90

Romance Series 93217

Beberapa tahun kemudian...

“Happy 4th anniversary, sayang! Thank you for the wonderful memories that we have been through for 4th years as a husband and wife. Thank you for the love you gave me for 4th years as my wife. Thank you for always being patient with me. To be honest I am so grateful to have a best wife like you. Keep on reaching my hands to the end because without you, this life will not bring any meaning again. I love you so much, Aayra Medina." Ucap Harraz dengan penuh romantis. Tubuh langsing Aayra ditarik ke dalam dakapannya dengan penuh erat. Satu ciuman hangat melekap di dahi Aayra.

Aayra tersenyum bahagia. Jiwanya terasa seperti berada di awang - awangan sebaik mendengar ucapan romantis suaminya. Selama empat tahun mereka mendirikan rumah tangga, Harraz tidak pernah gagal dalam mengingatkan tarikh bermakna buat mereka berdua. Malah setiap tahun juga, Harraz tidak pernah gagal dalam meluahkan ucapan - ucapan manisnya buat Aayra. Sungguh Aayra benar - benar terkesan dengan sikap romantis suaminya itu.

“Happy 4th anniversary to you too, abang. There is nothing I can say but thanks for being loyal to me to this day. Thank you for never failing to guide me to be the best wife. Thank you for never being tired of serving fun for me and the kids. Indeed you are the
best husband and daddy for us. Hopefully every weary of you will be rewarded with a long lasting happiness of Allah S.W.T. Aayra cintakan abang dengan sepenuh hati Aayra." Balas Aayra dengan nada yang sama seperti suaminya.

Hati Harraz berbunga bahagia. Rangkulan di pinggang Aayra semakin dikemaskan. Suasana di bumi Amsterdam pada malam itu kelihatan sungguh indah sambil disinari cahaya yang bergemelapan. Harraz sengaja membawa Aayra dan anak - anaknya bercuti di sini bagi meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-4. Lagi pula rasanya sudah lama mereka sekeluarga tidak bercuti panjang seperti ini. Sesekali isteri dan anak - anaknya perlu dibawa berhibur bagi mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga.

“Abang.." Panggil Aayra lembut.

"Ya sayang."

“Sebenarnya kan.." Kata - kata terhenti di situ. Bibirnya dilihat terketar - ketar menahan rasa sejuk. Apatah lagi cuaca pada malam ini berada di paras -10'C.

Melihatkan situasi itu Harraz semakin mengeratkan pelukannya di tubuh Aayra. Sweater tebal yang dipakai isterinya masih belum mampu untuk menutup rasa sejuk pada malam itu. Jari jemari mereka yang ditutupi dengan sarung tangan itu dilihat saling bertaut antara satu sama lain.

“Sayang ok tak? Kalau sejuk sangat, kita masuk ke dalamlah. Sayang masuk dulu. Abang nak angkat semua makanan ini kejap. Kita makan dekat dalam ajelah ye?" Harraz memberi cadangan. Pandangannya jatuh ke arah meja yang sudah sedia terhidang makanan yang ditempah khas bagi meraikan malam ulangtahun perkahwinan mereka itu. Namun belum sempat Harraz mencapai makanan - makanan itu, Aayra terlebih dahulu menghalang. Kepalanya digeleng perlahan.

“Sayang ok, abang. Abang jangan risau ok? Everything's under control. Sejuk sikit aje ni." Balas Aayra sambil tersenyum.

“Betul ni? Habis tu sayang nak bagitahu abang apa sebenarnya tadi?" Soal Harraz meminta kepastian.

Soalan Harraz itu dibiarkan berlalu sepi buat seketika. Masing - masing dilihat hanya membisu sebelum Aayra mengeluarkan sesuatu dari dalam sweater tebalnya. Kotak kecil itu segera diserahkan kepada suaminya.

“Sebenarnya sayang ada something special nak bagi abang. Sayang harap abang sudi terima hadiah yang tak seberapa ni. Sayang tak tahu nak beli apa untuk abang sempena anniversary kita untuk kali ni. Hanya ini aje yang terlintas di fikiran sayang sejak awal pagi tadi. Abang bukalah." Arah Aayra tenang.

“Sayang, kenapa susah - susah ni? Abang tak kisah pun kalau takde hadiah bagai ni. Cukup sekadar sayang sentiasa berada di sisi abang. Bagi abang itu adalah hadiah yang paling bernilai buat abang tau." Ujar Harraz jujur.

Aayra tersenyum lagi. Dia sudah dapat mengagak jawapan yang akan diberikan suaminya. Lalu Aayra segera merangkul leher Harraz dengan kemas.

“Sayang tahu abang tak kisah. Tapi sayang tetap nak bagi juga hadiah ni dekat abang. Sebab sayang rasa hadiah ni ada sentimental value nya yang tersendiri. Abang buka dulu ok?" Pujuk Aayra lagi.

Harraz mengangguk faham. Perlahan - lahan tangannya mengoyakkan kertas pembalut hadiah itu. Kelihatan ada sebuah kotak kecil di dalamnya lalu dengan penuh hati - hati Harraz mengeluarkan isi di dalamnya.

“Ya Allah, sayang!! Seriously?" Soalan pertama yang terpacul dari bibir Harraz sebaik matanya tertancap ke arah isi kotak tersebut.

Aayra mengangguk bersama tawa kecil. Dalam sekelip mata tubuhnya sudah dirangkul erat oleh Harraz. Harraz benar - benar kelihatan sangat gembira lalu pipi Aayra dicium bertalu - talu.

“Dah berapa minggu sayang pregnant? Siapa lagi yang dah tahu hal ni? Kenapa baru sekarang sayang beritahu abang?" Soal Harraz teruja.

“It's been 14 weeks, abang. So far takde sesapa pun lagi yang tahu hal ni. Sayang sengaja nak buat surprise untuk abang." Balas Aayra turut teruja.

“What?? Baru 14 weeks? Ya Allah, sayang! Kan agak bahaya untuk early pregnancy kalau naik flight jauh - jauh macam ni. Sayang ni buat abang risaulah." Omel Harraz tidak berpuas hati.

Tawa kecil Aayra kedengaran di situ. Dia sudah mengagak Harraz akan membebel kepadanya jika tahu keadaan sebenar. Perlahan - lahan Aayra mengelus wajah risau suaminya. Pipi Harraz dicium lembut.

“Abang janganlah risau. Sayang dah dapatkan nasihat doktor pun sebelum kita ke sini. So far semuanya ok je kan? So are you happy? Soon our little family will grow again. I'm so excited." Luah Aayra bersama senyuman yang mekar di bibir.

“Sayang, for sure lah abang happy. Ini kan benih abang juga. Lagipun Nufael dan Nuffan pun dah semakin besar kan? Dah tiba masanya untuk kita bagi adik dekat dia orang. Harap - harap dapat kembar lagilah kali ni." Usik Harraz sambil mengenyitkan matanya.

Aayra tertawa mendengar usikan suaminya. Bagi Aayra, dia tidak kisah jika bayi yang dikandungnya itu kembar atau hanya seorang. Dia terima dengan hati yang terbuka. Namun apa yang penting biarlah kandungannya itu selamat sehingga ke akhirnya.

“So, sayang anggap abang sukalah dengan hadiah sayang ni kan? Special tau. Tak boleh dapat kat mana - mana pun. Hadiah yang paling istimewa untuk abang sempena anniversary kita yang ke-4." Tambah Aayra lagi.

Harraz tersenyum bahagia. Pinggang Aayra dirangkul lalu bibir mungil isterinya dicium dengan penuh rasa cinta. Lama mereka berkeadaan begitu sambil disaksikan keindahan malam di bumi Amsterdam.

“Thank you so much, sayang. You are my eternal love! I will keep loving you until to my last breath. You are my sunshine, you are my angel. Without you, I'm nothing. Once again, I love you so much, Aayra Medina." Bisik Harraz penuh romantis di telinga isterinya. Leher jinjang Aayra menjadi mangsa gigitannya sebelum bibir itu kembali tenggelam di bibir mungil Aayra.

“I love you too, Harraz Amsyar. My love for you is infinity! Sesungguhnya abang adalah kebahagiaan sayang untuk selama - lamanya." Kedua - duanya hanyut dalam dakapan cinta.

Sesungguhnya untuk memiliki sebuah kebahagiaan itu, kita tidak boleh terlalu menyerah. Teruslah mencari sehingga kita yakin bahawa itulah kebahagiaan yang kita inginkan. Bagi Aayra, kebahagiaan yang diimpikan selama ini akhirnya telah ditemui. Doa Aayra semoga kebahagiaan yang membaluti kehidupannya itu akan terus menjadi miliknya untuk selamanya.
..The End..

Share this novel

norsila
2021-10-25 22:09:16 

sodih dri dio dpt anak hingga akhir abis skotak tisu..aduh hati tisu naa den ni..susah nk bendung...sakit mato...hahaha tq

Angah Ajalah
2020-03-14 11:24:37 

☺️☺️


NovelPlus Premium

The best ads free experience