eh, ada lagi sikit. =D
“Ehem, Mrs Misai. Suka lah tu kita dah sah?”
Shahid menegur Asyiqin yang dari tadi tersenyum di verandah itu. Asyiqin yang tadinya hanyut memandang ke sebelah kanannya. Senyuman semakin lebar. Hari ni, dah sah hubungan dia dengan Shahid.
“Tentulah Mr Misai. Bahagia. Namun, awak ni kan, hari perkahwinan pun awak treat macam costume party ek? Siap bermisai segala. Hesh.”
Merungut pula minah ni. Shahid senyum. Sengaja dia simpan misai, nostalgik gitu.
“Eh, haritu kata tak nak complain.”
Shahid merungut manja. Asyiqin menggigit bibir, oops, lupa pula.
“Itu hari tu, ini hari ni.”
Haha, dah mai dah. Gaduh, gaduh.
“Cakap berbelit lah awak ni.”
Asyiqin tayang muka toya. Shahid bercekak pinggang.
“Belit tak belit. Pergi cukur sekarang.”
Arahan mandatori seorang isteri. Shahid tarik muka. Cakap tak serupa bikin betul.
“Ouf, esok tak boleh?”
Dalih Shahid sambil tayang muka comel. Asyiqin berfikir sejenak.
“ Boleh, boleh blah! Ingat awak buat muka cute tu saya cair?”
Asyiqin menjawab.
“Saya memang cute, terima kasih jaan.”
Shahid mengenyitkan matanya. Asyiqin menjelirkan lidah.
“Tahu tak cute tu maksud apa? Ugly but adorable, nice to be seen.”
Asyiqin masih mahu menang.
“Syukur sangat awak suka tengok saya walaupun saya ni so called ugly bak kata orang tu.”
Urgh! Mamat ni, cheeky much.
“Fine! Awak menang kali ni, tapi jangan ingat next time awak akan menang juga.”
Asyiqin menyerah kalah. Haish. Susah nak menang kalau dengan Shahid ni.
“Tak perlu ingat, saya yakin next time pun saya akan menang. Awak kan isteri solehah, kenalah jaga hati suami.”
Asyiqin mencebik. Kahwin tak sampai 24-jam, dah berapa kali dia dengar ayat tu.
“Iyalah, saya jaga hati suami, suami tak nak ke jaga hati saya?”
Asyiqin bertanya dalam nada yang rendah.
“Eh, hati awak pun ada dengan saya apa, awak jaga hati saya, macamlah awak jaga hati awak. Lagipun, sayakan sayangkan awak, takkanlah saya nak apa-apakan hati awak ni. Hati awak ni kan, saya nak siap letak dalam kotak, siap label fragile lagi tau, handled with care.So, no worries, jaan. Okay?”
Usai mendengar ayat-ayat yang tersembul keluar dari bibi Shahid, apa lahgi melebar senyuman Asyiqin sampai ke telinga. Shahid Shahran, memang pandai dalam berkata-kata. Mana taknya si isteri asyik angau macam kera dapat bunga. Semoga kebahagiaan dan kemesraan antara mereka utuh terjalin hingga ke akhir hayat.
Share this novel