BAB 7 - TANDA SOAL

True Story Series 69844

Ziana bercampur baur perasaannya kerana dia tertanya-tanya siapa pula perempuan yang menjawab telefon tadi? Kenapa pula perempuan tadi tiba-tiba menangis? Ziana monolog sendirian. Beberapa minit kemudian ada perempuan lain pula yang menjawab panggilan Ziana. Ziana bertambah kebingungan sampai menjadi teka-teki dalam hidupnya. Ziana berpendapat Joe mungkin tinggal bersama ramai perempuan atau Joe sudah ada isteri dua tetapi mengaku bujang. Perempuan kedua ni namanya Liz adik kepada Joe. Liz bercakap bagi pihak ibunya kerana emosi ibunya terganggu tak dapat menjawab mana-mana panggilan. Liz menceritakan apa terjadi kepada Joe hampir sebulan yang lepas kepada Ziana. Katanya Joe telah meninggal dunia, doktor telah sahkan Joe terkena serangan jantung ketika hendak mandi. Semasa dijumpai jenazah Joe telah membusuk tanpa pakaian. Ziana tidak menangis mendengar perkabaran itu. Dia cuma ingin tahu kenapa senyap.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience