H8

Crime Series 45700

"Boleh saya tahu siapa sebenarnya awak? Dan kenapa awak duduk dengan Wan dan Atok saya? Saya rasa dah bertahun-tahun awak duduk sini, awak tak teringin nak pindah ke?"


Berduyun soalan Ezreen menyebabkan nafas Dafika terasa tersangkut ditengah perut.
Kepalanya ditunduk, tak mampu merenung mata Ezreen yang seakan ingin menembak pandangan kepadanya.

"Abang Har dah keluar penjara, saya seberapa boleh akan bawa dia ke bandar semula, saya taknak dia duduk kat sini lagi, Saya taknak dia ikut budak-budak kampung ni lagi dan saya taknak dia masuk penjara kerana terperdaya dengan orang-orang kat sini."

Bentak Ezreen lagi.

Rasa panas hatinya tadi ketika melihat kemesraan antara Dafika dan Ezhar.


Pagi itu, Ezreen memandu ke rumah Atok dan Wannya dan membawa sekali papanya untuk menemui Ezhar.

Mujur Tan Sri Iskandar tidak membantah ajakan anak perempuannya.


Bagi Ezreen usahanya takkan pernah pudar untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Itu janji yang pernah dimeterai sebelum mamanya menghembuskan nafas terakhir 13 tahun yang lalu.
Baginya tiada siapa yang boleh menghalang Ezhar kembali pada pangkuan papa dan dia walaupun Dafika cuba menggoda!

"Reen.. saya rasa awak dah salah sangka, Tak semua penduduk kampung ni jahat."

Akhirnya Dafika bersuara, marah juga bila satu kampung disumpah wanita itu.

Sedangkan dia lahir dan membesar dikampung ini.

Dafika kenal dengan semua penduduk disini.

"Ye, saya mungkin salah sangka sebelum ni, Tapi kalau lihat aksi awak dengan Abang Har tadi, saya tak rasa yang saya salah untuk menyangka sesuatu."

"Maksud awak?"

Dafika cuba lawan renungan tajam Ezreen namun dia kalah.

"Mmm...maybe you nak goda Abang Har, course you know, his the only son of Tan Sri Iskandar."

Sinis ayat Ezreen sambil mengherotkan tepi bibirnya.

"Reen saya mintak maaf kalau dari pandangan awak, saya yang salah. Tapi percayalah saya takde niat nak buat macam tu."

"So.. kenapa you masih stay kat sini even though Abang Har dah kembali? You stay here with my brother, tak rasa malu?"

Tembak Ezreen lagi, tak mahu mengalah,

"Reen....saya tahu saya menumpang kat sini, Tapi Demi Allah, saya tak buat yang lebih-lebih dengan Har. Saya tahu batas kami."

"Bagus lah awak tahu yang awak tu menumpang, dan harap awak sedar bila menumpang tu maksudnya awak tak boleh nak lebih-lebih dengan Tuan Rumah."

Ezreen terus lantang bersuara sambil kedua lengannya disilang kedada. Nasib hanya dia berdua je kat ruang tamu ni. Kalau Wan ada dah tentu dia kena balun dengan neneknya.

Bukan Ezreen tak tahu yang Wan sayang sangat pada Dafika.

"Saya faham.. maafkan saya.."

Jawab Dafika lembut. Kepala masih tak mampu diangkat.

"By the way, awak duduk dengan anak awak je ke? Laki mana? Atau... awak ni..."

"Janda.. ye memang saya janda, Suami saya dah lama ceraikan saya."

Pantas Dafika memotong ayat Ezreen. Kalau dia tak cerita pun, memang semua orang akan nampak, termasuk adik perempuan Ezhar ni.

"Ooo.. patut lah merenyam semacam je."


Ya Allah... Salahkah Jika seorang perempuan itu menjadi janda?

Janda je ke yang selalu merenyam? Anak dara takde sifat macam tu?

Haish!

Ingin Dafika balas kata-kata Ezreen, namun disabarkan hatinya yang kian terluka.

"Apa pun awak kena ingat, saya dah carikan jodoh yang sesuai untuk Abang Har, yang setanding dan seiring dengan abang saya. Dan saya takkan benarkan perempuan lain jadi kakak ipar saya lagi-lagi kalau perempuan tu JANDA."

Lagi sekali Ezreen membidas kata-katanya supaya lebih terang dan jelas bahawa dia memang tak suka dengan Dafika Awanis!

Sementa adiknya beborak dengan Dafika, Ezhar pula menahan sebal apabila Tan Sri Iskandar memanggilnya ke beranda rumah bagi berbicara bersama.

Kalau boleh dia sendiri tak mahu pandang langsung wajah papanya itu.

Kenangan lampau bagai menjerut jiwa untuk terus membenci ayahnya sendiri.

"Har.. Papa datang sini nak merayu pada Har untuk pulang kembali ke rumah kita, Papa perlukan Har..".

Sayu suara Tan Sri Iskandar terhadap anaknya. Namun Ezhar langsung tidak memandang wajah ayahnya.

"Maaf Tan Sri.. Tan Sri silap orang agaknya. Saya bukan anak Tan Sri.."

"Har please.. jangan keras sangat boleh tak? Papa dah mintak maaf dengan Har dari dulu. Har nak papa buat apa lagi?"

Tan Sri Iskandar terus merayu. Dia sedar masanya tak cukup panjang lagi, dia perlukan Ezhar. Satu-satu anak lelakinya.

"Kalau saya maafkan Tan Sri, Tan Sri dapat hidupkan mama saya?"

Soal Ezhar tegas, hujung mata milirik kearah ayahnya.

"Har.. mama meninggal bukan sebab papa, Mama dah lama sakit, Har sendiri tahu keadaan mama kan?."

"Tapi keadaan dia takkan worst kalau Tan Sri ambil berat dari awal. Dan mama takkan pergi begitu cepat kalau perempuan simpanan Tan Sri tak datang serang mama!"

"Har!"

Tempik Tan Sri, cuba menidakan kata-kata anak lelakinya.


Dua-dua ego! Cuba untuk taknak mengalah.!

"Apa?! tak betul ke apa yang saya cakap kan? Bertahun-tahun Tan Sri tipu mama, Mama punya lah setia dengan Tan Sri, tapi Tan Sri tetap nak 'makan luar' sampai perempuan tu mengandung anak haram."

Ezhar terus membalas.

Mengalah?

Itu bukan sifat Ezhar Iqbal!

Cukup rahsia ni dia simpan hampir bebelas tahun lamanya sehingga dia ambik keputusan untuk tinggal di kampung selepas ibunya meninggal dunia.

"Cukup Har.. papa dah menyesal dengan semua yang papa buat, bagi papa peluang Har, Maafkan papa."

Tan Sri Iskandar masih merayu, dia kesal dan dia sesal. Kerana nafsu, hidupnya berantakan!

"Sekali lagi saya tanya. Kalau saya maafkan Tan Sri, adakah mama saya akan hidup kembali?"

Kali ni Ezhar menyoal sambil matanya merenung tajam kelopak mata tua ayahnya.

Sikit pun perasaan kasihan, tiada pada Tan Sri Iskandar. Hatinya dah beku!


Melihat pandangan Ezhar, Akhirnya Tan Sri Iskandar tunduk. Dia memang tak mampu lagi melawan anaknya mentelahlah mahu menempelak atau memukul Ezhar seperti waktu dulu.

Tan Sri Iskandar sedar, dia dah terlalu tua untuk bertegang urat dengan anaknya sendiri.

"Tak, kan? Jadi takde guna kita nak bercakap lagi Tan Sri, Saya cukup puas dengan hidup saya sekarang ni. Saya tak perlukan sesiapa lebih-lebih lagi seorang papa. Saya boleh survive didalam penjara selama 7 tahun, Tak mungkin saya akan mati kalau tak kembali hidup mewah bersama Tan Sri!"

Melihat Tan Sri Iskandar yang hanya diam, Ezhar terus menerbak dan merungkai segala yang terbuku dihatinya selama ini!

Namun rasanya masih tak puas!

"Har.. Apa lagi yang papa boleh buat supaya Har percaya pada papa, papa dah cakap pada Har, Semua tu dah lepas, papa takde apa-apa hubungan lagi dengan perempuan tu. Papa.."

"Perempuan? Perempuan mana?"


Ezreen yang hadir dan memintas ayat Tan Sri Iskandar, tiba-tiba. Membuatkan pandangan Ezhar tepat kearah adiknya.


Wajah kerut Ezreen, Ezhar tatap sebentar sebelum merapatkan bibirnya ke telinga Tan Sri Iskandar.
"Kalau Tan Sri taknak Reen benci Tan Sri macam saya bencikan Tan Sri, baik Tan Sri jangan bukak aib Tan Sri sendiri"


Mendengar bisikan dari Ezhar yang agak sinis, membuatkan Tan Sri Iskandar meneguk liurnya seketika.

Jantung tuanya berombak kencang. Dia pun tak mahu Ezreen menjauhinya. Cukup lah Ezhar sahaja yang meninggalkannya selama ini.

"Perempuan mana yang papa cakap?"

Ezreen menyoal papanya kembali, wajah runcing beberapa kali dikerutkan.

" Err.... Takde apa-apa lah Reen? Papa borak kosong je dengan Har"

Teragak-agak Tan Sri Iskandar menjawab soalan anaknya.

" Bagus lah macam tu, so... Abang Har... jom la ikut kita orang balik bandar, Papa datang sini semata-mata nak ambik abang Har duduk semula dengan kita orang."

Malas untuk bertanya lanjut, Ezreen memujuk lagi Ezhar seraya lengan abangnya itu dipeluk erat.



"Reen.. Berapa kali abang cakap, bagi lah abang ruang untuk duduk kat sini. Abang rasa abang lebih selesa kat kampung dari duduk bandar"

Suara garau Ezhar tidak tegang seperti tadi, tak mahu adiknya tahu kisah hitam papa mereka.

"Abang selesa kat sini atau sebab abang taknak tinggalkan janda tu?"

Soal Ezreen tiba-tiba membuatkan kening tebal Ezhar bercantum rapat.

"Janda mana pulak Reen cakap ni?"

"Tu.. Fika tu..Janda anak satu, bukan Reen tak tahu yang dia cuba nak goda abang."

Ujar Ezreen lagi dengan bibirnya dimuncungkan kedalam rumah.


Ezhar geleng kepala. Tak sangka adiknya boleh berfikir sejauh itu tentang dia dan Dafika.

"Dik... Kalau dia goda abang pun, salah ke?"

Pancing Ezhar. Sengaja.

"Abang! Jangan nak mengada tau, Macam takde perempuan lain yang abang boleh pilih. Nak juga pilih janda?"

Rengus Ezreen seraya bibir diherot geram.

"Salah ke janda nak goda abang? Abang pun masih single, lain la kalau dia goda lelaki yang berstatus SUAMI orang."

Sengaja Ezhar tekan ayat 'Suami' sambil ekor mata melirik kepada Tan Sri Iskandar. Ayahnya terus membeku.

"Abang... Reen serius tau."

Jerit Ezreen lantas kaki dihentak seperti budak tadika.

"Ada Reen nampak abang bergurau ke?"

Ezhar melorek senyum melihat aksi adiknya. Hatinya rindu untuk bergurau senda dengan Ezreen seperti dulu.

Namun dibiarkan rasa dendam itu terus bertamu.

" Dah lah, abang ada kerja sikit. Korang berborak lah dengan Atok dan Wan okay!"

Tanpa memberi salam, Ezhar terus menuruni anak tangga dan berlalu pergi.

Kemana?

Dia sendiri pun tak tahu. Yang penting dia harus lari dari Tan Sri Iskandar.


Jeritan Ezreen memanggil namanya dibiarkan berlalu dengan suara angin.


Ezhar Iqbal dah Letih untuk menjaga hati orang lain!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience