Puisi 7

Poetry Series 862

Ku dendangkan lagu tanpa nada,
entah bagaimana nadanya
tak pernah ku tahu.
Tapi aku ikhlas,
menyatakan rautan kasih tanpa paksa.
Meskipun tanpa cinta.

Aku tak mampu menatap senjamu,
tertutup oleh ranting-ranting.
Dan perlahan, ia menghilang.
Aku juga tak mampu merenung fajarmu,
terlindung di balik embun pagi.
Aku tahu ada yang kau sembunyi,
tak mahu didekati.

Aku masih berharap,
tiba saatnya kau dan aku
akan menjadi kita dengan rela.
Cukuplah menyimpan rahsia.
Cukuplah pura-pura menjauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience