Chapter 11

Romance Series 4988

Setelah temu janjinya dengan pelanggannya selesai, Mr.Edward menghantar Isha pulang ke hotel seperti biasa. Mr.Edward ada mengajaknya keluar berjalan tetapi Isha menolak dengan alasan dia sudah ada temu janji dengan Iman. “Is it a date? Between both of you?” Mr.Edward menyoal. “No, no. Do not misunderstanding. It’s just a hang out. It isn’t like you thought about.” jelas Isha. Dia tidak mahu Mr.Edward berfikir bahawa mereka adalah pasangan kekasih. “But both of you look match together.” Mr.Edward memberikan pendapatnya. Isha hanya tersenyum. Dia tidak pernah berfikir sampai ke situ. Dalam fikirannya hanyalah Akmal. Sejurus sahaja sampai di hotel dia bergegas masuk ke biliknya dan memebersihkan dirinya untuk solat. Isha mengenakan jaket dan baju sejuknya yang bewarna merah jambu yang padan dengan selendang bewarna kelabu. Dia juga tidak lupa untuk memakai muffler dan sarung tangan memandangkan cuaca di situ semakin sejuk. Dia menunggu Iman di lobi seperti yang dipinta tepat jam 2 petang. Lima minit kemudian Iman sampai di hadapan hotel dan membuka pintu kereta untuknya. Isha agak terkejut dengan tindakannya itu tetapi berpura-pura tidak mengendahkannya. ‘Dia layan aku macam girlfriend dia pulak. Kalau lah girlfriend dia nampak apa yang dia buat ni, confirm aku kena kejar!’ bisiknya dalam hati. Kereta yang dipandu Iman berhenti di persimpangan lampu isyarat. “Kita nak pergi mana ni?” soal Isha memecah kesunyian. “We’re on our way to The Food Park” jawab Iman ringkas. “What kind of place is that? Food?” soal Isha lagi. “Yup! Makanan. Mesti You pelik kan. Tu salah satu attraction kat sini. Taman tu penuh dengan replika makanan dari seluruh dunia. Including nasi lemak. Nanti You tengok lah sendiri.” kata Iman. ‘Nasi lemak? Ni betul-betul pelik.’bisik hatinya. Isha hanya mengangguk. Sampai sahaja di destinasi, mereka berjalan seiringan ke taman tersebut. Iman pantas mengeluarkan dompetnya unuk membayar tiket untuk masuk ke situ. “You bayar untuk I sekali ke? You ni baik sangat lah. Sampai I rasa I pulak yang ambik kesempatan dekat You.” rungut Isha. “Ala. Bukan selalu pun.” balas Iman sambil tersenyum. Mereka masuk dan melihat berbagai jenis replika makanan dari seluruh dunia dan seperti yang diberitahu Iman, replika nasi lemak dari Malaysia juga ada di situ. Isha benar-benar kagum dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar di situ. “Tolong ambik gambar I dekat sini boleh?” pinta Isha sambil menghulurkan kamera Nikon miliknya pada Iman dan berdiri di tengah-tengah lubang replika donut strawberi. Iman hanya tersenyum dan mengambil kamera itu dari tangannya. “Dekat sini pulak!” kata Isha sambil berdiri di tepi replika sushi. “Amboi. Bergambar sorang je ke? Tak nak ajak I masuk sekali?” usik Iman. “Kalau dua-dua bergambar, siapa nak jadi photographernya?” soal Isha kembali. “Kita suruh lah siapa-siapa. Kan ramai orang dekat sini.” balas Iman dan memanggil salah seorang daripada pengunjung di situ. Mereka sempat mengambil beberapa keping gambar bersama di taman itu. Destinasi mereka yang seterusnya adalah Snow Forest. “Snow Forest?” soal Isha keanehan mendengar nama tempat itu. “Hutan tu memang berslji setiap masa ke? Eventhough on summer?” soalnya lagi. Kata-katanya itu disambut dengan ketawa oleh Iman. “Tak lah. Salji buatan je tapi tebal sampai melitupi hampir semua bahagian pokok-pokok dekat situ. Silap-silap You boleh terlanggar pokok tu sebab tak nampak mana salji mana pokok.” seloroh Iman di sebelahnya. Isha ketawa kecil mendengar gurauan itu. Sampai sahaja di situ Isha pantas masuk ke dalam tempat tersebut yang berkaca dan berbentuk separa glob setelah Iman membuat pembayaran dan menuju ke salah satu pokok di situ yang telah dilitupi dengan salji tebal. Iman hanya ketawa melihat gelagatnya yang seakan-akan kanak-kanak 12 tahun itu. “Mana You tahu semua tempat-tempat ni? You selalu ke datang sini?” soal Isha ingin tahu. “Yup! I selalu berulang ke sini jumpa client. Since my dad tak berapa sihat lately, so I lah yang kena jadi representer. Macam You.” jelas Iman. “That’s mean company tu your dad punya lah? Bukan You punya?” soal Isha sedikit keliru. “When did I said that it is mine? I Cuma cakap projek tu je I punya. The company still belong to my father. Lagipun I tak rasa I will be inherit the company because I got two an older brother. They deserve more than me.” kata Iman mengenai syarikat bapanya. “How old your father?” soal Isha. “Tahun ni 59.” jawab Iman. “That’s mean my father younger four year than him.” Isha memberitahu. “Adik-beradik You berapa orang?” giliran Iman pula menyoal. “Tiga je. I’m the second.” jawabnya. “Tak tanya pun You anak ke berapa.” balas Iman selamba. Isha hanya membuat muka dan disambut dengan ketawa Iman. Dia pantas berjalan dan meninggalkan lelaki itu keseorangan di belakang. “Faisha! Tunggu!” jerit Iman padanya. Isha semakin mempercepatkan langkahnya tanpa menoleh ke belakang. Dia akhirnya berhenti apabila terasa seperti ada seseorang membaling sesuatu di belakangnya. Dia memandang tajam ke arah Iman. Dalam sibuk mengejar Isha dari belakang Iman sempat mengambil segumpal salji dan membalingnya ke belakang Isha. Isha membaling kembali ke arahnya dan akhirnya tercetusnya perang salji antara mereka berdua. Saat itu membuatkan dia lupa seketika pada Akmal. Pengunjung lain yang berkunjung di situ hanya melihat aksi mereka yang tidak matang itu sambil ketawa. “Aduh!” jerit Isha apabila gumpalan salji yang dibaling Iman kena tepat di mukanya. “Are you okay? Sorry. I have no intention pun nak baling dekat muka You. I’m so sorry. Is it painful?” soal Iman cemas. Soalannya itu dibalas dengan ketawa oleh Isha. “Tak sakit pun tapi sejuk lah.” balas Isha dalam ketawa yang masih bersisa. Iman turut ketawa setelah melihat wajah Isha yang dipenuhi dengan salji itu. Dia turut membantu Isha membersihkan salji di wajah wanita itu. Isha yang agak terkejut dengan tindakan itu pantas bangun dan membersihkan bajunya. Mukanya serta-merta bertukar merah kerana malu. “Dah kena salji pun muka You still merah.” tegur Iman di sebelahnya. Isha pura-pura tidak mendengar. Mereka berjalan ke arah kereta bersama. “Jom balik! Dah petang ni.” Isha memberi cadangan. “You kalut sangat nak pergi mana? Baru pukul 6.15 petang. Kita pergi makan dulu jom!” Iman mempelawa. Dengar sahaja Iman mengajaknya makan, perutnya terus terasa lapar. Dia mengangguk dan masuk ke dalam kereta setelah pintu dibuka. ‘Hebat betul layanan dia. Akmal pun tak pernah tolong bukak pintu untuk aku macam ni.’ hatinya berbisik sendiri. Iman membawa Isha makan di restoran yang menyediakan berbagai jenis roti. “Apa nama kedai ni?” soal Isha. “Bread King.” jawab Iman. Isha hanya ketawa mendengar jawapan dari Iman. “Tak sangka ada Bread King. Ingatkan cuma Sushi King dengan Burger King je.” jawabnya. “Dekat sini memang unik. Macam-macam ada. Memang tak rugi kalau You datang holiday kat sini.” Iman memberikan pendapat. Isha hanya mengangguk tanda setuju. Mereka menikmati roti yang dipesan dengan penuh selera. Capuberry Munchys Bread menjadi pilihan Isha manakala Iman memilih Nutberry Ferrerro Bread. Isha membundarkan matanya ketika di meja makan. “Why? You ada terlupa something ke?” soal Iman setelah melihat reaksi Isha yang secara tiba-tiba itu. Isha menggeleng perlahan. “Kenapa roti ni sedap sangat? Seriously!” kata Isha setelah menyuap secubit roti yang dicicah bersama sos capuccino strawberi ke dalam mulutnya. Iman tersenyum mendengar kata-katanya. Dia tahu Isha teruja dapat merasa makanan itu. “Here. Try this on!” pelawa Iman sambil menghulurkan secubit roti yang dicicah bersama sos strawberi kacang. “Ya Allah! Sedapnya!” kata Isha sekali lagi. Kali ini Iman tidak dapat menahan ketawa melihat aksi Isha yang teruja itu. “You ni comel lah! Cepat makan. Nak masuk maghrib dah ni. kejap lagi kita singgah dekat masjid dekat hujung jalan tu.” kata Iman. Isha hanya tersenyum dan menghabiskan makanannya.
Selesai sahaja makan, mereka singgah di masjid yang berdekatan untuk solat maghrib. Selepas itu mereka meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Iman membawa Isha ke sebuah pusat beli-belah yang mewah di situ. Villonuce. “Here we are. Jom!” kata Iman. Isha sudah mula teruja sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pusat beli-belah itu. Matanya tidak lari daripada memerhatikan sebuah kedai baju di situ. “Jom kita survey belah sana dulu.” Iman mengajak. Isha hanya mengangguk. Isha sempat membeli buah tangan buat Akmal, keluarga dan rakannya. “Untuk siapa semua tu?’soal Iman setelah melihat barang yang dibeli Isha. “Untuk family and kawan I.” jawab Isha. Selebihnya rahsia. Dia tidak mahu Iman tahu salah satu dari barang yang dibelinya itu untuk Akmal. “Tapi I nampak You beli jam lelaki tadi. Untuk boyfriend You ke?” soalnya lagi. Kali ini benar-benar soalan cepu emas. Isha teragak-agak untuk menjawab. “I ada abang.” Isha memberi jawapan yang terlintas di fikirannnya. Dia berasa lega setelah Iman mengangguk. “Faisha. I nak pergi kedai baju kat sana kejap tau. You jalan-jalan lah dulu.” kata Iman dan berlalu. “Okey.” balas Isha. Dia masuk ke kedai yang menjual pakaian wanita. “Cantiknya blouse ni!” kata Isha seorang diri. “Yes miss? You want to try this blouse? There are a fitting room on the corner.” kata seorang pekerja wanita di situ. Isha mengangguk dan terus pergi ke bilik persalinan di situ. Setelah selesai membeli, dia berjalan ke arah sebuah kedai kasut yang tidak jauh dari situ. Dia menoleh ke belakang setelah mendengar suara Iman menyapanya. “You nak beli kasut ke?” soal Iman. “Tak lah. Just take a look.” jawab Isha. Baginya kasut di situ terlalu mahal dan tidak berbaloi untuk dipakai ke tempat kerjanya. “You pakai saiz berapa?” soal Iman lagi. “6/37” Isha menjawab ringkas. “Keciknya kaki You. Kaki peremepuan memang kecik-kecik ke?” soalnya lagi. Isha ketawa mendengar soalan itu. “Mana lah I tahu. I tak ukur kaki orang lain. But usually macam tu lah.” Isha membalas. Iman hanya tersenyum. Mereka berlalu meninggalkan kedai itu. Isha terpegun ketika lalu di sebelah butik pengantin di situ. Matanya terpaku melihat gaun-gaun pengantin yang dijual. “You nak kahwin dah ke?” soal Iman tiba-tiba. Isha memandang Iman tajam. “Bila masa I cakap I nak kahwin?” soalnya kembali. “Tak adalah. Cara You tengok dress tu macam You nak beli je.” kata Iman. “Ke You nak I tolong belikan untuk You?” Iman mengusik. “Mengarut lah You ni.” balas Isha sambil berlalu meninggalkan Iman di belakang. Iman ketawa melihat gelagatnya itu. Setelah selesai membeli belah, mereka singgah di sebuah restoran di tepi tasik. “Cantik view kat sini. Tenang je.” kata Isha. “Tahu tak apa. I suka datang dekat tempat-tempat macam ni.” Iman membalas. Sedang mereka berbual tentang kerjaya masing-masing, telefon Isha berbunyi. Tertera nama Nia di skrin. “Hello. Yes, speaking. Ada apa Nia?” soal Isha. “Tak ada apa. I rindu You lah beb. Bila You nak balik?” Nia menyoal. “Sama lah. Esok I balik. Flight I pukul 2.30 petang. Kenapa? You nak ambik I kat airport ke?” Isha mengusik. “Ish. Tak ada masa I nak ambik You. Kerja I belambak lagi ni nak kena siapkan.” balas Nia selamba. Isha hanya ketawa mendengar celoteh sahabatnya itu. “Nia, You ada jumpa Akmal dua tiga hari lepas?” Isha menyoal. “Tak ada lah pulak. Tapi dah tiga hari berturut-turut I nampak kereta dia lalu depan office kita. I tak tahu dia buat apa kat sini beb.” Nia menjelaskan. “Kalau macam tu tak apa lah. Apa-apa You inform kat I tau! Bye!” balas Isha mengakhiri perbualan dan mematikan panggilan. Dia mendail nombor telefon Akmal di skrin. Akhirnya panggilannya dijawab oleh Akmal. “Hello, ni I lah, Isha. Kenapa You tak angkat call I sebelum ni? Banyak kali tau I call You. You busy ke?” soal Isha kehairanan. “Sorry. I busy sikit dua tiga hari ni. Ada meeting sana-sini.” jawabnya. “Oh, tak apa lah kalau macam tu. I tak nak ganggu You. You tengah kerja kan?” Isha menyoal. “Aah. I dekat office ni. Nanti free sikit I call You back okey? Bye!” ucapnya sebelum menamatkan panggilan. Terpancar kekecewaan di wajah Isha. Baginya Akmal terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk menanya khabarnya selama dia di luar negara. Dia akur dengan keadaan itu dan cuba berfikiran positif. “Siapa tu?” soal Iman. “Kawan I.” jawab Isha sambil tersenyum pahit. “Kawan ke boyfriend?” Iman cuba meneka. Isha hanya tunduk dan mendiamkan diri. “Faisha. I tahu cara orang bercakap dengan kawan or kekasih. You tak payah nak tipu I.” kata Iman. “Kenapa dengan dia?” soal Iman lagi. “Tak ada apa. Dia tak angkat call i sebelum ni. Banyak kali I cuba call dia tapi still dia tak jawab. Tadi baru dia jawab. But it’s okay! Maybe dia busy and I understood his situation.” kata Isha sambil tersenyum hambar. Iman sedar senyuman yang diukir Isha itu hanya dibuat-buat untuk menutup kekecewaan di wajahnya. “I’m sorry tapi bukan I nak masuk campur hal peribadi You. But to me, busy bukan alasan untuk dia tak angkat call You. Takkan nak angkat handphone dekat sebelah pun susah. Bukan You nak interview dia berjam-jam pun kan.” Iman cuba memberi pendapat. Benar kata lelaki itu. Sekurang-kurangnya Akmal menjawab telefon itu walaupun seketika. Jangan kan hendak menelefon Isha, menjawab panggilannya pun payah. Inikan pula hendak bertanya khabar. Mereka menghabiskan masa di situ sehingga jam 9 malam.
Isha tidak sedar yang dia telah tertidur ketika Iman sedang bercakap dengannya dalam kereta. Iman hanya menatap wajahnya di sebelah dengan senyuman. Dia tahu Isha terlalu letih sehingga tertidur. Dia mengakui dalam hatinya yang Isha sememangnya memiliki seraut wajah yang cantik. Dia memiliki bibir yang kecil dan mata yang bundar. Dia juga perasan yang Isha sering mengenakan make up yang simple. Hanya mencalitkan sedikit lipstik dan bedak kompak sudah cukup padanya. Iman yakin yang dirinya sudah terpaut pada wanita di sebelahnya itu. Tapi dia tidak mahu meneruskan perasaannya itu kerana dia tahu yang Isha sudah berpunya. Dia tidak mahu menjadi perampas kekasih orang. Isha tersedar apabila Iman memberhentikan keretanya di hadapan hotel. “Cik Faisha, kita dah sampai.” kata Iman. “Lena betul You tidur kan?” katanya lagi. Isha tersenyum lebar memandangnya. Iman memandangnya sepuas-puasnya. Mungkin itu pertemuan terakhirnya dengan wanita itu. “Thanks for everything. You dah belanja I makan semua yang sedap-sedap tu, You dah bawak I pergi jalan-jalan and jadi kawan I for today. Thank you so much!” kata Isha dan megambil barang-barangnya sebelum melangkah keluar dari kereta. Iman hanya mengangguk. “Faisha! Tunggu kejap.” kata Iman. Isha menoleh ke arahnya dengan penuh tanda tanya. “Yes? Ada apa-apa yang I terlupa nak ambik ke?” soal Isha. “Tak. Tapi You terlupa nak ucap selamat tinggal dekat I.” Iman membalas sambil mengukirkan senyuman. Isha membalas senyumannya itu. “Selamat tinggal. And terima kasih untuk semua ni.” katanya sebelum melangkah meninggalkan Iman di tepi keretanya. “Faisha!”panggilnya sekali lagi. “Lupa pulak. Ni business card I. Kalau ada apa-apa, just contact this number.” jelas Iman lagi. Isha turut mengeluarkan kad bisnesnya dan dihulurkan kepada Iman. Dengan perlahan dia berlalu pergi meninggalkan lelaki itu. Sampai sahaja di biliknya Isha terus membersihkan dirinya dan mengemas barang-barangnya untuk pulang ke Malaysia pada hari esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience