BAB 3

Romantic Comedy Completed 9525

Tawa pecah antara mereka.

“Bukan main lagi kome sembang, aku dari rumah pon dengor kome gelak, ate apa je yang disembangkan ni?” Orang tua Saelan bersuara, kakinya menolak tongkat motor EX5 milik anak lelakinya Rizal, juara lumba haram kelompok bawah 18 tahun.

“Hai abang Lan, tak buka bengkel ke hari ni, pagi lagi dah ke mari?” Pak Cik Seman menyoal tanya.

“Aku tanya soalan, dapat soalan balik. Aku idok buka bengkel hari ni. Nak juga aku rasa apa seronok benor kome dok sini dari matahari terbit sampai matahari terbenam.” Tajam balas Orang tua Saelan.

Entah kenapa rasa panas membahang terutama di bahagian dada Pak Jabir dan Pak Seman, lantas meminta Ah Beng untuk menukar kopi panas kepada kopi ais.

“Aku dengor Lebai Johari nak tambah belanja dapur lagi.” Orang tua Saelan memecah kesunyian setelah insiden dada terbakar tadi.

“Yeke bang? Anak dara ke janda? Menjadi betul ya Lebai Johari tu jual minyak. Kena pulak harga minya naik ni.” Jawab Pak Jabir yang seolah memahami ayat Orang tua Saelan bahawa Lebai Johari mahu menambah isteri lagi.

“Dengor kabornye anak dara tua dari Kedah. Idok ler aku tau kebenarannya. Itu pon siah Wifi bergerak tu yang bercerita kat aku masa kenduri tahlil arwah mak Haji Bedul kelmarin.”

“Biarlah bang, dia mampu. Saya ni bang, Gayah seorang itu pon dah cukup buat kopi saya kadang pahit kadang manis. Nak tambah lagi sorang nanti nak minum kopi pon saya tak mampu bang.”

“Baguslah kau pikir macam tu Man, kita kena minum kopi ikut kemampuan kita. Kalau mampu, boleh lah beli kopi lebih sikit, yang berkualiti sikit. Kalau tak mampu minum ajelah kopi cap kuda.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience