BAB 23

Romance Completed 11647

"Rose, tunggu jap." Jerit Hamka. Dia kelihatannya sedang melangkah ke dapur.

Aku mengeluh lega. Dengan kesempatan yang ada, aku mengelap air mata yang sudah bergenang di kelopak mata. Dalam hati sudah memarahi diri sendiri kerana terlalu senang menangis kerana Hamka.

Kenapa kau bodoh sangat, Rose? Hamka bukan milik kau. Kan aku dah cakap jangan percaya kata sayangnya. Entah entah lepas ni ramai lagi perempuan yang dia bawa. Kau kuat, Rose. Kau tak lemah macam perempuan lain.

Hamka datang sambil membawa dua gelas air mint yang dicampurkan dengan ais. Bau daripada air mint yang menusuk masuk ke dalam hidung memberi sensasi nyaman kepadaku. Aku memandang Hamka sambil mengukir senyuman paksa.

"Rose okay ke?" Hamka bertanya kepadaku. Dia memandang wajahku dengan dahi yang berkerut sambil mencapai segelas air. Hanya matanya saja yang kelihatan kerana mulut dan hidungnya dilindungi oleh mug.

"Okay." Aku mengangguk sambil mengukir senyuman palsu. Aku memandang tepat ke dalam matanya. Aku kena kuat. Aku tak boleh tunjuk pada Hamka yang aku lemah kerananya.

"Em, tak tahu macam mana nak start." Hamka tergelak. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia segan. Mug sudah diletakkan kembali ke atas meja.

Aku turut tergelak kerana reaksinya itu. "Apalah Hamka ni. Cakap jela." Sebelah tanganku menepuk nepuk pehanya. Manakala sebelah lagi menutup mulut. Memang sudah menjadi tabiatku untuk menutup mulut apabila ketawa.

"Tapi Rose tak boleh menyampuk. Dengar je sampai habis. Kalau Rose menyampuk, Hamka saletip mulut Rose." Mukanya bertukar serius. Dia menayangkan saletip yang berwarna merah di hadapanku.

Tawaku mati apabila melihat wajah seriusnya. "Kenapa serius sangat?!" Aku mengerutkan dahi sambil berpeluk tubuh.

"Yelah yelah. Tak serius. Tengok ni, Hamka senyum." Hamka senyum sambil menayangkan barisan giginya yang teratur. Tersedar aku melihat wajahnya yang tersenyum seperti kera. Merah mataku menahan pedih di hidung.

"Dah la buat muka macam tu. Cepat lah!" Aku mula serius. Senyuman sengaja dimatikan.

Hamka menarik nafas panjang sebelum mula membuka mulut. "Rose, Hamka sebenarnya tak tahu macam mana nak susun ayat ni." Hamka memegang tanganku erat. Matanya tepat memandang ke dalam anak mataku. "Kalau Rose nak tahu, Hamka ada kembar. Namanya Zahra. Wajahnya sebijik macam Rose. Cuma dia ada tahi lalat di tepi mata sebelah kanan. Tapi sayang, dia dah lama tinggalkan Hamka. Sejak tu, Hamka jadi murung. Sampailah Lanny hadir dalam hidup Hamka. Dia selalu ceriakan Hamka. Sebab tu lah Hamka terhutang budi pada Lanny. Hamka tak nak tengok dia sedih. Jadi Hamka layan jelah dia. Mesti dulu Rose fikir Hamka gay kan?"

Baru sahaja aku hendak membuka mulut untuk menjawab soalan Hamka, dia meletakkan jari telunjuknya di bibirku. Dia mengeleng elengkan kepalanya tanda tidak membenarkan aku menjawab.

"Pertama kali Hamka jumpa Rose dekat pub, Hamka terkejut sangat. Hamka tak sangka Hamka dapat jumpa orang yang sama macam Zahra. Hamka lepaskan Rose, dalam hati Hamka berdoa agar Rose selamat. Tapi tak sangka pula yang ayah Hamka jumpa Rose. Mungkin Allah dah merancang sesuatu."

Hamka melepaskan pegangan tangannya. Aku memandang wajahnya yang berwarna sawo matang itu. Kacak. Aku cukup terpana dengan keindahan ciptaan tuhan yang berada di hadapan mataku sekarang. Lamunanku dihentikan apabila Hamka mula bersuara.

"Sejak malam tu, Hamka selalu fikir pasal Rose. Awalnya Hamka sangka sebab Hamka terlalu rindukan Zahra. Tapi bukan, seperti satu rasa lain yang menjalar dalam diri Hamka. Sewaktu depan bilik air haritu, Hamka tak dapat tahan nafsu Hamka. Maafkan Hamka. Hamka cukup tergoda melihat Rose. Hamka tahu, mesti Rose pandang rendah pada Hamka kan? Tapi jujur Rose, Hamka selama ini sangat menjaga maruah Hamka. Tapi, Hamka tak tahu kenapa dengan Rose, Hamka kecundang. Setiap malam Hamka solat sunat Istikharah untuk memohon petunjuk Allah tentang perasaan Hamka pada Rose. Dan Hamka dapat rasakan yang Hamka cintakan Rose. Hamka tak tipu. Hamka cintakan Rose."

Satu keluhan dilepaskan Hamka. Air mata mula mengalir di pipi apabila mendengar luahan Hamka. Hamka mengelap air mataku dengan jarinya.

"Hamka minta maaf sebab marahkan Rose malam tu. Hamka memang tak boleh bila Lanny jadi macam tu. Hamka pergi rumah Lanny dan nampak dia pengsan dengan mulut berbuih. Hamka tak sangka sampai macam tu sekali dia buat. Lepas dia sedar dari pengsan, Hamka terus terang dengan dia yang Hamka tak boleh teruskan lakonan Hamka. Selepas tu, Hamka balik rumah tapi Rose tak ada. Merata Hamka cari Rose sampai Hamka pergi berjumpa dengan Jay. Hamka ingat Hamka akan kehilangan Rose selamanya."

Hamka menundukkan wajahnya. Aku nampak dia mengelap air matanya yang mengalir. Tak sangka Hamka menangis. Aku pula rasa bersalah. Aku mengusap bahunya. Tangannya aku genggam erat.

"Hamka sambung ya?" Dia melemparkan sebuah senyuman manis. "Satu malam, Hamka rasa nak pergi pub sebab nak siasat tentang Rose. Hamka tak sangka Hamka dapat jumpa Rose. Tapi apa yang menyakitkan Hamka, Hamka nampak apek tu nak cium Rose. Hamka taknak Rose jadi milik orang lain. Rose milik Hamka."

Tangannya mengusap lembut pipiku lalu menarikku ke dalam pelukannya. Ubun ubunku dicium lama. Kemudian, dia meleraikan pelukan dan menyambung bicaranya.

"Hamka tak sangka akan berjaya dapatkan Rose. Tapi, tak sangka Rose akan berkeras nak balik pada Jay. Sedih Hamka. Maafkan Hamka kerana merogol Rose malam tu. Hamka geram sangat. Lain kali kalau Rose nak 'benda' tu, Rose cakap. Hamka boleh bagi." Hamka tergelak besar sesudah habis bicara.

Aku menolak kepalanya kuat. Geram betul dengan perangai dia ni. Tadi sedih, sekarang miang pula. Tapi walau apa pun, aku lega kerana dapat mendengar perkara yang sebenarnya.

Namun, kegembiraanku tidak lama apabila teringatkan Lara dan Ainun. Siapa mereka pada Hamka sebenarnya?

"Nak tanya boleh?" Tanyaku pada Hamka.

Di yang sedang menggosok kepala kerana ditolak olehku sebentar tadi terdiam. Namun dia hanya mempamerkan riak wajah yang tenang. "Tanyalah."

"Lara dengan Ainun. Apa hubungan mereka dengan Hamka?" Aku memandang tepat ke dalam anak matanya untuk mengharapkan kejujuran.

"Lara, kawan kerja Hamka. Dia pun polis juga. Ainun, mana Rose tahu?"

Mataku melirik ke arah bungkusan indigo seraya menjawab soalan Hamka.

Hamka terus mencapai kad di atas bungkusan itu. Tekun dia membaca kandungan surat itu. Sesekali dahinya berkerut. Sesekali dia ketawa. Aku yang sudah menahan sakit di hati apabila Hamka tergelak membaca kandungan itu terus bangun untuk berlalu pergi.

"Tunggu." Hamka memegang tanganku. Dia menarikku lalu jatuh di atas ribaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience