Rate

BLACK ROSE (broken inside) 25

Drama Completed 921571

Mawar merenung lelaki yang sudah pun berada di luar pagar rumahnya. Tuala di atas kepala yang sudah melorot ke belakang, di tarik sedikit ke depan. Kalau ikutkan hatinya, dia malas mahu keluar dari rumah. Tetapi, disebabkan lelaki itu mula menekan hon secara menggila, mahu atau tidak Mawar terpaksa juga keluar dari situ.

"Encik nak apa?" soal Mawar dengan wajah yang dingin. Lelaki itu masih menyengih ke arah Mawar. Puas dia memberi salam, wanita itu langsung tidak munculkan diri. Nah, selepas dia menekan hon sebanyak yang mungkin, barulah kelibat wanita itu kelihatan di situ. Jika tidak, pasti sehingga esok pagi Mawar tidak akan keluar dari rumah.

"I nak you. I nak bawa you keluar. Pergi bersiap sekarang," arah Syakir selamba. Mawar kerut dahi. Wajah lelaki itu direnung tajam.

"Dah malam ni encik Syakir. Esok saya kerja," balas Mawar bersahaja. Syakir tersenyum segaris. Macamlah dia tidak tahu Mawar kerja esoknya.

"Yes I know. Tapi, you masuk petangkan. Please, I promise, sekejap je," rayu Syakir lembut. Mawar melepaskan keluhan. Malas sungguh dirasakan mahu menerima pelawaan lelaki itu

"Please, Kie.. sorry, Mawar. Pleasee..," Syakir masih merayu. Wajah kesian dipamerkan kepada Mawar agar wanita itu bersetuju dengan ajakannya. Mawar raup wajah. Dia berdecit perlahan.

Setelah beberapa minit mereka berbalas renungan, Mawar akhirnya akur. Dia masuk ke dalam dan bersiap.

Tudung sarung ala makcik-makcik di sarung ke kepala. Baju hoodie bersize xxl di pakai bersama seluar track besar gedabak. Iye, dia sengaja. Biar Syakir malu untuk berjalan dengannya.

'Nak sangat ajak aku keluarkan!' marah Mawar di dalam hati. Kemudian, dia berjalan keluar dengan wajah selamba. Riak muka Syakir yang seakan terkejut dengan penampilan Mawar itu mengundang rasa lucu di hati Mawar.

"Cantik," ucap Syakir sambil menahan rasa geli hati. Dia tahu Mawar protes untuk keluar bersamanya. Ini lah akibatnya, jika wanita bernama Mawar itu dipaksa. Buat perangailah jawabnya.

"Let's go," Syakir mengajak Mawar. Mereka sama-sama masuk ke dalam perut kereta.

SYAKIR menoleh ke arah Mawar yang berada di sebelahnya. Mata wanita itu melekat kuat pada persembahan dari kumpulan busker yang sedang asyik menyanyikan lagu-lagu bbnu 'You memang sangat cute'. Lagu yang pernah Aydean nyanyikan untuknya. Sekali sekala bibir Mawar mengukir senyum nipis. Teringat akan Aydean.

Syakir meneliti pakaian yang Mawar pakai. Dia ketawa sendiri. Mawar yang terdengar tawa yang terlepas dari mulut Syakir,, segera menoleh ke arah lelaki itu.

"Apahal? Ketawa tiba-tiba," selamba Mawar menutur kata. Syakir terus terdiam. Sikap Mawar sungguh tidak sama seperti dahulu.

"You lain sangat. Tak sama macam dulu," ucap Syakir mula meluah rasa. Dia rindukan Kie yang dahulu. Slurpee di tangan di sedut dalam. Terasa kesejukan meresap ke setiap inci kepala. Mata Syakir mengecil cuba menghadam rasa yang baru sahaja singgah ke tekaknya sebentar tadi.

"People change," jawab Mawar ringkas dan tenang. Matanya kembali melihat ke arah kumpulan busker di hadapan mereka. Orang ramai mula berkumpul mengelilingi ruang. Mawar seakan rimas dengan kesesakan di situ. Lantas punggung di angkat dari duduknya. Syakir bangun membontoti Mawar. Dia berjalan seiring dengan Mawar.

"Tapi, hati I tak pernah berubah untuk you. Walau berubah macam mana sekalipun diri you. Dalam hati I, tetap you, Mawar," balas Syakir lembut. Mawar ukir senyum pahit. Kepala digeleng perlahan sambil melangkah sambil meliar matanya melihat sekeliling.

"Can we get back together, Kie?" soal Syakir masih mengharap. Mawar tarik nafas dalam-dalam dan menghelanya perlahan. Kakinya terhenti dari melangkah. Wajah Syakir di pandang. Mereka saling berbalas renungan.

"Encik Syakir..," baru sahaja Mawar menyebut nama Syakir, lelaki itu mencelah pantas.

"Shark," pintas Syakir. Dia tidak mahu Mawar memanggilnya sebegitu lagi.

"Whatever...," balas Mawar malas mahu membidas. Dia diam seketika cuba mengingati kembali apa yang mahu dia katakan pada lelaki itu.

"Awak dah ada Maira. Saya adalah masa lalu awak. Hubungan kita waktu tu, hubungan yang tak matang, Syakir. Lagipun, dari dulu Maira tunggu awak kan? Buka hati awak untuk Maira. Beri Maira peluang," jelas Mawar dengan nada tenang. Syakir mendengus perlahan. Dia membuang pandangannya ke arah jalan raya yang sesak dengan kenderaan persendirian dan kenderaan awam.

"I just want to know, why did you leave me?" satu persatu soalan itu ditutur keluar dari mulutnya. Mata Syakir kembali memandang tepat ke dalam anak mata Mawar. Mata redup Mawar meresahkan hati Syakir. Dia benar-benar mahukan jawapan dari wanita itu.

"Syakir, saya minta maaf sebab tinggalkan awak tanpa sebab. Kenapa... Saya takde jawapan yang tepat. Apa yang saya boleh cakap sekarang, semua tu masa lalu kita. Dan kita kena lupakan semuanya," pinta Mawar. Dia sangat berharap Syakir dapat menerima jawapan yang dia berikan walaupun ianya tidak menjawab persoalan lelaki itu.

"I tak kan pergi dari you sehingga I dapat jawapan yang sebenar," keras kata-kata Syakir tika ini. Mawar bungkam seribu bahasa. Riak wajahnya mula berubah. Tak kanlah dia mahu ceritakan tentang ketelanjuran mereka sedangkan ianya berlaku dalam keadaan masing-masing tidak sedar.

Fikiran Mawar menerewang membongkar semula peristiwa hitam itu.
.
.
.
Kie dan Syakir berjalan terhuyung hayang sambil mulut mereka berlagu riang. Kie tidak tahu ke mana langkah mereka waktu itu. Apa yang pasti, dia dan Syakir sangat gembira malam itu.

"Sharkkkk...," nama itu berlagu di bibir Kie. Syakir tersenyum memandang ke arah Kie. Apartment milik salah seorang dari kawan-kawan mereka menjadi port tempat melepak dan bermalam. Malam itu buat pertama kalinya Kie tidak pulang ke rumah.

"I love you," ucap Syakir sambil menarik Kie dalam pelukan. Tangan Kie ditarik masuk ke bilik. Mereka berdua berjalan terhuyung hayang. Kie sendiri sudah merasakan lantai yang dipijak seakan berombak waktu itu. Begitu juga Syakir.

"Sharkkk... hik..hik..hik.. Janganlah gatal dengan I....," ucap Kie sambil menepis tangan Syakir yang mula menjalar di tubuhnya. Kie dan Syakir ketawa bersama dan akhirnya mereka berdua rebah di atas katil di dalam bilik itu.

Keesokkannya, saat Kie bangun dari tidur, badannya terasa sakit dan di bahagian ari-arinya terasa berdenyut. Perlahan mata dibuka. Kepala terasa seakan mahu meletup tika ini. Kie memegang kepala sambil menekan bahagian yang berdenyut itu.

Sebaik sahaja mata dibuka sepenuhnya, dia tersedar tubuhnya tanpa seurat benang dan di sebelahnya Syakir yang masih lena tidur.

Jantung Kie berdegup kencang. Dia tidak percaya kegadisannya diragut malam itu. Baju yang berselerakan di atas lantai dikutip. Cepat-cepat dia menyarung semula baju ke tubuh. Perlahan dia melangkah ke luar dari bilik dan menuju ke pintu utama. Tanpa menoleh lagi, Kie meninggalkan Syakir tanpa pesan. Sepanjang pulang dari rumah, air mata Kie tidak henti-henti mengalir.

Adakah dia dirogol? Tetapi kenapa dia tidak menolak? Rogolkah jika dia sendiri yang mengikut lelaki itu masuk ke bilik? Pelbagai persoalan bermain di fikiran Kie waktu itu. Dia buntu tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Jadi, dia ambil keputusan untuk jauhkan dirinya dari Syakir buat sementara waktu.
.
.
.
Lamunan Mawar terhenti apabila Syakir menyentuh lembut tangannya. Cepat-cepat Mawar mengalih tangan. Syakir tersenyum mesra.

"Sorry. So, you nak minum apa?" soal Syakir. Baru Mawar tersedar yang mereka sudah pun berada di sebuah restoran sekitar Bukit Bintang itu.

"Mineral water," balas Mawar seakan gugup. Dia memarahi dirinya di dalam hati. Kenapa dia mengikut sahaja kehendak lelaki itu. Sepatutnya, dia minta Syakir menghantarnya pulang ke rumah. Bukannya bersetuju untuk minum di situ!

Arrgghh... hati... Jangan cepat rasa bersalah!

"Mineral water? Tu je? Snacking?" soal Syakir sambil membelek menu yang berada di tangannya. Cepat sahaja Mawar menggeleng tanda tidak mahu.

"Give me one lemonade, one mineral water and one plate of nachos with spice cheese sauce. Thanks," menu diserahkan kembali kepada pelayan yang sejak dari tadi berdiri di situ. Kemudian, pelayan itu beredar dari situ.

"You ingat lagi tak, dekat depan bus stand tu?" soal Syakir dengan jari telunjuk mengarah ke perhentian bas yang berada di hadapan restoran itu.
Kepala Mawar automatik berpusing ke tempat yang di maksudkan. Serta merta bibirnya mengukir senyum. Syakir turut tersenyum melihat riak wajah Mawar tika ini.

"Apa khabar agaknya mamat yang you mengorat tu ek? Entah-entah dia tunggu you lagi kot," usik Syakir sambil ketawa. Mawar turut ketawa. Wajah Syakir dipandang dengan senyuman manis. Terkedu Syakir seketika melihat senyuman Mawar. Jantungnya bedegup kencang seolah memukul tulang dadanya. Sungguh, senyuman Mawar mampu membuatkan hatinya mencair.

"Dia dah kahwin masa saya mengorat dia," balas Mawar dengan senyuman yang masih kekal di bibir. Syakir kembali ke realiti setelah wanita itu mula bersuara.

"Iye ke?" soal Syakir dengan kerutan di dahi. Tangan kanan menggosok rahangnya. Mawar angguk kepala mengiyakan soalan Syakir itu.

"Mamat tu beritahu saya jangan mengurat dia. Dia dah ada bini," jawab Mawar sambil ketawa kecil. Syakir turut ketawa saat mendengar jawapan Mawar itu.

"You lah, kuat merajuk masa tu. Tak mahu I pujuk, konon nak mengurat mamat lain. Sekali termengurat suami orang," balas Syakir dengan tawa yang masih bersisa. Mawar masih senyum. Sungguh, di sini terlalu banyak kenangan antara mereka. Sepatutnya dia harus lupakan segalanya. Tetapi, masih sahaja kenangan itu menerjah-nerjah kotak fikirannya tika ini.

Mawar, stop it!

"Lepas ni saya nak balik," tutur Mawar perlahan. Nada yang ceria tadi juga sudah berubah dingin. Dia tidak mahu lelaki itu menaruh hati lagi padanya jika dia masih melayan segala kenangan mereka. Syakir diam seketika. Keluhan kecil dilepaskan.

"Iye, I hantar you balik, after you habiskan nachos yang I pesan nanti," balas Syakir tenang. Wajah dingin Mawar di renung lama. Muka putih bersih tanpa secalit make up itu sangat lain di mata Syakir. Berbeza sungguh dengan Kie yang dahulu. Tetapi, Kie yang baru ini, lebih menarik hati Syakir.

MAWAR menunggang motornya ke restoran seperti biasa. Tanpa sedar sebuah kereta sedang mengikutnya dari belakang. Puas Mawar memberi laluan kepada kereta tersebut untuk memotong jalannya, tetapi, masih sahaja kereta itu tidak memotong. Akhirnya Mawar membiarkan sahaja kereta itu di belakang. Sengaja dia menunggang dengan perlahan.

"Mereputlah kau belakang motor aku ni," gumam Mawar sendiri. Volume earphone di tingkatkan. Berkumandang lagu Plug in baby nyanyian kumpulan Muse dicorong earphone. Mawar turut menyanyi mengikut rentak lagu tersebut.

Motor diberhentikan saat lampu isyarat bertukar merah. Sekilas Mawar menjengah ke cermin sisi melihat kereta di belakangnya. Dahi berkerut seketika.

Macam kenal!

Tiba-tiba....

"Tolong!!!!!" jerit satu suara dari arah belakang. Suara yang kuat itu menarik perhatian Mawar. Pantas dia menoleh untuk melihat apa yang berlaku.

Peragut!

ZAP!!! Sepantas kilat motor peragut itu melintasi Mawar dan melanggar lampu isyarat. Tanpa membuang masa, Mawar mengejar motor tersebut. Laju motornya ditunggang seakan mahu melayang Mawar saat ini. Mata masih tertumpu pada motor milik peragut yang hanya beberapa meter di depannya.

"Woiiiii!!!" jerit Mawar. Motor seakan semput. Tetapi, masih sahaja dia memulas minyak selaju yang boleh.

SKREEETTTTT!!!!!!! Motor peragut tergelincir lalu jatuh ke tepi jalan raya. Tanpa memberhentikan motornya, Mawar melompat dari atas motor untuk mengejar peragut yang cuba melarikan diri itu.

Sebaik sahaja Mawar menghampiri peragut itu, dia mengelecek kaki milik lelaki tersebut. Peragut terjatuh di atas badan Mawar dan mereka bergelut. Mawar cuba melipat tangan peragut itu, namun gagal. Kaki Mawar di sepak sehingga dia tersungkur ke rumput. Tudung yang sudah senget benget tidak dipedulikan. Dia geram apabila peragut itu cuba mengacah-acahnya dengan tumbukan.

"Aku ingat jantan mana tadi kejar aku. Kalau aku tahu perempuan, dari tadi aku dah berhenti," kata peragut itu memandang rendah pada Mawar. Mawar terasa bibirnya mengalir sesuatu. Dia mengesat bibir dengan hujung lengan. Berdarah akibat tersungkur ke tanah sebentar tadi. Mawar menarik nafas dalam. Cuba mengumpul rasa marahnya agar dia dapat fokus pada setiap pergerakan lelaki itu.

Peragut cuba menghampiri Mawar. Dia melepaskan tumbukan ke arah muka Mawar. Pantas Mawar mengelak. Tanpa amaran, Mawar menyerang lelaki itu dengan teknik spinning hook kick betul-betul mengena di kepala si peragut. Lalu, peragut tersebut tersungkur dengan gaya yang sangat sadis jatuh ke tanah. Beg tangan yang di ragut juga turut terpelanting dari pegangan tangannya.

Tanpa menunggu lebih lama, Mawar duduk menghempap lelaki itu sambil memberi tumbukan bertalu-talu ke arah wajah si peragut. Menyembur-nyembur darah keluar dari mulut peragut itu. Dalam keadaan parah di pukul, peragut tersebut cuba mencapai pisau yang berada di pergelangan kakinya, namun gagal. Mawar langsung tidak melepaskan peluang menghayunkan tumbukan ke muka si peragut.

Tiba-tiba datang satu susuk tubuh menarik Mawar dari memukul peragut itu. Mawar cuba ditenangkan. Kuat lelaki itu memeluk tubuh Mawar dari belakang. Mawar cuba melepaskan diri dan tumbukan hampir sahaja dihayun ke muka lelaki itu.

"You! You! You! I! I! Dean! Dean!" Aydean cuba menyedarkan Mawar akan kehadirannya. Tangannya seakan cuba menghalang Mawar dari memukul dirinya. Mujur sahaja Mawar berhenti dari membuat serangan kepada Aydean. Jika tidak, alamat berbekaslah muka si aktor handsome itu.

Dada Mawar berombak kencang. Wajah Aydean di renung. Nafasnya termengah-mengah saat ini. Tangannya menggigil. Mata di alih ke arah peragut yang sudah lunyai di pukul olehnya sebentar tadi. Beberapa orang yang baru sahaja perasan akan kejadian di taman yang sunyi itu, mula menghampiri mereka.

Mawar berjalan mengambil beg tangan yang tercampak tidak jauh dari tempat peragut itu terbaring. Aydean pula, sibuk menerangkan apa yang berlaku di situ. Beberapa penduduk di kawasan itu, mengangkat si peragut dan di bawa ke Balai Polis berhampiran. Beg tangan juga telah Mawar serahkan pada penduduk di situ sebagai bukti kes ragut.

Aydean menghampiri Mawar. Wajah Mawar yang kelihatan sedikit pucat itu di belek dengan bola mata.

"Sakit?" soal Aydean apabila matanya tertancap pada bibir Mawar yang pecah dan berdarah itu. Mawar geleng pantas. Tudung di betulkan semula. Baju yang dikotori pasir di tepuk-tepuk dengan telapak tangan.

"Kita pergi buat report dulu. Then, I bawa you ke klinik," kata Aydean sambil menarik tangan Mawar. Mawar akur mengikut langkah lelaki itu..

Matanya meliar mencari motor kepunyaannya. Tangan ditarik dari pegangan Aydean. Aydean tahu apa yang Mawar cari.

"You, motor you dah terbang time you terjun dari motor tadi. Ada dalam parit besar tu haaa," jelas Aydean sambil tangannya menunjuk ke arah parit yang berada di tepi jalan besar itu. Teringat kembali saat melihat Mawar melompat turun tanpa memberhentikan motornya. Sungguh Aydean terkejut.

"I terkejut tengok you melompat macam stunt. I macam dah tengok filem aksi tadi," bebel Aydean sambil kepala di geleng perlahan. Pantas Mawar menjengah ke dalam parit yang dimaksudkan Aydean itu.

Luluh hatinya saat melihat motor kesayangan berada di dalam longkang. Mawar mencangkung di tepi longkang sambil memerhatikan motornya. Dia seolah meratapi kematian.

"Babyyy...," ucap Mawar sambil kedua tangan memegang kepala. Aydean kerut kening melihat gelagat Mawar.

'Haaa.. tahu pun. Masa melompat, tak ingat dunia,' bebel Aydean di dalam hati. Geram dengan sikap Mawar yang suka membahayakan diri sendiri.

"Now kita pergi buat police report dulu. Then, ke klinik. Motor you tu nanti I fikirkan macam mana nak keluarkan dari situ," Aydean tarik tangan Mawar. Tidak mahu melengah ke balai polis. Dia mahu selesaikan segalanya segera. Dengan langkah yang lemah, Mawar mengikut Aydean masuk ke dalam perut kereta.

Di dalam kereta, mulut Aydean tidak henti-henti membebel pada Mawar. Mawar pula hanya diam meratapi nasib motor kesayangannya. Pandangan di buang ke luar tingkap. Malas mahu mendengar bebelan Aydean.

"Lainkali, jangan berani-berani kejar peragut. I tahu you ada kickboxing. Tapi, kalau diorang tu berkumpulan macam mana??" bebelan masih diteruskan ala abah-abah yang sedang memarahi anak gadis.

"Lepas tu you melompat dari motor. Lainkali parking elok-elok motor tu. Lepas tu, baru turun dari motor. Mana ada orang turun motor melompat macam tu youu... You ingat you stuntwoman kee??" tambah Aydean lagi. Mawar tidak peduli. Hatinya lebih sedih mengenangkan motor miliknya.

" And you pukul anak orang tu sampai lunyai macam tu. Kalau mati macam mana?? Anak orang tu you.. Kalau anak patung takpe.. Ni anak orang tau tak. Memanglah dia meragut. Tapi, janganlah pukul sampai tinggal nyawa-nyawa ikan. Pukul sikit-sikit dah lah," masih belum habis bebelan lelaki itu pada Mawar. Aydean mendengus perlahan. Matanya sekilas memandang tangan Mawar yang kemerahan dan mula membengkak itu.

"Tengok tangan you tu. Dah bengkak. Bibir pecah. Jangan cederakan diri sendiri boleh tak?" tambah Aydean lagi. Kepala digeleng perlahan. Dia tahu Mawar mendengar setiap kata-katanya walaupun wanita itu tidak memandang ke arahnya.

"Nanti I beritahu Shark you mc hari ni," ucap Aydean lagi. Serta merta Mawar menoleh ke arah Aydean. Aydean memandang sekilas ke arah Mawar.

'Sebut nama Shark je hidup. Tadi aku membebel buat tak tahu je,' gerutu Aydean di dalam hati. Perasaannya sedikit sebal.

"Jangan beritahu Syakir pasal benda ni. Saya tak nak dia tahu," balas Mawar setelah agak lama dia berdiam diri. Aydean tarik nafas dalam. Kemudian, dia meneruskan pemanduan menuju ke Balai Polis.

bersambung.......

yeppi readingg

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience