Bab 9

Romance Series 9630

BAB 9

Tiga bulan berlalu

Maisarah memandang pemandangan yang sangat indah taman rekreasi yang dikunjunginya pagi Sabtu itu. Indahnya ciptaan Ilahi untuk tatapan semua makhlukNya di muka bumi ini.Begitu juga takdir Allah,Allah tetapkan yang indah-indah dan setiap kejadian ada hikmah di sebalik itu.Tiada yang lebih indah dari apa yang Allah tetapkan.

Bagi Maisarah, Allah telah tetapkan takdir yang begitu terindah buat dirinya.Kesilapan yang pernah dibuat olehnya mengajar dia erti menghargai sebuah peluang dan belajar mengenal erti kehidupan sebenar.Humaira masih ingat lagi ketika dia putus cinta,dia pernah berjanji pada diri sendiri yang dia tidak akan jatuh cinta lagi.Tetapi pertemuannya dengan arwah Muhamad,seorang lelaki muallaf membuatkan Maisarah jatuh cinta sekali lagi. Muhamad jauh lebih baik dan sikap penyayang dan bersungguh-sungguh doktor itu membuatkan Maisarah menerima lamaran lelaki itu menyuntingnya sebagai isteri.

Maisarah duduk di bangku rehat yang disediakan. Fikirannya menerawang ke Fakhri. Teman lama yang semakin lama semakin rapat dengan dirinya dan Aishah. Seperti tak percaya. Dari dulu, dia memang rasa selesa apabila Fakhri di sampingnya. Kehadirannya sekali lagi dalam hidupnya menjentik rasa Maisarah untuk jatuh cinta lagi. Apatah lagi melihat kemesraan Aishah dengan Fakhri bagaikan sudah lama kenal dan bergurau senda seperti anak dan ayah menyentuh hati wanitanya. Maisarah tersenyum sendiri. Lamunannya terhenti apabila namanya dipanggil. Rupanya Fakhri sudah lama memerhatinya mengelamun seorang diri.

"Mia," panggil Fakhri dari sisinya.

"Eh, Erry! Kau ada di sini juga? Aku baru teringat tentang kau. Icha asyik nak jumpa dengan kau je," kata Maisarah.

"Yeke? Biasalah tu. Aku pun rindukan dia. Dia nak bermanja dengan ayahnya tapi ayah pun tak ada..." kata Fakhri membuatkan Maisarah mengalihkan pandangannya.

“Mia,aku ada hal penting nak cakap dengan kau ni.” Serius suara Fakhri.

Hari ini mereka tinggal berdua tanpa Aleeya. Sengaja Fakhri mengikut MAisarah jogging pagi itu ke taman. Dia mahu mencipta peluang untuk menyatakan sesuatu kepada Maisarah. Aishah sudah ditinggalkan di rumah Zalia sekejap.

Fakhri diam memandang jauh. Hairan juga Maisarah apabila Fakhri tiba-tiba diam begitu. Entah apa yang difikirnya pun tak tahu lah.

“Mia,ingat tak lagi yang aku pernah cerita kat kau fasal perempuan yang aku suka dari sekolah tu?” soal Fakhri.

Maisarah tersenyum mendengar soalan Fakhri itu. Tentu saja dia ingat fasal budak perempuan yang bertakhta di hati Fakhri selama bertahun-tahun itu. Dia juga tertanya-tanya siapakah gerangannya. Adakah dirinya kerana dia pernah terlihat kertas pengakuan Fakhri dahulu tapi baginya itu semua adalah mainan budak mentah yang belum mengetahui apa-apa. Pernah juga dia bertanya nama budak perempuan itu sekiranya dia juga mengenalinya. Namun Fakhri pandai menyimpan rahsia. Setiap kali ditanya, Fakhri akan tersenyum dan mengubah topik.

“Aku nak kau tahu yang budak perempuan yang aku sanggup tunggu selama bertahun-tahun sejak di bangku sekolah lagi adalah...” tergagap pula Fakhri mahu menghabiskan ayatnya.

Berdebar pula hati Maisarah menunggu kata-kata akhir Fakhri itu. Namun dia pelik mengapa secara tba-tiba kawan laamnya itu berkelakuan pelik begitu.

"Siapa yang Erry suka ni? Cakaplah. NErvous jadinya," sempat Maisarah mengusik. Fakhri tersenyum dan tunduk ke bawah.

"Ok-ok. Orangnya adalah... kau Maisarah," kata Fakhri. Akhirnya aatnya itu dihabiskan juga.

Kata-kata Baddrol disambut dengan senyuman lebar Maisarah. KIni, Fakhri pula mula merasa pelik.’Kenapa dia macam tak terkejut pun dengan apa yang aku cakap ni?’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience