BAB 21

Family Completed 4130

KISAH AYDEN

"Ayden lets go to the church. Its Christmas eve, it's been awhile you didn't attend to the church."

Puan Mellisa sudah memberi arahan kepada dirinya. Mendengar sahaja arahan daripada ibunya, dia menjadi berat. Sejak neneknya mati, dia sudah berikrar kepada dirinya sendiri untuk tidak menjejaki gereja yang selalu mereka kunjungi setiap hari Ahad.

"Mama, Ayden sibuk."

Bila dilahirkan dibumi Malaysia, dibesarkan ditanah air Malaysia, berkawan dengan orang-orang Malaysia maka bercakap dalam bahasa melayu sudah menjadi perkara biasa.

"Sibuk apanya kalau dah main PS4 asal balik kerja."

Ayden sudah berdecit bila ibunya hendak memulakan acara membebel.

Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Memang jam-jam sebegini, seluruh ahli keluarganya sudah pergi ke gereja yang mereka selalu pergi. St. Michael Angelican Church, nama gereja yang sememangnya sudah menjadi turun-temurun sejak dari datuknya lagi.

"Ayden."

Puan Mellisa berjalan menuju dimana Ayden sedang duduk menghadap PS4nya. Kerusi kosong di sisi anak lelakinya itu diduduki.

"Whats wrong with you? Let's talk about this."

"Just go. You have Christmas eve to attend."

Matanya masih setia menghadap televisyen plasma 40 inci yang siap melekat didinding.

"No. Mama nak tanya satu soalan."

Diam seketika diantara mereka berdua tapi Puan Mellisa tahu, anaknya itu sedang mendengar apa yang hendak dikatakan kepadanya.

"Sejak Ayden 10 tahun. Sejak grandma mati, Ayden dah tak mahu lagi menjejaki gereja lagi. Setiap yang hidup pasti akan mati Ayden. Dalam bible kan dah ada cakap."

Ayden merengus kasar bila perkara itu setiap kali dibangkitkan kepadanya.

"Jangan cakap pasal grandma!"

"Without grandma I feel empty!"

"Then, apa yang boleh membuatkan Ayden tu supaya tidak ada rasa
kosong? Tidak ada pegangan agama, tidak ada hala tuju."

Ayden menekan punat "pause" lalu meletakkan permainannya di atas meja kecil. Perkara yang mereka bincangkan sekarang sudah bertambah serius. Dia hendak bermain game konsentrasinya terganggu.

"Ayden tak perlu pegangan agama untuk terus hidup mama. Selama 25 tahun Ayden tinggalkan gereja, apa yang Ayden dapat? Hidup Ayden hanya biasa-biasa sahaja. Tidak ada yang kurang. Malah Ayden masih diberi kenikmatan hidup."

Ayden mendepangkan kedua tangannya luas diikuti dengan kata-kata yang sombong.

"Jangan macam itu Ayden. Kenikmatan yang Ayden kecapi sekarang bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik oleh Tuhan."

Ayden hanya ketawa sinis mendengar kenyataan daripada ibunya itu. Ditarik balik? Kenapa tidak tarik sahaja nyawanya sepertimana nyawa grandmanya ditarik dahulu?

"Ayden fikir-fikirkanlah. Kalau ada rasa nak datang ke gereja, pintu gereja sentiasa terbuka untuk Ayden."

Puan Mellisa bangkit dari tempat duduknya lalu berjalan keluar dari bilik khas di mana anak lelakinya itu selalu bermain PS4nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience