Epilog

Short Story Series 16005

2 Tahun kemudian...

Dalam sibuk Deyna membuat breakfast tiba-tiba ada sepasang tangan kecil memeluk kakinya. Deyna tersenyum apabila sepasang tangan kecil itu menarik perlahan seluarnya tanda dia suruh Deyna mendukungnya.

Deyna mendukung tubuh bulat itu.
"Good morning sayang mama." Deyna mencium pipi pau anaknya

Anak? Ya Deyna selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sekarang sudah berumur setahun. Darwish Hayqal nama yang Aidil Haziq bagi.

Darwish tersengih menunjukkan gigi atasnya yang hanya ada dua batang. Eii comel.

"Mana babah?" Deyna meletakkan Darwish di kerusi kanak-kanak.

"Papapapaaaa!" lantang suara Darwish. Macamlah dia faham apa yang mama dia tanya.

Deyna hanya tersenyum sambil mengosok kepala Darwish. Dia memberikan keropok yang dimakan oleh kanak-kanak kepada Darwish.

"Good morning anak babah." Aidil Haziq mencium pipi anaknya yang khusyuk makan itu dan selepas itu dia beralih kearah isterinya yang sibuk mencuci kuali.

"Good morning Qasha." Aidil Haziq memeluk Deyna dari belakang.

"Morning. Jom sarapan." Deyna menepuk perlahan tangan Aidil Haziq yang berada dipinggangnya.

Deyna melabuhkan punggung kerusi sebelah anaknya. Dia mengumpulkan habuk dan sisa kecil keropok yang berselerak itu.

"Kejap lagi kita keluar." berkerut dahi Deyna memandang suaminya.

"Nak pergi mana?"

"Adalah." Aidil Haziq menyuakan bubur Darwish kepada Deyna.

"Blurrr." Darwish menyembur bubur yang berada di dalam mulutnya.

"Ya Allah Darwish tengok dah kotor dah sayang. Darwish dah mandilah." Deyna mengelap mulut dan pipi Darwish. Darwish tersengih. Sajalah tu nak kenakan mama dia.

"Darwish bosan tu." Aidil Haziq yang sudah selesai makan itu berubah duduk disebelah Darwish.

Terkebil-kebil Deyna memandang Aidil Haziq.
"Bosan kenapa?"

Aidil Haziq tersengih.
"Dia tak ada kawan." Aidil Haziq dah bagi hint tetapi Deyna masih lagi tak dapat tangkap.

"Kawan? Kita kena selalu bawa Darwish keluarlah kan?" naif Deyna bertanya.

Aidil Haziq melepaskan tawanya. Polos betul isteri dia ini. "Yang itu pun boleh juga tapi yang abang maksudkan itu lain."

Deyna menggarukan kepalanya. Dia betul-betul tak dapat tangkap maksud suaminya.
"Apa yang abang cuba sampaikan ni? Saya betul-betul tak faham." Deyna memandang kearah Darwish yang menghulurkan tangannya kearah Aidil Haziq.

"Darwish nak kawankan. Cuba Darwish bagitau mama kawan apa yang babah cuba sampaikan." Aidil Haziq mengigit tangan Darwish yang berada dimulutnya.

Darwish seperti faham apa yang babah dia katakan dia memandang kearah mamanya dan bersuara.
"Abababa aaaayiihh." riuh dapur itu dengan suara Darwish.

Aidil Haziq ketawa.
"Tengok. Darwish pun faham apa yang babah dia cuba sampaikan. Mama dia saja yang lambat sikit. Kan Darwish kan.

Deyna mengecilkan biji matanya.
"Jangan main-mainlah."

"Darwish dah bagitau tadi. Aaaayih dia sebut tadi." Aidil Haziq mengikut apa yang Darwish cakap.

"Aayih." Deyna menyebut perkataan itu. Seketika baru dia dapat menangkap maksud itu.

Deyna mencubit lengan Aidil Haziq yang sedang ketawa itu.
"Gatallah. Darwish baru setahun dah mengada nak adik. Tunggu lagi 2 atau 3 tahun nah abangku sayang." Deyna mengusap perlahan pipi suaminya dan berlalu kearah singki.

"Mama itu sombongkan. Kesian Darwish tak ada kawan. Tak pasal-pasal Darwish kena kawan dengan babah tapi nanti babah pergi kerja Darwish kena main sorang-sorang." bisik Aidil Haziq kepada Darwish yang tersengih tu. Bisiklah sangat kalau Deyna dekat singki tu pun boleh dengar.

Deyna hanya menggelengkan kepala. Macam-macam.

Darwish mengangkat kakinya apabila Deyna nak meletakkannya di atas pasir. Deyna sendiri tak tahu kenapa Darwish takut sangat dengan pasir sedangkan dahulu masa dia mengandung kerap datang pantai.

"Darwish nak takut apa sayang pasir je tu." Deyna mengacah nak letak Darwish atas pasir sampailah Darwish mengumam bahasa dia.

"Abababa brubb." gumam Darwish tak puas hati. Deyna ketawa kecil.

"Dahlah sayang. Darwish dah nak nangis tu." Aidil Haziq mengusap ubun-ubun Darwish.

"Alolo dah merah muka dia. Nak cendol ke?" Darwish memeluk erat leher Deyna.

"Kenapa abang bawa saya dan Darwish ke sini?" Deyna melabuhkan punggung di kerusi dan di ikuti oleh Aidil Haziq.

"Saja nak bawa sayang datang tempat kesukaan awak masa mengandung dulu mana tahu nanti mengandung lagi." Aidil Haziq mengenggam tangan Deyna yang mahu memukulnya.

"Abang bagilah Darwish besar dulu ya. Nanti bila dia dah ada adik takut kita terabaikan dia. Saya tak nak macam itu. Saya nak semua anak-anak saya dapat cukup kasih sayang dari saya dan abang." Deyna membalas genggaman tangan mereka.

"Abang tahu. Abang saja bawa datang sini sebab abang rasa sejak dua menjak ni abang busy dengan kerja. Tak sempat nak main dengan Darwish sebab bila abang balik kerja Darwish dah tidur." Aidil Haziq mengusap rambut Darwish yang ditiup angin itu. Umur dah masuk setahun tapi rambut masih sikit. Harap besar nanti hensem macam babah dia.

Deyna hanya tersenyum. Tipulah masa Aidil Haziq selalu balik lewat dia tak overthinking yang Aidil Haziq curang belakang dia tetapi apabila dia dapat tahu dari apek bengkel yang Aidil Haziq memang betul sibuk itu baru hati dia tenang.

"Abang masih sayang dan cintakan saya macam dulu?"

Berkerut dahi Aidil Haziq mendengarnya.
"Kenapa tanya macam tu?"

Deyna hanya menggelengkan kepalanya.
"Jawab je."

Aidil Haziq tersenyum. Dia berdehem seketika.
"Qasha awak pun tahu yang awak cinta pertama abang dan abang sendiri pernah kata yang awak akan jadi yang terakhir buat saya." Aidil Haziq menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya.

"Selagi Allah mengizinkan abang menyayangi dan mencintai awak, abang akan gunakan sepenuhnya kalau itu membuatkan sayang abang ni bahagia. Abang tak janji yang abang akan ada dengan awak selamanya tapi selagi abang boleh berada disamping awak abang akan selalu sayang dan cintakan Deyna Uqasha macam mana Deyna Uqasha sayangkan Aidil Haziq dulu. Bukan setakat sayang tapi cinta. Abang tak akan sia-siakan peluang yang abang ada." Aidil Haziq memegang pipi Deyna yang sudah basah dengan air mata. Cengeng sangat mama Darwish ni.

"Selagi nama Deyna Uqasha dihati Aidil Haziq selagi itu abang akan berada disebelah awak." Aidil Haziq memegang tangan Darwish yang ralit memandang mamanya yang tengah nangis itu. Ayoo babah buat mama nangis.

"Si budak debab yang bernama Darwish Hayqal ni adalah tanda cinta kita dan mungkin akan datang lagi dan abang harap yang akan datang itu kembar." Aidil Haziq ketawa apabila Deyna mahu mencubit lengannya. Aidil Haziq mengesat air mata isterinya.

"Darwish tengok babah buat mama nangis." Deyna menyembamkan mukanya diperut bulat Darwish. Mengekek budak debab tu gelak.

"Nak tahu sebab apa?" Aidil Haziq menyambung lagi.

"Sebab apa?" Deyna memandang mata Aidil Haziq.

"Sebab cik terbantut hanya untuk encik crush dan sekarang dah ada budak debab lepastu akan datang si kembar pula." terus Aidil Haziq bangun dan berlari jauh dari isterinya. Tahu apa yang dia bakal diketam oleh isterinya.

"Abang!" jerit Deyna tanpa menghiraukan orang sekeliling. Dipantai itu ibarat hanya ada mereka berdua sahaja. Ehh silap tigalah.

"Babababa!!" suara Darwish pun ikut sama naik dengan mamanya.

"Ok stop kejar." Aidil Haziq menahan Deyna. Tak berat ke lari sambil dukung budak debab tu.

"Sayang tak nak balas balik ke?" Aidil Haziq mengambil Darwish dalam dukungan Deyna. Kesian isteri dia.

"Macam yang abang tahu saya tak pandai berkata-kata tapi saya nak abang buat satu benda ja." Deyna menunjukkan jari telunjuknya di hadapan muka Aidil Haziq.

"Okay what?"

Deyna menarik kepala suaminya dan mencium sekilas dahi Aidil Haziq. Dia mendekatkan bibirnya ditelinga Aidil Haziq.

"Love me always my husband." bisik Deyna ditelinga suaminya.

Aidil Haziq menarik Deyna dalam pelukkan. Taklah rapat sangat sebab ada Darwish dekat tengah.

"Of course my wife."

"Dededed." sampuk Darwish sambil menepuk tangan kecilnya.

~TAMAT~

Nak bebel sikit eh.

Hai. Saya just wanna say thank you for the follow,comment and read this book.. This is my first book jadi jalan cerita agak cliché dan berterabur. Banyak benda lagi yang saya kena perbetul dari cara penulisan, tatabahasa semua tu. Maafkan segala typo yang ada sebab saya sendiri tak perasan Teehe. Thank you again and again. Actually saya hanya nak masukkan je dekat novel+ ni and tak terdetik punlah nak habiskan cerita dekat sini but ada yang komen suruh update next chapter dan ya saya turutkan je hehe. Thank for 5K viewers

I will comeback with my second book.Tata.

AREYNANUR

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience