Bab 3

Romance Series 113896

"Ha, turun pun anak dara seorang ni." tegur mak sebaik aku turun dari tangga dan sampai di meja makan.

"Orang dah siap masak baru turun, lama-lama kat bilik dok berangan la tu" tambah Amy.

"Sibuk la kau, menyampuk je" marah aku lalu menarik kerusi di sebelah Kak Ida.

Seperti biasa, abah duduk di hujung meja, di sebelah kanan abah, mak dan Amy manakala di sebelah kiri abah pula along, Kak Ida dan aku. Nasib baik depan aku kerusi kosong, kalau mengadap muka Amy, hilang selera makan.

"Oit kak, aku cakap kau suka berangan tak mengaku" tegur Amy sambil membaling seketul cucur udang yang dipotong ke tangan aku.

"Oh mak kau cucur!" terkejut aku dengan cucur yang dibaling Amy.

"Apa kau ni dik, main baling-baling makanan pulak. Mak, tengok Amy baling orang dengan cucur". Adu aku pada mak.

"Ee.. Dah tua-tua pun nak mengadu. Bagi kawin je mak, biar hilang perangai suka berangan tu"

"Sibuk la kau. Kawin-kawin, kau la kawin. Akak mula lagi ok, tahun ni baru masuk 25 tahun". Sibuk betul nak suruh orang kawin. Muda lagi kot.

"Betul juga tu, kira jadi ek dengan kawan along tu" Along jadi nasi tambah pulak.

"Betul, betul, betul" sampuk Amy.

"Eh, kau tak payah sibuk boleh tak Amy, nak sangat, kau la kawin dulu"

"Dah, dah. Depan makanan pun nak gaduh. Korang berdua ni kalau tak gaduh sehari tak sah. Pening kepala mak la. Dah, makan. Sejuk cucur udang ni tak sedap". Tegur ibu sambil menuang air ke dalam cawan.

"Semua dah ada ni, elok la abah ada perkara nak bincang. Abah bercadang nak bawa satu keluarga kita mengerjakan Umrah bulan depan. Macam mana semua, setuju ke?" soal abah.

"Along dengan Ida tak ada masalah. Along dah buat permohonan untuk ke luar negera, in sha Allah hujung bulan ni dapat kelulusan. Cuti pun kitaorang dah mohon" terang along.

"Yus pulak macam mana?" soal abah.

"Yus rasanya setakat ni tak ada masalah. Cuma tu la belum mohon cuti. Nanti isnin masuk office, Yus mohon cuti" ucap aku sambil menambah kuah kacang dalam piring.

"Amy, rasa macam tak boleh la bah sebabnya hujung bulan ni baru habis praktikal lepas tu syarikat yang Amy kerja tu diaorang tawarkan jawatan tetap tapi kena sambung terus lepas tamat praktikal ni. Rasa sayang pulak, jawatan pun boleh tahan bagi graduan yang tak de pengalaman macam Amy ni. Abah rasa macam mana?" ujar Amy serba salah. Ye lah, jawatan yang ditawarkan tu tinggi jugak.

"Hm... Abah ajak kerja dengan abah tak nak. Tak pe lah, Amy carry on dengan apa yang Amy buat sekarang. Ada rezeki kita pergi next time sama-sama". Ucap abah.

"Terima kasih bah" tersengih-sengih Amy.

"Kalau macam tu, nanti abah minta PA abah uruskan. Tak silap nama travel agency tu Anastasia Agency rasanya. Kawan-kawan abah ramai yang ke mekah ikut agency ni. Katanya bagus dan berpuas hati". Terang abah.

"Ha along dengan Ida tidur sini ke malam ni. Esok tak kerjakan". Tanya mak pada along dan Kak Ida.

"Cadang macam tu lah mak. Petang esok baru kitaorang balik". Jawab Kak Ida.

"Eloklah macam tu" ujar mak.

"Isnin nanti along ada pergi mana-mana tak?" soal abah.

"Rasanya tak kot. Kenapa bah?" jawab along sambil menghabiskan cucur yang ada dalam piring.

"Abah nak ajak along ikut abah jumpa Pak Long kat pejabat dia. Ada hal sikit.". Jawab abah.

"Ok bah. Tapi ada hal apa? Macam penting je?" tanya along.

"Tak ada apa, hal pejabat. Jangan lupa tu. Abah tunggu di pejabat. Dah sampai call abah. Kita naik kereta Along je"

"Ok abah"

Selesai makan, abah, along, mak dan Amy bergerak ke ruang tamu dan berbual-bual. Tinggal aku dan Kak Ida di dapur mengemas pinggan kotor.

"Kak Ida, ada apa ye abah nak jumpa Pak Long. Pak Long kan penasihat guaman. Ada apa-apa ke?" soal aku pada Kak Ida yang sedang menyimpan kuah kacang di dalam peti ais. Letak di luar takut basi pulak. Rugi. Kuah kacang air tangan mak memang meletop.

"Akak pun tak pasti la Yus. Nanti lepas along balik dari perjumpaan tu, akak risik-risik ek. Pastu akak roger Yus" ucap Kak Ida sambil kenyit mata.

Amboi Kak Ida, tau la kawin dengan polis, ayat pun ayat polis. Hm....

*****

"Isnin, Jam berapa? Boleh, tak ada masalah. Okey, send location. Isnin kita jumpa" panggilan telefon dimatikan.

"Apasal? Macam masalah besar je. Kau nak jumpa siapa?" tanya Syam pada sahabatnya di hadapan. Aniq.

"Hm... Tuan Haidar. Dia mintak aku ikut dia isnin ni." jawab Aniq sambil mata masih lagi tertumpu pada skrin monitor dengan jari yang lincah bermain keyboard komputer di mejanya.

"Aik, teman pergi mana?. Bukan isnin ni kita ada metting pasal operasi hujung minggu nanti ke?" soal Syam pelik.

"Aku pun tak tau ke mana, Tuan Haidar belum send location lagi. Metting tu jam 2 kan. Tuan Haidar minta temankan dia jam 9 pagi. Masih sempat." balas Aniq.

"Oklah, aku gerak dulu. Budak-budak pun dah tunggu tu. Sampai lokasi nanti aku roger. Kau gerak dengan siapa ni? Ke nak gerak sama-sama?" soal Syam sambil bangun nak membetulkan baju kalis peluru di badan dan kemudian menyarung jaket biru gelap ke badan.

"Gerak sekali, Tuan Yunus akan turun sekali malam ni jadi kita gerak dulu kawal lokasi". Ucap Aniq lalu matikan komputer dan bangun sambil memakai jaket kulit pada tubuhnya.

"Ok. Roger. Tapi.. Kau okey ke ni?" soal Syam sambil menerung muka sahabatnya.

"Ok, dah jom gerak. Nanti lambat".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience