bab 2

Action Series 30099

“FIZZ, kamu ada jumpa adik kamu tak? Mama dah lama tak jumpa dia. Dia tak nak balik sini ke?” tegur puan Aisya iaitu ibu kepada Airiel dan Fizz.

“Ma dia balik sini pun bukan dia cakap dengan mama. Setiap kali dia balik sini, yang ada apa? Balik-balik mama juga yang nangis. Biarlah dia ma.” Muram sahaja wajah Puan Aisya.

Hubungan Puan Aisya tidak pernah baik sejak puan Aisya berjumpa dengan anaknya yang itu. Dahulu anak itu diberikan kepada orang dengan alasan yang tidak dapat diterima oleh Airiel. Airiel menjadi lebih baran apabila dia dijaga oleh orang yang sering menderanya. Lama Puan Aisya mencari anaknya.

“Sampai bila angah nak jadi macam tu. Along tak cuba pujuk dia berhenti ke?”

“Ma, Mama pun tahu perangai dia macam mana kan… Dah la kita tak payah sibuk hal dia. Selagi tak ada siapa cari kita, biarkan dia.”

“Mama rindu dia. Along call lah dia, suruh dia makan dekat rumah ni.” riak wajah puan Aisya membuatkan Fizz mengeluh lalu dia mengambil telefon dan mencari nombor adiknya.

“Aduh semak betul lah yang dia ni pun. Kau nak apa?”

“Tak ada salam tak ada apa kau terus sembur je.”

“Pahal?”

“Mama ajak makan dinner.” kata Fizz dan terus mematikan telefon. Fizz mengangkat tanda dia sudah membuat permintaan ibunya. Puan Aisya mengeluh perlahan dan Fizz juga terus naik ke bilik.

Airiel mengerutkan dahi apabila Fizz terus mematikan talian tanpa menunggu jawapannya. Telefon dicampakkan ke sofa dan terus menuju ke meja makan. Nasi dan lauk sudah dihidang. Airiel menyuakan satu suapan ke dalam mulut. Melihat Arwin di dapur membuatkan dia menjadi marah tiba-tiba.

PRAGGGG!

Terkejut Arwin yang berada di dapur apabila mendengar pinggan pecah. Sampai sahaja di hadapan, dia melihat nasi bersepah di lantai.

“Kau pandang apa? Kemaslah! Kau ingat aku kucing ke? Masak entah apa-apa! Tak payah jadi perempuan kalau masak pun kau tak pandai. Lembab!”tengking Airiel membuatkan Arwin terdiam menunduk. Sudah hampir dua minggu Arwin sering ditengking, dimaki dan hampir-hampir dipukul Airiel oleh kesilapan yang kecil.

“Kau tercegat apa lagi? Pergilah ambil penyapu!” Arwin terus berlari mengambil penyapu dan penyodok sampah. Arwin menyapu serpihan kaca dan nasi yang bertaburan di lantai. Melihat pergerakkan Arwin yang lambat membuatkan Airiel merengus kasar.

“Apa yang lembab sangat kau ni… sapu pun tak pandai ke?” kata Airiel sambil berjalan ke arah Arwin.

“Jangan!” jerit Arwin membuatkan langkah Airiel terhenti.

“Nan…nanti kaki awak kena kaca.” beritahu Arwin takut-takut. Dia tidak sengaja menjerit begitu. Airiel merenung gadis itu lalu dia terus beredar.

TOK! TOK!

“Dia nak apa lagi?” omel Arwin sambil berjalan membuka pintu.

“Ye?” soal Arwin sambil memandang lelaki itu. Seperti biasa, tiada senyuman daripada wajah Airiel.

“Ikut aku.” Airiel terus beredar tanpa menunggu persetujuan daripada Arwin. Arwin terkaku sebentar sebelum dia masuk ke dalam bilik mengambil barang keperluannya.

Sudah setengah jam di dalam kereta namun suara Airiel dan Arwin tidak langsung kedengaran. Arwin masih lagi tertanya-tanya kemana yang ingin dibawa Airiel.

“Kau jangan cakap yang kau bini aku. Kau diam je. Kau faham?”

“Macamlah aku nak mengaku dia tu suami aku.” omel Arwin sendiri.

“Kau cakap apa?”

“Tak ada apa.”

“Kau faham tak?”

“Faham.”

“ANGAH… angah balik? Lama mama tunggu angah.” gembira puan Aisya apabila melihat anaknya pulang. Namun senyumannya mengendur apabila ternampak seorang gadis.

“Angah, ni siapa?” soal puan Aisya memandang Arwin sedikit menjengkelkan. Namun masih sama, sedikit pun Airiel tidak menjawab malah hanya terus ke meja makan. Arwin berasa serba salah sama ada ingin mengikut Airiel atau menyalam puan Aisya. Baru sahaja Arwin ingin menghulurkan tangan namanya sudah dipanggil.

“Eh tak sangka kau datang. Arwin pun ada?” sapa Fizz ramah. Arwin hanya menunduk. Airiel dengan wajah tiada perasaannya. Airiel menarik kerusi disebelahnya dan memandang ke arah Arwin. Arwin faham dengan isyarat itu. Langkahnya terhenti apabila puan Aisya menegurnya.

“Eh jangan duduk situ. Ini meja khas untuk orang rumah ni je. Ha tu dekat sana tu ada meja. Bik… bawakan minuman untuk tetamu ni.” Arwin mengundur semula dan berjalan perlahan ke arah meja. Sedikit pun Airiel tidak memandang Arwin. Arwin yang berada di meja hanya bermain dengan jarinya.

“Angah, makanlah… harini mama yang masak.” Airiel memandang ibunya. Sudu di dalam pinggan diambil lalu mengambil sedikit kuah untuk dirasa. Selepas sahaja rasa, Airiel mencampakkan sudu di atas meja. Ternaik bahu mereka kerana terkejut.

“Kau asal? Dah tak tahu nak hormat mama?” tegur Fizz. Dia tidak suka adiknya bersikap begitu di hadapan ibu mereka.

“Cakap dekat mak kau, kalau tak tahu masak, belajar. Jangan orang lain yang masak lepas tu cop diri sendiri.” Airiel terus bangun.

“Angah… duduklah dulu makan.” pujuk puan Aisya. Dia tahu tidak mudah ingin melembutkan hati anaknya. Tiba-tiba telefon milik Airiel berdering. Selapas mematikan talian, jelas wajah Airiel kelihatan lebih tegang.

“Arwin, balik!” hanya begitu Airiel memanggil Arwin dan terus keluar. Tidak sempat puan Aisya ingin menghalang. Laju Arwin mengikut Airiel. Lalu di hadapan puan Aisya dan Fizz, sempat dia menunduk meminta izin untik pulang.

Puan Aisya masih terpinga-pinga. Lalu dia memandang ke arah Fizz yang beriak biasa.

“I already told you.” beritahu Fizz. Puan Aisya hanya diam dan jelas riaknya sedih.

“AKU ingatkan kau, jangan sesekali kau bercakap dengan orang tua tu. Orang kaya macam dia, tengok orang macam kau ni macam kau tu peminta sedekah. Kau tengok tadi kat mana dia suruh kau duduk? Dia ingat dia ada duit semua orang boleh tunduk dengan dia…. Memasak tak pandai lepas tu acah bagus.” setelah 15 minit diam di dalam kereta akhirnya Airiel mengeluarkan suara dengan membebel tentang ibunya. Terkelip-kelip Arwin memandang suaminya. Adakah suaminya sedang memarahi ibunya tapi mengapa Arwin merasakan dia yang sedang dimarahi.

“Em….”

“Kau em em apa… aku cakap jangan cakap dengan orang tua tu, kau faham?”

“Ye Awin faham. Ma…macam mana awak tahu bukan mama awak yang masak?” entah daripada mana keberanian Arwin menanyakan soalan itu.

“Dia tak layak jadi mak aku. Aku tahulah, memang setiap kali aku balik sana, bibik tu yang masak. Aku tahu bezalah rasa dia. Dah tak pandai masak tu belajarlah, ni mengarah orang je. Aku tak tahu si Fizz tu pernah tak rasa mak dia masak.” Arwin diam, tidak mahu bertanya lagi. Cukup satu soalan dia sudah berasa sesak nafas.

“Balik ni panaskan lauk kau masak tadi.”

“Tapi, kan awak…..”

“Aku suruh apa? Buat je lah… banyak bunyi.” Arwin mengangguk perlahan. Sampai bila dia harus bertahan dengan amukan daripada suaminya.

PANG!

Satu tamparan hinggap di pipi. Suasana di dalam rumah menjadi sunyi. Arwin yang berada di dapur terus ke depan melihat apa yang berlaku. Jelas dia terkejut dengan bunyi tamparan tadi.

“Kau nak kerja ke tak nak? Aku suruh kau buat kerja senang je… apahal kau bodoh sangat ha!”

“A…aku minta maaf.”

“Minta maaf kepala otak kau!” Tengking Airiel sambil menarik kuat rambut lelaki itu. Meronta lelaki itu menahan sakit.

“Sekarang ni aku nak kau pergi dapatkan balik duit aku. Kalau hari ni kau tak dapat juga memang mampus aku buat. Kau faham tak faham?”

“Fa…faham.” Airiel terus menolak lelaki itu dan lelaki itu terus keluar daripada rumah. Jelas riak Airiel begitu serabut. Arwin yang memerhati Airiel daripada tadi berasa gerun dengan baran suaminya.

“Kau tercegat dekat situ buat apa? Kau pun nak kena?” soal Airiel apabila melihat Arwin berdiri di hadapan bilik stor iaitu tempat tidur Arwin. Arwin seperti ke alam nyata dan terus menggelengkan kepala. Airiel terus mendapatkan Arwin, Arwin mengundurkan diri dan lama-kelamaan dia sudah berada di pintu.

“Kau dengar sini baik-baik. Kalau kau tak nak mampus harini, kau jangan sesekali nak keluar daripada stor ni kau faham? Selagi bukan aku yang ketuk atau panggil, kau jangan keluar, kau faham?” laju Arwin mengangguk lalu Airiel membuka pintu.

“Kunci pintu ni daripada dalam.” arah Airiel sebelum menutup pintu. Arwin mengikut kata-kata Airiel dengan mengunci pintu. Dia terus duduk dan mengeluh.

“Sampai bila aku kena kurung macam ni. Hidup aku sekarang tak ada beza dengan duduk rumah makngah. Sampai hati makngah buang Awin.”

SELEPAS sejam Arwin berada di dalam stor, Arwin terlena. Dia juga tidak berani ingin keluar kerana takut dimarahi Airiel. Tiba-tiba Arwin terjaga kerana terdengar bunyi seperti pasu bunga pecah sangat kuat. Arwin mula ketakutan apabila selepas daripada itu terdengar bunyi kecoh di luar bersama tembakan. Arwin memeluk lutut dan badannya mula menggigil.

BANG!

satu tempakan tertembus pintu bilik stor dan membuatkan Arwin menjerit. Gadis itu mula menangis sambil menutup mulut. Badannya ternaik-naik menahan esakkan yang makin kuat.

“Ada perempuan dekat dalam ni. Bukak pintu tu.” kata seseorang lelaki bercakap dengan temannya. Terbeliak mata Arwin mendengar perbualan itu. Dia makin tidak tentu arah apabila pintu mula dibuka. Arwin mula cemas, dia tidak tahu ingin menyorok di mana. Dia hanya dapat melihat kotak-kotak sahaja di sekelilinya. Arwin mendapat satu idea dengan menyorokkan dirinya disebalik kotak yang disusun tadi.

BANG!

Satu lagi das tembakan dilepaskan iaitu ke arah tombol pintu. Sedaya upaya Arwin menahan diri supaya jangan mengeluarkan bunyi. Tidak henti gadis itu beristigfar di dalam hati. Dia melihat seorang lelaki masuk ke dalam dan memandang di sekeliling. Kotak-kotak ditepi ditendang jatuh. Arwin makin tidak keruan apabila lelaki itu makin mendekatinya. Arwin sudah menutup mata apabila pistol sudah diacukan ke arah kotak yang dimana dia berada.

BANG!

Kuat bunyi tembakan itu namun Arwin berasa sesuatu berlaku apabila kotak-kotak itu tidak terjatuh. Perlahan -lahan Arwin membuka mata. Dia dapat melihat lelaki yang tadi sudah hilang. Arwin tidak tahu ingin berasa lega atau sebaliknya. Tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil. Arwin sangat kenal dengan orang itu.

“Arwin! Arwin!” panggil Airiel sambil menyepak satu persatu kotak yang sudah berteraburan tadi. Arwin bagaikan mendapat nyawanya semula apabila dapat melihat suaminya di situ. Lantas Arwin terus merempuh kotak dan menangis teresak. Dia menjerit apabila melihat satu tubuh terbaring dan dipenuhi darah. Jelas lelaki yang dia lihat tadi. Airiel yang melihat isterinya di situ terus menarik Arwin mendekatinya. Arwin terus memeluk erat Airiel kerana ketakutan. Dia membenamkan muka ke dada Airiel. Dia menangis semahu-mahunya kerana ketakutan yang melampau. Perlahan-lahan Airiel membalas perlukan isterinya dengan niat ingin menenangkan Arwin.

“Jom keluar. “ Arwin menggeleng laju sambil masih lagi memeluk Airiel. Airiel mengeluh berat.

“Jom…” ajak Airiel lagi. Namun masih sama Arwin menggelengkan kepala sambil menangis teresak-esak.

“Habistu tak kan kau nak duduk sini dengan mayat ni!” Airiel mula hilang sabar. Arwin pula makin kuat menangis. Airiel sudah mengeluh kasar.

“Lompat dekat aku.” arah Airiel. Arwin masih lagi dengan tersedunya dan tidak faham.

“Aku dukung kau. Cepat. Kejap lagi tutup mata jangan bukak selagi aku tak suruh buka. Now, come.” Serba salah Arwin ingin melompat ke arah Airiel. Walaupun dia tahu Airiel mampu mendukung tubuhnya yang kecil itu. Melihat Arwin masih lagi diam membuatkan Airiel terus mengangkat Arwin. Jelas Arwin tekejut namun dia masih memeluk erat leher suaminya.

“Tutup mata.” Arwin mendengar kata dengan menutup mata walaupun dia masih lagi tersedu menangis. Airiel yang mendukung Arwin memandang benci kepada tubuh-tubuh yang sudah terbaring dengan berlumuran darah. Orang suruhan mereka juga tidak berani bertentangan mata dengan Airiel. Mereka tahu mereka sekarang seperti menunggu masa untuk digantung mati.

tinggalkan comment okay!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience