" ULAR!" jerit Adam.
" Warghhhhhhhhhh" jerit Nadia pula. Nadia memejam mata akibat kegelian.
"HAHAHAHAHAHA kau ni! Tu rumput je la" kata Adam menghabiskan sisa ketawanya. Ketawa sampai menangis adeh.
Nadia membuka mata perlahan-lahan. Dilihat di tangannya ada rumput kering. Nadia membuang rumput itu lalu bangun untuk menampar Adam. Nadia menampar lengan sebelah kanan Adam. Tindakan itu ialah spontan!
Adam tidak merasa apa-apa. Tangan itu kecil seperti bayi. Rasa seperti di gigit semut. Haha...tapi bila difikirkan kembali...Nadia merupakan wanita pertama yang berani menampar nya!
Nadia yang terdiam tadi direnung. Pelik...kenapa dia diam?
"Hey...kau okey?" tanya Adam.
"Eem...saya minta maaf sebab pukul awak...say...saya tak sengaja...maaf !" kata Nadia perlahan. Takut untuk memandang mata Adam.
"Ala takpe" kata Adam cuba menghilangkan rasa janggal antara mereka berdua.
"Hm thank you. Erm boleh saya tanya awak something?" tanya Nadia.
"Kenapa? Tanyalah" balas Adam.
"Aina tu girlfriend awak ka? Kalau betul dia girlfriend awak...kenapa awak layan dia macam awak tak kenal dia?" tanya Nadia seperti seorang detektif muda.
"Just my ex" kata Adam perlahan.
"Wow! Ex? Serius ah!" ujar Nadia tidak percaya.
"Yer...dulu la waktu aku form 2. Kami couple 2 tahun. Then putus. Setahun juga la aku nak move on tapi tak boleh." terang Adam sambil mengeluh kasar.
"Kenapa korang putus?" tanya Nadia perlahan tidak mahu menganggu emosi Adam.
"Hm dia curang" kata Adam ringkas.
"Oh...sorry...tapi kenapa sekarang dia cari awak balik?" tanya Nadia pelik.
" Dulu waktu aku form 1- form 2 aku ni tak kaya seperti sekarang. Ada perniagaan kecil je. Aku memang cintakan dia sangat-sangat. Tapi dia curang! Waktu form 4, perniagaan mak ayah aku meningkat and aku jadi kaya...so dia nak getback balik...tapi aku cuba nak move on! Aku nak lupakan dia. Saat tu aku dah takut nak bercinta lagi. Sebab tu aku dingin dengan korang." terang Adam sambil tersenyum hambar.
"Oh...tak sangka dia macam tu" komen Nadia.
" Kau pula?" tanya Adam ingin tahu perihal Nadia
"Kenapa saya ?" tanya Nadia semula.
"Kau macam mana? Pernah bercinta?" tanya Adam semula.
"Oh... saya tak pernah couple." kata Nadia jujur.
"Serius ah! Kau canti-" Adam terdiam. Alamak terlepas!
"Erm...dah la...stop tanya pasal percintaan ni" Nadia menyuruh Adam untuk berhenti. Ya la ! Dia dah hampir cair sebab Adam ni puji dia cantik! Ohhh! Stop jadi gedik NADIA ! BEHAVE! Nadia mengambil nafas lalu menghembus perlahan.
" Erm okay" tutur Adam lalu mendiamkan diri. Ya Allah! Malunya! Apa kau kata Adam!
" Kita berlatih sama-sama eh nanti. Kita bantu saling membantu apa yang kurang. Awak tegur saya kalau saya buat silap dan saya tegur awak kalau awak buat silap" pinta Nadia jika dia tersalah langkah.
"Erm okay...boleh je...tapi kau kena tahan la sikap aku" kata Adam tersengih.
" Kita bantu sama-sama naikkan nama sekolah dan kurangkan masalah disiplin dengan cara BAIK." kata Nadia menekankan perkataan baik.
"Amboi perli nampak!" ujar Adam.
"Siapa makan cili dia yang terasa" kata Nadia berkias-kiasan.
"Amboi! Sedap mulut kau!" marah Adam. Alah marah manja je.
" Hahaha sorry la!" tutur Nadia sambil mencantumkan dua tangan untuk meminta maaf.
"Hm ye la!" kata Adam.
"Erm wey" kata Nadia tetiba.
"Apa?" tanya Adam.
"Kita kawan?" ujar Nadia.
"Yes... Kita kawan!" ucap Adam.
"Thanks!" ucap Nadia lalu tersenyum.
Adam khayal dalam senyuman Nadia.
Adam membalas senyuman itu lalu mengucapkan
"Sama-sama" kata Adam.
Tiba-tiba Nadia menjerit ketakutan dan berdiri serta merta.
"Weee lipas!! Arghh takut! Lipas!" Nadia berlari ke hulur hilir
"We stop! Kang kau jatuh nanti! Tak pasal-pasal sekolah ni berhantu!" seloroh Adam masih sempat berbuat lawak.
"Ahhh tak kisah la apapun! Tu lipas! Tolong ahhhh" jerit Nadia. Akibat jeritan itu semua pelajar berkumpul dan melihat drama percuma mereka.
Ada yang berbisik sesama mereka
"Kenapa perempuan tu berada dekat bumbung sekolah?"
" Tu bukan kawasan larangan ka?"
"Macam mana dia boleh masuk"
Dan pelbagai lagi. Itu bukan bisik! Aku dengar! Aie
"Weyy Nadia! Kenapa kau dekat atas!" jerit Alya dari bawah.
"Tu kawasan larangan!" jerit Atiffa pula.
Nadia tidak mengendahkan suara di bawah! Sekarang isu utamanya ialah lipas! Btw mana lipas tu eh?
"Nadia...please jangan jerit. Aku tolong buangkan" kata Adam dengan muka yang tenang. Eh kenapa pula?
"Kenapa? Apa maksud kau? Jangan kau kata-" Tetiba dia merasakan ada sesuatu benda di kepalanya.
"Arghhhhhhhhhh lipas! " jerit Nadia. Nadia mengibas kepala berulang kali.
Nadia berlari-lari di sekeliling bumbung itu. Tanpa tidak sengaja dia tersepak bahagian bucu dinding lalu tidak dapat seimbangkan diri. Dihadapannya sekarang ialah pengakhiran bucu lantai. Ya dia bakal jatuh dari bangunan setinggi 10 meter! Adakah riwayat Nadia sampai di sini saja? Nadia memejam mata menunggu detiknya untuk jatuh!
Pelajar yang lain menjerit ketakutan! Ada yang segera memanggil guru.
Nadia menunggu saatnya untuk jatuh namun terasa terlalu lama. Takkan slow motion pula? Yang peliknya lagi...dia tidak mendengar sebarang suara pelajar pon. Aku dekat syurga dah ka?
"Buka mata kau...tak payah fikir sangat kau dekat syurga!" kata Adam tetiba.
Nadia terkejut dengan suara Adam. Nampaknya dia masih hidup! Alhamdulillah! Nadia membuka mata perlahan-lahan dan secara automatik mukanya merah bak tomato! Manakan tidak! Adam sedang memaut pinggangnya menggunakan tangan kiri manakala tangan kanannya memegang leher. Gaya ini seolah-olah Adam sedang memeluknya! Ah malunya.
Kedengaran suara sorakan daripada sesetengah pelajar. Tidak kurang juga tomahan dan gosip liar! Ah sudah!Mesti mengata dekat aku! Habis la aku jadi artis kejap.
Adam sempat menyambut Nadia sebelum dia terjatuh. Nasib baik dia ada tadi atau tidak Nadia sudah kembali ke rahmatullah dan novel ini akan tamat? Eh! Adam membuang lipas yang berada di kepala Nadia sebelum dia menjerit lagi. Adam segera menarik tangan Nadia. Adam melepaskan tangannya.
"Erm terima kasih awak sebab selamatkan saya!" kata Nadia ikhlas.
"Nadiaaaaaaaaaa kau okey?" tanya Alya. Entah bila sampai.
"Kau okey Adam?" tanya Awie pula.
"Okay bro!" jawab Adam.
"Aku minta maaf eh sebab tengking korang dan tak percayakan korang!" kata Adam memohon maaf.
"Wow! Adam minta maaf lah! Hahaha okay friends!" kata Aiman dan Awie.
"Kami pon nak minta maaf dekat kau kalau kami terkasar...thank sebab selamatkan kawan aku" ucap Sofea mewakili semua.
"Sama-sama" kata Adam. Alhamdulillah semua dah settle.
"Kamu okey Nadia? Risau cikgu!" kata pengetua yang baru tiba.
Manakan tidak...tadi mereka panggilnya mengatakan Nadia hampir terjatuh dari bangunan blok C. Puan Rose terus mengambil kunci pintu ke bumbung sekolah itu kerana itulah kawasan yang kemungkinan mereka ada!
"Saya okay... Saya sangat berterima kasih dekat Adam. Dia yang selamatkan saya!" kata Nadia.
"Tahniah Adam kerana telah selamatkan insan yang bernama Nadia ini" ucap Puan Rose, pengetua sekolah
"Sama-sama cikgu. Jadi tanggungjawab saya untuk menjaga keselamatan semua orang." kata Adam bangga.
"Poyo!" tutur Awie sambil membuat muka seposen.
"Oh ya...tadi sangat sweet wey!! Aku ingat drama apa lah tadi! Kalau ada popcorn aku boleh duduk sambil tonton!" kata Alya mula berbicara.
"Nak aku sepak? Dah jom masuk kelas!" kata Nadia. Ye la!! Dia taknak ingat! Kang nanti merah lagi muka dia!
"Alelele malu la tu!" kata Sofea menghamburkan ketawa.
Yang lain hanya ketawa!
Haaa Double chapter!!! Yeay? okay..nasib baik Adam ada selamatkan Nadia! Yeay Adam Hero!! Agak2 apa jadi lepas ni?
Share this novel
pas ni triple chapter pula