BR 09

Romance Series 4386

Sebelum kelas bermula Mia bergegas ke hadapan untuk bertemu Dr. Ana. Meski beberapa pensyarah sudah tahu akan kelemahannya termasuk Dr. Ana tetapi Mia rasa wajar dia mengingat Dr. Ana kembali tentang itu.

"Baiklah Mia. Jangan risau saya boleh kecualikan awak untuk lab kali ini. Saya izinkan awak keluar bila-bila masa bila awak rasa perlu. Terima kasih juga ingatkan saya. Apa-apa cepat bagitau saya." jelas kerisauan di wajah Dr. Ana. Mahu tidak risau, bukan dia selalu ada pelajar yang bermasalah.

"Terima kasih Dr. Ana. Kalau saya rasa tak tahan saya keluar." Mia rasa lega apabila Dr. Ana memberi kelonggaran kepadanya.

Suasana kelas kelihatan tenang. Mereka menanti bicara daripada Dr. Ana yang baru selesai berbincang dengan Mia sesuatu yang serius.

Mata mereka mengekori setiap tingkah laku Dr. Ana dan Mia sehinggalah Mia kembali ke meja kumpulannya.

"Saya harap semua sudah baca manual yang saya pesan minggu lepas untuk kamu semua hadam sebab kali ni saya tidak akan terangkan apa-apa. Saya nak tengok cara kamu semua bekerja. Walaupun saya yakin ada yang baru je nak baca tentang eksperimen kita petang ni." segera menarik nafas Dr. Ana menyambung.

"Kalau ada sebarang masalah minta bantuan daripada lab assistant atau saya. Saya ingatkan sekali lagi, berhati-hati semasa mengendalikan bahan kerana kita akan bermain dengan api juga sebentar lagi. Aspek keselamatan juga, pastikan memakai sarung tangan dan topeng muka sekiranya perlu. Last but not least, please read the manual thoroughly. Then, make yourself comfortable and you may start your work." panjang kata-kata Dr. Ana dengan harapan tiada sebarang kemalangan.

Walaupun semua pelajarnya bukanlah budak kecil tetapi remaja yang mampu menjaga diri namun kemalangan yang tidak berbau siapa yang mahu. Tambahan pula, semua pelajar yang berada dalam makmal tersebut adalah dibawah tanggungjawab dia.

Sesudah peringatan kasih sayang daripada Dr. Ana, mereka semua tertumpu pada radas yang ada di atas meja mereka. Mata Mia tercacak pada laboratory manual ditangannya yang bertajuk "Method of Redox Tritration" yang mempunyai dua eksperimen yang perlu dilakukan. Baginya prosedur eksperimen ini mudah namun amat sukar untuk dia lakukan. Perlu ke aku keluar sekarang tapi dia orang bagi ke? hati Mia bersoal.

"Mia tolong ambilkan oxalic acid," arahan Maleeq yang menerjah menyedarkan Mia kembali ke alam nyata.

Tanpa banyak bertingkah Mia segera menurut permintaan Maleeq. Namun, dirinya semakin berasa gelisah melihatkan bunsen burner yang terdapat di atas setiap meja di dalam makmal itu.

Menyerahkan cecair yang diminta oleh Maleeq tanpa banyak bicara. Mia ingin membantu ahli kumpulan tetapi dirinya seakan kaku disisi meja.

Azura yang melihat kelakuan Mia bersuara "Mia, kau tolonglah kita orang. Takkan nak duduk diam sahaja. Banyak cantik." luah Azura menyebabkan ahli kumpulan yang lain terbantut meneruskan kerja. Tidak puas hati sahaja bunyinya.

"Korang aku keluar kejap ya. Lepas siap aku masuk balik." ujar Mia.

Maleeq, Huzir dan Emir kebingungan. Apatah lagi Azura. Mia tidak ada pilihan selain berkata begitu meskipun dia sendiri merasakan permintaannya tidak masuk akal. Sesuka hati keluar untuk elak daripada membuat tugasan walhal ini kerja kumpulan. Pasti akan dinilai kelak prestasinya dalam kerja berkumpulan.

"Ah mana adil, kita orang buat kerja kau sedap-sedap rehat. Asal kau sakit ke nak keluar lab?" suara lantang Azura memecahkan suasana makmal menghentikan pergerakan beberapa orang rakan sekelas. Apa yang berlaku jelas tertulis di wajah mereka.

Bella yang berkumpulan di sebelah meja Mia dapat menangkap perkara yang sedang berlaku. Mia nak keluar lab ini, telah Bella.

"Mia tak sihatlah Azura. Bagi ajelah dia keluar rehat kejap. Nanti dia bantulah kau buat laporan. Apa masalahnya?" Bella cuba membantu Mia yang kelihatan semakin gelisah.

Mia pula semakin rasa berpeluh dan pandangan matanya semakin berbalam. Nafasnya juga seakan tersekat. Bagaikan kuantiti oksigen di dalam makmal semakin berkurangan. Tambahan pula, ada beberapa rakan mula memetik pemetik api untuk menyalakan bunsen burner. Oh, tidak!

"Azura, Maleeq, Emir dan Huzir, saya harap awak semua faham dan toleransi dengan Mia sebab dia tak sihat. Dia ada bagitahu saya tadi untuk minta izin keluar semasa eksperimen dan saya izinkan dengan syarat dia akan bantu awak semua dalam membuat laporan." penjelasan Dr. Ana membuatkan ahli kumpulan Mia angguk tanda mengerti. Tiada sesiapa yang berani menegah.

Baru sahaja Mia hendak melangkah keluar untuk menyelamatkan diri setelah keadaan reda.

"Amir nak api kau sikit." kata Thinesh sambil menghulurkan bunsen burner kumpulannya untuk dinyalakan.

Kata-kata Thinesh bagaikan racun bagi Mia. Beberapa bunsen burner lain yang turut menyalakan api menyebabkan Mia semakin tidak keruan walaupun tidak memandang ke arahnya. Bau gas yang terbebas juga amat menakutkan baginya.

Kenapa rasa macam jauh sangat pintu keluar makmal ini? Jenuh Mia melangkah ke arah pintu makmal itu tetapi masih tidak sampai. Langkahnya juga semakin perlahan.

Melihatkan Mia yang semakin tidak keruan, Bella sepantas kilat memaut lengan Mia dan membantunya untuk keluar dari makmal.

"Auch," jeritan Katijah memaksa Mia berpaling ke arahnya. Katijah mengerang kesakitan di hadapan bunsen burner.

Malangnya senario yang berlaku di hadapan Mia menyebabkan dunia Mia berubah menjadi hitam. Mia pengsan.

Tubuhnya sempat disambut sebelum menyembah lantai makmal.

"Miaaa!!"panggilan Bella tidak lagi Mia dengari.

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience