BAB 3

Horror & Thriller Completed 10130

"Ok, semua faham eh. Ada apa-apa soalan?"

Suara Prof Tengku, pensyarah yang paling digemari Aishah bergema di dalam dewan kuliah.

"Ok! Kalau semua tak ada masalah, tak ada soalan, saya nak bagi assignment la. Macam biasa. Assignment ni melibatkan kerja berkumpulan. So, leader kumpulan, datang ke depan. Saya nak bagi task."

"Weyh, Aishah! Kau je la yang jadik leader."

Ika menepuk bahu Aishah dan menyuruhnya pergi.

"Aku?? Aku jugak yang kena?"

"Kau je la. Kitorang ok je."

Giliran Aimie menyokong.

"Erm.. Yela! Yela!"

Aishah berlalu pergi ke Prof Tengku untuk mengambil tugasan yang diberi. Kemudian, dia kembali kepada rakan-rakannya dengan membawa tugasan.

"Weyh, korang! Kali ni assignment kita best tau."

"Hah! Pasal apa?"

Zack bertanya, tidak sabar mahu mengetahui tugasan tersebut.

"Kali ni kita kena buat filem kita sendiri."

"Wow! Best gila!"

"Tau takpe. Ok, kita kena buat cerita horror. Hmm.. So, korang ada idea tak?"

Aishah bertanya kepada rakan-rakannya yang lain iaitu Ika, Hada, Senah, Fatin, Aus, Gaban, Danny, Naz, Zulfie, Hafiz, Kecik, Aimie, Iish, Ieta dan Zack.

"Mana nak datang idea kalau kau tanya on the spot macam ni. Ni first film kita tau. Kita kena buat gempak sikit."

Kechik bersuara sedikit merungut.

"Haha.. Ye tak ye jugak kan. Ok la. Kalau macam tu, kita jumpa esok je la. Group discussion. Erm.. Sebelum tu, kita bincang pasal tugas masing-masing."

"Aku rasa, kita maintain kan tugas sama macam dulu laa."

Hada memberi cadangan.

"Aku setuju! Senang! Tak payah nak fikir-fikir lagi."

Gaban mengangkat tangan dan bersetuju manakala yang lain sekadar mengangguk.

"Ok. Kalau semua da pakat setuju, kita maintain kan tugas and esok jangan lupa kita buat discussion kat tempat biasa. So, balik ni, semua orang carik idea.. Esok kita pilih idea mana yang best. Aku nak, semua orang bagi idea esok eh."

Perbincangan ditamatkan dan masing-masing mengangkat punggung dari tempat duduk. Tiba-tiba...

"Aaaaa.... Dia da datang da.. Ahah! Da mai da..."

Zulfie bersuara tapi semua tidak memahami maksud Zulfie.

"Kau ni apahal, Zulfie?"

Ika bertanya.

"Kejap.. Kejap.. Korang duduk dulu. Da sampai da ni."

"Apa yang da sampai?!"

"Idea!"

"Laa.. Ingatkan apa la tadi."

"Duduk dulu. Duduk dulu. Sebelum idea ni lari, biar aku cerita dulu."

Zulfie pun membentangkan ideanya. Panjang lebar dia menjelaskan ideanya.

"Eh! Best jugak cerita kau ni. Kadang-kadang kepala kau ni boleh pakai jugak eh. Selalunya macam hampeh je."

Aimie sekadar bergurau.

"Mie, agak-agak Mie. Menusuk ke dalam la ayat kau ni."

"Haha.. Haa. Gaduh.. Gaduh.. Ok! Ok! Cerita ni interesting but kita kena la tanya pelakonnya dulu. Macam mana Naz, Atin?? Boleh cerita ni?"

"Eh! Aku dengan Atin ok je. Kau bagi cerita apa pun, ok je."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience