Lega rasanya dapat mandi. Lepas kemas bilik besar nak mampus tu aku keluar bilik. Sunyi! Tak ada orang ke? Mak Jah mana? Mamat spanish tu pun tak muncul. Kesempatan untuk lari ni.
Perlahan-lahan aku berjalan ke muka pintu. Pintu di kuar sedikit kemudian aku memboloskan diri keluar. Walaupun aku tak tahu nak pergi mana, aku tetap kene keluar dari rumah ni.
Terkecoh-kecoh Mak Jah berlari ke arahku tatkala melihat aku sudah keluar dari pagar rumah agam itu.
"Kamu nak pergi mana nak? Nanti kalau Tuan Deniel balik apa Mak Jah nak cakap?" Jelas kelihatan riak resah di wajah Mak Jah. Rasa bersalah menyelubungi diri.
"Terima kasih sebab tolong saya. Tapi saya kena pergi. Saya tak nak menyusahkan Tuan Deniel dan Mak Jah", perlahan aku bersuara. Mak Jah seakan kelu hendak berkata.
Tanpa menunggu lagi, aku berjalan tanpa arah tuju. Hampir 30 minit berjalan,tiba- tiba sebuah kereta Vios putih berhenti menghalang jalan ku. Dua orang lelaki berbaju hitam berbadan sasa keluar dari perut kereta.
Tidak bercakap sepatah pun. Meluru sahaja mereka menarik tanganku menuju ke kereta.
"Eyyy lepas lah!" Ronta ku. "Korang ni siapa hah!".
"Boss kitorang dah suke sangat dengan kau. Die nak kau". Tiba-tiba Liya keluar dari kereta dan bersuara. Tergamam aku mendengar kata-kata Liya.
"Sampai hati kau buat aku macam ni Liya", lirih aku bersuara. Namun, lirihanku dibalas dengan senyuman sinis Liya.
"Memang! Sebab aku BENCI kau!". Sengaja Liya tekankan perkataan benci. "Dari dulu sampai sekarang asik kau je yang beruntung. Yang paling cantik kau. Yang paling pandai kau. Sampaikan Harith pun kau amik", luah Liya. Air mata sudah membasahi pipiku.
"Demi Allah Liya. Aku tak tau pun kau suka dekat Harith", jawabku jujur.
"Bodoh! Kau buta ke? Atau kau pura-pura tak tau?", jerkah Liya. "Kau pembunuh! Kau bunuh Harith! Aku benci kau!", jerit Liya. Aku terkedu buat sekian kalinya.
"Ya Allah Liya! Aku tak bunuh Harith! Dia meninggal sebab kemalangan! Kau kenapa ni?". Aku sedih dituduh sebagai pembunuh. Masakan aku mahu bunuh Harith sedangkan dia tunang aku pada masa tu.
"Ye! Memang dia kemalangan. Tapi masa tu dia on the way nak pergi jumpa kau kan!", tengking Liya. Aku hanya diam. Air mata tidak putus-putus mengalir.
"Let her go!". Aku tersentak. Deniel! Itu suara Deniel. Lantas aku berpaling. Betul tekaan aku. Deniel datang untuk menyelamatkan aku.
"Let her go. I buy her", tutur Deniel seraya membaling sampul coklat tebal ke arah Liya. Liya menyambut sampul itu dan membukanya. Dia menganggukkan kepalanya ke arah dua lelaki berbadan tegap tadi. Akhirkan cengkaman di tangan ku di lepaskan.
Jika tadi aku menangis kerana Liya. Kini aku menangis kerana Deniel. Aku sangka dia akan menyelamatkan aku tapi, sangkaan aku jauh meleset. Dia membeli ku.
Share this novel