BAB 1 : Bermulanya kisah seorang bergelar hamba.

Short Story Series 5979

Maryam melihat Nasuha berbaring disebelahnya. Diusap lembut rambut Nasuha yang sudah panjang mengurai. Berulang kali dipujuk untuk dipotong, tapi berulang kali Nasuha menolak.

Melihat wajah yang suci itu tidak semena-mena membuatkan airmata Maryam mengalir mengenangkan nasib Nasuha. Nasuha bukanlah anak kandungnya. Nasuha hanya anak saudaranya. Kakak kepada Maryam itu Mariah sudah meninggal dunia sejak dua tahun yang lepas kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya bersama abang iparnya bernama Hafiz.

Mujur pada hari itu Nasuha berada bersama Maryam dirumah.

Tidak cukup dengan bergelar anak yatim dan piatu. Nasuha juga diberikan ujian menghidap penyakit leukemia. Setiap 2 minggu sekali Nasuha harus menukar darah. Itu belum lagi jika penyakit asmanya datang menyerang.

Ketika kakaknya Mariah meninggal dunia, ketika itu baru saja Maryam tamat belajar di Universiti Malaya. Sekarang usianya sudah 26 tahun. Perkataan perkahwinan adalah suatu perkara yang asing baginya. Masih adakah lelaki yang ingin memperisterikan dirinya? sedangkan untuk mencari kerjapun terlalu sukar jika dia memberitahu dia mempunyai seorang anak. Maryam terpaksa berbohong pada Syarikat tempat dia bekerja bahawa dia masih bujang dan tidak punyai komitmen.

Adakah dia menipu mengatakan dia bujang? tak, aku tak menipu. Benar aku bujang. Aku tidak pernah berkahwin. Aku hanya menjaga anak buah ku kerana aku satu-satunya makciknya.

Maryam sudah tidak ada ibu, ibunya sudah meninggal dunia. Dia hanya mempunyai ayah. Tapi ayahnya sudah pulang semula ke tanah airnya di Australia kerana berkahwin lain dengan wanita berasal disana pada 5 tahun yang lepas.

**************************************************************
Sedang ralit Maryam melakukan tugasannya dia menerima panggilan dari Mak Leha jiran sebelahnya merangkap pengasuh pada Nasuha.

"Kenapa Mak? kenapa suara cemas ni?" Soal Maryam setelah salamnya dijawab.

"Maryam.. Maryam datang hospital sekarang.. Nasuha masuk hospital. Tadi asma dia datang masa makcik bawa pergi ke pekan. Mujur dekat dengan hospital. Mari datang cepat nak." Luah Mak Leha dengan cemas.

"Baiklah.." Maryam terus mematikan talian. Dia terus berlari anak menuju ke ruangan lift. Nasib baik sekarang memang waktu makan tengahari. Tidaklah dia merasa bersalah keluar dari pejabat.

**************************************************************
Maryam mendengar penjelasan Doktor Aimin dihadapannya. Tidak semena-mena airmata Maryam mengalir lagi. Untuk keberapa kali tidak mampu dikira.

Maryam memegang tangan Nasuha yang masih berbaring kaku diatas katil. Maryam baru diberitahu bahawa Nasuha menghidap Barah Otak. Tapi masih kecil ketumbuhan itu. Rawatan untuk pembedahan itu terlampau mahal harganya. Dengan gaji yang diperoleh Maryam tidak cukup untuk pembedahan dijalankan pada waktu terdekat ini.

Ubat-ubatan tiap bulanan Nasuha juga mahal. Inikan pula pembedahan. Bil air, bil api dan sewa rumah lagi. Belum lagi hutang arwah abang iparnya pada lintah darat yang harus dibayarnya. Ya Allah.. mana aku nak cekau duit? murahkanlah rezeki ku Ya Allah.

**************************************************************
Pada hari minggu itu Maryam membawa Nasuha berjalan-jalan ditaman permainan. Pesanan Doktor padanya, harus memberi ketenangan pada Nasuha. Supaya anak kecil itu tidak stress dan secara tidak langsung kepalanya tidak sakit.

"Ibu, Nasuha nak main sekejap.. boleh?" Pinta Nasuha manja.

"Ok.. tapi tak boleh lama. Jangan berlari.. faham?" Ujar Maryam pada Nasuha.

"Baik ibu..." Maryam melihat Nasuha bermain papan gelongsor kemudian buaian. Maryam tersenyum melihat betapa gembiranya Nasuha.

"Hmm.. cantiknya senyuman cik adik." Puji dua orang lelaki dan terus duduk di kerusi batu berhampiran Maryam. Maryam memandang mereka dengan muka tidak beriak.

"Apa kau nak?" Soal Maryam tanpa memandang lelaki-lelaki disebelahnya.

"Nak apa lagi dik? abang nak kutip hutanglah.. bulan ni adik belum bayar lagi. Kalau tak nak bayar tak apa, adik bayar dengan badan adik ni pun dah ok.. kira settle untuk bulan ni." Ujar seorang lelaki berkumis nipis itu.

"Esok aku bayar. Sebelum tu, aku nak tanyalah. Abang aku pinjam dekat korang 50 ribu. Tiap bulan abang aku bayar 1000 sebelum dia meninggal. Kiranya 3 tahun sempat dia bayar. Dah 36 ribu dia bayar. Aku bayar kau orang dah nak masuk 2 tahun lebih tapi masih tak habis-habis. Aku kira 30 ribu dah aku bayar dekat kau. Bila nak habis?" Soal Maryam tegas tapi wajahnya seperti tadi. Tiada perasaan. Dua lelaki itu tergelak terbahak-bahak mendengar kata-kata Maryam.

" Cik adik manis. Itu baru bunga you bayar. Lagi 90 ribu you kena bayar. Lagi lambat you bayar, lagi banyak bunga I kenakan." Jawab lelaki cina disebelah lelaki berkumis nipis itu. Maryam tersenyum sinis.

" I sebenarnya kesian dekat you. Padahal bukan you yang pinjam, tapi you yang kena bayar. Nak buat macam mana, abang you mati. Terpaksalah you yang kena bayar. Boss I suruh I sampaikan, kalau you dah tak nak bayar tak apa, tapi you kenalah bayar dengan body you. Boss I dah lama mengidam badan you tu. Amacam, ok?" Soal lelaki cina itu.

"I masih boleh bayar.. dah lah you berdua blah.." Halau Maryam tegas. Muka dia sudah kemerah-merahan menahan marah yang hampir meletus dengan kata-kata kotor yang keluar dari mulut kedua-dua lelaki itu.

"Kalau you tak nak.. you kasi lah anak abang you pada kami. Kami boleh jaga dia dan besarkan dia. Kira settle semua hutang. Ini pun boss yang cakap." Ujar Cina itu masih tersenyum nakal. Ho Xeou Ping memandang wajah cantik dihadapanya. Jika gadis itu berbangsa Cina sudah dia sunting menjadi isterinya. Tidak usah gadis itu bersusah payah membayar hutang abang iparnya pada pakcik saudaranya.

"Aku cakap blah.. blah lah. Kau orang tak nak blah, biar aku yang blah." Ucap Maryam bengis dia terus berjalan mendekati Nasuha dan mendukung tubuh kecil Nasuha itu. Walaupun baru berusia 4 tahun tapi badan Nasuha gempal. Seperti tidak menghidap apa-apa penyakit jika melihat Nasuha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience