BAB 7

Humor Completed 25256

“Dian, kawan abah perlukan pembantu. Dian nak tak kerja dengan kawan abah tu.” Tanya Daud lembut satu petang kepada anak gadisnya yang baru pulang dari temuduga.

“Ala. Dian kan baru je balik dari interview ni. Tunggulah dapat keputusan ni. Abah sabarlah sikit ya.” Jawab Dian menyengih.

“Abah bukan apa. Dah lama sangat kau tu mencari kerja. Belum berhasil juga. Jadi ada baiknya kau berkerja dengan kawan abah dulu. Cari pengalaman. Mungkin dari situ, kau boleh gilap semua skill yang kau ada tu.”

“Tapi abah, bagilah saya cari kerja cara saya sendiri dulu. Kali ini mesti dapat.” Balas Dian dengan yakin.

“Kalau tak dapat macam mana? Tulah. Abah suruh kau kahwin kau tak nak. Macam-macam alasan kau bagi. Abah boleh kenalkan dengan anak-anak kawan abah. Semuanya handsome dan baik-baik belaka. Tapi kau mengelak.” Marah Daud kepada Dian.

“Alah abah ni… Dian muda lagi la abah. Hal kahwin tu, boleh tunggu dulu.” Balas Dian cuba memberontak.

“Hampir setiap kali pun itulah jawapan kau. Asyik mengelak disuruh kahwin.”

“Abah ni kenapa? Nak sangat tengok Dian kahwin ke? Dian kan dah cakap, tak sedia. Ni ha kerja pun taka da lagi. Habis tu, diploma tu nak buat apa? Gulung masuk dalam almari sampai berhabuk?” Dian mula geram dengan provokasi abahnya. Dia sudah Tarik muka masam. Sampai muncun pun boleh Nampak ke depan.

Daud mengurut dada. Geram juga anaknya itu suka menjawab bila ditegur sedikit. Bukan nya apa, dia tak mahu Dian bersusah payah.

“Kalau dah tahu susah sangat dapat kerja tu, sebab tu abah suruh kahwin. Biar suami kau saja nanti yang tanggung. Umur kau tu pun bukan muda. Dah sesuai sangat kalau nak mendirikan rumah tangga. Kalau tak nak kahwin juga, kerja saja dengankawan abah tu. Dah tentu kau dapat. Tak payah temuduga bagai. Faham tak Dian Marisa? Ini semua untuk kebaikan kau juga.”

Dian terdiam. Abahnya sudah berleter panjang dari biasa. Betul juga kata-kata abahnya itu.

“Iyelah. Dian akan fikirkan kerja dengan kawan abah tu. Dian masuk bilik dulu.” Dian nampaknya terpaksa akur. Apatah lagi abahnya sudah buat muka singa di situ. Kecut juga dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience