BAB 38

Family Series 2595

Faridah, Alisha dan Adirah masuk ke dalam rumah neneknya. Suasana di kaki langit sudah semakin cerah. Terdengar beberapa ekor ayam sedang berkokok. Mereka menuju ke dapur dan melihat Nek Tipah sedang mengasah pisau dapur.

“Nah nenek daun ketupat nih. Semua sekali lapan ikat. Pak Amat kirim salam dekat nenek. Katanya petang ni dia nak datang sini” kata Faridah.

“Waalaikumussalam. Oh yeke. Nak lawat korang la tuh nanti. Lepas dah siap ketupat ni sedekah la dekat Pak Amat nanti” kata Nek Tipah.

“Bila boleh mula kelas buat ketupat ni nek hehe” kata Adirah tersengih.

“Haih kau ni Irah. Dah nak mula la nih. Di depan korang semua ada pisau yang nenek dah asah. Kalau dah tumpul ambik pisau yang lain” kata Nek Tipah.

Faridah, Alisha dan Adirah melihat sahaja sembilan bilah pisau yang ada di depan matanya.

“Tahu. Nenek suruh kerat lidi daun ni kan. Senang je” kata Alisha.

“Memang pun. Tapi korang kena kerat kesemua lidi daun ketupat ni. Nenek akan buat satu ujian kepada korang” kata Nek Tipah.

“Erk ada ujian jugak ke nek ? Aduh ujian kat sekolah pun rasa tak termampu, apatah lagi ujian hanya kerat lidi daun ketupat je” kata Adirah.

“Dah nama pun ujian. Nak uji korang lah. Korang kan selalu buat daun ketupat masa raya. Nenek nak test korang. Sekarang dekat pukul 6.45 pagi. Nenek bagi korang satu jam untuk kerat lidi nih” kata Nek Tipah.

“Hah ? Kejapnya. Aduh nak kerat ni ambik masa lama. Kang terpotong benda lain macam mana nek ?” kata Faridah.

“Ni kelas ke ujian ? Pening la aku dengan nenek ni” kata Alisha dalam hati.

“Nak lagi kejap pendekkan jadi setengah jam la. Boleh ?” kata Nek Tipah tersengih.

“Aaa takper nek sejam pun lama jugak kan kan” kata Alisha sambil menumbuk lengan Faridah.

“Err haah ya ya hehe. Eeee geramnya aku” kata Faridah.

“Baiklah. Nenek nak pergi rendam ayam dekat luar. Korang potong baik-baik. Jangan sampai cedera pulak. Buat perlahan tapi ikut masa” kata Nek Tipah.

“Okay nenek” kata Adirah. Dia kemudian mengambil tiga bilah pisau di atas meja itu.

“Hmm bagi sejam pun dah okay pun. Takyah la nak complain bagai. Karang dia bagi setengah jam je ? Kau sanggup ke. Silap-silap tiga jari hilang nanti. Hehehe” kata Alisha.

“Kalau ya pun tadi tak payah la tumbuk aku bengong. Sakit lah. Kau ni rajin pukul orang ke apa nih” kata Faridah.

“Maaf Ida hihihi. Tak sengaja lepaskan kekuatan aku dekat kau” kata Alisha tersengih.

“Nah korang. Buat kerja lah banyak cekadak pulak korang nih” kata Adirah memberikan dua bilah pisau kepada Alisha dan Faridah. Mereka memulakan kerja mengerat lidi daun ketupat.

“Irah, nak tanya kau boleh tak” kata Faridah sambil mengerat lidi daun ketupat dengan tenang dan cepat.

“Hah apa dia ? Cerita cerita jugak, tapi tangan jalan la jugak” kata Adirah.

“Kau ingat tak yang kau cerita kat aku malam tadi yang pasal kawan kau si Ijat tuh. Dia kata ada orang pernah terserempak dengan Pak Long dekat bandar ni tengah kerja. Betul ke ?” kata Faridah.

Baru sahaja Adirah menjawab pertanyaan itu, Alisha mencelah kata-kata Adirah.

“Sebenarnya Ida, kitorang memang tak ingin nak jumpa Pak Long kau tuh. Kita semua sendiri dah tengok apa yang dia dah buat dekat mak kau kan ?” kata Alisha.

“Yang tu memang la aku ingat. Masalahnya aku nak tahu betul ke si Ijat tu jumpa ayah kau kerja dekat pekan sekarang ni. Lain ditanya lain yang kau jawab” kata Faridah.

“Memang ada pun. Dia kerja kedai makan dari pagi sampai malam. Aku tengok semua orang dah senang dengan dia. Nampak sangat lah semua orang dah lupakan kisah hitam dulu. Hakikatnya kita sendiri yang tak boleh lupa apa yang dia dah buat kat mak kau Ida” kata Alisha.

“Nenek tahu ke pasal ayah kau nih ?” tanya Faridah.

“Tahu. Tapi bila aku cerita pasal ayah aku, nenek malas nak dengar pasal ayah aku. Nak sebut pun dia tak nak dengar. Terus tukar topik lain” kata Alisha.

“Luka lama telah kembali Ida” kata Adirah.

“Bila kau cerita pasal si Ijat nih, Ijat tuh betul-betul dapat number si Syamimi tuh. Diorang in relationship weh hahaha sampai sekarang” kata Alisha ketawa dengan kuat.

“Serius lah Isha ? Mana kau tahu nih ?” tanya Faridah.

“Terkantoi masa check phone dekat sekolah hahaha. Time tuh cikgu takde dekat kelas main-main phone last-last kantoi Ijat whatsapp dengan Syamimi tuh. Satu batch bahan teruk dekat Ijat. Merah muka Ijat” kata Alisha. Gelak mereka semakin kuat.

“Isha ni lagi bangang. Paling kuat membahan Ijat. Dalam batch aku nih, Isha je yang paling kuat membahan student yang sama batch. Kalau boleh apa-apa yang diorang rasa tak nak dimalukan senyap-senyap je la” kata Adirah. Alisha gelak sahaja.

“Bahan diorang boleh lah Irah. Kalau Isha bahan aku siap lah aku sumbat segenggam cili padi dalam mulut dia tuh. Hahahahah” kata Faridah sambil ketawa.

“Lah main kasar pulak kau. Jangan lah camtu Ida alolololo” kata Alisha memeluk Faridah.

“Peluk peluk pulak kau nih. Buat la kerja tuh” kata Faridah.

“Hah kuat betul korang gelak. Lambat habis kena denda jalan itik la seluruh rumah nih” kata Nek Tipah dari luar rumah.

“Mampus aku…” bisik Faridah.

“Yaa baiklah nenek !!” jerit Adirah.

“Tulah gelak lagi. Kalau kena jalan itik tak boleh berjalan dengan tenang nanti” kata Adirah.

“Dah lah kau Irah kau pun gelak sama jugak” kata Alisha.

“Ish tak payah la nak bertekak. Buat je. Aduh apa la nenek ingat ni denda dekat sekolah ke. Ni kat rumah lah” kata Faridah.

.

Fadzil sedang memandu dan melihat papan tanda untuk sampai ke pekan dalam beberapa minit sahaja lagi. Selepas itu dia meneruskan ke kawasan kampung yang tidak jauh dari pekan tersebut. Sedang khusyuk dia memandu kereta, tiba-tiba..

BAMM !!

Tayar kereta sebelah kiri meletup secara tiba-tiba. Dalam masa yang sama Fadzil merasakan dia melanggar sesuatu di atas jalan. Dia membrek dan berhenti di tepi jalan. Mujur kereta lain kurang kelihatan.

“Weh Fadzil. Macam tayar depan meletup je. Terkejut aku. Kau ada langgar apa-apa ke ?” tanya Farhad.

“Kau dengar kan Ad ? Haih apa pulak bala kali ni” kata Fadzil lalu dia membuka pintu kereta dan keluar dari kereta itu. Farhad mengikut sahaja.

Tayar depan sebelah kiri telah pancit dan lembik. Mahu pam, stesen minyak beberapa minit sahaja lagi. Oleh itu dia terpaksa menukar tayar ganti sebelum menukar tayar kekal di kedai tayar sekitar pekan nanti.

“Cuba kau pergi check dekat belakang sana. Ada kayu ke paku ke dahan pokok atas jalan ke. Rasanya terlanggar tu kot” kata Fadzil. Farhad berlari mencari punca yang menyebabkan tayar kereta Fadzil meletup.

Sementara itu Fadzil membuka bonet dan mencari tayar ganti. Setelah menjumpai tayar ganti dia mencari peralatan untuk menukar tayar ganti. Fadzil menepuk dahinya.

“Alamak jek kereta takde pulak. Tool ada pulak. Aduh aku tertinggal dekat rumah ke ? Mampus la macam mana nak tukar tayar spare ni” kata Fadzil sambil menggaru kepalanya. Dia mengeluarkan tayar spare lalu diletakkan di atas rumput. Fadzil duduk di atas rumput untuk mengambil nafasnya.

Farhad kembali kepada Fadzil dengan memegang sebatang kayu yang penuh dengan paku. Fadzil terkejut melihat kayu itu.

“Benda ni la yang kau terlanggar tadi. Kayu besar macam ni takkan la kau tak perasan” kata Farhad

“Siapa lah lahanat yang pergi buang kayu tepi jalan nih. Patutlah tayar kereta aku meletup tadi. Aku tak perasan pulak kayu ni. Maybe kayu ni dekat belah kiri kau. Aku mana perasan kayu tuh aduh” kata Fadzil.

Farhad mencampakkan kayu itu ke dalam semak.

“Takper kau chill okay. Jom aku tolong kau tukar tayar spare” kata Farhad.

“Ada satu problem lagi” kata Fadzil.

“Apa pulak kali ni ?” tanya Farhad.

“Jek kereta takde ? Macam mana nak naikkan kereta ni untuk tukar tayar spare” kata Fadzil.

“Ah sudah. Macam mana nih ?” tanya Farhad.

“Macam mana apa ? Tunggu kereta lalu lah. Dah lah sunyi je jalan ni. Kabus tebal boleh tahan jugak. Selalunya jalan ni banyak kereta untuk ke pekan” kata Fadzil.

“Awal pagi kot. Mana ada orang keluar lagi kan” kata Farhad.

“Mana mungkin. Takkan la takde orang balik beraya kat sini. Tak ke pelik tu namanya” kata Fadzil.

“Ya tak ya kan. Takperlah aku usha dulu. Nampak kereta datang aku tahan” kata Farhad. Fadzil mengangguk sahaja.

Farhad menunggu sahaja jika ada sebuah kereta datang untuk meminta bantuan. Namun tiada satu pun kereta yang lalu kawasan ini. Kabus semakin tebal. Dia menggigil kesejukan.

“Eh Ad. Masa kau cari kayu tuh ada tak tow truck lalu ke apa ke ? Aku takut diorang sengaja letakkan kayu kat tepi jalan sebab ada taktik ke. Kau tahu kan diorang samun kereta dengan cara macam nih” kata Fadzil.

“Takde pulak tow truck lalu ke apa ke. Aku rasa maybe kayu ni terjatuh dari lori ke kan ? Aku teka je” kata Farhad.

“Nasib baik sejuk dingin lagi sebab kabus nih. Kalau panas terik nih tak puasa aku kali nih. Hahaha” kata Fadzil.

“Eh tahan lah Fadzil. Berapa jam je lagi nak berbuka. Takkanlah sahur tadi tak kenyang sampai sekarang” kata Farhad.

“Ish kenyang lagi lah. Aku tahan je nih. Jangan lah sampai panas” kata Fadzil.

“Lamanya haih bila lah kereta ni nak lalu sini” kata Farhad.

“Aku rasa perjalanan kita terasa lama pulak. Kau bayangkan lah dari petang semalam sampai sekarang ni kita dah nak sampai kampung. Hairan pulak aku” kata Fadzil.

“Dah hadap trafik jammed dekat highway tadi memang lah. Keluar dari KL pun jammed, dekat Ipoh pun jammed, before terowong pun jammed. Nak keluar dari highway pun jammed sampai lori tumbang. Memang la lama. Tapi kereta kau hebat lah” kata Farhad.

“Apa yang hebatnya ?” tanya Fadzil.

“Minyak kau tak habis-habis lagi. Hebat la tuh” kata Farhad.

“Memang lah. Kereta aku ni lambat habis minyak. 1 bar pun boleh tahan sampai setengah hari. Hehehe. Eh Ad ada kereta tuh tahan cepat” kata Fadzil.

Farhad ternampak sebuah kereta Honda berwarna merah. Pemandu itu ternampak seorang lelaki melambai-lambai tangannya lalu memberhentikan keretanya di tepi jalan.

“Alhamdulillah ada jugak kereta berhenti” kata Fadzil lalu bangun dari tempat duduknya.

Apabila pintu kereta itu dibuka, seorang perempuan keluar dari keretanya itu. Farhad seperti mengecam perempuan itu.

“Ya bang kenapa dengan tayar kereta tuh ? Bocor ke ?” tanya perempuan itu. Fadzil mengangguk.

“Aduh aku macam pernah perempuan nih. Dekat mana eh” kata Farhad menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience