tiga puluh

Romance Series 207093

"Awak.. bangunlah. Jangan macam ni. Shira.." tubuh Shira yang diampu di pehanya digoncangkan beberapa kali, mengejutkan si isteri.

"Awak..." panggil Khalish sayu, rasa nak menangis pun ada tiba-tiba apabila tak melihat reaksi dari wanita itu walaupun masih bernyawa.

"Jangan tinggalkan saya.." tuturnya perlahan tanpa sedar, sekadar hanya dia yang mendengari.

Pipi sejuk Shira ditepuk-tepuk perlahan sambil mulut tak henti memanggil. Mengharapkan Shira bangun. Khalish mula berkira-kira mahu membawa Shira ke hospital tapi..

tak lama selepas itu, kelopak mata Shira mula bergerak-gerak dan perlahan membuka matanya.

'Aik.. mimpi indah apa pulak ni?' Shira menenyeh kedua belah matanya lembut. Perkara pertama yang menyapa pandangan matanya adalah 'kucing parsi' versi dingin, betul-betul di depannya.

Mana taknya, muka tak ada perasaan tapi... pandangan mata coklat gelap itu.. adush.. penuh kesedihan, sayu semacam.. menusuk terus ke hati Shira. Khalish menatapnya bagai orang nazak saja.

"Baguslah awak dah sedar.. " ujarnya tanpa nada sambil membantu Shira duduk dari baringnya tadi.

"Ahh.. ssss.." desisnya perlahan.

Shira mengusap tepi kepalanya yang dirasakan sakit semacam dengan wajah cemberut.

'Sakit woi.. aku jatuh katil ke tadi? Aduh malunya lah..' fikir Shira.

"Sa..sakit ke? Jomlah kita pergi hospital. Kalau jadi apa-apa nanti susah. Kita pergi ye awak?" Khalish mula kalut memujuk Shira sambil duduk bersila di sebelahnya. Tangan tak lepas daripada memegang tangan kanan Shira. Berharap.

'Tapi.. asal laki aku ni dah macam bini nak mati pulak ni?' dengan otak geliganya Shira mentafsir situasi.

Ting! Mentol idea aku dah menyala.. muahahaha..

'Aku tahu... Entah-entah dia ingat aku sakit tak.. patutlah caring semacam..' senyuman jahatnya disembunyikan.

'Kalau macam tulah...'

"Abang-. Maaf. Saya tak apa-apa En Khalish." Shira tersedar yang dia masih dalam perang dingin dengan si suami jadi panggilan terus ditukar, dia bertutur perlahan dengan wajah lemah.

Walaupun begitu, kepala masih disandarkan pada dada Khalish sambil tangan gatal memegang lengan lelaki itu. Kononnya tak laratlah..

Ya Tuhan.. Bahagianya!

Merajuk merajuk pun kenalah pegang jugak sikit-sikit. Rezeki jangan ditolak huhuhu

Ambil kesempatan sungguh. Sudahlah menipu.

Ala tipu sunat.. untuk perkara yang baik..

Rasa mahu menjerit saja Shira apabila Khalish membalas pegangan tangannya dengan menggenggam tangan Shira tadi.

"Sejuk sangat tangan awak ni.." tangan pucat Shira diramas-ramasnya. Mana tak sejuknya, balik naik train. Lepas itu turun saja dari stesen train berjalan kaki sampai ke rumah dalam 2km lebih.

Fikir Shira tadi hanya hujan renyai saja, jadi dia dengan megahnya meredah hujan dengan baju kurungnya. Tapi dalam 500m mahu sampai ke rumah, hujan mula turun dengan selebat-lebatnya.

Habis kite jadi sexy tau..huhuhu.

Tapi Shira tak demam pun sebenarnya. Dia hanya penat dan tertidur selepas mandi.. kemudian dia solat dan tidur kembali tanpa sedar dirinya terjatuh dari katil sehinggalah Khalish mengejutkannya.

Tidur mati betul .

Shira hanya mengangguk mengiakan kata-kata Khalish tadi. Mata dipejamkan sambil menikmati kehangatan tubuh Khalish.

Entah mengapa tubuh lelaki itu memang hangat sejak hari pertama perkahwinan mereka, Shira menyedari hal itu. Sukar mahu merasa tubuh Khalish sejuk walaupun dalam aircond.

Darah panas sungguh. Tengoklah laki syape.. kite nye la.

Tanpa sebarang kata, tangan hangat Khalish melepaskan genggaman tangan Shira dan mula merayap ke pipi dan dahinya. Kemudian turun ke rahang dan jatuh menekap pada batang leher jinjangnya.

Shira menundukkan kepalanya, senyuman 'tak boleh cover' nya muncul kembali. Bibir diketap agar tak tertangkap oleh Khalish. Kalau tidak... punahlah segala harapannya mahu dimanjakan lelaki itu.

"Badan awak sejuk ni.. Jom naik atas." Mama.. lembutnya suara menantu mama ni..

Shira hanya mengangguk tanpa suara dan bangun perlahan-lahan dengan wajah yang sengaja dikerutkan sedikit. Iyelah kan.. Nak berlakon sakit mestilah kene menjiwai right?

^0^/ hohoho.

Khalish mahu memegang lengannya, membantu Shira bangun tapi ditepis wanita itu. Protes.

"Awak.. Kenapa ni?" tanyanya pula.

Shira mengetap bibirnya dengan dahi berkerut dan mata yang terpejam. Bukan kerana pening atau sakit.. but geram sangat dengan si suami Schizo ni!!

'Ya Rabbi.. kenapa la tak cakap lembut macam ni hari-hari dengan Shira ye bang?'

"Saya kan dah janji tak akan sentuh En Khalish lagi. Jadi tak perlulah En susahkan diri En nak tolong saya. Saya masih mampu."

Shira menjawab dingin. Wajah Khalish tak berubah tapi Shira tahu suaminya itu mesti sedar apa yang dia maksudkan. Peristiwa di office pagi tadi memang amat mengecewakan Shira.

Okay.. dia mengaku Khalish tak sukakan 'skin touch' dan salahnya kerana meraba 'si suami' di pejabatnya. But.. think about it..

Who start it first?

Khalish right?

So.. padanlah muka. I merajuk! Huh!!

Shira sebenarnya hanya mahu Khalish sedar tentang kesalahannya tapi.. out of the blue, unexpected things happened.

Tiba-tiba lelaki itu mengendong lembut dirinya bagaikan bayi dan diletakkan berhati-hati di atas katil.

'Am gonna die soon in his arms for sure.. maigad.'

Sebelah tangan mengampu belakang kepala Shira sambil sebelah lagi membetulkan posisi bantal sebelum perlahan-lahan kepala si isteri diletakkan.

Argh!! Gentleman habislah!

Kini postur mereka amat rapat dengan Khalish seolah-olah hampir berada di atasnya.

Wajah Khalish begitu dekat pada wajahnya hingga hembusan nafas hangat lelaki itu mampu dirasai kulit wajahnya. Menyapa lembut.

Tangan Shira naik menahan dada bidang si suami daripada terlalu rapat dengannya.

"En Khalish nak apa?" Shira bertanya gusar seraya berpaling ke tepi manakala Khalish masih tak berkalih menatapnya bagaikan pesalah.

'Wait a sec..'

'Alamakkkk.. dia dah tahu ke aku menipu. Mampuih.' Shira kembali menatap Khalish kembali, mata mereka bertentangan berani.

"Saya nak awak.." tuturnya perlahan tapi kata-kata dingin itu cukup membuatkan bahu Shira terhinjut sedikit. Terkejut.

'Am I in heaven?...'

'Dia dah boleh terima aku ke? Like seriously?'

Shira mula merasakan suasana romantik semacam. Dengan kesejukan aircondnya, lampu bilik yang tak berapa nak bernyawa dan wangian tubuh Khalish yang maskulin... menggegarkan hati perempuannya.

Tangan Shira yang menahan dada Khalish tadi mengenggam baju itu.

Perlahan-lahan Shira tersenyum pada Khalish dan mengangguk perlahan. Membenarkan si suami menyentuhnya.

'Cancel majuklah kalau macam ni..'

Lelaki itu pula mula mengusap lembut anak rambut Shira sambil mata mula memerhati leka insan di hadapannya dengan lebih teliti.

"Saya nak awak.." perlahan-lahan, wajah Khalish mula rapat ke sebelah kiri kepala Shira. Rapat dengan lehernya.

Shira tersenyum senang dengan mata tertutup. 'Finally... he's mine.'

'Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat ya tuhan. Terima kasih kepada mama dan papa yang banyak memberi sokongan.. juga kepada adik-adik. Tak lupa juga rakan-rakan segosipku di office. Oh ye... dan juga En Azri yang banyak memberikan nasihat dan pertolongan.. Terima kasih semua..Shira love you all.. muah muah muah'

Bagaikan menerima anugerah AJL pula ucapan di fikirannya. Tapi kegembiraanya tak bertahan lama.

Tiba-tiba..

"...batalkan perjanjian kita." ayat Khalish disambung lagi, betul-betul di sebelah telinganya.

'Saya nak awak.. batalkan perjanjian kita?' Shira terngadah.

Whattttt...........

Tubuh Khalish di atasnya ditolak agak kuat sehingga lelaki itu kembali menatap wajahnya yang masih berbaring di bawah.

"Wait wait wait.. Apa maksudnya tu ha?" tanyanya tegas. Singa Shira sudah mahu keluar. Khalish dipandangnya tajam.

Serta-merta lakonan sakitnya tadi terkantoi tapi Shira sudah tak kisah. Dia mahukan jawapan untuk soalannya tadi.

Khalish bangun dari menindih tubuh Shira dan duduk bersila di sebelah gadis itu. Menatapnya polos.

"Saya tak suka awak panggil saya En.. saya nak batalkan perjanjian pagi tadi.."

Khalish bertutur kosong sambil menatap Shira dengan harapan gadis itu bersetuju dengannya.

Salah Khalish juga kerana bercakap dahulu tanpa berfikir, kesudahannya dia yang merana tak dilayan oleh Shira seperti biasa.

"Maaf.." tuturnya perlahan.

Shira pula speechless. Dia mengeluh perlahan sambil tergeleng-geleng kepalanya memandang si Schizo kesayangannya.

'Ku fikirkan mahu tuttttt tadi.. rupa-rupanya rindu aku....'

Perlahan-lahan Shira mula tersenyum sambil memandang Khalish sayang. Penuh kasih.

Khalish pula terus menjatuhkan pandangan matanya apabila melihat senyuman Shira. Terkebil-kebil dia dibuatnya. Jari-jemari dimainkan bersama.

"Amm..bolehkan?" tanya Khalish takut-takut. Shira dikerlingnya sekali sebelum kembali melarikan mata dari bertentangan.
Urgh..

"Boleh.. tapi ada syaratnya. Kalau En Khalish bagi on the spot apa yang saya nak, baru saya setuju batalkan perjanjian kita. Macam mana?"

Kening diangkatnya beberapa kali, mencabar.

Khalish kembali menatap Shira yakin. Dia mengangguk sekali.

"Try me." ujarnya.

"Okay then.. kiss me. Saya nak dekat sini satu.. sini satu.. sini satu.. and the last one.."

Tangan ditunjukkan pada kedua pipinya serta dahi dan diakhiri di bibirnya. Senyuman nakal terpapar pada wajah Shira. Menyakat...

Tapi dia maksudkannya.

Membulat mata Khalish bagaikan tak percaya.

"Tak adillah.. tak nak yang macam tu." protesnya lemah. Mohon simpati.

"Saya kira sampai lima je.. kalau taknak takpe.. Satu. Dua." Shira meneruskan kiraannya tanpa mempedulikan wajah mencuka Khalish.

Khalish berkira-kira mahu pertahankan egonya ataupun sebaliknya..

"Empat."

Ishhhh!!!

Shira yang sudah duduk dihampiri sebelum dia mula mengucup laju kedua pipi Shira, naik ke dahinya dan Khalish terhenti di situ.

Shira menarik leher baju Khalish dan ciuman mereka bersatu, hanya sesaat sebelum tubuh Shira ditolak si suami agak kuat.

Wajahnya memerah dan cemberut yang amat. Muncung bibir Khalish sambil memandangnya.

"Apa pandang-pandang? Abang nak lagi ye? Eh boleh sangat.." Shira mengacah Khalish, baru saja dia merapati..

Pantas saja Khalish melarikan diri turun dari katil.

"Na..nak dessert. Lapa." tuturnya dengan wajah memerah sebelum berlalu pantas ke luar dari bilik ke bilik kerjanya. Malu....

Shira hanya tersengih melihat gelagat si suami dan dia pun berlalu ke dapur menyediakan supper untuk Khalish.

~~~~~~~~~~~~~

Seseorang yang menaiki kereta ford ranger hitam di luar pagar rumah memerhatikan tingkat dua rumah banglo berkembar di sebelahnya itu melalui tingkap yang terbuka.

Asap dihembuskan keluar dari mulutnya sedang mata tak lepas dari memandang balkoni bilik yang ditutupi tirai labuh itu. Tiada apapun yang kelihatan kecuali cahaya lampu yang samar-samar dari dalam.

Tapi dia yakin sangat wanitanya ada di sana.

'Cepat atau lambat.. kau milik aku seorang Shira..'

Puntu rokok dibuang di hadapan rumah sebelum mula memacu kereta.. berlalu pergi.

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-07-10 12:39:56 

anyway awak dh bjaya buat kami rdrs suspen shasha jtuh sakit..rupanya ttido..pndai main kn perasaan pembaca.hahaha

Mimie Harmiza
2020-07-09 23:58:08 

awak.nak tnyalh.klu kita like bintang tu lps bca..penulis akn dpt x noti.siapa yg like bintang tu.wlu kita x komen

Mimie Harmiza
2020-07-09 23:38:15 

sbr jelh prgai shira..hehe..psti ada suspen lps ni ..mgkin tu akn mbuatkn en shizo pasti x nk khlgn shira..hehe..andaian mie je


NovelPlus Premium

The best ads free experience