Bab 24

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
"Gambar apa yang kau tengok tu Sakinah? Dari tadi lagi aku tengok tak habis habis belek kamera kau tu." Kata Alyn yang sedang mengecas telefon pintarnya. Dia meletakkan telefon pintarnya ketepi lalu datang ke arahku. Eca dan Hannah pun buat benda yang sama. Mereka ingin tahu gambar apa yang aku tengok dari tadi.
"Weh! Dekat mana ni? Cantiknya!" Hannah terus merampas kameraku.
"Eh eh jangan kasar sangat. Kalau rosak kamera kesayangan aku ni kau ganti balik." Aku memberi amaran. Disebabkan dia mengambil kamera jadi, aku membelek gambar aku dan Ryoga memakai kimono di muzium tadi. Alyn dan Eca yang tertumpu pada Hannah segera menoleh ke arahku.
"Ni gambar apa pula ni?" Laju tangan mereka mengambil gambar-gambar itu dari tanganku.
"Eh eh! Tengok elok elok. Ini lagilah kalau rosak korang pergi beli balik gambar ni." Aku memberi amaran lagi.
"Amboi, pergi berdua bukan nak ajak. Korang pergi mana ni?" Alyn bertanya padaku. Hannah sudah beralih dari kamera ke gambar kimono tadi. Mereka melihat bertiga.
"Pergi Ueno. Dah dia bawak aku ke sana, korang pula pergi bertiga entah kemana. Tahu-tahu je korang bertiga dah hilang. Aku call amboi susahnya nak angkat. Aku pergilah berdua." Terangku panjang.
"Ueno? Wah! Kita tak pergi lagi Ueno kan? Nak ikut jugak." Pinta Hannah.
"Lambat." Balasku.
"Ni kerusi apa ni? Kau macam takde benda lain je nak tangkap." Soal Eca.
"Ha tu kerusi kitorang duduk tadi. Saje tangkap." Tiba-tiba Eca yang terperasan sesuatu mengenggam tanganku. Aku terkejut.
"Eh apa kau ni? Ini tanganlah bukan gambar."
"Weh korang tengok nih." Eca mengajak Alyn dan Hannah untuk melihat tanganku. Aku pelik.
"Wah! Jam baru. Jap! Ryoga beli ke?" Soal Alyn. Aku hanya mengangguk.
"Haah, dia beli dua jam. Dia kata sebab aku dah jadi kawan rapat dia. Aku pun tak tahu kenapa dia baik sangat hari ni. Aku terima je lah sebab dah deal. Dahlah jam idaman aku. Tapi aku rasa dia tak tahu pasal tu kan? Tak mungkin dia tahu, tak ada pula aku tulis dalam diari. Aku cuma bagitahu kau je kan, Alyn? Haha!" Soalku sambil ketawa.
"Biar betul dia ni!? Aku ada bagitahu dia lah pasal benda alah tu!" Alyn mengaku.
"Weh, Alyn kau jangan bukan bukan. Kau ada bagitahu aku nak beli jam ni dengan bakal suami aku nanti!? Habis tu kenapa dia beli!? Takkan lah selama ni..." Alyn mengangguk.
"Aku rasa.." Alyn tak menghabiskan ayatnya. Aku mula gelabah dan aku terus menarik selimut lalu menutup seluruh badanku.
*******
(Takuya POV)
'Ting'
*Takuya-san.*
Siapa pula mesej aku pada waktu aku kerja begini?
"Hana-chan?" Aku pelik. Aiik, Hana tak pernah menganggu aku waktu kerja. Aku suka panggil Alya Hannah itu, Hana. Sebab Hana maksudnya bunga dalam Jepun.
'Ting'
*I want to meet you.* Katanya.
*Now?* Soalku.
*Yes. I'll wait for you at the cafe. It's urgent.* Jawabnya. Penting sangat ke sehingga nak jumpa sekarang?
*Okay. I'll be there.* Jawabku. Aku terus bergerak ke sana. Kafe itu agak jauh dari tempat kerja aku.
Aku mencari-cari dia. Tiba-tiba ada seseorang terlanggar aku.
"Ah, sumimasen." Katanya.
Dia memandang aku, "Eh, Takuya-san?" Katanya.
Aku mengecam dia, "Eh, Mira-chan?" Kenapa dia pula yang aku jumpa di sini?
"What are you doing here? Aren't you working at this time?" Soalnya.
"Yes, but, Hana-chan sent me a message. She said that she wanted to meet me. Have you saw her anywhere?" Soalku pula. Aku tak nampak kelibat dia langsung di kafe itu.
"She disturbed you while you're working? So bad. I just seen her with her friends heading to the train station. Is she lied to you?" Ujar Mira.
"I don't know. If that so, it's okay. I will meet her later. Arigatou, Mira-chan." Balasku lalu pergi dari situ. Aku tak boleh tinggalkan kerja aku lama-lama. Habislah aku kena marah sama bos!
(Hannah POV)
"Korang, esok pergi funfair kat hujung sana tu nak? Aku nak pergi jalan-jalan je pun. Bukan nak shopping." Soalku. Kami baru sahaja sampai rumah.
"Korang pergilah kalau nak. Aku malas. Esok aku nak pergi jalan dengan Mira lagi." Jawab Sakinah. Kami pelik.
"Aik? Bukan kau ke yang benci sangat dengan si Mira tu?" Soal Alyn.
"Aku bukan benci. Aku cuma tak suka perbuatan dia terhadap Hannah. Itu aje. Esok dia ajak aku jalan-jalan. Aku tak tahu apa dia mimpi malam tadi. Baru je dia mesej." Jawab Sakinah panjang.
"Hm, yalah." Jawab kami.
Malam itu, aku menghantar mesej kepada Takuya.
"Last seen 11 pagi tadi? Dia takkan tak balik kerja lagi. Aii, pelik. Ryoga pun dah sampai rumah 2 jam yang lepas." Ujarku sendiri.
Aku bangun dan mencari Ryoga di ruang tamu.
"Ryoga, kau ada nampak Takuya?" Soalku daripada tangga. Dia tidak menjawab.
"Ryoga, aku tanya ni. Kau ada nampak Takuya tak? Kenapa dia tak balas mesej aku?" Soalku lagi. Aku pergi kehadapannya yang duduk di sofa.
"Yahh, tidur rupanya." Aku menggeleng kepala.
"Hannah, mana Al-..Apa hal tu?" Soal Sakinah yang kebetulan lalu di ruang tamu itu.
"Alyn dan Eca kat dapur. Ni ha, aku nak tanya dia pasal Takuya, punya penat aku berbuih mulut bertanya, dia tidur rupanya." Kataku.
"Haha! Kesian dia penat sangat tu. Lagipun, lambat dia balik kerja hari ni." Ujar Sakinah lalu berlalu ke dapur. Dia kembali dengan segelas air di tangan.
"Ryoga-kun, wake up." Panggil Sakinah. Dia masih tidak sedar. Sakinah ni, nasib baik boleh tahan sabar. Kalau tak tahan, dia tuang sahja air itu di kepala Ryoga.
"Ryoga-kun, hey, wake up." Kejutnya lagi sambil merenjis sikit air pada muka Ryoga. Amboi kau, dengan Ryoga kau lembut sahaja renjis air, kejut pun lembut sahaja. Dengan kami, jangan dikatalah. Bukan renjis, bukan tuang, dia siram sahaja kami ni macam pokok bunga. Siram dari hujung kepala sampai hujung kaki pula tu.
"Ha? Ha? Ah, what time is it?" Soal Ryoga yang baru terjaga. Dia mengusap mukanya.
Sakinah melihat pada jamnya, "10 malam dah. Pergi lah masuk bilik. Sakit badan awak nanti tidur kat sini." Kata Sakinah. Dia berdiri lalu mengeliat.
"Thank you." Kata Ryoga tersenyum.
"Sama-sama." Balas Sakinah tersenyum juga.
"Sekejap, kenapa aku kat sini eh? Err, tengok korang berdrama kat sini buat apa? Baik aku masuk bilik." Ujarku. Aku pergi masuk ke bilik.
"Hish, mana dia ni? Aku mesej, tak reply. Risau pula aku." Ujarku sendiri memerhati mesejku yang tidak dibaca mahupun dibalas. Aku membuka tudungku.
"Hm, tak apalah. Haih, Rygo, tidur dah kau? Awalnya. Hm." Aku memandang ke arah Rygo yang sudah tidur di sebelah bantal Sakinah.
Aku baring sambil memikirkan Takuya. Mana lah dia ni?
(Takuya POV)
Hm, aku terpaksa kerja sehingga lewat malam hari ni. Sebab aku keluar pada waktu kerja. Haih, tak pasal-pasal. Aku dah janji nak lawan bola sepak dengan adik lelaki aku, Naoya, malam ni pula tu. Mesti dia tunggu aku.
Setelah aku dah menghabiskan segala kerja, aku pulang ke rumah.
"I'm back." Ucapku. Tiada sahutan.
"Naoya-chan?" Panggilku. Masih tiada sahutan. Aku menutup pintu rumah. Semua orang dah tidur ke? Naoya pun?
Beza umur aku dengan Naoya hanya empat tahun.
"Naoya-chan." Aku rasa bersalah pula melihat dia tertidur sambil duduk di sofa menunggu aku. Televisyen pula terbuka. Ni bukan kau tonton televisyen, ni televisyen tonton kau, Naoya. Aku menutup televisyen.
"Gomen." Ujarku sambil mengusap kepalanya. Aku mengambil selimut dan bantalnya di dalam bilik lalu membaringkan dia di sofa itu. Lena betul dia ini tidur. Aku pula tidur di bawah sahaja. Penat dan malas sudah mahu masuk ke bilik.
*******
Aku terjaga. Arghh, dah pukul berapa ni?
Aku melihat jam di dinding. 6.30 pagi. Aku melihat di atas sofa. Naoya sudah tiada.
Aku baru sahaja mahu tidur semula, Naoya datang ke arahku.
"Onii, oka-san told me to wake you up. You will late for work." Kata Naoya.
"Hai'." Jawabku. Aku bangun. Aku melihat muka Naoya masam sahaja.
"Naoya-chan, I'm sorry because I'm going home late last night." Ujarku.
Dia tidak mengendahkan aku.
"Naoya-chan." Panggilku.
"Hm?" Dia hanya menyahut begitu sahaja.
"Did you hear me?" Soalku.
"Hm." Jawabnya. Adui, merajuklah ni.
"Forgive me. Please." Pintaku.
"Okay, I'll forgive you. But, promise me that you will come home early today. I'll wait for you." Katanya memandang aku.
"Yeay! Naoya!" Aku bangun lalu memeluk dia dan menepuk-nepuk bahunya. Aku terus menuju ke bilik air.
Dia mengejar aku, "Oii! I want to go in first!!" Jeritnya.
Aku cepat-cepat mengunci pintu.
"I got in first. Haha!" Ujarku. Aku ketawa.
Pagi itu, seperti biasa aku pergi kerja. Aku harap tiada yang mengganggu aku untuk tunaikan janji aku pada Naoya. Aku dan Naoya pergi kerja secara berasingan.
'Ting'
Siapa pula yang mesej ni? Aku melihat mesej itu di papan notifikasi.
"Sakina-chan?" Aku membuka mesej itu. Dia ini lagi lah. Tak pernah-pernah nak ganggu aku. Apa pasal tiba-tiba sahaja ni. Hujung minggu, yalah dia ganggu aku. Ganggu tak berhenti pula tu.
*Takuya-san, Hana-san said that she wants to meet you.* Katanya.
*She wants to meet me now?* Soalku.
*No. She said after you finish your work. Wait for her at the cafe.* Balasnya.
*Oh, okay. Thanks.* Balasku.
Kenapa dia ni nak jumpa aku sebenarnya? Dari semalam lagi.
Setelah aku habis kerja, aku ke kafe dengan segera. Aku tak nak langgar janji aku pada Naoya.
Aku mencari kelibat Hana tapi tiada. Aku menunggu sekejap di situ. Mungkin ada benda penting yang dia nak beritahu aku.
Berpuluh-puluh minit sudah pun berlalu. Hana masih tidak memunculkan diri. Aku membuat keputusan untuk balik dahulu. Nanti-nanti lah aku cari Hana.
"I'm back. Naoya-chan?" Termengah-mengah aku. Aku balik dan terus mencari Naoya. Dia ada di sofa menunggu aku.
"You're late." Kata Naoya.
"I'm sorry. I've tried to go back home as fast as I can." Balasku.
"You didn't make it. You didn't make that promise. You don't love me. You love Hana-chan more." Kata Naoya sedih. Pasti dia tahu aku ke kafe untuk bertemu dengan Hannah.
"Naoya-chan." Dia tidak mengendahkan aku lalu masuk ke bilik dan menutup pintu biliknya dengan rapat.
Hujung minggu ni, aku nak pergi berjumpa dengan Hana. Aku nak tahu apa motif dia buat aku macam ni. Sehingga Naoya marah pada aku.
*******
___Hujung minggu____
(Hannah POV)
Takuya kata, dia mahu berjumpa dengan aku. Aku menunggunya di kafe bersama Ryoga.
"Ryoga, mana Sakinah? Tadi bukan dia ada je ke sekali dengan kita?" Soalku mencari-cari Sakinah.
"Hm, dia pergi kedai depan tu kejap." Jawab Ryoga. Aku hanya mengangguk-angguk.
Air kami sudah pun tiba. Pelayan itu meninggalkan dua cawan air.
"Arigatou gozaimasu." Ucap kami berdua.
"Hai'." Jawabnya menunduk hormat lalu pergi.
Aku sudah kehausan. Sedang aku mahu mengambil seteguk air, orang yang duduk di belakangku tertolak tanganku. Air yang aku pegang tertumpah pada baju Ryoga.
"Ah, gomenasai." Kata perempuan itu lalu keluar dari kafe itu.
Aku panik kerana airku sudah meresap pada baju Ryoga. Aku mengambil tisu yang banyak dan mengelap bajunya.
"Weh, sorry. Serius aku tak sengaja. Sorry." Ujarku.
"Ya, aku tahu kau tak sengaja. Jangan panik boleh?" Katanya lalu ketawa.
"Ah, matilah aku kena marah dengan Sakinah nanti." Ujarku lagi sambil mengelap baju Ryoga.
"Kenapa dia nak marah kau pula?" Soal Ryoga.
Tak sempat aku menjawab, Takuya sudah tiba di hadapan kami.
"Takuya-kun." Aku berdiri.
"How could you...? How could you do this to me?" Katanya.
"Takuya-kun, are you okay?" Soalku.
"No! Don't say anything! How dare you do this to me. You've pranked me. You make my little brother, Naoya mad at me. You've lied to me. Naoya doesn't want to talk to me anymore. And now! You're cheating behind me. With my own best friend!? Do you know how much I love you, Hana-chan!?" Katanya. Air matanya hampir jatuh. Aku pula buntu. Aku menipu dia? Sejak bila pula aku kenakan dia?
"I think, this is the last time we meet. Don't look for me anymore. I..regret that I know you." Tambahnya lagi lalu pergi dari situ. Air mataku laju jatuh mencurah-curah.
"Takuya-kun." Panggilku. Dia teruskan berjalan.
"Hannah, kau okey?" Kata Ryoga. Aku duduk semula.
"Eh, Hannah, tadi aku ada nampak Takuya kat luar. Aku panggil, dia buat tak endah je. Sabar je lah aku. Dia dah jumpa kau belum?" Soal Sakinah yang baru tiba.
Aku masih menangis.
"Eh, weh, kau kenapa ni?" Sakinah terkejut melihat aku menangis.
"Tak apa, saya rasa, kita balik dulu la." Kata Ryoga. Kami hanya akur.
Setibanya kami di rumah, aku hanya menangis di dalam bilik. Sakinah masuk ke bilik.
"Hannah, jangan lah nangis dah. Aku tak suka tengok kau nangis." Pujuknya.
"Dia cakap aku macam tu, weh. Dia fikir aku ni nak ke kat Ryoga tu?" Ujarku.
Sakinah menahan ketawa.
"Pfttt...hahahaha! Memanglah kau tak nak kat dia. Sebab dia aku yang punya. Mana boleh orang lain ambil. Haha! Sudahlah. Ryoga dah cerita kat aku. Naoya tu dah salah faham. Takuya pun. Nanti tahulah apa aku nak buat dengan mereka." Pujuk Sakinah lagi.
"Kau jangan sedih, eh? Nanti esok aku nak keluar." Kata Sakinah lagi. Dia keluar dari bilik.
"Aku tak nak ikut." Kataku.
"Tak, jangan risau. Tiada siapa ajak kau pun. Aku pun tak nak bawa kau." Ujar Sakinah. Aku tergelak. Kawan aku seorang ni, dia buat lawak pula.
*******
___Esoknya___
(Sakinah POV)
Aku pergi ke tempat kerja Naoya. Sebenarnya, Naoya dan Takuya sama sahaja tempat kerja mereka. Naoya dan Takuya bekerja di agensi yang sama. Akan tetapi, Takuya dari kumpulan Choutokkyuu dan Naoya dari kumpulan ebissh. Muka dan gaya rambut dahlah dekat-dekat. Kadang-kadang aku sampai nampak Naoya itu Takuya dan Takuya itu Naoya.
"Hm, macam mana aku nak jumpa Naoya ni?" Soalku sendiri.
Setelah lama aku tunggu di situ, tiada siapa keluar dari bangunan itu. Kalau ada pun, orang yang berpangkat besar. Tak ada kerja aku nak tegur mereka. Tak pasal-pasal aku ditangkap polis pula nanti.
Lama aku tunggu di situ. Aku mundar-mandir di hadapan bangunan itu. Sehinggalah aku membuat keputusan untuk pergi.
Aku bangun dari situ.
Aku mendengus kasar, "Hish! Tak ada siapa ke nak keluar dan tanya aku buat apa di sini? Kalau aku naik, aku hanya menganggu mereka sahaja." Bebelku sendiri.
"Sumimasen." Seseorang menyapa aku.
Aku menoleh. Aku melihat seorang lelaki dengan mask yang menegur aku. Mungkin artis atau staf dari syarikat yang sama tetapi aku tak kenal. Makbul pun doa.
Dia bercakap dalam bahasa Jepun dengan laju.
"I'm sorry, but I can't understand you." Ujarku menunduk hormat.
"Oh, I'm sorry. You're not from here, huh?" Soalnya.
"No. I'm from Malaysia." Jawabku.
"Ohh, Mareeshia (Malaysia). So, what are you doing here?" Soalnya membuka masknya. Aku terkejut. Lahhh, aku jangka aku tak kenal dia ni. Rupanya, kawan-kawan Choutokkyuu yang aku kenal juga.
"Tachibana Toi? You're Tachibana Toi, right?" Soalku. Tachibana Toi daripada kumpulan DISH//. Satu syarikat dengan Choutokkyuu dan EBiSSH juga. Yang aku tahu dia adalah antara kawan baik Takuya. Dia ini rapat dengan Takuya.
"Oh, so you know me." Katanya tersenyum.
"Haa, a bit." Balasku. Aku kenal dia bukan macam aku kenal Ryoga. Ryoga tu daripada dia suka makan apa, tinggal di mana aku tahu. Sehingga dia alah dan fobia apa pun aku tahu lama dah.
"What are you doing here?" Soal Toi.
"Oh, erm, I want to meet Kusakawa Naoya actually." Jujurku.
"Eh, matte. Where I've saw you? I think I've saw you. But, where?" Ujarnya memandang muka aku dengan teliti.
"From Takuya-kun maybe? Or Ryoga-kun?" Aku meneka.
"Ohh!! From Ryoga. I've saw your pictures from Ryoga's lock screen phone. Picture of you two." Ujarnya. Pada skrin kunci telefon Ryoga? Gambar kami berdua? Ah, sudah. Janganlah apa yang Alyn cakap semalam itu betul.
"Do you have something with Ryoga, huh?" Soalnya mengangkat sebelah keningnya.
"Ehhh, no. Nothing between us." Jawabku.
"Ha, do you want to meet him?" Soal Toi.
"Eh, no. Don't tell Ryoga I'm here. I want to meet Naoya." Balasku.
"Naoya? Kusakawa Naoya?" Dia pelik. Yah, dia tak dengar ke apa aku cakap tadi?
"Sou, Naoya. Do you know that Takuya and Naoya have a fight?" Soalku.
"Oh, I know that." Jawabnya.
"I want to know what is the problem. Because my friend, Hannah said that she never disturbed Takuya while he's working. But, how can be like this now?" Ujarku.
"Ooo, if that so, where and when you want to meet him?" Kata Toi.
"Hm, tell him I'll wait for him at the cafe. I want to meet him after work." Soalku.
"Hai', I will tell him that." Jawab Toi.
"Arigatou gozaimasu, Toi-san." Aku menunduk hormat.
"Hai', sayou nara." Ujarnya lalu melambai.
"Matte!" Jeritnya. Dia mengejar aku yang sudah beberapa langkah menjauhinya.
"Hm?" Aku menoleh.
"What's your name?" Soal Toi.
"Oh, erm, Wan Sakinah. Just call me Sakinah." Jawabku.
"Here." Dia menghulurkan aku coklat.
"Ha?" Aku pelik. Dahlah coklat kegemaran aku.
"Just take it. For our first meet." Katanya.
"Hai', arigatou." Ujarku.
Aku pergi dari situ. Nasib baik Toi keluar.
*******
(Naoya POV)
Toi ada beritahu aku tadi, yang Sakinah nak jumpa aku. Katanya Sakinah itu kawan Hana. Heh, buat sakit hati aku sahaja. Gara-gara Hana tu lah aku dan abang bergaduh.
Aku pergi ke kafe dan mencari dia. Aku ingat tak ingat sahaja muka dia.
"Naoya-san, here!" Dia melambai-lambai.
"Sakina-san, right?" Soalnya.
"Sou. I'm your brother's friend too." Jawabnya. Kami duduk.
"So, why you wanted to meet me?" Soalku.
"I just want to know the true story. What's the problem? You don't like Hana-chan be Takuya's friend?" Soalnya.
Aku menunduk, "I..I like her be my brother's friend, but he love Hana-chan more than me. When I told him to come home early, he can't, because he meet Hana-chan first." Luahku.
Dia pelik, "But, when on working day, Hannah never disturb him or meet him." Ujarnya.
"Seriously?" Aku mendapatkan kepastian.
"Yes, of course I'm serious." Jawabnya.
"I accidentally read that you sent a message to my brother that said, Hana wanted to meet him after work." Kataku.
"Haa? I've never sent him a message like that." Jawabnya. Aii, biar betul dia ni?
"You don't believe me? Here, I show you." Dia menunjukkan aku mesejnya bersama abang. Yang terakhir sekali, tarikhnya, sebelum kami bergaduh lagi.
"You delete it, right?" Kataku. Mengaku sahajalah yang kau padam mesej itu.
"No. I won't disturb him while he's working." Jawabnya. Kami semakin pelik. Apa yang berlaku sebenarnya ni?
"Okay, now, can you help me?" Soalnya. Nak tolong apa pula dia ni?
"What is it?" Soalku pula.
"I want you to screenshot my chats and Hannah's chats with your brother. Send them to me. I think something's wrong." Katanya.
"Okay, give me your phone number." Ujarku. Dia memberikan aku nombor telefonnya.
"Okay, I have to go now. See you later." Katanya bangun daripada kerusi dan berlalu dari situ.
Dia ini, gigih betul nak betulkan balik hubungan aku dengan abang, dan hubungan Hana dengan abang. Aku hanya menggeleng tersenyum melihat dia pergi.
*******
(Sakinah POV)
'Tet'
Aku membuka telefonku. Ha, Naoya sudah hantar pun gambarnya.
*Arigatou, Naoya-san. Are you free this weekend?* Soalku.
*Yes, I'm free. Meet me at the mall at 9 a.m.* Katanya. Sudah kenapa pula di mall? Kafe sahaja sudahlah. Ah, biarlah.
*Okay.* Jawabku.
Aku meneliti gambar itu. Aku melihat Hannah menghantar mesej itu pada pukul 9.30 pagi. 9.30 pagi? Yang aku ingat pada pukul 9.30 pagi itu, kami berempat sedang keluar bersama Mira. Dan Hannah tak pegang langsung telefon pada waktu itu.
Aku pergi ke gambar lagi satu. Gambar aku menghantar mesej pada Takuya tapi pada pukul 9.46 pagi. Haa, ini pelik. 9.46 pagi aku bersama Mira di pusat membeli-belah.
Aku meneliti mesej itu. Aku membacanya berulang kali. Haa, ada sesuatu yang tak kena. Sejak bila aku panggil Takuya, Takuya-san dan Hannah, Hana-san?
Aku pergi semula pada mesej Hannah. Hannah panggil Takuya, Takuya-san?
"Yang panggil Takuya, Takuya-san hanya....Mira." Aku mengetap bibir kegeraman. Adakah betul Mira yang lakukan semua ini?
*******
Hujung minggu tiba lagi. Aku pergi ke pusat membeli-belah.
"Eh, aku tak tanya Naoya pun dia tunggu aku di mana." Aku mengeluarkan telefon pintarku dan mencari nombor Naoya.
Tak sempat aku menelefonnya, aku sudah nampak dia di mana.
"Ha, Naoya-kun." Aku berhenti dihadapannya.
"Ah, Sakina-chan. Konnichiwa." Ucapnya gembira.
"Konnichiwa." Balasku.
"Let's go talk somewhere else." Katanya mengajak aku.
"Okay." Aku hanya akur. Aku terasa seperti kami diperhatikan. Ahh, perasaan aku sahaja agaknya.
Kami tiba di sebuah taman. Kami berdua duduk dengan jarak.
"Ha, so, what you've got for me?" Soal Naoya.
"Haha, I know who's behind all this misunderstanding." Ujarku gembira. Tak lama lagi masalah ini akan selesai.
"Who is it?" Soalnya ingin tahu.
Aku menunjuk gambar Mira pada dia.
"This is...hmm, what's her name?" Soal Naoya.
"Mira." Jawabku.
"Ha, yes, Mira-san. But, how did you know that? Do you have evidences to prove it?" Soal Naoya lagi.
Aku mengangguk. Aku menunjuk Naoya gambar mesej Hannah bersama Takuya itu.
"Just she called your brother 'san'. Hannah and I called your brother 'kun'. And by the time that appeared here, Hannah and I went out together with Mira." Ujarku menerangkan segalanya.
"So, do you think Mira hacked your phone and Hana's phone?" Soal Naoya lagi.
"Maybe. Mira doesn't like Hannah. Because Hannah look so close with Takuya. Mira likes Takuya." Balasku. Kata laluan telefon aku pula dah dibuang. Haish.
"Err, I don't want her to be my sister-in-law. No, no, no. I won't let that happen." Kata Naoya.
Aku ketawa, "Hahaha! Takuya doesn't like her though." Ujarku. Dia turut ketawa.
"So, now, you know that Hannah is not a bad girl, right?" Ujarku.
"Yes. I have to say sorry to her and onii." Katanya menunduk.
"Hey, relax, Naoya-kun. Don't be sad. You have to tell your brother everything." Ujarku lagi.
"Hai'." Jawabnya bersemangat.
Tiba-tiba sahaja Takuya muncul di hadapan kami bersama Toi. Mukanya seperti tidak puas hati dengan aku. Mungkin dia masih marahkan aku.
"Takuya-kun."
"Onii!" Naoya terus bangun dan memeluk Takuya dengan erat. Sebak pula aku melihat mereka ni.
Muka Takuya terus berubah menjadi terkejut.
"Naoya-chan?" Takuya pelik. Naoya melepaskan pelukannya.
"Naoya-chan, daijoubu?" Soal Takuya.
"Daijoubu. I just miss you, onii." Kata Naoya. Halah, halah, comelnya. Aku hanya tersenyum.
"It's settle now. I got to go I guess. Before someone's crying here. Bye." Ujarku lalu melangkah. Mereka hanya ketawa. Aku lah yang akan nangis. Sensitif lah benda-benda macam ni. Aku teringat sesuatu lalu menoleh ke arah Naoya.
"Oh, Naoya-kun. Later, I'll send you Mira's number. And one more, don't forget to tell your brother the true story." Ujarku.
"Hai', arigatou, Sakina-chan!" Katanya gembira menunduk hormat. Aku membalas lalu melambai. Takuya hanya pelik melihat kami.
Aku berjalan keluar dari taman.
"Oi, Sakina-san!" Seseorang memanggilku. Panggilan 'oi' itu biasa bagi orang Jepun. Maksudnya lebih kurang macam 'hei' di dalam bahasa Malaysia. Aku menoleh. Dia berhenti di sebelahku sambil tersenyum.
"Toi-san?" Aku pelik. Dia termengah-mengah. Dia kejar aku? Dah kenapa?
"Where are you heading to?" Soal Toi.
"Hm, go back home I guess." Ujarku.
"Ehh, let's go eat first. My treat." Ujarnya.
"Seriously? You want to treat me?" Soalku pelik.
"Ehh, just say yes. I'm free today. Let's go." Katanya.
"O-okay." Tergagap-gagap aku mahu menjawab. Aku hanya mengikut dia.
(Takuya POV)
"Naoya, what happened?" Soalku. Kami berdua duduk. Dia senyum memandangku.
"I know who did this to us." Kata Naoya.
"Who? Hana-chan?" Soalku lagi.
"No. You have to apologize to Hana-chan." Ujar Naoya.
"Ehh?"
"Yes, but, I want to tell you the whole true story first." Katanya.
"Okay. Go ahead." Biarlah dia nak cerita apa pun. Aku dengar sahajalah. Asalkan dia dah tak marah aku.
Dia pun cerita satu persatu.
"It's Mira-san." Itulah kesimpulan untuk seluruh cerita yang Naoya cerita padaku.
"Mira-chan? Mira did all this to us?" Soalku tidak percaya.
"Yes. Here, look at this." Naoya mengeluarkan telefon pintarnya.
Dia menunjukkan aku gambar aku bersembang dengan Sakinah dan Hannah dia aplikasi WhatsApp.
"Where did you get this?" Soalku memandang dia.
"Hehe." Dia hanya menyengih.
"What's wrong with it?" Soalku lagi tidak mengerti.
"Since when Hana-chan and Sakina-chan called you 'san'?" Soal Naoya. Eh, ya tak ya.
"Oh, okay. If that so, we have to settle this." Ujarku bersemangat.
Dia mengangguk, "She's pranked on the wrong person." Kata Naoya lagi. Kami berdua tersenyum sinis. Aku mengangguk.
Kami pulang ke rumah. Ada lah rancangan kami.
*******
(Mira POV)
'Kring kring'
"Siapa pula yang telefon pagi-pagi buta ni?" Soalku sendiri.
Aku cuba mencapai telefon pintarku di meja sisi katil. Aku melihat ke arah jam di telefonku itu. Ah, baru pukul 4 petang.
"Nombor tak dikenali?" Aku pelik. Ah, angkat sahajalah.
"Hello? Tengku Syarifah Amirah is here." Aku menyahut panggilan itu.
"Hello, Mira-san." Balasnya.
"Who's this?" Soalku.
"You don't know me? I'm sorry. I'm Kusakawa Naoya." Jawabnya. Aku terkejut terus bangun dari katil.
"Na-Naoya Kusakawa? Kusakawa Naoya!?"
"Yes, it's me." Jawabnya.
"No, no, I don't believe it." Ujarku. Ah, takkan mudah-mudah sahaja nak percaya.
"Oi, Mira-chan. It's me, Takuya-SAN." Dia menekankan perkataan 'san' itu. Aku pelik tapi, biarlah.
"Ha, still don't believe us?" Soal Naoya pula. Aku hanya terdiam.
"We want to meet you tomorrow evening. We want to tell you something about Hana." Ujar Naoya.
"Kak Hannah? What's wrong with her?" Aku sudah tersenyum sinis.
"She's so bad." Ujar Takuya.
"Oi, Taku-chan!" Seseorang memanggil Takuya. Aku dengar suara macam Ryoga.
"We'll see you tomorrow. Bye." Mereka mematikan talian. Aku terkedu. Dua sekali nak jumpa aku!? Wow! Kau sungguh hebat, Mira!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience