Bab 3 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~What is to come is better than what is lost. Let this belief steer you in the direction you should be headed.~ Karen Salmansohn.

"Daddy!"

Bersama jeritan itu, Eshan rasa ada sepasang tangan kecil memeluk pahanya erat. Langkahnya terhenti, terngadah seketika. Mata turun pandang tangan kecil itu.

'Siapa ni?' Eshan tercenggang. Seketika kemudian, Eshan meleraikan pegangan yang begitu erat memeluknya seolah-olah tidak ingin dilepaskan. Perlahan-lahan Eshan berpusing tubuh, seorang budak lelaki lingkungan umur 4 tahun angkat muka, pandang Eshan dengan mata yang berkaca bening. Memek muka itu sedang menceritakan yang dia tengah tanggung sebuah kerinduan yang teramat sakit.Eshan kerut muka. Terus dia duduk, menompang lutut, menjadikan kedudukannya menyamai paras ketinggian anak kecil itu. Anak kecil itu tenung Eshan dan begitu juga dengan Eshan. Keduanya saling membalas tenungan.

"Daddy..." Anak itu menyebut lagi, perlahan dan bersarat dengan emosi. Tercebek-cebek bibir itu saat menguturkan kalimah itu. Kali ini memek mukanya turut berubah. Kedua tangan kecil itu diangkat lalu menyentuh tulang pipi Eshan. Eshan sedikit tersentak namun dibiarkan sahaja. Sebelah tangan kecil itu mula bergerak perlahan. Dari pipi, tangan kecil itu bergerak menyentuh pelupuk mata Eshan, hidung, bibir dan berakhir di dagu Eshan. Dapat dirasakan ada getaran kecil disebalik sentuhan itu.

"Daddy..." Sekali lagi dia menyebut perlahan dan sayu. Kali ini tubir mata itu pecah, menitis satu titisan air mata.

Ulas bibir Eshan merekah membentuk senyuman nipis.

"Daddy?" Eshan ulang semula apa yang disebut oleh anak kecil itu dengan penuh kelembutan. Dia tidak mahu mengores hati anak kecil itu. Walaupun ada banyak yang ingin Eshan bertanya tapi dia simpulkan untuk pendamkan saja. Mungkin wajahnya seiras dengan wajah daddy kepada anak itu, sebab itulah dia dipanggil daddy. Atau mungkin anak ini terlalu rindukan daddynya jadi sesiapa yang ada ciri-ciri seorang ayah, disebut saja 'daddy' olehnya, kan?

Anak itu mengangguk, mengiakan pertanyaan Eshan lalu dia memeluk Eshan erat. Tangisan kecil mula kedengaran. Eshan yang masih terpinga-pinga itu sedikit terkejut dengan tindakan berani anak kecil yang dia tidak tahu siapa itu memeluknya.

"Evan rindu daddy... jangan tinggal Evan lagi. Evan janji, Evan tak kan nakal-nakal lagi. Evan dan Eman rindu daddy sangat-sangat," ujarnya dalam tangisan yang sungguh menyayukan hati Eshan.

Entah kenapa, Eshan dapat merasakan ada sesuatu yang timbul dihatinya. Ada rasa pedih. Ada rasa sakit. Tangannya naik membalas pelukan itu. Mengusap lembut belakang anak itu dan cuba menenangkannya.

"Daddy nanti kita balik rumah kita ya? Bawa Evan dan Eman jumpa mummy. Evan dan Eman rindu mummy sangat..." rengek dia lagi dalam pelukan Eshan.

"Ya Allah, Evan!" jerit seseorang yang berada dibelakang Eshan, suara seorang perempuan. Dari suaranya jelas dia termengah-mengah seperti mengejar sesuatu. Agaknya dia terkejut melihat anak kecil yang dikenalinya memeluk orang asing.

"Evan, lepas!" Tangan kecil itu ditarik dan dileraikan dari berlingkar di leher Eshan. Budak kecil yang bernama Evan, mula menangis dengan kuat akibat dari tarikan itu. Umat manusia yang lalu lalang di Mall itu mula memandang ke arah mereka.

"Maafkan kami, Encik...," ujar wanita itu selepas Evan ditarik ke arahnya. Evan disembunyikan dibelakangnya.

Eshan bangun dari duduk. Meneutralkan balik perasaannya yang sedikit tercuit dengan perlakuan anak kecil itu sebentar tadi. Mata yang sedikit bergenang, dikerdipkan beberapa kali bagi menghilangkan rasa pedih. Bila rasa sudah selesa, lantas Eshan berpusing menghadap mereka yang sedang berdiri di belakangnya.

"Allahu Akhbar!" Tidak semena-mena itu yang terkeluar dari mulut wanita itu tatkala melihat Eshan. Membulat mata itu. Tangannya terus diterkup ke mulut, terkejut yang teramat sangat dengan pertemuan mereka. Seorang lelaki yang lengkap berpakaian kot hitam berdiri di sebelah wanita juga terkejut. Eshan tidak terkecuali, terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh mereka berdua. Sesaat itu juga Eshan jadi keliru.

'Siapa mereka ni? Mereka kenal aku kah?' Eshan tertanya-tanya sendiri, dia seperti terperangkap dalam situasi yang dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Eshan pegang kepala, ada rasa berdenyut. Matanya dipejam rapat sambil mengerang perlahan.

"Wa.. Waeez?" Tersekat-sekat si perempuan itu menyebutkan satu nama yang kedengarannya begitu asing di halwa telinga Eshan. Matanya itu juga masih melekat pada raut tampan Eshan. Terpaku dan tergamam.

Eshan menjatuhkan tangan, sebelah mata dibuka.

"Waeez?" Eshan menyoal kembali.

Wanita itu mengangguk.

"Daddy... Evan nak daddy..." Evan merengek mahukan Eshan sambil tangannya cuba menguraikan pautan wanita itu di lengannya.

Eshan turun pandangan kepada Evan, ada rasa belas. Mahu sahaja dia segera mendapatkan Evan lalu dipeluk tubuh kecil itu. Namun dia sedar, dia dan Evan itu tidak mempunyai sebarang ikatan. Mana mungkin dia sudah menjadi daddy seseorang sedangkan dia mana pernah berkahwin dengan sesiapa.

"Han!" Tengku Nafla Maryam sudah kalut mendapatkan Eshan. Sebenarnya Tengku Nafla Maryam turut menyaksikan kejadian itu sebentar tadi. Dia sendiri tergamam mendengar adiknya dipanggil 'daddy' oleh anak kecil itu.

"Han, Han okay ke?" Nafla sambung bertanya sambil menyentuh kedua bahu Eshan. Riak risau jelas terpeta di wajahnya.

Eshan mengangguk, sebetulnya tiada apa yang perlu dirisaukan. Dia okay, kepala yang berdenyut juga sudah berkurang. Anak matanya kembali singgah pada anak mata yang masih terbungkam melihatnya.

"Han?" suara itu sekali lagi bersuara, bertanya setelah sekian lama jadi pemerhati antara Eshan dan Nafla.

Tengku Nafla Maryam turut pandang kepada mereka yang berada di belakangnya. Biji matanya meluas. Terkejut dengan pertemuan yang tidak diduga itu. Tapi segera dikawal riak wajahnya supaya tidak terlalu ketara.

"Ya, Han. Saya Eshan." Eshan menjawab tenang.

Nafla berkalih semula kepada Eshan. Dia tidak senang dengan jawapan Eshan itu serta dengan pertemuan yang tidak disengajakan ini. Nafla berdeham kecil, dia perlu segera menamatkan pertemuan singkat ini. Eshan tidak boleh tahu siapa 'mereka' dan 'mereka' juga tidak boleh tahu Eshan sudah kembali.Eshan yang sekarang dalam proses penyembuhan. Sebolehnya dia tidak mahu ada sesiapa pun dari masa lampau Eshan datang kembali dan menganggu proses penyembuhan itu. Dia tidak mahu Eshan kembali kepada 'Eshan yang Heartless dan coldest'.

"Oh, maaf. Saya tersilap orang rupanya." Wanita itu ikhlas memohon maaf atas kekhiafannya. Sekali pandang lelaki yang bernama Eshan itu seiras dengan tuan mudanya, Tuan Waeez Haikal. Sehinggakan dia terlupa yang Tuan Waeez Haikal sudah lama meninggal dunia.

"Tak apa... tak apa... Kami minta diri dulu ya," Nafla segera membalas, mahu menyelamatkan keadaan. Segera Nafla tarik tangan Eshan. Lupa kepada segala barang yang mahu dicari. Apa yang penting dia perlu jauhkan Eshan dari 'mereka'. Kepulangan Eshan tidak boleh diketahui oleh mereka! Itu janjinya dengan arwah walidnya. Belum tiba masanya untuk Eshan berdepan dengan hakikat yang sebenar. Hakikat yang perit lagi menyakitkan.

"Daddy.. please don't go! Aunty please let me go. Evan nak daddy." Evan merengek, keresahan apabila melihat Eshan sudah ditarik oleh Nafla.

Eshan sempat menoleh ke belakang, melihat Evan. Dia tidak sampai hati untuk meninggalkan Evan dalam keadaan begitu. Evan pasakkan kakinya, menarik sedikit tangannya dari pegangan Nafla.

"Han?"

"Sekejap Cik. Han nak cakap dengan budak tu," pinta Eshan kepada kakaknya lalu berputar tubuh mendapatkan Evan.

"Daddy..." Evan sudah berlari mendapatkan Eshan yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Sekali lagi Evan memeluk Eshan.

Perempuan yang bernama Winda itu sekali lagi kaku di tempatnya. Sungguh tidak terduga sampai begitu sekali respon anak asuhannya dengan lelaki yang bernama Eshan itu. Winda baru saja ingin bergerak mendapatkan Evan tapi pengawal peribadi Evan angkat tangan, menahan Winda.

"Jangan tinggalkan Evan lagi daddy," pinta Evan dalam esakkannya.

Sungguh hati Eshan begitu terasa dengan setiap ungkapan Evan. Anak kecil ini sudah tersalah menilai. Eshan telah disangkakan ayahnya.

"Evan... ini bukan daddy Evan... Jom kita balik. Tok dengan Nenek sudah menunggu Evan." Winda tidak menahan lagi. Bahu Evan di tepuk dan diusap perlahan. Dia juga rasa belas tapi dia tidak punya pilihan lain. Kesian Evan, dia terlalu rindukan daddynya.

"No! Ini Daddy Evan. Evan tak nak ikut Aunty Win." Evan menggeleng laju. Tangan Winda ditepis. Lengan Eshan digoyang sedikit.

"Evan want to stay with Daddy. Daddy, can i stay with you?" pinta Evan dengan begitu berharap.

Eshan sudah kematian kata-kata untuk membalas permintaan Evan. Nafla yang memandang dari jauh sudah teguk liur dengan adegan itu. Serius dia rasa tidak selesa. Winda pula dihurung rasa sebak, begitu juga dengan pegawai peribadi Evan yang bernama Aqil itu. Mereka sudah menjaga Evan dan Eman sejak dari kecil. Masing-masing terpaksa memendam perasaan apabila melibatkan Evan dan Eman.

"Evan balik dulu dengan aunty. Nanti daddy datang rumah Tok. Daddy jumpa Evan ya?" pujuk Eshan sambil menyeka air mata di pipi bulat Evan.

"Promise?"

Eshan mengangguk.

"Evan dah lama tunggu daddy balik, bawa Evan dan Eman. Evan tak suka stay dengan Tok. Tok garang." Tanpa dipinta, Evan mengadu.

Eshan kemam bibir sambil menghantar pandangan mata kepada pembantu peribadi Evan. Lelaki itu mengangguk kecil memahami isyarat yang di sampaikan oleh Eshan.

"Evan, jom kita balik dulu." Giliran Aqil pula cuba memujuk Evan. Tidak selesa bila Evan mula mengadu.

"Evan balik dulu ya? Daddy nak kena pergi work dulu. Nanti daddy balik jumpa Evan." Sekali lagi Eshan mengusung janji dengan anak kecil itu.

"Daddy work jauh kan? Kali ni daddy fly ke mana?"

Eshan kerut kening. Fly? Oh, pilot rupanya ayah budak ni?

"Daddy fly jauh."

"Okay daddy. Be careful tau. Evan sayang daddy," ucapan tulus terbit dari mulut itu lalu sekali lagi Eshan dipeluk sebelum dilabuhkan satu ciuman di pipi Eshan.

* * *

Tengku Nafla Maryam tenang memandu. Fokus diberikan sepenuhnya kepada pemanduannya biarpun hati berdebar-debar dengan soalan-soalan yang bakal ditanyakan oleh Eshan sebentar lagi. Dia kenal siapa adiknya itu. Selagi dia tidak dapat jawapan yang memuaskan hati, selagi itulah dia akan bertanya.

"Acik..."

Nafla tarik nafas, okay sesi soal jawab bakal bermula.

"Ye, Han?"

"Han kenal ke dengan Evan?"

Ting! soalan satu.

"Kenapa Han tanya macam tu?"

Eshan jongket bahu.

"Entah. Han rasa something like... Han dengan budak tu ada something yang Han tak tahu tapi entah la..."

Nafla kerling Eshan, lain macam dia dengar jawapan Eshan.

"Something yang macam mana pula ni, Han? Acik tak faham la... Cuba cakap elok-elok. Apa yang tengah menganggu fikiran Han sekarang ni?"

"Han cuma rasa la... Han macam kenal budak tu. Mata budak tu, seiras dengan seseorang yang Han kenal."

Nafla kemam bibir. Tangannya mencengkam kuat stereng kereta. Takut dengan jawapan adiknya.

"Ye ke? Siapa orang tu?"

"Entah la... Wajah dia samar-samar ada dalam ingatan Han. Tapi nama tu Han ingat."

"Nama? Nama siapa tu Han?"

"Sarah."

Nafla genggam kuat stereng kereta.

"Han... Sebelum ni pernah berkahwin ke, cik?"

Shrekkk!

Kedua-duanya terdorong ke hadapan. Terkejut dengan soalan Eshan, Nafla tertekan brek tanpa sengaja. Dahi Eshan terhantuk di dashboard.

"Acik!" jerkah Eshan bila kereta sudah betul-betul berhenti di tengah-tengah jalan. Nasib baik di belakang mereka, tiada kereta lain.

"Sorry-sorry Han, acik tak sengaja..." Nafla segera buka tali pinggang keledarnya. Tangannya menyentuh adiknya.

Eshan menyeringai. Tangannya naik perkup dahi yang terasa pedih. Ada cecair hangat berwarna merah mengalir. Nafla segera capai tisu lalu dihulurkan kepada Eshan. Eshan mengambilnya kasar.

"Acik nak Han mati ke?" jerkah Eshan lagi. Kali ini lebih kuat. Tangannya berulang kali menerkup dahi.

"Han, Acik minta maaf. Acik betul-betul tak sengaja." Nafla kalut. Lagi kalut bila lihat dahi adiknya sudah merah, berdarah. Apa dia mahu jawab dengan umi mereka nanti?

"Kita pergi klinik Han."

Eshan senyap. Nafla segera menukar arah mencari klinik yang terdekat. Dahi adiknya luka gara-gara kecuaiannya. Sudahlah Eshan itu ada trauma dengan kemalangan jalan raya, dia pula menambahkan beban. Sedikit sebanyak tentu memberikan kesan kepada adiknya.

* * *

Balik dari klinik, Eshan terus masuk berehat selepas selesai mengerjakan solat isyak. Tubuhnya perlu rehat. Otaknya juga penat. Eshan sentuh dahinya yang tertampal plaster, tidaklah dalam sangat lukanya cuma perlu dibersihkan saja. Teruk Nafla kena marah dengan umi mereka tadi. Padan muka, Eshan berkata dalam hati. Dia dapat sakit gara-gara kecuaian Nafla. Hish!

Eshan mengiring menghadap meja sisi disebelah katil. Ada telefon Samsung pemberian Pak Maliq siang tadi terletak elok di situ. Eshan teringat kata-kata Pak Maliq siang tadi, ada banyak mesej masuk sejak 2 tahun lalu. Hati Eshan meronta-ronta untuk menerokai apa yang ada di dalam telefon itu. Kepinginannya begitu kuat untuk cari tahu apa yang ada di dalamnya. Dia perlu sahkan tentang dakwaan Pak Maliq yang telefon itu miliknya sedangkan dalam kotak ingatannya langsung tidak ada memori itu. Dia mahu menyangkal tetapi dia juga tiada bukti kalau-kalau itu bukan telefonnya.

Eshan bangkit lalu capai telefon itu. Di buka satu persatu aplikasi yang sudah dimuat turun oleh pemilik asal. Tidak banyak maklumat yang diperolehi seolah-olah pemilik asal telefon itu baru sahaja membeli gajet berkenaan. Eshan pilih bahagian message. Seperti kata Pak Maliq, banyak mesej yang belum dibuka dan ianya datang dari satu nombor yang tidak di simpan nama pemiliknya.

Eshan berkira-kira mahu membuka ataupun membiarkan sahaja begitu tetapi tangannya tidak mendengar kata. Ruang 'View' ditekan tapi belum sempat dia membaca mesej yang tertera, telefon itu berdering. Dari nombor yang sama. Eshan tergamam, mahu memilih ruang hijau atau membiarkan saja? Atau pilih ruangan merah?

Sekali lagi jari derhaka dengan tuan, secara spontan jari Eshan gesek ke ruangan hijau. Dia teragak-agak tapi lambat-lambat telefon itu diletakkan di telinganya. Mahu mendengar suara siapa dihujung sana.

"Bie..." Suara itu memanggil dihujung sana.

Eshan di sini sudah terngadah. Membulat matanya, terkejut. Dia pandang semula telefon itu sebelum kembali letak di telinga.

''Maaf sayang lambat call bie malam ni. Sayang balik lambat hari ni. Kedai Pak Jamil sibuk sikit malam ni, sayang kena kerja dari siang tadi lagi. Maaf sangat-sangat tau bie." Sambung si dia di hujung sana. Melalui nada suara itu jelas sangat yang dia tengah lelah, kepenatan.

Dada Eshan sudah berdebar, kencang. Siapakah ini?

''Okay lah bie, sayang nak tidur dulu. Penat sangat-sangat rasa hari ni. Insha Allah esok sayang call bie lagi. Assalamualaikum bie." Talian dimatikan.

Telefon yang melekat ditelinganya sudah kembali sepi. Eshan menjatuhkan tangan, telefon itu dipandang dengan pelbagai rasa.

"Sayang? Bie?"

Sayang dan Bie pulakkkk dah! Siapa ni? Sesiapa yg dh pernah baca cerita ni.... tolong jgn komen 'siapa' ya? Pura2 lah kamu tidak tahu... hahahah.. sesama lah kita main teka-teki lagi. Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience