BAB 27

Romance Series 27442

Jobi membuka pintu sebelah kanan. Menjemput Nora untuk masuk ke dalam keretanya. Nora masuk kereta Jobi perlahan-lahan. Ia memandang mata Jobi sekali libas. Rasa janggal Nora berada bersebelahan dengan Jobi sebenarnya. Namun Nora terus kekalkan senyumannya ke arah Jobi.

“Thanks.”.

Ucap Nora. Pintu itu terus ditutup Jobi dengan serta merta. Jobi berputar ke keretanya. Menuju ke tempat pemanduannya pula. Nora hanya memerhati setiap gerak-geri Jobi.

Kedua mereka saling membisu. Jobi terus memandang hadapan. Kereta itu bergerak ke belakang dengan perlahan-lahan. Seterusnya Jobi menukar gear 1 untuk berjalan ke hadapan. Selepas gear 1, dia menggunakan gear seterusnya. Pemanduan itu dilakukan dengan berhemah. Nora hanya menatap ke hadapan. Tidak menggangu pemanduan Jobi itu dahulu.

“Nora?”.

Panggil Jobi yang hanya bersebelahan dengan Nora. Nora gerakkan kepalanya untuk memandang Jobi yang memanggilnya. Mata Nora terus memandang mata Jobi. Hatinya tergerak kelainan. Dia mulai terasa sesuatu apabila memandang Jobi.

“Ye Jobi?”.

Nora membalas teguran Jobi. Jobi hanya memandang hadapan. Jobi tidak melihat Nora. Disebabkan pemanduannya sangat penting. Ia hanya menegur Nora dengan suara perlahannya saja.

“Awak pernah bercinta tak?”.

Soal Jobi. Hatinya masih tertanya-tanya tentang pribadi Nora. Jobi yakin yang Nora pasti sudah ada teman lelaki. Ia meneka mengikut gerak hatinya sendiri. Ini disebabkan Nora terlalu cantik. Mustahil Nora belum berpunya. Itu yang dikatakan Jobi di dalam hati.

“Pernah. Saya pernah bercinta dengan anak orang kaya. Tapi lelaki tu dah hancurkan hati aku. Kitorang bencinta 3 tahun. Dan dia putuskan aku sebab keluarga dia. Ayah dia tak nak terima aku jadi isteri dia. So, aku kena terima dengan hati tabah. Sampai sekarang ni lelaki tu aku paling benci.”.

Marah Nora. Nora masih teringatkan lelaki yang dulu pernah ada di hatinya. Sakit itu masih terasa. Hingga sekarang Nora masih ingat. Pernah dahulu menyimpan dendam. Namun, Nora tahu, ia tidak akan mengembalikkan situasi yang gembira kembali. Nora tetap bersabar dan perlahan-lahan menerima hakikat.

“Kalau awak diberi peluang untuk bercinta sekali lagi, adakah awak akan terima cinta tu?”.

Soal Jobi sekali lagi. Dia ingin tahu isi hati Nora. Sama ada terbuka kah lagi hati Nora itu untuk menerima lelaki lain. Jobi faham apa yang dirasai Nora. Dari katanya saja, Jobi dapat rasakan yang Nora masih sayangkan lelaki yang pernah ada bersamanya dulu.

“Kenapa saya tak perlu bagi? Jobi. Saya nak sangat ada suami tau. Sekarang saya masih tak jumpa. Tapi. Saya yakin yang saya akan jumpa tak lama lagi.”.

Luah Nora dengan perasaan yang kecewa. Nora sedar umurnya bukan lagi muda. Sudah tiba dia perlukan pendamping. Tapi hingga sekarang Nora masih belum menjumpai lelaki yang sesuai untuknya. Penampilan sudahpun ada. Namun, Nora seorang yang pemilih. Nora elakkan perkara yang dahulu terulang lagi. Dia tidak mahu disakiti seperti dahulu.

“Nora kalau betul awak nak cari lelaki, cari lah yang bijak dengan agama. Bijak mengatur masa. Pandai menyimpan duit. Setia dengan awak. Saya yakin tak lama lagi awak akan jumpa lelaki macam saya cakap ni.”.

Jobi cuba redahkan keadaan semula. Dia tidak mahu Nora bersedih sebenarnya. Jobi faham apa yang dialami Nora. Dia tahu betapa sukarnya untuk mencari lelaki yang terbaik. Nora bergaya. Berpendidikan tinggi. Cantik. Pasti serasi dengan lelaki kaya dan kacak.

“Baiklah. Jobi, awak tanya saya ni, awak tu dah ada kekasih ke?”.

Balas Nora semula. Tidak adil baginya jika soalan itu hanya diutarkan kepadanya saja. Nora juga tertanya-tanya tentang pribadi Jobi. Jobi memiliki susuk badan yang sasah. Bijak. Sentiasa bergaya jika ke Makmal. Diakui oleh Nora sendiri. Jobi memang tampan.

“Nora kalau awak nak tahu saya dah lama sukakan Amelia. Tapi Amelia bukan kekasih saya. Dia hanya anggap saya kawan. Amelia belum sedia nak jadikan saya ni pasangan dia.”.

Jujur Jobi. Dia tidak perlu rahsiakan perkara yang ada di dalam hatinya pada Nora. Namun kecewa sedikit Jobi apabila mengimbas kembali saat Amelia menolaknya. Begitu perit yang Jobi rasakan. Hatinya sedikit sakit. Namun dia menerima keputusan Amelia itu dengan perlahan-lahan.

“Oh. Macam tu. Patut lah saya perhati lama awak dengan Amelia tu. Awak ni pun satu. Bukan macam tu nak pikat hati perempuan tau.”.

“Habis tu macam mana?”. Celah Jobi.

“Ok. Kalau awak betul-betul sukakan seseorang tu awak kena bagi bunga ke apa ke supaya dia cair dengan awak. Bawa tempat yang mewah macam restoran ke apa ke. Macam tu yang sesuai. Kalau awak luahkan perasaan tu kat Makmal memang tak de lah sweet dia. Amelia tak rasa kagum.”.

Tunduk kepala Ajkar. Apa yang dikata Nora itu memang betul. Jobi tidak pernah lakukan itu kepada Amelia. Rasa menyesal mula timbul. Jobi tidak boleh bayangkan kesemua itu dahulu. Yang difikirnya adalah hanya mahukan cinta dari Amelia dengan begitu cepat. Langsung tidak memikirkan setiap taktik yang sudah dibicarkan Nora itu.

“Tak pe lah tu. Lagi pun Amelia dah tak datang kerja lagi. Saya akan pelan-pelan lupakan dia.”.

Pasrah Jobi dengan keptusannya. Sememangnya dia tidak perlu memikir Amelia lagi. Walaupun hatinya masih ada untuk Amelia. Jobi tahu yang jodohnya bersama Amelia memang tidak ada. Apa pun dia tetap jalankan hidupnya. Jobi tidak akan lagi mengarapkan cintanya itu pada Amelia. Yang paling penting adalah mengejar impiannya.

“Awak sabar ye.”.

Nora cuba tenangkan hati Jobi. Dia keluarkan suara mesra pada Jobi. Jobi memandang Nora dalam beberapa saat. Mahu juga dia melihat Nora yang berada di sebelahnya. Hari sudah begitu gelap. Rumah Jobi masih jauh dari tempat itu.

“Nora awak tidur dulu ye. Mungkin perjalanan ni masih jauh. Nanti kalau dah sampai saya akan bangunkan awak.”.

Ungkap Jobi. Dia masih dalam perjalanan menuju ke rumahnya. Nora dilihatnya dalam beberapa saat. Dia mulai rasa yang Nora sudah mulai ngantuk. Rasa bersalah juga Jobi apabila membawa Nora berjumpa dengan keluarganya. Jam di dalam kereta itu sudah 7 malam. Jobi teruskan memandu.

10 minit kemudian, mata Nora tertutup serta merta. Dia biarkan Jobi memandunya. Nora memang perempuan yang cepat tertidur. Jobi sudahpun tahu yang Nora pasti akan tertidur. Dia biarkan Nora tertidur dalam beberapa minit dahulu. Rumahnya masih jauh. Jobi teruskan memandu dengan hati-hati.

                              ??

2 jam kemudian Kereta Jobi sudah tepat-tepat berada di depan rumahnya. Lampu keretanya dimatikan dengan segera. Jobi melihat Nora dari sampingnya. Nora masih belum bangun. Seperti biasa Nora sukar untuk bangun jika dia sudah mulakan tidur. Jobi tidak biarkan Nora tidur terus lama. Jobi harus kejutkan Nora yang masih belum bangu-bangun itu.

“Nora Nora.”.

Perlahan-lahan Jobi bangunkan Nora dengan suara perlahan. Badan Nora dihayun-hayun sedikit. Jobi buat dengan perlahan.

“Da sampai ke Jobi?”.

Akhirnya Nora bangun dari tidurnya. Matanya masih separuh sedar. Masih belum mahu bangun dari tidurnya itu sebenarnya. Namun Nora memaksa bangun.

“Dah. Mari keluar.”.

Ajak Jobi. Ia harus keluar dari kereta iru dengan segera. Dari jauh Jobi boleh melihat Bafar. Ayah Jobi. Bafar memerhati dari jauh kereta Jobi. Bafar juga terlihat susuk perempuan di kereta Jobi.

Nora membuka pintu. Cepat-cepat dia keliar dari kereta itu. Nora juga terlihat Bafar sedang memerhatinya. Terasa pelik juga Nora rasakan. Sangat lama Bafar memerhatinya.

“Assalamualaikum ayah.”.

Jobi menyalam tangan Bafar. Bafar hulurkan tangannya untuk mencapai salaman yang diberi anaknya. Jobi. Nora hanya memerhati sapaan dari Jobi dan Bafar.

“Waalaikumsalam Jobi. Ni kekasih kamu eh?”.

Soal Bafar lantas. Bafar terus-menerus memandang Nora dengan reaksi aneh. Jobi tidak pernah beritahu Bafar jika dia sudah memiliki kekasih. Bafar terus meneka jika yang dilihatnya sekarang ini adalah kekasih Jobi.

“Bukan Pak Cik. Kitorang just kawan je. Saya Nora. Satu kerja dengan Jobi.”.

Jawab Nora dengan tenang sekali. Nora elakkan gugupnya bertemu dengan ayah Jobi ini. Begitu bengis muka ayahnya. Gementar sedikit Nora. Dilihat sekali imbas, memang muka pemarah ayah Jobi itu. Tapi Nora buat-buat muka sederhana. Kelakuannya dijaga dengan rapi. Nora sentiasa tenang berhadapan dengan orang tua Jobi ini.

“Oh kawan. Habis tu kenapa nak datang sini?”.

Balas Bafar. Jobi tidak sepatutnya membawa Nora berjumpa dengan Bafar jika sekadar kawan. Marah sedikit suara Bafar.

“Macam ni ayah. Saya nak kenalkan kawan kerja saya dengan ayah. Sebelum saya pergi luar negara, biar lah saya nak ayah tahu, yang ni lah perempuan saya cerita kat ayah selalu.”.

Jobi cuba pertahankan Nora. Jobi sudah tentu dapat membaca gerakan muka ayahnya itu. Jobi cuba elakkan ayahnya berfikir pelik. Dia tidak mahu Bafar terus memandang Nora dengan cara aneh.

Nora tetap senyum. Dia tidak tahu mahu bercakap apa dengan Bafar. Ketakutan menghantuinya. Dia tetap berdiri dan hanya tunggu diizinkan masuk oleh ayah Jobi itu.

“Bang!!!! kenapa lama sangat kat luar tu. Bawa lah masuk Jobi tu. Tak sejuk ke kat luar tu!!!.”.

Suara Safah dari ruang tamu itu terdengar dengan kuat. Nora juga terkejut sedikit dengan suara kuat dari ibu Jobi itu.

Bafar masuk dahulu ke dalam rumah. Dia biarkan Jobi memjemput Nora untuk masuk. Suara isterinya itu membuatkan dia harus berhenti berbual di luar. Banyak soalan yang mahu ditanya sebenarnya dengan Nora. Tapi ditahan dulu. Suara kuat isterinya itu membuatkan dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah.

“Nora jom masuk. Jangan risau. Keluarga saya ni semuanye baik-baik. Awak tak perlu takit ye.”.

Nasihat Jobi kepada Nora. Dia terlihat riak wajah Nora sedang kerisauan. Jobi cuba redahkan hati Nora itu dengan perlahan.

“Baiklah.”.

Nora terpaksa akur dengan kata Jobi itu. Dia terpaksa masuk ke dalam rumah Jobi. Nora abaikan seketika perasaan seram dari mimik muka ayah Jobi tadi. Menahan sekuat hati gelisahnya bertemu dengan ibu Jobi pula.

Nora mula melangkah masuk. Kakinya sudah berada di ruang tamu rumah Jobi. Matanya sekarang memandang Safah. Ibu Jobi. Berbadan ramping. Sedang membaca buku cerita Green Afdalia. Nora maju sedikit ke hadapan. Kepalanya menunduk ke bawah.

“Sape ni Jobi.”.

Tanya Safah selepas sudah melihat Nora di depan mata. Wanita cantik yang sedondon dengan Jobi. Tidak tinggi dan tidak rendah. Muka Safah terlihat senyum melihat muka cantik Nora itu.

“Saya Nora mak cik.”.

Nora berganjak ke tempat Safah. Menyalam Safah dengan penuh hormat. Semasa bersalaman itu, Safah melihat muka Jobi yang terhayung dengan khayalan yang Safah sendiri tidak tahu apa yang difikirkan Jobi. Safah hanya menunjukkan ibu jarinya kepada Jobi dan memberikan senyuman terus ke arah Jobi. Sememangnya Jobi layak mendapatkan Nora.

“Oh. Nora. Nora ni dah lama kenal Jobi?”.

Soal Safah dengan hati yang senang. Dia menatap mata Nora sekarang ini. Jobi pula masih diamkan diri.

“Lama dah. Saya dengan Jobi satu kerja. Dan ye lah, kitorang memang kawan je mak cik. Tak lebih.”.

Jawab Nora dengan santai. Nora selesa berhadapan dengan Safah. Berbanding dengan Bafar yang hanya memperlihatkan muka bengisnya yang tidak henti-henti ke arah Nora.

“Oh. Nora nak tidur sini tak malam ni. Mak Cik banyak nak tanya-tanya Nora ni. Lagipun kalau Jobi hantar Bira balik, mungkin esok baru sampai.”.

Ujar Safah. Melihat saja Nora, banyak soalan yang mahu ditanyakan terus pada Nora.

“Mak. Nora ni tak boleh lama-lama. Jobi kena hantar dia balik. Kalau tak, keluarga Nora akan marah dia.”.

Dicelah Jobi kali ini. Jobi tida setuju dengan cadangan Safah itu. Nora sudah beritahu Jobi yang dia tidak boleh berlama-lama di rumah Jobi.

“Sape cakap tak boleh! Jobi betul cakap mak awak tu. Awak tu perlu rehat. Perjalanan kita tu jauh kot tadi. Awak kena rehat. Saya akan balik esok.”.

Ditolak serta merta oleh Nora. Nora begitu selesa bersebelahan dengan Safah. Kelihatan Safah menyukai Nora. Nora tidak mahu mengelak permintaa dari Safah. Nora juga risau dengan keadaan Jobi. Begitu jauh perjalanan mereka tadi. Jobi masih belum tidur dari pagi lagi.

“Ikut suka awak lah.”.

Jobi tidak kesah kali ini dengan kemahuan Nora. Dia ikut setuju sahaja. Jobi berganjak terus dari ruang tamu itu. Jobi bergerak ke luar. Dia mahu temankan ayahnya yang duduk seorang diri di luar itu sambil menghisap sebatang rokok.

“Ayah?”.

Sapa Jobi dari belakang. Bafar tolehkan kepalanya melihat Jobi yang menyapanya. Rokoknya dimatikan terus. Bafar tidak mahu asap rokok itu mengena ke arah Jobi.

“Ah Jobi. Mari duduk sini jap. Ayah ada nak bagi tau kamu satu perkara.”.

Jobi terus bergerak untuk duduk di sebelah Bafar. Perlahan-lahan Jobi duduk di pangkuan ayahnya.

“Jobi esok kamu dah nak pergi kan?”.

Tanya Bafar.

“Ye ayah.”. Balas Jobi. Matanya ditajamkan ke arah Bafar. Dari mata itu, Jobi dapat membaca sesuatu di fikiran Bafar. Mencurigakan sedikit riak wajah Bafar sekarang.

“Macam ni Jobi, ayah tak kesah kalau kamu nak pergi atau tak untuk sambung belajar tu. Ayah dah cukup bangga dengan pencapaian kamu. Jobi dah ada kereta. Dah ada rumah kat Kuala Lumpur tu. Kalau Jobi nak teruskan kerja kat Makmal tu, ayah izinkan. Ayah dah bincang perkara ni denga mak kamu. Dan mak kamu pun setuju dengan pendapat ni. Umur kami pun dah makin lanjut. Sebelum ayah pergi, ayah nak juga rasa ada cucu. Sebab Jobi saja satu-satunya anak ayah.”.

Jelas Bafar. Jobi tidak menyangka yang ayahnya akan bercakap seperti ini di depannya.

“Ayah, Ayah tak nak ke tengok anak ayah berjaya?”.

Soal Jobi dengan perasaan tidak puas hati dengan Bafar.

“Jobi nak ke tengok ayah mati?”.

Balas Bafar.

“Ayah jangan cakap macam tu lagi. Jobi tak nak dengar. Baiklah. Jobi akan ikut cakap ayah. Jobi tak jadi sambung belajar. Jobi sentiasa akan banggakan ayah. Ayah jangan risau, lepas ni fokus Jobi adalah cari calon isteri.”.

Bafar tanpa semena-mena terus memeluk Ajkar. Bafar tidak sangka betapa hormatnya Jobi padanya.

“Tapi Ayah nak, Jobi kena kahwin dengan Nora. Ayah tak akan terima mana-mana perempuan selain Nora. Jobi faham?”.

Tegas Bafar. Dari awal dia melihat Nora, Bafar yakin Nora pilihan tepat untuk Jobi. Gaya lemah lembut Nora membuatkan Bafar mahu kahwinkan Jobi dengan Nora.

“Ayah? Kalau Nora tak setuju macam mana?”.

Jobi bangkang sedikit. Dia sendiri tidak yakin untuk jadikan Nora itu isterinya.

“Ayah tak peduli, ayah nak Nora akan jadi isteri Jobi. Titik !”.

Bafar tetan dengan pendiriannya. Dia tetap mahu Nora dijadikan isteri buat Jobi. Keputusan itu tamat di hati Bafar.

“Tapi ayah....”.

Bafar lantas berdiri dan masuk terus ke dalam rumah. Bafar tidak mahu lagi mendengar celoteh yang keluar dari mulut Jobi. Dia pastikan Nora akan menjadi milik Jobi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience