Rate

part 2

Family Series 5910

Mama.. Hawa .. rindukan mama... Kedengaran suara Hawa dalam keadaan mengigau. Hawa... Panggil En Muzamar kepada puteri bongsu kesayangannya itu. Perlahan-lahan En Muzamar menepuk pipi Hawa untuk menyedarkannya. Baba... Kenapa baba di sini. Baba tidak keje ke? Tanya Hawa Cuba bangun dari pembaringannya. Hawa..jangan bangun dahulu sayang..kamu rehatlah dahulu. Kata En Muzamar begitu bimbang melihat kedaan Hawa. En muzamar sedikit terkilan dan kecewa kerana dirinya selalu sibuk sampaikan tidak pernah meluangkan masa bersama Hawa. Hmm.. Baba cuti hari ini.. bolehkah Baba menemani Hawa? En Muzamar bermain helaian demi helaian rambut lurus milik Hawa itu. Mestilah boleh.. Hawa rindu sangat nak luangkan masa dengan Baba.. Boleh kita keluar ambil angin? Hawa teringin sangat nak pergi pantai. Boleh kita ajak Abg Muaz sekali. Kata Hawa begitu gembiranya. Dia tidak begitu kisah walaupun masih dalam keadaan yg tidak berapa sihat. Hawa..lain Kali lah Kita pergi.. Hawa masih belum sihat sepenuhnya. Baba tak nak tengok Hawa jatuh sakit lagi. En Muzamar masih cuba untuk memujuk anak kesayangannya itu. Hmm.. lain kali itu masa bila baba? Sejak mama meninggal.. Hawa tidak pernah langsung keluar rumah. Sejak itu, kehidupan Hawa di dalam rumah sahaja. Hawa tahu... semua orang risaukan Hawa.. Tapi sampai bila Hawa akan terus hidup macam ini baba? Umur Hawa sudah semakin meningkat. Hawa hanya mahukan kehidupan seperti orang lain. Hawa tahu, Hawa tidak sempurna seperti orang di luar Sana.. Hawa mahu buktikan.. Hawa juga boleh menjaga diri Hawa sendiri. Hawa meluahkan segalanya apa yg terpendam di dalam hatinya. Air matanya yg mengalir itu ditepisnya laju. Hawa.. Panggil En muzamar perlahannya untuk memujuk Hawa. Maafkan Hawa.. Hawa tak berniat pun nak tinggikan suara Hawa..Hawa.. mahu bersendirian.. Tambah Hawa lagi terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. En Muzamar tidak membalas apa-apa. Dia menyelimutkan Hawa dan terus keluar dari bilik itu.

Di ruang tamu ... Doktor beritahu saya, Hawa sakit kerana mengalami alahan kacang agak teruk. Saya nak tahu.. siapakah yang sediakan sarapan Lisa pagi waktu pagi? Dan makanan apakah yang dia telah makan? Bersuara En Muzamar tegasnya kepada semua pembantu dalam rumah itu. Maafkan saya Tuan..saya yg sediakan sarapan Cik Hawa. Dalam beberapa minit Aunty Gina berani bersuara. Gina.. Kamu sudah tahukan Yg Hawa alahan kacang? Kenapa kamu masih sediakan makanan berkacang kepadanya? Marah Em Muzamar kepada Gina. Maafkan saya Tuan.. Saya tidak masak tetapi Cik Hawa hanya mahu memakan biskut pemberian daripada Cik Dahlia. Jawab Gina cuba memberitahu segalanya. Biskut dari Dahlia? Boleh saya tengok? Tanya Muaz terkejutnya selepas mendengar daripada Aunty Gina tentang pemberian biskut itu. Owhh.. Import dari US.. Kata Muaz lalu merasa biskut pemberian Dahlia itu. Baba.. tak rasa kacang.. tapi di sini ditulis tertera ada kacang.. bukan salah Aunty Gina Dan Hawa.. Memang biskut ini tak rasa kacang langsung. Tambah Muaz lagi dan menerangkan segalanya. Hmm.. mungkin Dahlia terlupa yg Hawa ada alahan kacang. Tak apalah.. Nanti baba sampaikan kepada Dahlia. Maafkan saya Gina.. Saya harap selepas ini kamu semua lebih peka terhadap pemakanan Cik Hawa . Kamu semua boleh bersurai. Baik tuan! Jawab mereka semua serentak terus beredar dari situ. Hana.. Tolong bawakan makanan tengah hari kepada Cik Hawa. Pinta En Muzamar kepada Hana. Baik Tuan.. Balas Hana terus pergi menyediakan makanan untuk Hawa. En Muzamar sangat titik beratkan tentang keadaan Hawa. Cukuplah dia sudah kehilangan mama Hawa. Tidak mungkin dia akan menerima nasib yg sama lagi.

Cik Hawa.. saya bawakan makanan tengah hari ni? Cik Hawa sudah semakin baik? Tegur Hana setelah masuk ke dalam bilik Hawa sambil memegang dulang makanan tengah hari Hawa. Cough.. cough..Ehh, Kak Hana.. buat susah-susah sahaja. Terbatuk Hawa sedikit sebelum mengalihkan pandangannya kepada Hana. Hawa... Sudah makan ubatkan? Tanya Hana risaunya apabila melihat keadaan Hawa sebegitu. Yaa.. Tadi hawa sudah makan. Jawabnya masih boleh memberikan senyuman manis sekali. Ermm.. Baiklah kalau macam itu. Mari kak Hana suapkan bubur ini.. Tentu Hawa sudah lapar ya?? Hana cuba membuat Hawa ketawa seperti biasa kerana tidak mungkin orang yg dia sayang itu terlepas daripada mengukirkan satu senyuman. Hawa boleh makan sendiri Kak Hana.. Jangan risau aehh.. Hawa sudah besar. Balas Hawa terus mengambil bubur itu dan makan dengan sendiri. Hana tahu Hawa merasa tidak selesa bila semua orang selalu merisaukan dirinya. Dia berusaha untuk menjadi kuat dan tabah selalu seperti gadis lain di luar Sana.Kak Hana.. Kalau Hawa tanya sesuatu Kak hana jangan marah aehh? Bersuara Hawa sambil tangannya bermain dengan sudu. Yaa sayang..kongsilah apa yg sedang bermain di fikiran Hawa itu. Jawab Hana lalu memegang rambut Hawa yang panjang itu. Eemm.. Macam mana kalau hati kita bergetar apabila melihat seseorang.. adakah itu bermakna jatuh cinta? Tetiba sahaja Hawa bertanya soalan begitu kepada Hana. Kenapa... Hawa ada sukakan seseorang ke? Jawab Hana sedikit terkejut dengan pertanyaan Hawa itu. Hawa pun tidak tahu.. Tapi.. bila Hawa pandang dia.. Hati Hawa mula berdegup kencangnya. Hawa tidak pernah rasai perasaan macam ini. Hawa..rasa.. Hawa sudah jatuh cinta. Beritahu Hawa jujurnya kepada Hana. Hawa.. bolehkan Kak Hana tahu.. siapakah lelaki itu.. Kelihatan Hana cuba memahami perasaan Hawa sebenarnya. Emm Maaflah.. itu adalah rahsia.. hehehe. Ketawa Hawa malunya kembali menjamu selera makan tengah harinya. Hana hanya mengangguk tanda faham dan tidak memaksa Hawa untuk memberitahunya . Baru sekarang Hawa lafazkan dirinya baru jatuh cinta.

Jam 10.30 p.m. di bangku tepi kolam ikan..

Ehh Hana.. kenapa awak nak jumpa saya? Tegur Muaz dekat Hana setelah sampai di tepi kolam itu itu. Opocot.. ishhh. Tuan Muaz ni... terkejut saya. Kata Hana Cuba membetulkan kedudukannya semula selepas melatah tadi. hahaha.. Tu lah .. termenung jauh lagi. Saya datang pun tidak perasan. Ketawa Muaz tidak hentinya selepas melihat Hana melatah. Hmm.. ye lah.. okey.. ada perkara penting saya nak kongsikan dengan tuan.. Hana kembali series dan cuba memberitahu kepadanya. Apa? Tentang Hawa ke? Kenapa? Tanya Muaz tergopohnya. Sabar.. sabar.. Macam ini kalau saya beritahu Tuan Muaz.. Tuan jangan cerita pula kepada Engku.. Nanti habis saya kena pecat. huhuhu..Hana berlakon sedikit sedih di hadapan Muaz. Ehhh, cepatlah.. nak berdrama pula. saya janji. Cepatlah cerita.. Muaz menolak kepala Hana sedikit kerana masih membuat lawak di depannya. Hehehe.. okey.. kita series ni. Macam ni... Cik Hawa.. pernah berjumpa mana-mana lelaki tak? Soalan itu membuat Muaz tersedak semasa meminum air yg diberi Hana itu. Brupp.. cough.. cough.. Terbatuk-batuk Muaz dibuatnya. Ehh Tuan... Tuan okey tak ni? Ishh lah... Kalau ye pun.. janganlah gelojoh sangat. Hana menepuk belakang muaz kuatnya. Fuh.. Nasib tak mati aku dibuatnya..Biar betul Ni Hana.. Kenapa kalau dia ada berjumpa mana-mana lelaki pun.... jangan kata Hawa... Cakap Muaz meleretnya dan bersangka perkara itu tidak mungkin akan terjadi. Yeppp. Dia sudah jatuh cinta. Tambah Hana perkara itu menjadi kenyataan. What... Tapi siapa.. setahu saya... Hawa tidak pernah kenal mana-mana lelaki. Muaz berfikir dahulu sementara Hana pula melihat sahaja kerenah Muaz itu. Are you sure? Macam mana dengan Dr yg merawat Cik Hawa. Zuppp!!! Kata-kata itu tepat memanah ke hati Muaz. Arr... Dr Iqram.. you're right.. dialah Dr yg merawat Hawa sejak Dr Norah ditukarkan ke pesakit lain. Muaz mengeluh panjang seketika dan tidak menyangka perkara ini benar-benar terjadi. Macam inilah... kita biarkan dahulu.. Kita lihat sejauh mana Hawa sukakan Dr Iqram. Setuju? Hana memberikan candangan kepada Muaz. ermmm.. bagus juga idea tu.. deal. Kita patut sokong Hawa dalam apa jua keadaan. Jawab Muaz membuat perjanjian dengan Hana. Hanya Muaz Dan Hana sahaja Hawa selalu berkongsi semua perkara kepada mereka berdua.

Di halaman belakang rumah.. Yeah!!! Hawa menang.. Jerit Hawa gembiranya apabila berjaya mengalahkan Hana dalam permainan congkak. Mereka duduk bersimpuh di tepi kolam renang. Hmm.. ye lah.. Cik Hawa memang pandai bermain congkak. Puji Hana kepadanya kerana selalu kalah apabila berlawan dengan Hawa. Uiii.. main congkak lagi ke? Tegur Abg Jan iaitu pemandu kedua En Muzamar. Ehh, Abg Jan!! Haa.. baru Hawa nampak..dah berapa hari tak nampak batang hidung haa. Abg Jan sihat? Bersuara Hawa semangatnya selepas melihat Abg Jan sudah masuk bekerja. Yepp Cik Hawa.. Alhamdulilah..raso sihat sikit deh.. Ini. Ibu Abe Jan masakan ikan singgang special untuk Cik Hawa. Ya Allah.. buat susah-susah jo.. Masih deh.. Hawa turut terpengaruh cakap Kelantan dengan Abg Jan. Hahaha.. Cik Hawa Kecek molek sungguh. Tak polah.. Abe jan ado kijo sikit nak buat. Jange lupo make tu. Balas Abg Jan terus pergi dari situ. Amboi.. Amboii. seronoklah tu dapat makanan kegemaran dia? Kata Hana selepas melihat Hawa tidak habis mengeluarkan senyuman dibibirnya. hhehe .. ye lah.. Nanti kita kongsi ehh.. Jom main lagi. Jawab Hawa terus mengajak Hana untuk bermain semula. Hmm.. Baiklah.. Sudah tahu siapa pemenangnya. Balas Hana sambil memerli sedikit kepada Hawa. Semangatlah sikit.. okey Kali ini Hawa bagi Kak Hana menang? Boleh? Hawa memberikan semangat kepadanya. Janji ehhh.. Kalau Kak Hana menang.. Kak Hana berikan Cik Hawa... Buku Diary baru. Hana cakap satu-satu perkataan itu. Seriously? Promise? Bersuara Hawa terujanya. Yeapp.. promise.. Jum mula. Mereka berdua pun bermain congkak itu lagi. Semua orang amat sayangkan Hawa. Hawa tidak merasai kesuyian kerana selalu dimanjakan oleh orang disekelilingnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience