BAB 2

Romance Series 2713

selesai sahaja menunaikan solat isyak,laptop segera aku buka.Hari ini aku nak sambung bab yang tertangguh .Petang tadi ,penat telinga aku mendengar bebelan Kak Wati yang suruh aku siapkan novel lebih cepat.kelmarin juga dia menelefonku memberitahu akan perkara yang sama.

Jariku segera menaip apabila idea mula mencurah.kena cepat ,jangan lambat nanti lupa .Hanya tinggal beberapa bab untuk aku siapkan novel aku kali ini.''emm ..apa seterusnya eh ,''fikirku.Tekakku terasa dahaga lalu aku bangkit dan menuju ke dapur.

Air oren yang disediakan dalam botol aku tuangkan ke dalam gelas .Aku melabuhkan punggung di sebuah kerusi.Fikiranku mula terganggu dengan perkara pagi tadi.siapa dia?macam mana dia tahu nama aku?.''dia kenal aku ke?,''tanpa sadar pertanyaanku itu keluar dari mulut.

''Aryana,belum tidur lagi?,''satu suara menyentak lamunanku.segera aku mengalihkan pandangan melihat pemilik suara tersebut.eh,mama rupanya.''Aryana belum rasa mengantuk lagi ,''jawabku.

''kenapa termenung sorang ni?,''tanyanya kepadaku .Dia juga melakukan perkara yang sama ,mengambil segelas air lalu duduk disampingku.Senyuman kecil aku berikan tanda membalas pertanyaan itu.

''Mama ,boleh tak cuti semester ni Aryana ikut Hawa balik Kampung?,''tanyaku meminta izin.wanita yang disampingku berhenti meneguk air.Dia merenung aku ,cukup lama.''bolehla , mama lagipun Aryana tak pernah tinggal kat kampung,''aku memegang lembut tangan wanita yang sudah berusia 52 tahun .Mama tersenyum,terlihat rasa kesangsiaan di wajah untuk membenarkan aku pergi .Aku faham perasaan ini kerana selama 20 tahun aku hidup bersamanya ,tidak pernah pula aku berenggang darinya.kemana sahaja aku pergi pasti dia akan menemaniku.

''kalau mama tak bagi Aryana ikut Hawa ,tak apalah,''rajukku.Aku tidak tahu mengapa kali ini ,aku benar-benar ingin mengikuti Hawa.Sedangkan aku ini seorang yang tidak suka akan suasana kampung kerana aku menganggap kampung adalah satu tempat yang kotor .Namun begitu,tanggapanku mula berubah apabila aku melihat gambar Hawa bersama keluarganya di kampung mereka.Terdetik rasa ingin menikmati suasana kampung dalam hatiku.Sejak kecil ,aku tidak pernah tinggal di kampung .

''mama benarkan tapi ..,''akhirnya Datin Maznah memberi keizinan.''tapi ..?,''tanyaku.Hati sudah gembira.Haish !tak sabarlah pulak.''tapi sayang mama kena berjanji jaga diri baik-baik dan jangan pernah bercakap dengan orang yang tak dikenali,ok ,''sambung Mama .Aku senyum ,''mama ni ,cakap macam Aryana ni budak 8 tahun,''.Datin Maznah ketawa lalu mencium lembut pipi anak perempuannya.Mama sayangkan Aryana,mama tak nak Aryana hilang dalam hidup Mama,katanya dalam hati.

''mama,''panggil Aryana setelah dia termenung akan sesuatu.''ye ..kenapa sayang?,''tanya Mama .Matanya dikalihkan memandang wajah Aryana.''emm..Aryana sayang mama,''kataku tulus.senyuman lebar terukir pada wajah Datin Maznah.''mama pun sayang Aryana malah sepuluh kali ganda rasa sayang Aryana pada mama ''.

''mama kenapa abang Azam tak nak cakap dengan Aryana lagi?,''tanyaku.perubahan sikap Abang Azam kepadaku sering aku sedari.kadang-kadang ,aku sedar yang Abang Azam sering ingin menjauhkan diri dariku.''mana adala,mama tengok abang Azam layan Aryana macam selalu,''Datin Maznah cuba menghilangkan rasa yang Aryana katakan.Mama sayang Aryana ,gumamnya lagi.

''sayang ,mama mengantukla.mama tidur dulu ,sayang mama ni jangan tidur lewat sangat,''Puan Maznah bangkit dari tempat duduknya.Aku hanya tersenyum dan mengangguk tanda memahami.

yeay,dapat ikut Hawa balik kampung .tak sabarnya,''ooo ..balik kampung..ooo balik kampung ..oo..,''.Aku terus bernyanyi lalu membasuh gelas milikku dan mama .Perasaanku mula terganggu,seperti merasakan sepasang mata sedang memerhatiku.Tingkap di dapur aku buka,tiada sesiapa pun.emm ..Perasaan aku kut.

Langkahku segera diatur menaiki tangga .Jam di dinding sempat aku kerling masih pukul 10.15 malam .emm tidur dulula , aku sambung siapakan novel esokla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience