BAB 1

Romance Completed 72605

Aku terima, walau sulit untuk aku menerimanya namun aku percaya ia sebahagian dari yang sudah ditentukan sedari Loh Mahfuz lagi. Tiada siapa menduga dan tidak aku pinta takdir ini. Sesungguhnya aku tidak pernah merancang mahupun memasang angan bergelar seorang isteri di usia 19 tahun ini.Namun andai ini takdir yang tertulis,aku cuba untuk menerima semua ini seadanya.Tipulah kalau aku redha.Tapi memandangkan hasrat ayah yang satu ini,aku turutkan juga.

Mengenali dia,suami ku hanya setelah kami diijabkabulkan. Dan Menjalani bahtera rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah. Dan baru aku tahu,dia tidaklah sesempurna mana.Namun siapalah diri ini untuk mempersoalkan kesempurnaan sedangkan diri ini juga ada banyak kekurangannya.

Namun aku bersyukur,dia juga menerima diri ini seadanya walaupun beza umur kami hampir sepuluh tahun.Bukankah hidup ini harus selalu saling bertolak-ansur dan saling melengkapi antara satu sama lain.Dan dengan ini,aku cuba untuk menjadi lebih matang.

''Sayang..''Tubuh itu aku peluk kejap.Meminjam sedikit kekuatan untuk menghadapi saat-saat yang semakin suntuk.Selama dua tahun aku berkongsi hidup dengannya. Betapa dia mengotakan segala janji-janjinya agar membahagiakan diri ini seumur hidupnya.
Dan hasilnya,memang aku sangat bahagia.Ternyata dia juga berjaya membuatkan diri ini merasai bagaimana rasanya mempunyai sebuah keluarga sempurna sekali lagi.Tapi kini..

Masih teringat lagi pelukan hangatnya saat dia cuba menenangkan diri ini agar menerima pemergian abah buat selamanya.Baru seminggu bergelar seorang isteri di usia muda,abah pergi menyusul ibu.Dan dialah sumber kekuatan ku saat itu.

Dan baru kini aku sedar,mengapa abah beria-ria memaksa ku menerima lamaran ini.Rupanya abah tidak ingin anak gadisnya keseorangan menempuh perjalanan hidup selepas ketiadaannya nanti.

''Abang..Jangan tinggalkan Nia..''Aku sudah teresak kecil.Rupanya aku tidak sekuat mana.Masih gagal mengawal emosi yang bertandang.Ya tuhan..Bagaimana aku harus menjalani hidup ku tanpa dia selepas ini..

Bagaimana harus aku menghadapi kehilangan sekali lagi.Dan disaat kami bakal menimang cahaya mata,tanda cinta kami.Dia pula yang bakal pergi meninggalkan diri ini buat selamanya.Setelah hampir dua tahun kami menanti,akhirnya doa kami untuk memiliki cahaya mata hasil dari hubungan suci ini termakbul jua.

Namun perancangan takdir,tiada siapa yang mampu mengubahnya.Kini,suami ku Arshad pula yang akan pergi meninggalkan diri ini keseorangan sekali lagi.Barah otak yang dihidapinya semakin merebak.Tiada apa yang mampu dilakukan lagi.

''Kan dah janji tak nak nangis..''Dia mengusap kepala ku perlahan sambil menghadiahkan diri ini sebuah kucupan lembut di dahi.Ya Allah..Bagaimana aku harus melalui hidup tanpa dia disisi.Aku tahu,aku perlu kuat untuk bersama dia mengharungi detik ini.Tapi aku juga insan biasa,rapuh bila diuji.

Entah mengapa,malam ini aku benar-benar tidak dapat membendung lagi sisa airmata mencemari pipi ku.Lembut usapan pada pipi,semakin membuai perasaan ku.Bagaimana hidup ku tanpa dia di sisi selepas ini.Mampukah aku?

''Nia nak abang saja.Jangan tinggalkan Nia..Nia dah tak ada siapa-siapa lagi.Nia hanya ada abang saja.''

''Sayang..Kita kena redha yang..Lagipun mama dan papa kan ada..Tolong senyum untuk abang..''Sungguh aku tidak mampu mengukir senyum saat ini.Namun bila dia meminta sekali lagi,aku sedaya upaya mengukir senyuman yang seikhlasnya.Ternyata senyuman itu tidak semanis mana bila diri ini diuji dengan khabar duka ini.

Dan di sini,saat ini..Sudah hampir dua minggu kami 'berkampung' di hospital.Dan hari ini,dengan berat hati,kami tunaikan juga permintaannya terakhirnya untuk pulang ke rumah.Dan diri ini harus bersedia,kerana bila-bila masa sahaja,dia akan pergi meninggalkan diri ini buat selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience