Chapter 36

Mystery Completed 14816

Bab 36

Agh! Ke mana pula lelaki itu hendak mengajaknya pergi? Soal hati Amalina tidak keruan. Affendi tidak berkata apa-apa, hanya meminta dia mengikut sahaja. Bagai lembu ditarik hidung, Amalina mengikut Affendi menuju ke sebuah bilik. Sempat dia memandang ke pintu, tertulis perkataan Conference Room.

Conference Room? Alamak! Lebih bahaya daripada bilik kerja dan sofa panjang. Di situ ada meja panjang. Macam-macam boleh jadi di situ? Barangkali dia akan dirogol beramai-ramai! Fikiran itu melintas dengan cepat, sehingga wajah Amalina jadi pucat.

Affendi membukakan pintu untuknya.

“Masuklah! Bukan I yang nak jumpa you sebenarnya…” kata Affendi sambil tersenyum.

“Hm, siapa pula?” pertanyaan itu tidak sempat dijawab oleh Affendi.

Affendi mendorong lembut bahunya supaya masuk ke dalam.

Amalina terpegun, memerhati meja persidangan yang besar. Kerusi semuanya nampak kemas dan teratur. Namun di satu sudut dia melihat lelaki itu berdiri, di tepi tingkap cermin yang besar yang dilindungi langsir. Dia berdiri sambil tersenyum, dalam uniform berwarna putih dan seluar hitam. Dia membiarkan rambutnya lepas bebas. Dan topinya terdampar di atas meja berdekatan dengannya.

“Leo?”

Leo tersenyum.

Amalina masih terkejut, kakinya terpaku di lantai. Sejenak dia kebingungan, tidak percaya. Terasa seperti mimpi. Namun pada detik lain, mereka sudah duduk berhadapan dengan tangan saling bertaut.

“Alin! Telefon kau berbunyi,” kata Leo.

“Biarkan saja… Pasti Hashim.” kata Amalina sambil tergelak kecil.

“Ceritakan pada aku macam mana kau boleh datang ke KL. Dah berapa lama kau di sini? Macam mana kau boleh dapat kerja di syarikat ni?”

Huh! Banyaknya soalan... keluh hati Leo. Namun dia hanya menceritakan serba sedikit tentang kedatangannya ke Kuala Lumpur. Dia tidak menceritakan semuanya. Siapa dirinya yang sebenar masih dirahsiakan dari pengetahuan Amalina.

MEMASAK penuh dengan rasa cinta… Setiap ramuan adalah adunan rasa cinta dan rindu mereka berdua. Leo memerhati Amalina memotong sayur dengan cepat dan cekap. Setiap sesuatu yang dilakukan oleh gadis itu tidak terlepas dari intipan matanya.

“Kau cekap masak sekarang. Di mana kau belajar? Aku ingat lagi, masa di Sungai Berakit dulu, kau masak nasi pun tak tahu! Semua suruh aku buat!”

Amalina tertawa, manis dan manja.

“Aku bersiap sedia untuk jadi isteri yang baik! Aku ikuti pelbagai kursus masakan dengan ramai chef terkenal. Sekarang… aku memasak macam Chef Wan!”

“Isteri! Wah… Kau dah nak kahwin ya? Siapa lelaki bertuah tu?”

“Entah!” jawab Amalina pura-pura tidak endah.

“Mungkin Airiel?”

“Pinangannya dah aku tolak… Tiga kali aku buat solat istikharah. Aku nampak hanya satu wajah.” beritahu Amalina sambil tertawa kecil.

“Mungkin Hashim?”

“Dia tahu, aku tak cintakan dia.”

“Hm, aku buntu! Aku tak tahu siapa lelaki yang kau cinta.”

“Kau jahat! Kau paksa aku ucapkan cintaku pada kau ya?”

“Taklah! Tapi… Aku sanggup tunggu kau ucapkannya.”

“Sorry… Aku takkan ucapkan dulu.”

Leo ketawa. Mendekati Amalina lalu membisikkan ke telinganya dengan lembut, penuh syahdu.

“Aku cinta kau, Alin! Sepenuh hatiku. Sejak aku pertama kali nampak kau, aku terus jatuh cinta… meskipun kau dengan angkuhnya berdiri di sisi Pajero kau tu, menghalakan lensa kamera padaku dari jauh.”

“Angkuh?” tanya Amalina sambil bercekak pinggang.

“Kau tu pula, terlalu rumit untuk aku fahami. Tak suka aku bertanya banyak. Tak suka berbual. Pendiam… menyendiri. Penuh rahsia. Tapi itulah buat aku tertarik. Buat aku jatuh cinta pandang pertama.” kata Amalina pula.

“Tolong jangan berahsia lagi dengan aku, Leo!” pinta Amalina bersungguh-sungguh.

Permintaan itu buat Leo tersentap sejenak. Apakah dia akan menceritakan pada Amalina siapa dirinya yang sebenar. Dia adalah Zakuan Datuk Omar, pemilik Omara Holdings. Kini dia dalam penyamaran! Tidak! Biar dia rahsiakan semua itu dahulu. Belum masa untuk berterus terang. Dia tahu, Amalina tidak memandang status. Gadis itu sanggup menerima dia seadanya. Biarlah Amalina terus beranggapan bahawa dia pemuda miskin, berasal dari kampung orang asli itu.

“Leo kenapa kau diam?”

“Nanti aku akan ceritakan kisah hidupku.”

Walaupun Leo berjanji untuk bercerita, namun segalanya terganggu apabila pintu rumah Amalina digegar orang.

“Biar aku pergi buka pintu,” kata Amalina sambil bergerak ke pintu yang bertutup rapat.

Daun pintu ditarik perlahan. Amalina berdiri sahaja di tengah-tengah pintu yang terbuka, tanpa suara apabila matanya menangkap wajah Airiel.

“Hai…” tegur Airiel.

“Boleh kita bercakap sekejap di luar sekejap?”

Amalina hanya memeluk tubuh. Dia tidak menjawab pertanyaan Airiel.

Leo bergerak mendekati Amalina lalu bertanya.

“Siapa, Alin?”

Airiel terkejut melihat Leo ada di rumah Amalina.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Airiel akan bertindak mengasari Leo?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience