dua hari pun papa Fea risau tau. Sebenarnya, papa yang arahkan saya datang ke sini cari Fea. Yelah, siapa tak risau bila anak gadis dia yang terpaling cantik ini menghilang."
Fea sekadar mengulum senyum.
"Bila papa Fea beritahu saya yang Fea tak dapat dihubungi, saya separuh gila tau fikirkan pasal Fea. Bagaimana kalau saya rindukan Fea nanti, wajah siapa yang patut saya tengok" Fea ketawa dengan kata-kata Taylor.
"Ehh..saya cakap betul, dia boleh gelak pula" gerutu Taylor.
**
"Macam mana kau boleh ada sama di hospital tu? Kau kemana terburu-buru keluar tadi. Kita belum sempat membincangkan mengenai projek tu, kau boleh pergi macam tu je" Fiona mula berleter panjang.
"Aku terlupa yang aku tadi ada urusan. Sebab itu aku buru-buru keluar." dalih Ed. Dia berharap sangat Fiona tidak mengesyakinya.
"Kau jangan cakap dekat aku, kau yang culik Fea"
Ed menekan pedal break pantas sehingga kedua mereka hampir terdorong ke depan. Mujur saja keduanya memakai tali pinggang kaledar.
"Kau dah gila ke Ed? Nasib baik belakang kita ni tak ada kereta tau. Kalau tak, ke dalam kubur dh kita hari ni" bentak Fiona geram.
"Apa yang kau cuba nak cakap ni Fi, hah? Kau tuduh aku culik Fea?" Ed mula resah.
"Malam tu kau datang semata-mata mahu menjemput Fea. Tapi setelah kau tahu tujuan asal Fea datang ke sini, kau meluru keluar. Kau kemana?" Ed mati kata. Dia tidak sangka Fiona dapat meneka setelah melihat gerak gerinya malam itu.
"Cara kau pandang Fea tadi juga berbeza dari sebelumnya. Kau cemburukan bila lihat Fea mesra dengan Taylor." Ed menoleh lalu mencerlung tajam ke arah Fiona.
Ilmu apa yang Fiona guna sehinggakan tekaannya itu tepat semuanya.
"Jika beginilah sikap kau, lebih baik kau jauhkan diri dari Fea. Simpan hasrat kau untuk jatuh cinta pada Fea." Ed terdiam.
"Setelah apa yang telah kau buat pada Fea, kau rasa dia masih lagi hendak terima cinta kau ke, hah!?" tempik Fiona geram. Dia tidak percaya sepupunya ini boleh bertindak sebodoh ini.
"Tolong rahsiakan hal ni dari atuk. Aku merayu dekat kau Fi" Hanya itu yang mampu dia minta pada Fiona. Dia tidak mahu Atuk Eldon jatuh sakit gara-gara sikapnya itu.
"Jadi betullah tekaan aku tu?"
Ed terperangkap. Dia tidak menyangka, rupanya itu hanyalah umpan Fiona sahaja.
"Kau, manusia jenis apa hah!?" Fiona menumbuk bahu Ed berkali-kali.
"Sebenarnya aku cintakan Fea" Fiona berhenti menumbuk Ed.
"Kalau kau cintakan dia, kenapa kau buat dia macam tu!? Banyak lagi cara lain yang kau boleh buat, tapi kenapa harus kau nak culik dia? Kalau dia mati macam mana?" bentak Fiona geram.
"Aku rasa tertipu dengan sikap baik Fea. Aku fikir semua tu semata-mata hanyalah untuk kepentingan dia untuk meraih kepercayaan kita. Dan aku fikir itu adalah tektik dia, sebab itu aku marah. Aku rasa tertipu dengan tujuan kedatangan dia ke sini." Fiona terdiam. Jika sesiapa yang tidak mengenali Fea, mungkin mereka akan fikir seperti Ed.
"Fea tidak pernah berlakon baik sebab dia memang seorang yang baik. Aku dah lama kenal dia. Tapi, disebabkan niat sebenarnya datang ke sini adalah untuk merampas Kana Hotel, itu yang membuat aku betul-betul marahkan Fea." luah Fiona. Ada sebuah rasa penyesalan yang tak mungkin dapat diundur semula. Perkara telah pun terjadi.
"Aku malu hendak berdepan dengan Fea. Aku tak sangka, yang kita berdua sudah salah anggap terhadapnya." suara Fiona lagi.
Ed mengangguk setuju.
"Aku tak sangka, Fea sanggup melabur wang yang bernilai jutaan dollar semata-mata mahu Kana Hotel dikenali dunia" Ed akui itu setelah melihat sendiri proposal yang telah dibuat oleh Fea. Dia tidak menyangka, Fea sanggup melaburkan wang yang begitu banyak untuk Kana Hotel.
**
Rey menarik nafas lega saat dapat melihat wajah anaknya melalui VC. Wajah Fea kelihatan ceria seperti selalu.
Dia bangga apabila mengetahui pemilik Kana Hotel sudah bersetuju menerima proposal yang Fea buat untuk Kana Hotel. Dari awal lagi, Rey yakin bahawa anaknya itu mampu melakukannya.
"Bagaimana, dah jumpa Fea?" pertanyaan Drake sedikit sebanyak membuat hati Rey berbunga. Selama anaknya itu dilahirkan, Drake tidak pernah bertanyakan apa-apa mengenai Fea. Ini adalah pertama kalinya.
"Sudah. Dia sekarang di hospital" cerita Rey.
"Hospital, kenapa?" wajah Drake nampak begitu risau.
"Kata Taylor, Fea mengalami dihidrasi"
Dahi Drake berkerut. Dihidrasi? Tak mungkin!
"Kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali?"
"Kata Taylor, Fea menginap di hotel lepas diusir oleh Fiona. Dia sengaja mematikan handfonenya kerana tidak mahu diganggu. Fea seperti mengalami kemurungan selepas dibuang oleh teman rapatnya sendiri. Fea seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan. Kerana itu, Fea abaikan makan dan minumnya dengan terperap saja dibilik hotel" cerita Reynard panjang lebar.
Drake seolah tidak percaya dengan apa yang telah diceritakan oleh Rey.
"Tak mungkin!" suara Drake.
Rey menatap anak sulungnya hairan.
"Maksud kamu?" Rey ingin tahu apa yang sedang difikirkan oleh anak sulungnya ini.
"Takkan papa tak kenal Fea. Papa ingat lagi tak saat ibu Laura meninggal, sewaktu upacara pengebumian ibunya juga dia menangis dan datang dekat dengan papa. Awalnya papa ingatkan dia sedih kerana kematian ibu Laura, tapi sebenarnya dia merungut yang dia lapar." Rey memandang Drake. Rey masih belum mengerti maksud kata-kata Drake.
"Papa, bukankah itu hari yang sangat penting. Fea takkan sia-siakan sesuatu yang dia rasakan penting kecuali jika dia berada dalam keadaan yang lapar." Rey tercengang.
"Papa masih ingat lagi tak waktu kita bermalam di campsite di sebuah gunung beberapa tahun lalu, Fea merungut lapar pada tengah malam sampai menangis-nangis. Papa bangun dan masak mi segera untuknya." Apa yang dikatakan Drake ada benarnya.
"Papa, Fea tak boleh duduk diam jikalau perutnya lapar. Dia mudah memberontak jika perutnya kosong." Wajah Rey berubah ketat.
Sungguhpun Drake tidak pernah melayan Fea dengan baik, namun dia tetap mengambil berat pasal Fea secara diam-diam. Anak lelakinya begitu teliti apabila ia melibatkan hal adiknya. Walaupun terlihat seperti dia tidak ambil peduli, walhal hal itulah yang paling diingatnya.
Apa yang dilakukan Fea, tabiatnya semua dia tahu dan ingat.
Bersambung..
Haa.. Drake tidaklah sekejam seperti yang kita fikirkan. Dia cuma masih tidak boleh terima kenyataan dan marahkan Reynard tentang pernikahannya dengan Laura. Jadi, kemarahannya itu dilepaskan kepada Fea.
Share this novel